Monday, April 27, 2009

Yang warna oren tu apa?

Suatu hari, ayah pergi conference di luar daerah. Tengahari itu, ibu terpaksa menjemput kakak dan abang di sekolah berjalan kaki. Lama ibu tidak berjalan kaki jauh. Mungkin kali terakhir 8 bulan lalu.

Jenuh juga nak siapkan 2 orang budak kecik untuk sessi berjalan kaki nih. Si kecik Hamdan dan si abang Nabhan. Cadang nak keluar awal supaya tidak rasa terkejar2. Tapi akhirnya terlewat juga. Nabhan mula2 excited. Berjalan sambil sesekali berlari2 anak mengejar 2,3 ekor burung yg sesekali kelihatan. Tapi tak lama. Lebih kurang 10 minit, dia merengek letih. Mungkin sebab jalan yg seperti menaiki bukit. Mulalah ibu terpaksa berjalan seperti siput untuk menyaingi Nabhan. Bila nampak pagar sekolah dan zebra crossing yg biasa dia nampak, barulah Nabhan kembali ceria.

Ibu sampai di sekolah lewat 5 minit. Abang dan kakak keluar jam 1.45pm. Kawan2 kakak dan abang ramai yg dah balik.



Semasa berjalan pulang, Nabhan kelihatan lebih ceria, ada kakak dan abang sama2 berjalan kaki sambil berkejaran sekali sekala. Ibu pula yg risau, sebab tak sempat nak mengejar mereka bertiga! Nasib baik adik Hamdan tenang je berada di dalam stroller.

Sedang berjalan2 baru ibu perasan ada sekawan lembu di kawasan tepi jalan berhampiran. Selama ni tak perasan bila naik kereta. Rupa2nya di situ ada kawasan seperti padang ragut.

"Ibu, tengok tuh, ada lembu!" jerit Fawwaz keriangan.

Selama di sini, kami anak beranak tidak pernah melihat lembu dari dekat. Kalau ada pun, nampak dari kejauhan je. Lembu susu yg bertompok2 hitam. Itu biasanya di kawasan countryside.



" Ibu, yg warna oren tu apa?" tanya Fawwaz, macam pelik.

Dalam banyak2 lembu yg bertompok2 hitam dan putih, ada seekor yang berwarna oren bertompok putih.

"La...lembu la jugak yg tuh...." jawab ibu.

"Oooo...ingat apa tadi..." balas Fawwaz.

Kali terakhir budak2 tu melihat lembu dari dekat dalam 2,3 tahun lepas; di kampung. Di kampung, biasa nampak lembu berwarna oren/kecoklatan. Masa tu, diorang masih kecil. Takut sangat bila ternampak lembu. Mungkin diorang pun dah lupa.

Kesian budak2 sekarang, lembu pun tak berapa kenal....heh!

p/s ~ Ibu bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di kampung. Dapat mengenal binatang peliharaan lembu, kambing, kerbau ayam dan itik. Sekurang2nya, boleh juga bagi gambaran pada anak2...




14 comments:

Anonymous said...

Waa....

Bertuah jugalah tu dapat tengok lembu...hehe.. Kaktie ni dah tua baru dapat tengok dekat lepas kahwin dengan hubby....

kin hashim said...

Haha...kak tie lagi dasat rupanya! hehehhh...

Tirana said...

Salam Kin...

Anak-anak kita ni tak alami apa yang kita telah alami sewaktu kita kecil dulu.. Di kampung, kita boleh belajar banyak perkara tentang hidupan flora dan fauna.. tapi di bandar ni..nak belajar kena bawak diorang pergi zoo la agaknya

kin hashim said...

W'salam kak tirana. Betul tuh, itulah kekurangan budak2 sekarang. Kita dgn zaman mak ayah kita pun dah berbeza, apa lagi budak2 sekarang.

iu rf said...

ish3... lembu pun x kenal.. kambing dier kenal x kak..hehe..

sama la kekanak ni.. mcm da lupe peliharaan kt kg nu..hihi

kin hashim said...

Iu, kambing pun dorang tak kenal. Tapi sheep kenal. Shawn the sheep lagi dorang kenal!

Faridrashidi said...

Salam,

Hehehe..saya bukan setakat tengok lembu malah sampai boring tengok najisnya..bersepah merata-merata. Terutama di kampung saya sendiri. Nak warna apa semua ada, tolak kaler pelik2 la.

Payong Emas said...

gambar sekolah nya takde ke?

3uri@ni said...

Suka dengor citer lembu nie, rasa nak tergelak pun ada sbb masa kecik dulu, umur 10 tahun, kena kejor ngan lembu masa pagi raya haji. Masa tu, ngan anak sedara, punya la panik, siap boleh dukung anak sedara yang dah umur 5 tahun, keh keh keh

Kes kena kejor ngan kuba (kerbau) pun ada...masa on the way gi sekolah... :) kena kejor ngan ibu ayam pun ada, ntahapa-apa jer, hehehe

Betul la kata k.kin, untung sangat besor kat kg, ada banyak pengalaman yang d luar jangkaan, hahaha

kin hashim said...

Farid, biasalah tu, kalau kat kg2 yg ada lembu, mesti lah ada sekali dengan pakej najisnya! heheh.. Di kg2 kat tempat kita, lembu kan biasa nampak berkeliaran gitu je. Kat tepi jalan pun ada. Kat sini, tak nampak pulak lembu berkeliaran. Nampak dari kejauhan kat padang2 ragut je.

En zali, dok dang nok ambik gambo kat sek ari tu, seme pakat lari je...

Zu, byk pengalaman ngan haiwan2 peliharaan ni ye? ..kena kejo dek macam2 binatang! heheh..kene ketik angsa tadok ke? hehehe..

arazma said...

tu beza dulu ngan sekarang..
nk kenal haiwan, kena bawa ke zoo, semua kumpul kt situ.. klu x pun, tengok tv.. cuma pakej bau x de la.. tapi kat zoo ade ke ayam kampong?
sronok baca kisah kene kejor ni...saya pun penah kene kejo itik serati, angsa, saja kaco ayam mengeram...terserempak ular masa balik mengaji waktu malam.. cabut lari ntah berapa laju...bab lembu kambing pun ade experience... tapi anak2 skarang still bleh tgk lembu kambing live.. masa korban aqiqah.. nk tgk ayam, depa cuma kenal ayam whole chicken dlm plestik je le.. tu pun klu beli sekor..

kin hashim said...

ami mahzar, pun ada kenangan dgn haiwan2 peliharaan nih?...kenangan indah semua tuh :).

Sasha said...

kehkehkeh!!! lembu omputih kaler putih... kat sini lembu melayu... maka sawo matanglah lembu2nya pun....

p/s: kin bercerita mcm bole buat cerpen... :)

kin hashim said...

Haahah... betul gak ye sha..tak terpikir plak..hehehh..

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).