Saturday, August 30, 2008

Salam merdeka

Photobucket

Pada saat entri ini ditulis, kat tanah airku nun jauh di sana dah pun masuk 31 Ogos.... salam merdeka buat semua warga Malaysia, semoga jiwa kita semua turut bebas dan merdeka!!


Photobucket

Cerita 2 hari pertama ke sekolah

Minggu ni, ayah takde kat umah. Kakak Huda dah stat sekolah smula. Abang Fawwaz baru mula sekolah. Kakak naik ke senior infant, abang Fawwaz masuk junior infant. Ibu dan adik nabhan la yg kena hantar kakak dan abang.

Kat sini, ibu jadi dependant ngan ayah bila nak gi mana2, sbb ibu tak drive. Dah lama ibu tak drive, hampir 2 tahun..dan kat sini, ibu tak ambik insurans pun untuk drive...jadinya, tak bole la bawak keta.

Sebelum ayah pegi edinburgh ari tuh, ayah kata; "tak payahla anta anak2 sekolah dulu...anta ari isnin la.., tunggu abang balik..bukan lama pun, tak de bezanya ketinggalan 2 hari jer, lagi pun budak level tadika". Tu ikut pikiran ayah.. tapi, ibu kata; "kesian kat anak2....miss plak 1st day to school :(. " { teringat pasal satu buku "men are from mars, women are from venus" ~ cara berfikir wanita dan lelaki tak sama~ ibu belum baca buku tu lagi pon! hehehhe... baca ulasan orang jer}

Tak pelah....susah sikit, ibu akan antar anak2 ke sekolah!

Jadinya, tiba masanya kakak dan abang ke sekolah, ibu mengotakan nekadnya...antar anak2 ke sekolah jalan kaki!


Jalan kaki ke sekolah....


Hari pertama ke sekolah, cadangnya nak keluar seawal 8 pagi, supaya dapat berjalan dlm keadaan santai. Tapi, hujan renyai2 la plak...tunggu la kejap. Lebih kurang 8.30am, baru mula keluar dari rumah. Berjalan sejauh lebih kurang 2 km kot. Almost 9 am, sampai kat sekolah.

Kalut sikit la, sbb ibu nak kena cari 2 kelas; kelas kakak dan kelas abang... pimpin nabhan lagi... Mula2 ke kelas kakak, kakak org last msk ke kelas, cikgu dah nak mula.

Lepas tu ke kelas abang. Parents yg ada pun dah tak ramai..masing2 dah beransur tinggalkan kelas, tinggal yg anak2 nampak takut2 jer...cikgu pun dah ada. Abang Fawwaz ambik tempat duduk, dekat ngan meja cikgu. Dia nampak tenang jer, dan separuh excited sbb kat kelas tu banyak mainan! :). Ibu cakap2 sket ngan abang, bagi dia semangat, sbb ibu akan tinggalkan dia nanti. Dia tetap rilex, lepas salam ngan ibu, siap babai2 senyum lagi! :).


Fawwaz dalam kelas...


Ooo ya.. hampir terlupa nak cite, uniform sekolah Fawwaz tak lengkap. Sepatutnya, siap ada jumper yg ada badge sekolah sekali. Kat kedai, dah abes stok untuk saiz dia... dan org kedai tu cakap, stok baru akan ada hanya selepas sekolah dibuka! Kat sini uniform sekolah tak seragam untuk semua sekolah. Dan, kat Limerick nih, hanya ada 2 kedai yg jual uniform yg ada badge sekolah tuh. 2-2 kedai tak de stok!! {sian Fawwaz tak dapat pakai full new uniform on his 1st day to school .. :(. } Polo t-shirt kat dalam tuh, dan sluar bole la cari kat mana2.

Walau apa pun, Fawwaz tetap hepi di hari pertama persekolahannya! :).

Hari ke 2, ibu masih anta anak2 ke sekolah jalan kaki. Tapi, hari ke 2 rilex sket..sbb dah ada pengalaman ari pertama. Cuaca pun elok sket, dapat keluar rumah lebih awal dan sampai sekolah lebih awal :).

Hmmm... sebenarnya, selepas anta anak2 ke sekolah, ibu tak terus pulang ke rumah... lepak dulu kat No 1 Plasey Grove, rumah kak Aida yg jaraknya tak sampai 1 km pun ngan sekolah {rumah lama kitorang sebelum pindah ke The Paddocks} Kak Aida dgn murah hatinya, layan ibu lepak2 kat umah dia selama 2 hari sementara tunggu anak2 balik sekolah, dan juga bermurah hati hantar kami anak beranak ke rumah bila anak2 dah balik sekolah , time kasih buat kak Aida dan Mr H {drebar anta balik umah} :).

Mmmm...tak lupa juga cite adik Nabhan nih... Nengokkan kakak dan abang yg sibuk2 bersiap ke sekolah, dia pun sibuk sama. Mandi awal pagi ngan abang dan kakak, bila pakai baju pon , beria2 nak pakai baju sekolah gak! Nangis2 dia bila pakaikan baju biasa. Nasib baik ada beli t-shirt biru sekolah lebih untuk abang... bole la adik pakai baju sekolah gak!


Adik nabhan yg sibuk nak ke sekolah gak...

**lagi gambar di sini dan di sini


p/s....ari ni ayah balik umah, ptg ni sampai... :).

Friday, August 29, 2008

Sain otograf Kak Ras

Kak Ras suh sain otograf dia...mengimbau kenangan masa kecik dolu2...
Kata
kak ras " Dulu kan masa kecik2 bila orang bagi buku untuk sign ker....macam2lah diisi, kata penuh semangatlah, lepas tu lukis lah tepi2 tu konon nak bagi menarik. Kadang2 ada poem. lepas tu letak sekali biodata. Dulu aku tang biodata sukalah sangat mengisi"
Kali ni, kak ras suh aku plak sain otograf dia, siap dgn biodata, ala2 masa kecik2, zaman skolah dolu2... :).


Nama Penuh :
kin hashim {75% penuh}


Nama samaran :
takde samar2...sudah terang lagi bersuluh... :).


Umur Sekarang:
31 {dah tua la,dah lebih suku abad....tapi, perasan muda gak, macam kak ras :). }


Adik Beradik :
8 org, yg ke 5


Status :
kawen


Tarikh Lahir :
4 jan 77


Tempat Lahir :
terengganu


Asal :
terengganu


Tempat Kediaman :
kuantan, tp, sekarang di limerick,ireland


Hobi :
main ngan anak3


Cita-Cita :
cita2 kerjaya dah tercapai (cukup la tuh buat masa nih...kalau diberikanNya kekuatan dan semangat, insyaAllah, akan diimprovekan lagi...) cita2 lain lagi cuma nak jadi isteri solehah dan ibu mit
hali jer...


Makanan Kegemaran :
nasi dan lauk pauk tradisional, terutama masakan terengganu


Minuman Kegemaran :
kopi dan coklat


Warna Kegemaran :
coklat


Sukan Diminati :
sekrg da tak minat main apa2 dah....bersilat dalam rumah jer...


Barang-Barang Yg suka Dikumpul :
key chain, yg terbaru fridge magnet


Harta Sekarang :
suami dan anak3


Nama sekolah Rendah :
sek keb marang,marang


Nama Sekolah Menengah :
smka sheikh abdul malek,kt


Orang Yang Dikasihi :
suami, mak ayah, anak3, adik beradik dan kawan2


Kawan Yang Paling Rapat :
ibnumuda


Kenangan Manis :
hari akad nikah


Kenangan Pahit :
bila kena marah


Muzik Yg Di kegemari :
yg slow2


Lagu yg Diminati :
my mum is amazing, flowers are red, keluarga bahagia, twinkle2 litle star


Tokoh Yg Diminati :
TG Nik Aziz


Tempat Yg Ingin Dilawati :
mekah


Harapan Masa Depan :
dipanjangkan umur dalam keberkatanNya, dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah serta keluarga yg bahagia.... amiin...


yg benar; { masa kecik2 dulu, suka tulis gini :). }


Kata kak ras lagi, "Nak tengok deorang ni masa kecik2 dulu camne, kalau boleh letaklah gak pic masa zaman dulu2"

p/s~ terasa excited nak tayang sebahagian gambar masa kecik2 dan zaman muda remaja dulu... :).

gambar kiri; ni je satu2nya gambar aku masa baby yg ada dlm simpanan... gambar kanan dgn sorang sepupu, tak tau umo brape masa tuh...


zaman tadika dan sekolah rendah....


zaman sek menengah dan matrik. atas sekali, form 4 { kalau nak tau, sebelah kanan aku tu lah kawan yg paling rapat sekarang... :). } gambar tgh, masa form 3 {gambar skema utk majalah sek}, yg bawah sekali masa matrik kat STAR, Ipoh; kawan2 dorm 3...

OOoo ya.... spt kak ras, aku pun nak gak tgk kawan2 masa kecik camane... jadinya, silakan lah kawan2 yg berikut nih sain otograf ku pulak yer.... :).

Kepada kawan2 yg tersenarai...mohon maap yer... :).

Karnival Ramadhan

Karnival Hebat lagi Menarik yang tak patut dilepaskan.... ( from Sasha )

Tetap bersinar selama Ramadhan

Tag from Azza


Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku

Ni arahan nya…

  1. Copy gambar kat atas tu and post kat blog korang
  2. Teruskan mencari mangsa seramai 5 org..(nak lebih pun takpe)
  3. Setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka
  4. Lastly, jgn lupe tempek url korang sebelah url sejenak bersamaku tuh...

Mereka yg menjadi 'mangsaku';

{ Mohon maaf kepada nama2 yg bertuah ini.... :). }

Cincin persahabatan daripada Myza

Sebentuk cincin bertatah berlian... tanda mata persahabatan daripada Myza.... Time kasih yg tak terhingga buat Myza ! Bole wat bergaya time raya nih! :).

Thursday, August 28, 2008

Back to school


Ari ni dah 28 Ogos 2008. Kakak Huda will be back to school, and Abang Fawwaz will join kakak today. Sini, school session bermula September. Tapi, tak tau la kenapa tahun ni dia start terlebih awal plak, start ari khamis lak tuh..agaknya tak mau clash 1st day sekolah ngan 1 ramadan kot.. :).

Ayah tak de...terpaksa la ibu ngan adik nabhan je yg ngantor diorang ke sekolah ari nih...


Seorang yg bernama Azza......

Terharu dapat tanda mata daripada sorang lagi teman yg baru dikenali... Azza.. :).
Kata Azza;
terimalah ini ikhlas dari hati sy utk sebuah persahabatan tanpa rupa, bicara tanpa kata, senyuman terukir tetap dirasa..
Time kasih
Azza...:)

'Best blogger' trofi daripada Kak Kam

Hmmmm....nampaknya demam award kembali lagi!
Meriahnya dunia blogging... :).

Kali ni dapat daripada
kak kam...'best blogger' trofi...wowww! kak kam mmg best! :). time kasih daun keladi ye kak kam :).

Wednesday, August 27, 2008

Sebaran cinta....


Cinta semakin bersemi... :). aduuh bahagianya... :)

Dapat lagi award cinta ni daripada
kak ras dan juga niza. Makaseh..makaseh..makaseh! :).

Spread the lurv award


Comel dan bergaya award nih... sgt berbesar hati untuk menerimanya!
Time kasih yg tak terhingga buat kak tirana dan kak pah :).




Let me spread the lurv...

This award is for those bloggers who are nice people. Good blog friends and those who inspire good feeling and inspiration also for those who are a positive influence on our blog world.

Once you've been awarded please pass it on to others who you feel are deserving of this award..

Dengan penuh rasa cinta di hati, saya nak kongsikan award ni dengan;


**bak kata kak tirana; Kalau pun ada di antara kawan-kawan yang dah dapat award ni sebelum ini, apa salahnya kan kalau dapat lagi.. Kali ini daripada saya pulak...


Sudi2kan lah yer... :).

Friendship gift from Sasha


A gift from Sasha..... teman blogger terbaru yg dikenali :).
Makasih byk2 Sasha...really appreciate it!



Friendship quotes;

"Sometimes people come into your life and you know right away that they are meant to be there; they serve some sort of purpose, teach you a lesson, or help you figure out who you are."

"Without a world there is no friends, but without friends there is no world."

"We each take different paths in life, but no matter where we go, we take a little of each other, everywhere."


Kata Sasha..."harapanku... persahabatan akan terjalin indah sesama kita"
Kataku... " begitu juga harapan ku, Sasha.. :)."

Bersantai di waktu petang

Dah 2 ari pakwe takde kat umah....Boring? hmmm..mana sempat nak boring, anak keliling kelalang ni ha... cuma, terasa sunyi jer...terasa ada yg kurang....



Petang semalam, buat pisang goreng celup tepung ...kebetulan ada pisang tanduk yg beli kat Dublin ari tu.... ari tu dah goreng sket, makan sekali ngan pakwe...ni kalau nak tunggu pakwe balik, kang pisang tu jadi hanya layak nak buat cekodok! rugi la plak! rasanya lemak manis, anak3 pun suka2! makan la kami 4 beranak sambil layan cite ezora kat tv3 yg hampeh tuh!



Mmmm.... kat umah ada sebijik buah avocado, tinggal separuh je pun lagi. Nak makan gitu jer, rasa cam muak la plak... alang2 menggoreng pisang, cuba la buat avocado goreng sekali. Hmmm...sedap gak, rasa lemak2 gitu...Fawwaz pun mula 2 tak perasan yg tu bukan pisang goreng! hehehhe...

Tuesday, August 26, 2008

Fruit picking kat belakang umah...

Summer dah semakin ke penghujung.... kat sini sekrg dah makin sejuk la plak.. 2,3 minggu kebelakangan nih, matahari macam malu2 kucing jer nak kluar...

Tp, musim buah2an kat sini, masih rancak....byk jual kat market la...eheheh... Aktiviti 'fruit picking' kat sini tak glamer macam kat UK...Kat sini, tak jumpa pun lagi farm yg offer aktiviti fruit picking yg bes. Kalau ada, nak gak la pegi....Mmm... mungkin sbb kat sini, orang Melayu tak ramai kot (khabarnya, kat UK org Melayu la yg suka sgt gi fruit picking...hehehhe...betul ke org UK? hehheh...) ... org2 Irish mana heran ngan buah2an berries nih... (agaknya la...ala....macam kita tgk buah rambutan ngan durian kat tempat kita la agaknyer...)

Hmmm..... sebagai pengubat hati sbb tak dpt gi fruit picking macam org kat UK...hehhe.. kalau nak tau, kat belakang umah kitorang ni ada kebun... ada pokok apple, blackcurrant, gooseberry dan blackberry. Strawberry tak de plak. Tetiba jer time summer nih, nampak pokok2 kat belakang umah ni keluarkan bunga..lepas tuh, nampak buah2an plak.... excited la jugak, sbb tak penah tgk buah2 tu kat pokok dia kan..hehehhe... dapat la merasa buah2an negeri mat salleh nih, segar petik sendiri dari pokok! fruit picking belakang umah pun jadi la! :).

Mmm..tapi, kan yg sebenarnya, buah2an berries ni bukan lah bes sgt pon rasanya...lagi sedap buah rambutan, durian, duku, manggis dll kat tempat kita! ;).

Okey... enjoy my fruits....! (dah mintak izin ngan landlord untuk petik dan makan buah2 tu..heheh..)










Monday, August 25, 2008

A survey - tag from Tirana

Kali ni dapat tag daripada Tirana...tajuk dia "A survey" (survey apa ke benda ni yer?..mm..jawab je la!) Dan, macam biasa, kalau menjawab tag, saya suka nak masukkan sekali jawapan org yg mengetag...tak pe yer, tirana... :).


1) What is the most important thing in your life?

Tirana ~ Money. Mesti ada yang ingat saya ni mata duitan...hehehe..tapi kalau tak cukup duit, banyak perkara yang akan tergendala kan?
Kin ~ Suami dan anak3...
2) What is the last thing that you bought with your own money?


Tirana ~ Tak ingat la..sebab semenjak kawin..semua benda saya beli dengan duit suami saya..hehehe..
Kin ~ Mmmm...beli baju anak kot...
3) Where do you wish to get married?


Tirana ~ Dah kawin pun..kawin kat rumah tok kadhi sebab tok kadhi tu OKU so tak boleh ke sana ke mari..terpaksa kawin kat rumah dia la..
Kin ~ Dah kawen jugak... Dulu2 teringin nak akad nikah kat masjid, tp, famili dah tetapkan akad kat rumah seniri jer... rumah pun rumah lah! yg penting dah selamattt!! :).
4) How old do you think you will be permanently owned by your love?


Tirana ~ I owned by my love at a very young age...
Kin ~ Soklan ni valid lagi ker utk org yg dah kawen ? :). kalau nak kena jawab gak...sejak akad nikah la...umo 20+ dan insyaAllah sampai bila2... :).
5) Are you in love?


Tirana ~ Definitely
Kin ~ Semestinya! dgn si dia...
6) Where was the last restaurant you had dinner?


Tirana ~ Westin' Hotel
Kin ~ kat Kuantan 2,3 thn lepas, tp tak ingat la nama apa... sejak duk Ireland nih, tak penah lagi dinner kat restoren... :).
7) Name the latest book that you bought?


Tirana ~ Novel by John Grisham ( The Summons, The Brethren)
Novel by Dan Brown ( Deception Point, Digital Fortress)
Just bought few days ago.
Kin ~ Harry Potter and the goblet of fire (beli dah lebih setengah thn kot...kunun2nya nak baca cerita Harry Potter, tapi sampai sekrg belum khatam! )
8)What is your full name?


Tirana ~ Tirana Mutiara (hehehe..this is not my true name either)
Kin ~ Kin Hashim (full name di alam maya)
9) Do you prefer your mother or father?


Tirana ~ Both but my father passed away long long time ago.
Kin ~ Both
10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.


Tirana ~ I have met my soulmate ie my beloved hubby.
Kin ~ Kalau dipanjangkan umo...nak tgk cucu sendiri suatu hari nanti... :).
11) Christina or Britney?


Tirana ~ I don't think both of them are on my list.
Kin ~ 2-2 not my taste! hahahah..
12) Do you do your own laundry?


Tirana ~ Most of the time.
Kin ~ Ye la....sapa lagi nak buat....
13) The most exciting place you want to go?


Tirana ~ Mecca and Egypt.
Kin ~ Mekah jugak...
14) Hugs or kisses?


Tirana ~ Both
Kin ~ Both
15) Point out 5 things about the person who tagged you.


Tirana ~

  1. Admirable
  2. Single
  3. Smart and creative
  4. Ex PFS
  5. Yang paling rajin bagi komen di blog saya..hehehe
Kin ~ ( Tirana in my eyes)
  1. Teman blogger yg baru dikenali
  2. Seorang surirumah yg tau apa yg dia nak
  3. Seorang yg kemas dan teratur hidupnya (berdasarkan rumah mayanya 'The Precious Moment')
  4. Ada anak lebih dari sorang..(tapi tak sure anak besar mana)
  5. Seorang 'pendengar' dan 'pemerhati' yg baik
16)8 things I am passionate about:

Tirana ~

  1. Money
  2. Handphone
  3. Clothes
  4. Cars
  5. Blog
  6. Perfumes
  7. Pots and pans
  8. Sewing Machine
Kin ~
  1. Duit
  2. Pakaian kami anak beranak
  3. Keperluan anak3
  4. Barang2 dapur
  5. Key chains
  6. Internet
  7. Kereta
  8. Rumah

17)8 things I say too often:

Tirana ~
  1. Bismillah
  2. Astaghfirullah
  3. Alhamdulillah
  4. Masyaallah
  5. InsyaAllah
  6. Alamak..
  7. Hehehehe!!
  8. Adoiii la…
Kin ~
  1. Ya Allah..
  2. Kakak!
  3. Abang!
  4. Adik!
  5. Hey comell!
  6. Tengok tuh!
  7. Insya Allah
  8. Hmmmmm......
18)4 books I’ve read recently:

Tirana ~

  1. La Tahzan
  2. Biarkan aku menangis (Novel by NB)
  3. Tak seindah impian (Novel by SAS)
  4. Getaram Rindu (Novel by Nozailina)
Kin ~ Aku bukan ulat buku...heehhhehhe...
19)8 songs I could listen to over and over again:


Tirana ~ I don't really like the songs but I like musics (instrumental) by
  1. Richard Clayderman (pianist)
  2. Enrique Chia (pianist)
  3. Kitaro
  4. Secret Garden
  5. Mohram
  6. Beethovan
  7. Mozart
  8. Elton John
Kin ~ No exact favourite songs...cuma, generally suka lagu yg slow2 dan lagu kanak2...
20)8 things I learned last year:


Tirana ~ I learned lots of new things last year since my husband was away for the whole year.
  1. learned to do budget.
  2. learned to settle some banking stuff.
  3. learned to drive alone to a distant place at night.
  4. learned to make decision on my own without consulting my hubby.
  5. learned to handle the kids all by myself.
  6. learned that not all friends are sincere and honest.
  7. learned to trust some people to share my secret.
  8. learned to be more confident in myself.
Kin ~
  1. Blaja terima hakikat untuk jadi mom at home full time
  2. Blaja tackle anak3, sbb tiap anak ada character dia tersendiri
  3. Blaja masak macam2! :).
  4. Blaja decorate rumah maya 'Sejenak bersamaku' :).
  5. Blaja byk perkara ttg internet
  6. Blaja merajinkan diri untuk urusan rumahtangga
  7. Blaja tanam pokok
  8. Blaja menghargai adik beradik,sedara mara dan kawan2.. (sbb dah duk jauh dari tanah air ni kan....)

8 people to tag
Alamak! soklan ni paling susah!
Hmmmm....okey...
  1. iu
  2. azza
  3. k kamsiah
  4. k ras
  5. w faiziah
  6. w syariza
  7. myza
  8. niza
***sapa2 yg tersenarai tuh...maap la banyak2 yer, bagi kije sket...heehhehe...

Sunday, August 24, 2008

Salam ramadhan 1429H



Marhaban ya Ramadhan...
Mari kita sucikan dan terangi hati dgn amal ibadah....

Syukur alhamdulillah sehingga saat ini, kita masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi Allah ini, dan masih diberikanNya nikmat dan rahmat iman dan Islam. Dan, semoga kita akan terus dipanjangkan umur untuk sampai bertemu lagi Ramadan yg akan menjelma lebih kurang seminggu sahaja lagi.


Ketika bertanya seseorang kepada Rasulullah SAW mengenai keberkatan yang terkandung dalam bulan Ramadan maka jawab Baginda SAW: “Sesungguhnya tidak terbilang olehku keberkatan dan hikmah yang terkandung pada bulan Ramadan itu, sehingga jika seluruh manusia mengetahui betapa besarnya ganjaran pahala dan rahmat yang terdapat pada bulan Ramadan maka nescaya tidak mustahil bagi mereka untuk bermohon atau meminta kepada Allah supaya jika boleh biarlah kesemua bulan itu menjadi bulan Ramadan.”
{dipetik daripada blog tazkirah awam}


Sempena kedatangan Ramadhan yg penuh keberkatan ini, saya mengambil kesempatan memohon maaf zahir dan batin, drp semua....atas kesalahan dan kesilapan, yg sengaja atau tak sengaja.... :).

Sebagai tanda ingatan buat teman2 blogger, sempena Ramadan kali nih,...saya ada sket hadiah untuk teman2 sekelian...hadiah yg tak seberapa; sepinggan kurma, buat teman di kala berbuka puasa :).


Dengan rendah diri dan rendah hatinya, saya tujukan hadiah yg tak seberapa ni buat teman2 yg ada dalam list saya.... :)


Saturday, August 23, 2008

Selamat berangkat buat Kak Has dan Azimin

Azimin (baju bola kaler hijau), Kak Has (yg pegang present tuh..)

2 malam lepas, warga Melayu Limerick buat majlis 'farewell mengeteh' untuk satu famili yg akan balik ke Malaysia for good, dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi.

Majlis dimulai dgn bacaan yaasin dan doa selamat, di susuli dgn solat maghrib berjemaah. Lepas tu ada tazkirah sket.....

Hidangan utama, nasi kerabu (tak sempat ambik gamba pon!) dan juga lain2 hidangan sampingan berupa pemanis mulut. Makanan ditaja oleh kerjasama daripada semua warga Limerick..:).

Kak Has baru je habis berpantang baby ke 4. Kami doakan buat kak Has sekeluarga, selamat segalanya, dipermudahkan segala urusan, selamat menunaikan ibadah puasa dgn tenangnya kat tanah air...selamat hari raya aidil fitri...maaf zahir batin :).

**p/s untuk yg tak tau...'mengeteh' tu... = makan2, borak2 ler... :).

Thursday, August 21, 2008

Telur masin

gambar hiasan... [gambar ihsan drp google search, bukan hasil tgn ku :).]

Camana nak buat telur masin? ...mula2 malas nak cite kat sini, sbb rasa org lain dah tau kot, sbb senang sgt! ...heehee.... (padahal dulu sblm buat, tanya mak gak! kihkikih..) Tapi, ada plak yg bertanya , si Jann ni ha.....okey la, di sini dikongsikan cara2 nak buat telur masin, sbgmana yg diceritakan oleh ibuku...

Yg ni versi air masin, bukan yg salut tanah dan arang tu yer.. (yg tu, tak tau camane!). Cara dia, masak air garam (nak kena masak, supaya garam cepat larut). Banyak mana garam nak letak? yg ni saya pun tak tau nak jawab ngan tepat...sbb, mak pun tak bagitau dengan tepat setepatnya.... Kata mak; lebih kurang untuk setabung size sederhana tuh, masukkan 3 cawan garam. Sebenarnya, kalau lagi masin airnya, lagi bagus...cepat sket telur tu jadi masin. tapi, kalau terlebih garam dibandingkan dgn air pun, tak guna jugak..sbb nanti garam2 tu tak dapat nak larut semua...dia jadi tepu la plak..pah tu mendak kat bahagian bawah. Jadinya, pandai2 la agak2 sendiri yer... :).

Yg saya buat tuh, size tabung kira sederhana la, muat untuk 12 biji telur. Saya gunakan 3 cawan garam, tapi, tu pun ada yg mendak juga kat bawah tabung tuh.

Lepas dah masak air garam tuh, biarkan air garam tu sejuk dulu sblm dimasukkan ke dalam tabung. Kalau tak, nanti telur itik tu jadi telur separuh masak plak sblm jadi telur masin! Kemudian, masukan la telur tu dgn hati2, jgn sampai terpecah plak.

Akhirnya, tutup la kemas2.....simpan la kat mana2...tunggu la at least 2 minggu untuk dapat hasilnya...Lagi lama, lagi bagus hasilnya! Selamat mencuba! :).

**p/s ~ saya penah try buat telur masin guna telur ayam, saja nak wat eksperimen, tapi dimaklumkan bahawa telur masin telur ayam tu tak bes macam telur itik! harap maklum :).

Telur itik


Dah lama cari telur itik kat Limerick... Sebulan 2 ni, bila ke milk market (saturday market @ pasar tani), asyik habis jer...mana taknya, pegi time ujung2...orang dah nak tutup gerai pun... haaahahha...

Masa ke Dublin baru2 ni, sempat ke Howth (kawasan pelabuhan, tempat jual hasil2 laut yg fresh). Ni kali ke 2 ke Howth,kali pertama Feb lepas. Kebetulan ari tu, ari Ahad, ada 'pasar tani'... ada plak org jual telur itik...itu pun dapat yg last2..rezeki la tuh, dapat beli 12 biji... :).

Mmm..balik rumah, teruskan projek buat telur masin musim ke 2.... musim pertama lebih kurang setahun lalu :). Masa tu, sampai dah termuak2 makan telur masin...hehehheh... Hmmm.... ni projek telur masin musim ke 2, sempat la nanti makan bulan pose....ish... tak sabar plak tunggu nak makan telur masin :).


lagi gambar di Howth di sini...

Tuesday, August 19, 2008

Bray, co Wicklow

Semasa ke Dublin baru nih, petang sabtu kami menuju ke Bray,Wicklow...ke rumah Ain, bertemu mata dgn sorang lagi teman blogger :).

Berdebar2 nak jumpa ain...heehhe...sampai depan pintu, nampak senyuman ain yg manis, hilang sket debaran...hehhheh....

Sebenarnya, sepanjang hari sabtu baru nih, cuaca kurang memberangsangkan...hujan sepanjang hari. On the way ke rumah ain pun, lalu kat satu kawasan yg kena banjir. Tapi, Alhamdulillah masa sampai kat umah ain tuh, cuaca elok plak. Petang tu, sempat lagi hubby ain bawak kami jalan2 ke pantai Bray, tgk swans yg ramah2!

Cantik pantai Bray tu...Budak3 tu pun seronok, tapi takut plak dgn swans yg terlebih ramah tuh!

Balik semula ke rumah ain, kami dijamu dinner dgn sup ekor :). Time kasih ain, susah2 jer sediakan hidangan untuk kami! :).


Bray, co Wicklow

**lagi gambar di sini....



Malam tu kami bermalam kat umah ain, di apartmen Kilgraston Court..... Time kasih yg tak terhingga buat ain dan hubby atas kesudian menerima kunjungan kami sekeluarga... Ada peluang nanti, jemput la pula bertandang ke teratak kami di Limerick :).



hadiah daripada ain....time kasih ain! :).

Dublin summer camp

Weekend baru2 ni, kami ke Dublin....tu yg senyap je 2,3 ari baru nih :). Ada program untuk anak2; nama program tuh 'Kem Generasi Wawasan Cemerlang (KGWC)'....amboi, bukan main lagi nama program...heheheh.. anjuran bersama Persatuan postgrad students Ireland (MyPSI) dan ABIM UK&Ireland.

KGWC selama 2 hari; Sabtu dan Ahad, bertempat di Dublin Mosque, peserta budak2 kecik jer. Huda dan Fawwaz je peserta dari luar Dublin, yg lain2 anak2 Dublin.

Sebenarnya, pada mulanya sebelum ke sana, tak berapa jelas sgt apa bentuk programnya ....tp, kami daftarkan jer Huda dan Fawwaz. At least bagi exposure dan pengalaman untuk Huda dan Fawwaz. Overall program, ok lah... Huda dan Fawwaz seronok jumpa kawan2 dan ikuti aktiviti, walaupun Fawwaz sedikit kekok, sbb itu pengalaman pertama dia join program formal dgn ramai kawan2. Maklumlah, Fawwaz belum lagi masuk sekolah.

Petang Sabtu tuh, seperti biasa kalau ke Dublin, kami pegi lah memborong kat kedai abang Man di Lucan, Hibiscus Asian Store. Dan lepas tu kami menuju ke Wicklow ..tempat bermalam kami malam tu. Nak tau sapa kami jumpa....tunggu entry yg berikutnya.. :).



Sebahagian aksi di KGWC....

***lagi gambar di sini....

Wednesday, August 13, 2008

Ribbon pink rose daripada Kak Kamsiah

Alahai manis dan ayunya nampak ribbon pink rose nih...hadiah daripada kak kamsiah :). makasih banyak2 kak!

Okeh...saya nak share hadiah ni dgn Kak Han. Kak Han, sudi2 lah terima yer... :).

Killarney

Hari Ahad baru2 ni, kami ke Killarney. Last minute decisicion. Cuaca ari tu kurang bes... nak pegi, tak nak...nak pegi, tak nak... akhirnya, jam hampir 12.30pm....keluarla jugak keta kami dari perkarangan rumah.... :).

Perjalanan ambik masa hampir 2 jam. Journey alhamdulillah, ok jer.. ..terus menuju ke Bandar Killarney, sampai sana dekat2 kul 2.30pm... kami ke Killarney National Park. Bandar Killarney kecik jer...rupa2nya entrance ke park tu dekat je ngan bandar.



Killarney National Park


Mula2 kami jalan kaki masuk ke sana...kawasan dia punya la luas...khabarnya 24,000 hektar..mana larat nak jalan kaki, tambah plak jalan ngan budak3 kecik nih..! Sambil jalan2 makan angin tuh, nampak keta kuda...Oooo...ada keta kuda rupanya... menapak la kami cari 'stesen keta kuda' tuh...

Rupa2nya tempat jaunting cars hire (keta kuda) tu kat town centre. Boleh tahan jugak jalan kaki semula keluar ke town centre. Sib baik budak bertiga tuh sporting...tak banyak karenah, walaupun kena banyak berjalan. Lebih2 lagi Nabhan... terlupa nak bawak stroller dia!




Kat Limerick, kadang2 ada gak tgk orang naik keta kuda dalam bandar...puak2 ireland's ethnic minority (kira macam 'orang2 asli' ireland la..boleh tgk sini utk detail) Tp, sekadar tgk je la...tak penah la naik. So, kat Killarney baru2 ni kira 1st time la naik keta kuda :).



Sebahagian view kat Killarney National Park. Antara yang menarik ialah tasik dia, dan juga Ross Castle...


Satu jam gak la ronda2 naik keta kuda..seronok! hehhehhe... lepas ronda2 kat park, kitorang ronda2 kat town centre plak...dan sblm balik, tak lupa bawak bdk3 tu ke playground, tu part yg paling dorang suka!





** Sedikit info pasal Killarney kat sini...
** Lagi gambar2 kat sini..... dan juga kat sini....

Bear Hug daripada Kak Pah


Dapat award yg cute ni drp Kak Pah... tenkiu..tenkiu Kak Pah! Hug for kak pah jugak! :).
Nak share Bear Hug award ni dgn....

Tuesday, August 12, 2008

Paratha puff dan bun

Dah lama nak cuba buat paratha puff nih...ari tu makan kat umah kawan...then nampak kat blog Ain. Akhirnya, baru lah sempat mencuba. Bukan susah pun...malas jer..malas nak prepare filling dia..heehhe... Pagi semalam, memang nak breakfast paratha, sbb ada buat lebih kari kambing. Sambil2 tu, try la buat paratha puff, guna paratha 'Kawan' buh sosej je kat dalam dia, senang! :). Mmmm..sedap!! anak3 pun suka...sbb intinya sosej! hahhaha....




Ptg hari sebelum tu jugak, anak3 mintak buatkan donat.....dah lama ibu tak buat donat, kata dorang :). Ada la doh yg lebih. Teringat tengok bun kat blog Jann. Sebelum ni, selalu gak tgk org buat bun, tp, tak berminat nak buat. Dulu2 penah la cuba, tp, kurang memberangsangkan, sbb roti2 tu mengeras bila sejuk! Tah kenapa..bila tengok bun kat blog Jann,rasa jeles plak....nampak menarik jer..! Rasa berkobar nak buat roti jugak! hehhe..So, sambil2 bakar paratha puff tu, try la jugak buat bun , guna lebihan doh donat tuh...tak kira la, kira roti la gak kan, sbb donat pun guna yis jugak :).




Dan, yg menariknya, rasanya buat bun kali ni macam bagus la plak..sbb, walaupun dah sejuk, dia masih tetap lembut! (perasan je kot...heehhe..)

****p/s .... aku try campur self raising flour... self raising flour bole sebabkan roti jadi lebih lembut ker? wallahua'lam...!..sapa yg terer buat roti, boleh jawab tak? :).

Monday, August 11, 2008

Tamu dari Sheffield

Minggu lepas kami menerima kunjungan tetamu dari Sheffield,UK..... Tuan Tie n famili. Tie ni kawanku dari zaman sekolah lagi. Kami sekelas dari form 1 hingga form 3, lepas tu lain kelas sbb aliran lain2. Lepas sekolah, sekali sekala masih keep in touch. Asal dia plak dr kg sebelah ngan kg bos kita. Jadinya, persahabatan zaman sekolah tu masih lagi berterusan sampai sekarang.... :). Tahun lepas, kami dah berkunjung ke sana, so ni lawatan balas lah....kan, Tie? heheheh....

Tie dan hasben kat Sheffield, buat PhD. Ada anak 2...sepasang. Susah payah la jugak dorang ni...mana nak jaga anak lagi...2-2 nak kejar stadi lagi... hehehe.. tp, tak pe, masing2 saling memahami , pandai uruskan kehidupan yg bizi tuh! ..mudah2an.....kan Tie? :).

Dorang berada di Ireland selama seminggu, 4 hari pertama di Limerick, 4 hari 3 malam di Dublin, then balik Limerick semula sblm awal pagi esoknya berangkat balik ke Sheffield.

Kat Limerick, tak ke mana sgt, byk habis masa kat umah jer.... Hari Jumaat, bos plak pi keje seharian. Jalan2 sekitar bandar Limerick jer. Nak sewa keta, ada problem sket..maklum masa tu, dekat ngan bank holiday Monday, tempat sewa keta byk yg tutup plak. Sori la Tie...heehheeh..

Cuaca plak, tak menentu. Walaupun summer, asyik mendung dan hujan je sekali sekala. Hari Sabtu tu ok sket...ptg tu, dpt buat BBQ kat belakang umah.. :). Pagi esoknya, dorang bertolak ke Dublin naik train.

Harap Tie sefamili enjoy berholiday kat Ireland nih yer.. :). Mohon maaf atas segala kekurangan layanan masa kat umah kami....sudi2 la berkunjung lagi ke Limerick :).




***Lagi gambar2 kat sini....

Saturday, August 09, 2008

Kontijen Yahudi di Olimpik Beijing 2008?

Tidak mengikuti sgt perkembangan sukan Olimpik kat Beijing. Tapi tahu la acara perasmian dia semalam. Ari ni, masa tgk2 sket berita..terkejut jugak bila terbaca tentang penyertaan negara Yahudi Israel dalam sukan yg dianggap berprestij tu..... terkilan jugak sbb negara kita yg dikatakan negara Islam pun dgn megahnya menghantar kontinjen ke sukan itu...dan berarak dengan bangganya bersama2 kontijen lain (dalam utusan malaysia online, tajuk dia 'SEGAK BERGAYA....') bersama2 dgn negara umat Islam yg lain..termasuk la Palestin sendiri! mmm... satu pengiktirafan secara langsung terhadap negara haram tuh...di mana sensiviti kita?








'segak bergaya....' ???


Saya terjumpa cerita ni kat sini...

Thursday, August 07, 2008

Ballycotton dan Cork

Isnin baru2 ni, 4 Ogos adalah Monday bank holiday kat sini. Bos tak keje, so, kami gi jalan2. Semenjak 2 menjak time summer ni, bos ada minat baru; fishing :). {walaupun plan untuk fishing tak penah nye nak menjadi setakat nih..kihkihkih...} .... Destinasi pilihan ialah ke Cork, spesifiknya ke Ballycotton.... khabarnya, time summer ni, Ballycotton tu syurga untuk kaki pancing. Tu yg bos beria2 nak gi sana. Sambil2 tu, konon2nya nak bawak anak3 gi piknik.

Plan asal nak bertolak awal la sket, dlm kul 10 am, sbb perjalanan ke Ballycotton dalam 2 jam jugak dari Limerick. Tp, last2 dkt2 12pm jugak baru keta kami meluncur kluar dari The Paddocks nih...

On the way, tetiba jer ternampak kain rentang ' Blarney carboot sale, Monday bank holiday'. Masa tu, mataku dah nak terpejam, tapi, dek kerana tenampak iklan kain rentang tuh, terus tak jadi nak lelapkan mata... maklumlah, kat Ireland nih, especially kat Limerick, bukan selalu ada carboot nih...tak macam kat UK sana.. semacam excited la jugak...hehehhe...

Pujuk2 bos sket, bos plak stuju melencong ke sana ... :). sampai kat carboot tu dah dekat kul 2pm, carbooters pun agaknya ramai yg dah packing barang nak balik...tp, tak pe.... sonok aje round2 situ..hihihh... Nak dijadikan cerita dan rezeki agaknya, kat situ bos terjumpa ngan kawan dia yg dah lama dia nak jumpa... hadi n famili.... So, tak sia2 la kami melencong ke sana.. :). Kawan dia tu plak beria2 ajak pegi umah diorang...




Walau camana pun, plan asal ke Ballycotton tetap diteruskan. Sampai sana dah dekat2 kul 5pm! Ramai gak kaki2 pancing time tuh. Org kata, kalau ikut tahun2 sudah bulan ogos nih, dah masanya ikan2 tu kluar. Tp, tahun nih, sampai sekrg, ikan2 tu tak mau kluar2 lagi! Petang tu jugak, walaupun ramai yg memancing tapi, hanya sorang yg dapat ikan, tu pun hanya sekor!! haaahaha...




Lepas ronda2 tgk kawasan, bos kluarkan la juga joran dia, tapi, sekejap sgt.... dlm setengah jam je!! lepas posing sket2.... terus masuk keta smula, 'jom kita gi umah hadi!' kata dia...

Sampai umah kawan tu, dah dekat2 kul 7pm... Kawan tu kejenya chef. Dinner malam tu, kami dijamu nasi ayam masakan chef... :).



Bos, hadi dan anak2...


Kami bertolak balik Limerick dalam kul 10pm gak.... time kasih Hadi n Ema... :). Sudi2 la bertandang ke teratak kami plak nanti :).

**Lagi gambar di ~sini~