Thursday, April 23, 2009

Mr Binman

2 hari lepas saya pergi berjumpa dengan En Binman. Sebanyak euro 238.19 telah bertukar hak milik (Ohhh... euro 238.19 X 5 = RM..... ). Itu maintenance untuk hanya 6 bulan sahaja!




Siapa En Binman nih? Mr Binman ialah private company yang menyediakan perkhidmatan menguruskan pengumpulan dan juga kitar semula sampah untuk rumah kediaman dan juga pelanggan komersial. Mr Binman adalah salah satu syarikat pengurusan sampah yg progresif di Ireland dan merupakan syarikat pengurusan sampah yg terbesar di Limerick. Menurut kata En Binman, kadar pembuangan sampah isi rumah di Ireland bersamaan dengan 1.2 tan setahun dan menunjukkan peningkatan sebanyak 3%. Banyak tak? Banyak la kot... Mr Binman mempunyai matlamat untuk mengurangkan kadar pembuangan sampah dengan cara mengitar semula 51% daripada bahan buangan tersebut. Dengan itu mengurangkan jumlah pelupusan sampah, untuk kebaikan alam sekitar.

Itulah dia sistem pengurusan pembuangan sampah kat sini. Diuruskan oleh syarikat swasta. Setiap rumah kediaman atau premis perniagaan mempunyai peranan untuk menjaga alam sekitar. Mereka bertanggungjawab terhadap bahan buangan sampah masing2 dengan cara membayar atas khidmat tersebut.

Di sini, sampah dikutip seminggu sekali. Termasuklah sampah untuk dikitar semula. Bila bayaran bil di buat, akan dibekalkan sekali dengan plastik opti-bag untuk mengisi sampah yang boleh dikitar semula.

Caj yg dikenakan sebenarnya bergantung kepada berat sampah yg dihasilkan ~ Pay by weight system. Dan amaun sampah yg boleh dikitar semula akan membantu mengurangkan caj, sebagai galakan kepada masyarakat untuk mengitar semula. Dan yg terbaru, Menteri Alam Sekitar mengumumkan peningkatan landfill levies (cukai), juga sebagai langkah untuk menggalakkan orang ramai mengitar semula. Bil datang setiap 6 bulan sekali. Kalau tak dibayar, sampah kita tak akan diambil. Setiap tong sampah (wheelie bins) akan ditimbang setiap kali sampah dikutip. Lori sampah lengkap dengan sistem berkomputer. Setiap tong sampah dipasang dengan microchip yg mengandungi maklumat tentang pelanggan, yg akan diimbas (scan) oleh microchip reader yg dipasang pada lori. Maklumat yg diimbas akan dihantar ke sistem komputer di ibu pejabat. Canggih tak? hehhe...




Sebenarnya, bukan setakat kecanggihan sistem sahaja. Yang penting perlaksanaan. Juga penguatkuasaan undang2 dan peraturan pihak berkuasa. Dan tak kurang pentingnya juga kesedaran diri sendiri di peringkat individu. Kalau pihak berkuatkuasa tidak bertegas, tak jadi apa juga. Dan kalau individu tiada kesedaran, sampai bila pun masalah tak akan selesai.

Sepintas lalu, kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat kita di Malaysia , jauh lebih rendah daripada masyarakat di sini. Mungkin juga sistem pengurusan sampah kita yg tidak berapa efisien. Dan seperti tiada kesungguhan untuk mengitar semula.


Sekadar gambar hiasan (ihsan Google) ....Oh Malaysiaku... Sampah sarap yg bertebaran gitu je di tepi jalan. Ni dekat dengan kawasan perumahan, apa lagi kalau di kawasan semak yg orang tak berapa nampak. Ada juga yg longgokkan sampah dekat dengan papan tanda amaran 'Jangan buang sampah di sini'! Begitu pengotorkah masyarakat kita?

Negara kita, kononnya negara Islam. Islam itu indah. Ni la salah satu contoh yg org kata, Islam itu ada di negara yg tiada org Islam/negara bukan Islam (bukan tak ade...org Islam sebenarnya bertebaran di muka bumi, cuma mungkin sekadar minoriti).

Kalau sistem pengurusan sampah kat Malaysia canggih seperti di sini, apa jadi agaknya ye? Mungkinkah rakyat Malaysia akan berubah? Mungkinkah panorama di Malaysia akan berubah? Ataukah nanti ada yg ambil kesempatan 'membuat duit'...sedangkan mentaliti rakyat masih di takuk lama, dan keadaan persekitaran tetap tidak berubah.....! ?



12 comments:

Anonymous said...

Kalau syarikat cam ni ada di msia mesti gaji ceo/GM dio lebih rm400,000.00 sebulan tak termasuk elaun. Tambah merana rakyat hok susah.

112413

Anonymous said...

Wow...canggihnya..!!

Tapi kat Malaysia, mustahil la... Pertama mesti ramai yang membantah. Nak bayar api air pun ada yang masih tak mampu atau sengaja buat2 tak mampu. Inikan sampah. Golongan susah tu lagilah teruk. Silap2 mereka bakar je, he he..

kin hashim said...

Cik anonymous, boleh jadi juga! perkhidmatan belum tentu lagi outputnya macamana, tapi ada pihak2 tertentu yg terlebih dahulu mendapat untung. Rakyat hok sedia susoh, lagi susoh!

kin hashim said...

Kak tie, ye..canggih, kan? Hmm, betul tu, kalau macam tu dibuat kat Malaysia, tentu ramai yg akan bantah. Mentaliti org kita tak sama dgn org2 kat sini. Dan, mungkin juga keadaan setempat di negara kita jauh berbeza.

Walaupun di sini caj yg tinggi dikenakan utk perkhdmatan2 tertentu seperti bayaran sampah ni, tapi, perkhidmatannya boleh dikata efisien. sekurang2nya kita rasa berbaloi dgn duit yg dikeluarkan. Kerajaan juga efisien dalam pentadbirannya. Ada ketelusan dalam pentadbiran, dan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan.

Bayaran cukai di sini juga tinggi. Tapi, rakyat mendapat manfaat drp cukai yg dibayar. Ada macam2 jenis elaun untuk rakyat. Kira 'negara kebajikan' la nih.

Kat tempat kita, masih byk lompang2 dalam pengurusan pentadbiran negara. Ketidaktelusan ada di mana2. Hatta dalam keje2 PBT yg berkaitan dengan angkut mengangkut sampah pun, barangkali!

p/s ~ untuk makluman, di Ireland, tiada bil air untuk rumah kediaman...air percuma :).

Anonymous said...

Haa ?

Air percuma ?? Waaa..... baru tahu ni.... napa tak beritahu awal2..?? Kecian kak tie...he he..

kin hashim said...

Tu la kak tie, masa awal2 dulu, saya pun macam tak percaya je, rasa cam tak logik takde bil air. Tapi, tulah kenyataannya. Kerajaan sini buat yg terbaik utk rakyat dia.Projek2 mega tak nampak sgt, jalan raya pun sempit je, bangunan mencakar langit tak byk. Bangunan lama2 dan klasik dikekalkan. Highway takde tol. Kalau ada pun, murah je. Hak dan keperluan rakyat diutamakn,cth macam air la.Walaupun air free, tapi bersih. Org kata, bole minum straight air paip tanpa dimasak, tapi saya masak gak..heheh... Kalau kat tmpt kita, dah la bil air boleh thn, tapi air pulak tak berapa nak bersih, di sesetengah kwsn, berkeladak pun ada.

eeeda said...

Lambat lg kot dpt dilaksanakan di m'sia. Biasalah bila melibatkan duit nie susah...ari PM baru br nak cuba selesaikan masalah kesesakan jalan raya di ibu kota..upgrate lg kemudahan awam yg ada...

kin hashim said...

Eeeda, harap2nya kemudahan untuk rakyat yg sedia ada dipertingkatkan dulu, sblm 'melabur' untuk projek2 lain yg lebih mega.

Faridrashidi said...

salam,

Pertama sekali saya sangat tertarik dengan sistem pengurusan bandar2 dieropah..bersih,kemas dan sistematik.

Geleng kepala saya fikir masalah negara dan umat Islam. Jangankan perkara besar, sekecil buang sampah pun tak mampu laksana.

Mengikut sumber Mesir negara kedua terkotor didunia selepas India. Aduuhh...

Kullu makan zibalah..maksudnya semua tempat adalah tong sampah. Sebab itu sampah boleh dibuang merata2..maila tengok kalau tak percaya:)

kin hashim said...

Ye ke? Mesir jatuh no 2 terkotor di dunia? Sedih, kan?... agaknye Malaysia jatuh no brapa ye?

Sasha said...

wah!!! bagus sgt sistem ni... itulah namanya masyarakat yg bertamadun...

Msia ketinggalan dlm semua tahap ketamadunan... semakin canggih dunia... tahap mentaliti pulak makin menurun... pelik...

Dlm mimpi pun msia takkan jd macam tu... rimas & jijik tgk sampah-sarap merata2... mcm ler takde tong sampah... rasa2nya Msia tmpt ke-3 kot... semua bangsa asia(yg mundur a.k.a buruh sing) ada kat msia, maka semakin mundur jugalah msia...

huh... geram ni! stop kat sini je sblum merapek lebih teruk lg...

kin hashim said...

sabar sha...sabar... buruk baik pun, tetap negaraku yg terchenta! hehehh..

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).