Tuesday, September 09, 2008

Iftar di masjid

Weekend baru ni, ayah bawak anak3 beserta ibu sekali berbuka kat masjid. Thn ni, thn ke 2 kami berpose kat sini....tp, inilah kali pertama kami berbuka kat luar, selain daripada berbuka kat rumah kawan2 bila ada jemputan... (teringat masa ramadhan kat Kuantan, sekali sekala ayah bawak anak2 dan ibu gi buka kat masjid...last sekali pegi, ramadhan 2006, masa tu Nabhan umo 2 months++)

Kat Limerick ni, sekrg ada 3 masjid (jgn bayangkan masjid2 yg besar tersergam indah macam kat mesia ye..hehehe...). Yg terbaru dibuka, masjid yg kami pegi baru2 ni lah, buka beberapa hari sblm ramadhan kot. 2 masjid lagi, takde jemaah perempuan. Yg ni pun, baru je ayah dpt tau, rupanya perempuan boleh gi situ... JK masjid tu, bukan org melayu...org apa tah...afrika kot...




Masjid yg kami pegi lokasinya kat bandar Limerick, bangunan pejabat, atas chinesse restaurant (gambar kecik atas). Gambar besar tuh, makanan iftar yg basic...tu je yg nampak masa kami mula2 sampai :). Gambar kecik bawah tgh tu ialah susu panas. Lepas tu ada lah hidangan nasi (nasi apa tak tau; jenis macam nasi briyani/nasi minyak tuh..) kari dan sedikit kuih2 lain.. tp, gambar tak ambik, sbb masa tu dah ada org lain..malu plak nak ambik gambar..hihihh..

Sebenarnya, famili yg dtg bukannya byk pon. Yg lain2 jemaah lelaki la.Kami dan satu lagi famili Brunei jer. Sorang lagi perempuan dari India, tp dia takde anak.

Oklah...pengalaman pertama beruka kat masjid kat sini. Tu pun, tak tunggu solat terawih kat situ, sbb waktu isya' pun lambat, dlm kul 10pm. Lepas iftar dan solat maghrib, ayah anta ibu dan anak3 balik.... :).

11 comments:

azza said...

tak sama ngn tempat sendiri kan kin..tapi itulah pengalaman yg berharga yg tak dpt dikutip di negara sendiri..mg pengalaman dan cabaran hidup di negara orang mematangkan lagi cara kita berfikir..

Tie said...

Bertuahlah kin dpt merasa pengalaman sebegitu..walaupun mungkin tak seindah mana tapi simpanlah ia sebagai salah satu kenangan yang berharga..bila balik malaysia nanti lain pula caranya..

Miim said...

walaupun x semeriah di Mlysia, cukup dan memadai untuk memeriahkan ramadhan kan kak...
kat sini mcm tue juga, masjid kecik je la tempat kami berkumpul iftar sama2...

kin hashim said...

azza, kak tie, miim..betul tuh... memang satu pengalaman yg lain dr kebiasaan.... ok je..kan?

~Cinta Milo Ais~ said...

kak kin..kat masjid sini hidang nasik dalam dulang...pernah try tak dulu2? hehe

kin hashim said...

penah..penah, cinta milo.. hehheh..masa tu masjid baru je buka...

Ibnurashidi said...

salam..

bagus ya..keluarga yg islamik..
sy nak tergelak sebenarnya rasa kelaka bila tgk hadiah yg posting sblm ni..bleh plak kene padam gitu ek.bagus2 tutup aurat tu kan kewajipan..

ras-adieza said...

Tentu seronokkan dapat rasa orang lainnya makanan. tengok cara orang lain berbuka. Solat di masjid yang beza rekabentuknya, daripada kita. Tak semua orang dapat pengalaman camtu.

nasi tu sedap ker?

Kamsiah said...

bkn semua org dapat peluang merasa berpuasa ditempat org..kan kin..pglaman yg berharga kan..

kin hashim said...

kak ras dan kak kam, correct! correct! correct! :).

kin hashim said...

kak ras, nasi tuh ..sodapp!! (bila berbuka, smua sodapp!!) :).

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).