Wednesday, November 25, 2009

LabbaikAllah

(gambar carian google)

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.....

Hari ini sudah 8 Zulhijjah 1430H. Kurang daripada 24 jam lagi, para tetamu Allah SWT pada kali ini akan menjalani ibadah wukuf di Arafah. Beruntunglah mereka yang dikurniakan rezeki pada tahun ini; kelapangan masa, tenaga dan wang ringgit untuk berpeluang menjadi tetamu Allah. Semoga jemaah2 haji pada tahun ini dipermudahkan segala urusan, dan dikurniakan haji yang mabrur. Mudah2an..amiin.


Wukuf di Arafah
(gambar carian google)

Pastinya keinginan untuk menyempurnakan rukun Islam yang ke 5 itu menjadi cita2 setiap yang bergelar muslim. Tidak terkecualilah diri ini, lebih-lebih lagi apabila usia makin bertambah. Pada tahun ini, ramai juga sahabat handai rakan seperjuangan yang berpeluang untuk mengerjakan haji. Alhamdulillah, rezeki mereka pada tahun ini. Semoga mereka semua beroleh haji yang mabrur. Dan, semoga saya dan suami juga berpeluang juga untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebagai tetamuNya pada suatu hari nanti.

Dan kepada seluruh umat Islam, terutama kepada kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, walau di mana sahaja berada, sama2lah kita raikan Hari Raya Korban pada 10 Zulhijjah nanti dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.


Salam Eidul Adha dari Limerick, Ireland

Monday, November 09, 2009

I am bigger than yesterday

Saya kembali lagi . Dah lama saya tak muncul kat blog ibu nih.

Kata ibu, hari ini hari ulangtahun kelahiran saya. Kata ibu lagi, saya genap berusia setahun hari ini. 9 November 2009. Oooo..sudah setahun umur saya. Saya sudah besar rupanya.


Kredit ~ Bug-A-Licious mini kit (http://www.deliciousscraps.com/)

Ibu kata, sekejap je masa berlalu. Masih basah lagi kenangan saat kelahiran saya dahulu. Istimewa ke kenangan itu? Tentu lah kan...hehhe... saya lahir di negeri yang jauh daripada negeri kelahiran ibu dan ayah. Saya lahir di St Munchin Maternity Hospital, Limerick , Ireland. Tiada tok, tokki, adik beradik atau saudara mara ibu atau ayah di sisi ketika kelahiran saya. Hanya kami sekeluarga, ditemani kawan2 ibu dan ayah ketika itu. Kata ibu lagi, saya lahir di tengah-tengah kesibukan ayah menyiapkan pengajiannya. Oooh..ayah masih belajar rupanya..hehhe...


Kredit ~ Baby's room kit (http://rebeccasscrappingsilliness.blogspot.com/)

Kata ibu, dalam setahun usia saya, banyak yang saya pelajari tanpa disedari. Detik awal kelahiran, saya hanyalah seorang bayi yang mungkin tak mengerti apa2. Hanya tangisan menemani saya tatkala saya keluar melihat alam yang luas dan indah. Sedih agaknya meninggalkan alam rahim yg mungkin cukup selesa ketika itu. Atau mungkinkah tangisan kegembiraan dan kesyukuran dapat menghirup udara di alam dunia yang indah ini. Dapat menatap wajah ibu yang selama ini membawa sayadi dalam kandungan selama lebih 9 bulan. Juga dapat menatap wajah seorang ayah, juga kakak dan abang2 saya. Barangkali.

Walaupun mungkin saya tak mengerti apa2 ketika itu, tapi, naluri saya memahami dan mengerti kasih seorang ibu. Saya tenang dalam dakapan ibu ketika pertama kali ibu memeluk dan mencium saya. . Kehangatan kasih ayah juga masih terasa tatkala saya berada kemas dalam dakapan ayah, ketika ayah melaungkan azan di telinga saya. Indahnya saat itu.

Saat demi saat yang saya lalui, saya tahu, saya dikelilingi oleh orang2 yang mengasihi dan menyayangi saya. Ketika masih di hospital lagi, ayah memperkenalkan kakak dan abang2 saya. Ooh...mereka begitu girang menyambut saya sebagai seorang ahli keluarga yang baru. Kawan-kawan ibu dan ayah juga datang menziarah. Jururawat di hospital pun baik-baik belaka.

Tapi, kegembiraan itu rupanya bersulam cerita duka. Hari yang sepatutnya ayah membawa ibu dan saya pulang ke rumah, ibu diserang demam panas. Ibu perlu dirawat di hospital. Saya dan ibu dipisahkan. Saya yg tidak mengerti apa2 dijaga oleh jururawat yang bertugas di wad lain. Lama ibu di hospital. Khabarnya, teruk juga ibu sakit. Kata ibu lagi, saya juga terpaksa berada di hospital selama tempoh ibu dirawat di sana. Kesian ibu, mesti ibu sangat merindui saya ketika itu. Ibu kisahkan cerita kenangan saya dan ibu di hospital itu di sini,di sini, di sini, di sini, dan di sini.


Kredit ~ Btrue kit (http://misserinsscraps.blogspot.com/), word art (http://scrappingwords.blogspot.com/)

Hmmm....apa pula perkembangan saya sekarang ya? Yang terkini, saya tengah belajar berjalan. Saya masih takut2 untuk melangkah. Tapi saya sudah boleh berdiri tegak tanpa bantuan. Ibu kata mungkin dalam sedikit masa lagi saya boleh berjalan. Macamana agaknya nanti bila saya dah boleh berjalan sendiri? Hehhehe... tentu ibu pula akan semakin penat mengejar saya..hehhe..

Sekarang ni, saya begitu teruja merayau2 (merangkak) di dalam rumah. Semua benda adalah perkara baru bagi saya. Saya main dengan mainan yang bertaburan di dalam rumah. Saya selalu menemani ibu di dapur. Saya suka kalau ibu berikan saya pinggan, mangkuk, cawan (plastik) atau sudu untuk saya main. Saya juga suka merayap ke bilik ibu atau bilik kakak. Dan yang agak mencabar, saya juga suka memanjat anak-anak tangga. Pernah saya panjat anak-anak tangga sampai ke tingkat atas! Ibu atau ayah selalu saja 'kejar' saya yang mencuba untuk memanjat tangga..hehhe.. Mungkin ibu dan ayah bimbangkan keselamatan saya. Tapi, saya tak dapat melawan rasa teruja dan rasa ingin tahu saya..hehhe..

Gigi saya? Hmmm saya dah ada banyak gigi, dan saya dah boleh makan banyak jenis makanan. Ibu selalu menyuap makanan yang pelbagai untuk saya. Dan saya suka apa yang ibu suapkan! Dan, saya juga suka menggigit apa2 sahaja!

Apa lagi yang nak saya ceritakan sempena hari lahir saya ni ya? Hmmm..ehhehe.. tu je lah kot untuk kali nih. InsyaAllah lain kali bila ada kelapangan saya akan menyibuk2 lagi kat blog ibu nih..hihhh...

Ok. Sehingga kita ketemu lagi.....!


Salam sayang,

Hamdan,

No 6, The Paddocks.