Minggu ni, ayah takde kat umah. Kakak Huda dah stat sekolah smula. Abang Fawwaz baru mula sekolah. Kakak naik ke senior infant, abang Fawwaz masuk junior infant. Ibu dan adik nabhan la yg kena hantar kakak dan abang.
Kat sini, ibu jadi dependant ngan ayah bila nak gi mana2, sbb ibu tak drive. Dah lama ibu tak drive, hampir 2 tahun..dan kat sini, ibu tak ambik insurans pun untuk drive...jadinya, tak bole la bawak keta.
Sebelum ayah pegi edinburgh ari tuh, ayah kata; "tak payahla anta anak2 sekolah dulu...anta ari isnin la.., tunggu abang balik..bukan lama pun, tak de bezanya ketinggalan 2 hari jer, lagi pun budak level tadika". Tu ikut pikiran ayah.. tapi, ibu kata; "kesian kat anak2....miss plak 1st day to school :(. " { teringat pasal satu buku "men are from mars, women are from venus" ~ cara berfikir wanita dan lelaki tak sama~ ibu belum baca buku tu lagi pon! hehehhe... baca ulasan orang jer}
Tak pelah....susah sikit, ibu akan antar anak2 ke sekolah!
Jadinya, tiba masanya kakak dan abang ke sekolah, ibu mengotakan nekadnya...antar anak2 ke sekolah jalan kaki!
Hari pertama ke sekolah, cadangnya nak keluar seawal 8 pagi, supaya dapat berjalan dlm keadaan santai. Tapi, hujan renyai2 la plak...tunggu la kejap. Lebih kurang 8.30am, baru mula keluar dari rumah. Berjalan sejauh lebih kurang 2 km kot. Almost 9 am, sampai kat sekolah.
Kalut sikit la, sbb ibu nak kena cari 2 kelas; kelas kakak dan kelas abang... pimpin nabhan lagi... Mula2 ke kelas kakak, kakak org last msk ke kelas, cikgu dah nak mula.
Lepas tu ke kelas abang. Parents yg ada pun dah tak ramai..masing2 dah beransur tinggalkan kelas, tinggal yg anak2 nampak takut2 jer...cikgu pun dah ada. Abang Fawwaz ambik tempat duduk, dekat ngan meja cikgu. Dia nampak tenang jer, dan separuh excited sbb kat kelas tu banyak mainan! :). Ibu cakap2 sket ngan abang, bagi dia semangat, sbb ibu akan tinggalkan dia nanti. Dia tetap rilex, lepas salam ngan ibu, siap babai2 senyum lagi! :).
Ooo ya.. hampir terlupa nak cite, uniform sekolah Fawwaz tak lengkap. Sepatutnya, siap ada jumper yg ada badge sekolah sekali. Kat kedai, dah abes stok untuk saiz dia... dan org kedai tu cakap, stok baru akan ada hanya selepas sekolah dibuka! Kat sini uniform sekolah tak seragam untuk semua sekolah. Dan, kat Limerick nih, hanya ada 2 kedai yg jual uniform yg ada badge sekolah tuh. 2-2 kedai tak de stok!! {sian Fawwaz tak dapat pakai full new uniform on his 1st day to school .. :(. } Polo t-shirt kat dalam tuh, dan sluar bole la cari kat mana2.
Walau apa pun, Fawwaz tetap hepi di hari pertama persekolahannya! :).
Hari ke 2, ibu masih anta anak2 ke sekolah jalan kaki. Tapi, hari ke 2 rilex sket..sbb dah ada pengalaman ari pertama. Cuaca pun elok sket, dapat keluar rumah lebih awal dan sampai sekolah lebih awal :).
Hmmm... sebenarnya, selepas anta anak2 ke sekolah, ibu tak terus pulang ke rumah... lepak dulu kat No 1 Plasey Grove, rumah kak Aida yg jaraknya tak sampai 1 km pun ngan sekolah {rumah lama kitorang sebelum pindah ke The Paddocks} Kak Aida dgn murah hatinya, layan ibu lepak2 kat umah dia selama 2 hari sementara tunggu anak2 balik sekolah, dan juga bermurah hati hantar kami anak beranak ke rumah bila anak2 dah balik sekolah , time kasih buat kak Aida dan Mr H {drebar anta balik umah} :).
Mmmm...tak lupa juga cite adik Nabhan nih... Nengokkan kakak dan abang yg sibuk2 bersiap ke sekolah, dia pun sibuk sama. Mandi awal pagi ngan abang dan kakak, bila pakai baju pon , beria2 nak pakai baju sekolah gak! Nangis2 dia bila pakaikan baju biasa. Nasib baik ada beli t-shirt biru sekolah lebih untuk abang... bole la adik pakai baju sekolah gak!
p/s....ari ni ayah balik umah, ptg ni sampai... :).
3 comments:
kin
semangat sungguh menganto anak2 ke sekolah. Mesti rasa tak jauh tu bila jalan kaki kalau kat sini mau basah satu baju. Bestnyer...bila nak gi sana...
wah.. akak ni...bersemngat betul..:) tahniah buat akak..jdik inspirasi wat saya pulak..ehehe..
take care akk..
seronoknya abg nak balik rini..:) da balik ker..eheheh
kin ..siannyer jalan kaki jauh..saya dah lama tak jalan kaki, naik kenderaan awam pun tak penah doh..demi anak2 katakan..kalu saya pun saya pikir makan kin jugak
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).