Sunday, April 19, 2009

Biskut marie


Hari ini, kita belajar tentang sejarah biskut.


Sapa yg tak kenal biskut marie? hehehhe... Saya sendiri, sejak kecil memang dah kenal sangat dengan biskut yang namanya marie nih. Nama orang putih gitu. Sebab asal usulnya memang dari England. Biskut marie dicipta oleh Peek Freans di London pada tahun 1874 sempena memperingati perkahwinan Grand Duchess Maria Alexandrovna of Russia dengan Duke of Edinburgh. Hmmm..bersejarahnya biskut ni, dah berusia lebih 2 abad.

Sejarah biskut marie ni sebenarnya bermula lebih awal lagi iaitu sekitar abad ke 17 di Yorkshire, UK dengan terciptanya sejenis biskut yg pada masa itu dikenali sebagai tea biscuit, (kini dikenali sebagai Rich Tea) dihidangkan untuk golongan atasan sebagai snek sampingan. Resipi asasnya ialah tepung gandum, gula, minyak sayuran dan juga ekstrak malt. Biskut marie adalah variasi daripada biskut tea itu, tetapi ditambah perisa vanilla.

Di UK, variasi biskut ini lebih dikenali sebagai Rich Tea biscuit. Sementara di negara2 lain seperti Australia, India, Afrika Selatan dan Sepanyol (Termasuk la di Malaysia) lebih dikenali dengan nama biskut marie.

Dalam banyak2 biskut, anak2 suka biskut nih. Biskut marie, atau kat sini lebih terkenal dengan nama biskut rich tea. Biasanya kalau pegi shopping, anak2 akan pilih biskut2 yg beraneka perasa, terutama berperisa coklat. Ibu yg suka beli biskut nih. Sebabnya, selain daripada rasanya yg sedap...evergreen gitu! dan yg penting, biskut tu murah jer... tak sampai 1 euro pun sepaket! Bila di rumah, biskut yg simple ini juga yg akhirnya menjadi pilihan anak2.


Rujukan ~ Wiki

10 comments:

Akhi Farid Rashidi said...

Salam Kakkin,

Sebut pasal biskut marie..saya juga teringat waktu dikampung..petang-petang mesti ada kalau kuih tak disediakan. Beli 50 sen je dah dapat banyak keping. Cicah pula dengan air kopi (kopi kg mak buat sendiri) panas berasap..fuss!tak terkata nikmat.

Minyak sayuran tu minyak apa ya?
Dijamin halalkah biskut sana?

NoorGie said...

kin kalu cicah air teh...sodap nih!!

Anonymous said...

Oh....memang masa kecik2 suka makan, cicah dengan teh. Tapi sejak nak masuk klasik ni kak tie dah kurang gemar sebab manis. Kak tie suka biskut tawar pulak (cream crackers) Memang ngada2 makcik ni...hi hi...

Eh...kak tie teringat ada satu jenis biskut dulu, dia keras dan lonjong (oval..takut tak paham...) Sekarang ni tak nampak lagi. Kalau ada pun dlm packet glamour, tak ingat brand apa.

Unknown said...

Biskut yang keras & lonjong tu bukan org panggil Roti keras ke? Biskut marie kalau rendam air milo, tunggu sampai lembek skit, sodap!

arazma said...

tringat zaman dedulu..

kin hashim said...

W'salam Farid. Wah...bes tu cicah ngan air kopi. Mak buat sendiri kopi? bagus tuh...tak penah tengok camane org proses kopi sendri ~ home made. Kami ni 2-2 suka air kopi.

Biskut kat sini tak byk yg berlabel halal, tapi byk yg berlabel suitable for vegetarian. Yg tu kita muslim boleh makan la, sebab takde unsur2 haiwan. Cuma kena hati2 dgn kandungan ingredienst alcohol, sbb walaupun ada alcohol, masih boleh jadi suitable for vegetarian.

minyak sayuran, origin daripada tumbuhan la.

kin hashim said...

kak gie, anak2 saya nih memang suka sgt cicah biskut marie ngan air teh. Kalau 3 org duduk mengadap, boleh habis sepaket sekaligus!

kak tie, memang sedap biskut marie cicah air teh! saya memanng suka, sejak dari kecik sampai la sekrg nih. Kot2 nanti bila dah nak masuk klasik, kena tukar habit jugak la...hehhehe...

mmm...biskut keras dan lonjong? biskut apa ya? ya la kot jie ye, roti keras?

jie, ho, cicah air milo sedap gok. Air milo tu biar pekat sikit, lagi sedap! hehehe...

kin hashim said...

ami mahzar, ya...teringat zaman dolu2...tapi, tu la, biskut marie ni,evergreen gitu! terima kasih singgah sini :).

Akhi Farid Rashidi said...

Ya, buat sendiri. Jemur biji kopi, goreng, tumbuk, goreng bersama gula merah dan putih, tumbuk dan siap! Kaww sekali.

kin hashim said...

Farid, wa..menarik tuh. Teksturnya halus macam kopi yg kita beli ke? Sekarg mak buat kopi sendiri lagi ke?

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).