Tuesday, April 07, 2009

Yang menang, yg kalah

Gambar hiasan daripada ~sini~

Ketika coretan ini ditulis, nun di tanah air sana, ada pihak yg sedang bergembira, ada yg berduka, dan ada juga yg masih 'saspen'. Apa2 pun rakyat sudah pun membuat keputusan.... Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.... melakar sejarah tersendiri pada hari ini.

Bukit Gantang mungkin paling mendapat perhatian ...almaklumlah, calonnya 'bekas' MB Perak, YB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, yg secara langsung sering menjadi bahan berita utama kerana 'kejadian' yg menimpa kerajaan Perak sejak beberapa bulan sudah.

"Kekalkan kemenangan untuk rakyat" ..... dengan kemenangan YB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan majoriti 2,789 undi, tiada siapa dapat menafikan, setelah apa yg berlaku, beliau masih tetap pilihan rakyat. Sekaligus, menghantar mesej yg jelas kepada pemimpin negara kita yg nun di atas sana.

Syukur atas kemenangan ini. Tahniah kepada semua petugas2 PR yg bersungguh2 tanpa mengenal jerih dan perit. Semoga kemenangan ini juga menginsafkan kita semua. Serta menjadi titik tolak kepada perjuangan yg lebih meyakinkan.

Saat ini, khabarnya Bukit Selambau juga mencatat kemenangan di pihak PR. Harap2nya kemenangan juga di pihak yg ikhlas memperjuangkan kebenaran di Batang Ai.

Allahu Akbar!!



6 comments:

iu rf said...

yahuuu... kite menang kak.. kite menang.. hehehe.. alhamdulillah!!

ctkini said...

Allahu Akbar!!!

NizA said...

alhamdulillah kak...sonok dgr bekas menteri besar perak tu menang...
Allahu Akbar!!!

attyfir said...

alhamdullilah..

Unknown said...

alhamdulillah!

MDFarid said...

Lawa gambar tu..saya tertarik:)

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).