Monday, April 27, 2009

Yang warna oren tu apa?

Suatu hari, ayah pergi conference di luar daerah. Tengahari itu, ibu terpaksa menjemput kakak dan abang di sekolah berjalan kaki. Lama ibu tidak berjalan kaki jauh. Mungkin kali terakhir 8 bulan lalu.

Jenuh juga nak siapkan 2 orang budak kecik untuk sessi berjalan kaki nih. Si kecik Hamdan dan si abang Nabhan. Cadang nak keluar awal supaya tidak rasa terkejar2. Tapi akhirnya terlewat juga. Nabhan mula2 excited. Berjalan sambil sesekali berlari2 anak mengejar 2,3 ekor burung yg sesekali kelihatan. Tapi tak lama. Lebih kurang 10 minit, dia merengek letih. Mungkin sebab jalan yg seperti menaiki bukit. Mulalah ibu terpaksa berjalan seperti siput untuk menyaingi Nabhan. Bila nampak pagar sekolah dan zebra crossing yg biasa dia nampak, barulah Nabhan kembali ceria.

Ibu sampai di sekolah lewat 5 minit. Abang dan kakak keluar jam 1.45pm. Kawan2 kakak dan abang ramai yg dah balik.



Semasa berjalan pulang, Nabhan kelihatan lebih ceria, ada kakak dan abang sama2 berjalan kaki sambil berkejaran sekali sekala. Ibu pula yg risau, sebab tak sempat nak mengejar mereka bertiga! Nasib baik adik Hamdan tenang je berada di dalam stroller.

Sedang berjalan2 baru ibu perasan ada sekawan lembu di kawasan tepi jalan berhampiran. Selama ni tak perasan bila naik kereta. Rupa2nya di situ ada kawasan seperti padang ragut.

"Ibu, tengok tuh, ada lembu!" jerit Fawwaz keriangan.

Selama di sini, kami anak beranak tidak pernah melihat lembu dari dekat. Kalau ada pun, nampak dari kejauhan je. Lembu susu yg bertompok2 hitam. Itu biasanya di kawasan countryside.



" Ibu, yg warna oren tu apa?" tanya Fawwaz, macam pelik.

Dalam banyak2 lembu yg bertompok2 hitam dan putih, ada seekor yang berwarna oren bertompok putih.

"La...lembu la jugak yg tuh...." jawab ibu.

"Oooo...ingat apa tadi..." balas Fawwaz.

Kali terakhir budak2 tu melihat lembu dari dekat dalam 2,3 tahun lepas; di kampung. Di kampung, biasa nampak lembu berwarna oren/kecoklatan. Masa tu, diorang masih kecil. Takut sangat bila ternampak lembu. Mungkin diorang pun dah lupa.

Kesian budak2 sekarang, lembu pun tak berapa kenal....heh!

p/s ~ Ibu bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di kampung. Dapat mengenal binatang peliharaan lembu, kambing, kerbau ayam dan itik. Sekurang2nya, boleh juga bagi gambaran pada anak2...




Thursday, April 23, 2009

Mr Binman

2 hari lepas saya pergi berjumpa dengan En Binman. Sebanyak euro 238.19 telah bertukar hak milik (Ohhh... euro 238.19 X 5 = RM..... ). Itu maintenance untuk hanya 6 bulan sahaja!




Siapa En Binman nih? Mr Binman ialah private company yang menyediakan perkhidmatan menguruskan pengumpulan dan juga kitar semula sampah untuk rumah kediaman dan juga pelanggan komersial. Mr Binman adalah salah satu syarikat pengurusan sampah yg progresif di Ireland dan merupakan syarikat pengurusan sampah yg terbesar di Limerick. Menurut kata En Binman, kadar pembuangan sampah isi rumah di Ireland bersamaan dengan 1.2 tan setahun dan menunjukkan peningkatan sebanyak 3%. Banyak tak? Banyak la kot... Mr Binman mempunyai matlamat untuk mengurangkan kadar pembuangan sampah dengan cara mengitar semula 51% daripada bahan buangan tersebut. Dengan itu mengurangkan jumlah pelupusan sampah, untuk kebaikan alam sekitar.

Itulah dia sistem pengurusan pembuangan sampah kat sini. Diuruskan oleh syarikat swasta. Setiap rumah kediaman atau premis perniagaan mempunyai peranan untuk menjaga alam sekitar. Mereka bertanggungjawab terhadap bahan buangan sampah masing2 dengan cara membayar atas khidmat tersebut.

Di sini, sampah dikutip seminggu sekali. Termasuklah sampah untuk dikitar semula. Bila bayaran bil di buat, akan dibekalkan sekali dengan plastik opti-bag untuk mengisi sampah yang boleh dikitar semula.

Caj yg dikenakan sebenarnya bergantung kepada berat sampah yg dihasilkan ~ Pay by weight system. Dan amaun sampah yg boleh dikitar semula akan membantu mengurangkan caj, sebagai galakan kepada masyarakat untuk mengitar semula. Dan yg terbaru, Menteri Alam Sekitar mengumumkan peningkatan landfill levies (cukai), juga sebagai langkah untuk menggalakkan orang ramai mengitar semula. Bil datang setiap 6 bulan sekali. Kalau tak dibayar, sampah kita tak akan diambil. Setiap tong sampah (wheelie bins) akan ditimbang setiap kali sampah dikutip. Lori sampah lengkap dengan sistem berkomputer. Setiap tong sampah dipasang dengan microchip yg mengandungi maklumat tentang pelanggan, yg akan diimbas (scan) oleh microchip reader yg dipasang pada lori. Maklumat yg diimbas akan dihantar ke sistem komputer di ibu pejabat. Canggih tak? hehhe...




Sebenarnya, bukan setakat kecanggihan sistem sahaja. Yang penting perlaksanaan. Juga penguatkuasaan undang2 dan peraturan pihak berkuasa. Dan tak kurang pentingnya juga kesedaran diri sendiri di peringkat individu. Kalau pihak berkuatkuasa tidak bertegas, tak jadi apa juga. Dan kalau individu tiada kesedaran, sampai bila pun masalah tak akan selesai.

Sepintas lalu, kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat kita di Malaysia , jauh lebih rendah daripada masyarakat di sini. Mungkin juga sistem pengurusan sampah kita yg tidak berapa efisien. Dan seperti tiada kesungguhan untuk mengitar semula.


Sekadar gambar hiasan (ihsan Google) ....Oh Malaysiaku... Sampah sarap yg bertebaran gitu je di tepi jalan. Ni dekat dengan kawasan perumahan, apa lagi kalau di kawasan semak yg orang tak berapa nampak. Ada juga yg longgokkan sampah dekat dengan papan tanda amaran 'Jangan buang sampah di sini'! Begitu pengotorkah masyarakat kita?

Negara kita, kononnya negara Islam. Islam itu indah. Ni la salah satu contoh yg org kata, Islam itu ada di negara yg tiada org Islam/negara bukan Islam (bukan tak ade...org Islam sebenarnya bertebaran di muka bumi, cuma mungkin sekadar minoriti).

Kalau sistem pengurusan sampah kat Malaysia canggih seperti di sini, apa jadi agaknya ye? Mungkinkah rakyat Malaysia akan berubah? Mungkinkah panorama di Malaysia akan berubah? Ataukah nanti ada yg ambil kesempatan 'membuat duit'...sedangkan mentaliti rakyat masih di takuk lama, dan keadaan persekitaran tetap tidak berubah.....! ?



Tuesday, April 21, 2009

Puteri mandi


Kuih tradisional melayu... senang dibuat, senang dimakan, anak3 pun suka!


Ada pelbagai variasi, yg ni mengikut resipi yg diperturunkan oleh ibuku. Senang je; uli tepung pulut dgn secubit garam, bentukkan kecil2 dan masak dalam air yg mendidih. Dah masak, gaulkan dalam inti kelapa.

p/s~inti kelapa tu tak comel rupanya, tekstur kelapa yg 'kontot2'...hehehh...sbb menggunakan 'dessicated coconut' sahaja. Lagi cantik dan sedap jika menggunakan kelapa segar yg dimesin/parut sendiri.



Sunday, April 19, 2009

Biskut marie


Hari ini, kita belajar tentang sejarah biskut.


Sapa yg tak kenal biskut marie? hehehhe... Saya sendiri, sejak kecil memang dah kenal sangat dengan biskut yang namanya marie nih. Nama orang putih gitu. Sebab asal usulnya memang dari England. Biskut marie dicipta oleh Peek Freans di London pada tahun 1874 sempena memperingati perkahwinan Grand Duchess Maria Alexandrovna of Russia dengan Duke of Edinburgh. Hmmm..bersejarahnya biskut ni, dah berusia lebih 2 abad.

Sejarah biskut marie ni sebenarnya bermula lebih awal lagi iaitu sekitar abad ke 17 di Yorkshire, UK dengan terciptanya sejenis biskut yg pada masa itu dikenali sebagai tea biscuit, (kini dikenali sebagai Rich Tea) dihidangkan untuk golongan atasan sebagai snek sampingan. Resipi asasnya ialah tepung gandum, gula, minyak sayuran dan juga ekstrak malt. Biskut marie adalah variasi daripada biskut tea itu, tetapi ditambah perisa vanilla.

Di UK, variasi biskut ini lebih dikenali sebagai Rich Tea biscuit. Sementara di negara2 lain seperti Australia, India, Afrika Selatan dan Sepanyol (Termasuk la di Malaysia) lebih dikenali dengan nama biskut marie.

Dalam banyak2 biskut, anak2 suka biskut nih. Biskut marie, atau kat sini lebih terkenal dengan nama biskut rich tea. Biasanya kalau pegi shopping, anak2 akan pilih biskut2 yg beraneka perasa, terutama berperisa coklat. Ibu yg suka beli biskut nih. Sebabnya, selain daripada rasanya yg sedap...evergreen gitu! dan yg penting, biskut tu murah jer... tak sampai 1 euro pun sepaket! Bila di rumah, biskut yg simple ini juga yg akhirnya menjadi pilihan anak2.


Rujukan ~ Wiki

Friday, April 17, 2009

Cerita pada hari itu

Pada hari itu...

"Ting tong...ting tong" Loceng pintu kedengaran lebih kurang jam 12 tgh pada hari itu.

"Sapa pulak yg datang nih?" Aku tertanya2 di dalam hati, seperti biasa, agak keberatan untuk membuka pintu selain daripada waktu yg sepatutnya suamiku pulang dari tempat kerja. Sekadar menjenguk melalui tingkap.

"La...posmen rupanya" terpacul ayat itu keluar. Segera kucapai tudung untuk keluar ke pintu. Kalau posmen mengetuk pintu, pasti ada parcel atau surat berdaftar.

Memang betul, si posmen itu menyerahkan sebuah kotak kecil kepadaku selepas aku menurunkan tandatangan pada sehelai dokumen yang dihulurkan. Aku menerima satu kiriman parcel dari London.


Sebelah kiri tulisan yg tertera di hadapan kotak. Sebelah kanan tuh, tulisan yg tertera di belakang kotak.


"Ish.. mamat mana pulak hantar barang untuk aku nih?" Terkejut ada, kelakar pun ada tengok namaku kat depan dan nama serta alamat pengirim di belakang. Takut pun ada jugak. Entah apa isi kandungan dalam tuh... mana la tau bom ker? hihihh... Aku tak de kawan atau pen pal pun nun kat London sana.

Tapi disebabkan rasa ingin tahu membuak2...kuberanikan diri untuk membuka bungkusan itu.....


Sehari sebelum itu...

Petang itu, suamiku menelefon dari tempat kerja.

"Ada sampai surat hari nih?" tanya suamiku.

"Posmen tak datang pun!" jawabku.

"Kenapa? ada tunggu surat apa2 ke?" aku bertanya lagi.

"Tak de lah....." jawab suamiku lagi.

Bukan sesuatu yang pelik. Suami selalu menelefon aku di rumah dari tempat kerjanya. Kadang2 dua tiga kali sehari. Sekadar bertanya apa yg aku buat, anak2...etc. Setidak-tidaknya sekali sehari bertanyakan lauk apa yg aku masak untuk hari itu.



Lebih kurang 6 minggu sebelum hari itu....

Di Lancaster, di rumah Kak Aini, ketika bersiap2 untuk pulang.....

"Meh kita ambik gambar dulu sebelum balik" kata suamiku. Ketika itu, aku sedang menyibukkan diri dengan si kecil Hamdan.

"Abang, ambik sekali guna kamera dalam kocek jaket tuh!" kataku. Aku menjadi pemilik tunggal kamera Canon Powershot A460 itu setelah suamiku memiliki Nikon D60 idaman hatinya kira-kira 4 bulan lalu...

"E-eh....kenapa nih?" kata suamiku, Mulanya nampak sedikit terkejut. Lepas tu dia tersenyum.

"Kenapa apanya?" tanyaku. Dia senyum lagi.

"Tak tau la.... tuan dia buat apa nih?" Dia senyum lagi, sambil menghulurkan kamera itu kepadaku.


Ni la rupanya kamera itu waktu tuh...


Aku terkedu tak terkata melihatkan kamera di tanganku.

"Apa silap yg aku buat?" aku berkata-kata pada diri sendiri. Seingatku, kamera itu hanya berada dalam kocek jaket.....tak jatuh pun. Dan kali terakhir aku menggunakan kamera itu tak sampai sehari sebelum itu pun ...tanpa apa2 masalah. Tak puas hati....Hmmm.... misteri nih...



Pada hari itu lagi.....

Kuberanikan diri membuka bungkusan kecil itu.....

Tadddaaaa.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sepulangnya kami ke rumah semenjak kejadian di Lancaster itu, aku 'membayangkan' hasrat untuk kembali memiliki sebuah kamera sendiri, walaupun suamiku sudah pun memiliki Nikon D60 nya yg canggih manggih tuh. Aku tidak berhajat kepada kamera yg canggih atau mahal atau model glamer yang terkini. Cukup sekadar sebuah kamera yg kecil, senang untuk aku bawa ke mana2 dan boleh disimpan dalam kocek sahaja. Dan juga, senang untuk aku menggunakannya dengan sebelah tangan sahaja, sambil tangan yg satu lagi ni memegang anak kecil.


Rupa2nya si dia memahami hasrat hatiku... dan membelikan aku sesuatu sebagai ganti Canon Powershot A460 ituh...


Ini rupanya isi kandungan kotak kecil tuh....


Kini aku kembali menjadi pemilik sebuah kamera....Terima kasih buat si dia. I love you.



Thursday, April 16, 2009

I love your blog


Dapat daripada Kak Tirana. Terima kasih banyak2, kak. Blog Kak Tirana sarat dengan cerita2 motivasi. Saya suka ke sana... I love your blog too, Kak Tirana.


Sayur oh sayur

Sayur-sayuran seperti ulam-ulaman banyak khasiatnya, terutama dari segi vitamin dan mineralnya. Yang biasa kita dengar, orang kata; makan ulam ni awet muda. Rasanya itu fakta yang ramai orang sedia maklum.


Tapi, mungkin dalam ramai2 yang tahu tu, tak semua pun yg suka makan sayur. Biasa kelihatan kalau di kedai2 makan, ada yg makan nasi berlaukkan ikan atau ayam atau daging sahaja, tanpa sayur.... (sayur dah habis masa tu kot? hehehhe). Bila bertandang ke rumah orang dan dihidangkan nasi, kadang2 tak de masakan sayur atau ulam pun. Atau pun masakan seperti nasi goreng atau mee goreng tanpa sayur di dalamnya....(mungkin takde stok sayur kat rumah masa tu kot....hehehh..)

Ada juga yg gemar sayur, tetapi memilih2 pulak jenis sayuran yg dimakan. Saya pun pilih2 jugak, tapi kebanyakan sayur atau ulam-ulaman memang menjadi kegemaran saya. Suami saya juga memang particular bab sayur nih. Kalau makan nasi, mesti ada sayur atau ulam. Kalau buat mee goreng atau nasi goreng, mesti kena campurkan sekali sayur-sayuran. Dah tu makan pulak berulamkan timun. Dan di rumah biasanya memang tak putus stok sayur-sayuran dalam peti ais.


Kat sini banyak juga sebenarnya pilihan sayur-sayuran, tapi banyak sayur orang putih la. Adakalanya cuba juga makan sayur2an yg tak biasa dimakan. Tapi, tekak kami ni tekak orang Melayu, biasanya pilih yang serasi dengan tekak kami la.



Ni ulam yang biasa kami makan kat sini.... iceberg lettuce (kami panggil salad), tomato, timun....


Kalau di Malaysia, kami suka ulam2 kampung seperti pegaga, kacang botor, ulam raja...etc...


Rindu pada ulam-ulaman ini...pegaga, kacang botor, pucuk jambu golok (gajus), ulam raja...etc...

Menyedari khasiat sayur atau ulam-ulaman ini, kami memang menggalakkan anak2 untuk menggemari sayur. Memang 'besar dugaan' untuk melatih anak2 sukakan sayur nih... Biasalah, kebanyakan budak2 memang tak sukakan sayur. Apa yg kami biasa buat; jadikan sayur-sayuran nampak menarik, contohnya susunan seperti smiley face ke.... dan kadang2 namakan sayuran dengan nama yg menarik dan mudah disebut, contohnya brokoli jadi 'pokok hijau'...karot jadi 'carrot rabbit' etc...ikut kreativiti tersendiri la. Adakalanya misi berjaya, adakalanya failed jugak. Terutamanya si kecik Nabhan tuh. Tapi, bila kita selalu pujuk2, bila anak2 semakin besar, mereka mula memahami kepentingan menyeimbangkan makanan dengan sayur-sayuran ni.


Mungkin teman2 ada cerita tersendiri tentang sayur??



Wednesday, April 15, 2009

The best blogger @ friendship award

Dapat award ni daripada Kak Atty. Kak Atty ni sangat glamer, selalu dapat award dan selalu je berkongsi2 award nih.... Terima kasih banyak2 Kak Atty.


Menurut Kak Atty, award ni ada pulak rules & regulation dia;

1. Letakkan logo award ini di blog anda.
2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
3. Pastikan anda menyatakan penghargaan anda melalui 'backlink' blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.


Ok, saya pilih 10 org yg tertera sebagai 10 top commentator kat Sejenak Bersamaku pada hari ini...

kak tie

sasha

iu

kak chik

kak atty

azza

kak tirana

ibnurashidi

niza

kak kamsiah

Sudi2kan lah kepada sesiapa yg tersenarai kat atas ni ye...yg dah dapat pun, kali ni terima pula daripada 'Sejenak Bersamaku...'



Tuesday, April 14, 2009

Long weekend...

Sekarang ni budak2 kat sini tengah cuti sekolah. Easter break. 2 minggu, dah habis seminggu. Tinggal lagi seminggu. Bes je time budak2 cuti nih, sebab tak payah kelam kabut pagi2 nak siapkan diorang ke sekolah.


Jumaat baru2 ni pulak , Good Friday ~ public holiday dan semalam, Isnin pun cuti lagi. Ni semua sempena easter la ~ perayaan orang Kristian. Kita Muslim takde kena mengena dgn kepercayaan easter nih, tapi sungguh seronok la sebab dapat cuti.... cuti2 famili. Jadinya hujung minggu baru2 ni adalah long weekend bersama famili.

Jumaat jalan2 shopping barang2 dapur, then malam tu bertandang ke rumah Kak Aida, housemate rumah lama. Kebetulan Mak dan ayah Kak Aida ada, baru datang dari Malaysia. Petang Sabtu, bawak anak2 blaja mengaji di masjid, di bandar Limerick. Sudah lama kami tak ke sana. Kali terakhir semasa solat raya aidilfitri dulu .


Ahad pula hari sepenuhnya bersama famili. Kami tak ke mana2, menghabiskan masa bersama di rumah sahaja. Bos dengan projek 'menebas' pokok2 kat belakang rumah....





Anak2 tentu sahaja bersukaria di halaman belakang. Maklum la, sekarang cuaca semakin panas, suka sangat la diorang tu berlari2, main bola, main kejar2....


Anak2 yg riang gumbira bermain di bawah mentari....


Menjelang tengahari, ibu pulak sibuk di dapur untuk siapkan hidangan....



Kami berpiknik di halaman rumah pada hari itu...


Hari Isnin pula, kami menjemput Kak Aida sefamili untuk lunch bersama kami. Ibu masakkan nasi arab yg spesel... (kunun2 la... hehehh...tapi, lupa lak nak ambik gambo)