Masih lagi cerita raya. Hari ini 16 Syawal, masih dalam mood raya....

27/9, buat pertama kali kami sekeluarga buat 'jamuan raya' @ 'rumah terbuka hari raya'. Maklum la, trend zaman sekarang nih kan, bila musim raya, berderet2 jemputan ke rumah terbuka hari raya. Beraya di perantauan pun sama la jugak.....
Sebelum ni, tak pernah buat 'jamuan raya' secara 'rasmi'. Ajak kawan2 makan setakat 3,4 keluarga ada la sekali sekala. Bukan apa, tak pandai bajet makanan utk ramai orang nih. Maklumlah, kat sini semua nak kena uruskan sendiri. Daripada merancang, memasak mengemas dan sebagainya.
Disebabkan ini adalah raya terakhir kami kat sini, jadinya teringin la jugak nak buat 'open house' sempena raya nih. Bukan ramai sangat jemputan pun, adalah tambah beberapa kepala lagi daripada korum biasa...hehhe..
Antara tetamu. Meriah la jugak.... sesak dan padat la ruang tamu rumah kami yg sekangkang kera tuh...
Hidangan yang ringkas dan sederhana. Alhamdulillah, tahun ni berjaya membuat biskut2 raya yg lebih berkualiti daripada tahun2 lepas...heheh..
3 hari sebelum tuh, 24/9, adalah hari ulangtahun kelahiran Kakak Huda yg ke 7. Anak daraku itu dah makin besar. Daripada awal tahun lagi, concerned sangat dia dengan tarikh hari lahir dia tuh. Untuk meraikan Kakak Huda, jamuan hari raya tu disekalikan dengan majlis harijadi dia la konon2nya...bukan main seronok lagi dia...
(Ibu rasa bahagia tengok anak2 gembira)

{Kredit ~ Scrapping Rainbow}Selamat hari lahir ke 7 puteriku. Ibu dan ayah doakan segala yg terbaik untukmu, semoga dirimu kan membesar menjadi anak solehah, penyejuk mata ibu dan ayah... amiin.


The best raya in last 3 years ~ 'Open house'





















