Camana nak buat telur masin? ...mula2 malas nak cite kat sini, sbb rasa org lain dah tau kot, sbb senang sgt! ...heehee.... (padahal dulu sblm buat, tanya mak gak! kihkikih..) Tapi, ada plak yg bertanya , si Jann ni ha.....okey la, di sini dikongsikan cara2 nak buat telur masin, sbgmana yg diceritakan oleh ibuku...
Yg ni versi air masin, bukan yg salut tanah dan arang tu yer.. (yg tu, tak tau camane!). Cara dia, masak air garam (nak kena masak, supaya garam cepat larut). Banyak mana garam nak letak? yg ni saya pun tak tau nak jawab ngan tepat...sbb, mak pun tak bagitau dengan tepat setepatnya.... Kata mak; lebih kurang untuk setabung size sederhana tuh, masukkan 3 cawan garam. Sebenarnya, kalau lagi masin airnya, lagi bagus...cepat sket telur tu jadi masin. tapi, kalau terlebih garam dibandingkan dgn air pun, tak guna jugak..sbb nanti garam2 tu tak dapat nak larut semua...dia jadi tepu la plak..pah tu mendak kat bahagian bawah. Jadinya, pandai2 la agak2 sendiri yer... :).
Yg saya buat tuh, size tabung kira sederhana la, muat untuk 12 biji telur. Saya gunakan 3 cawan garam, tapi, tu pun ada yg mendak juga kat bawah tabung tuh.
Lepas dah masak air garam tuh, biarkan air garam tu sejuk dulu sblm dimasukkan ke dalam tabung. Kalau tak, nanti telur itik tu jadi telur separuh masak plak sblm jadi telur masin! Kemudian, masukan la telur tu dgn hati2, jgn sampai terpecah plak.
Akhirnya, tutup la kemas2.....simpan la kat mana2...tunggu la at least 2 minggu untuk dapat hasilnya...Lagi lama, lagi bagus hasilnya! Selamat mencuba! :).
**p/s ~ saya penah try buat telur masin guna telur ayam, saja nak wat eksperimen, tapi dimaklumkan bahawa telur masin telur ayam tu tak bes macam telur itik! harap maklum :).
**p/s ~ saya penah try buat telur masin guna telur ayam, saja nak wat eksperimen, tapi dimaklumkan bahawa telur masin telur ayam tu tak bes macam telur itik! harap maklum :).
8 comments:
kalau boleh buat sendiri,sudah memadai untuk melepaskan rindu pada telur masin. Buat camtu, rasa tetap sama sedap ker dengan yang biasa tu?
mekasih kak kin,insyaAllah nak buat jugak ni..tapi kena cari tabung dulu kat carboot..hmm dan telur itik..hehe,,tq
Terima kasih kak kin.. insyaAllah nak cuba buatlah dlm esok lusa ni.. oh ye, lepas dua minggu nak kena keluarkan daripada balang tu, lepas tu terus rebus semua and simpan dlm fridge or tak perlu rebus terus simpan dlm fridge.. bila nak mkn baru rebus? ain ni mmg tak tahulah kak kin.. ana budak baru belajarlah...
kak ras, saya rasa sama jer... tapi, kena tunggu lama sket la, biar rasa masin tu sebati dlm telur...
jann.......teruskan niat murni anda, berbaloi! hehhehe...
ain..jgn kuorkan semua..amik sebiji 2 yg nak makan jer..yg lain2 biarla terendam dlm air masin tuh. Kalau lagi lama dalam air maisn, rasa lagi sedap! dan, jgn lupa, cedok dgn sudu/senduk, jgn sampai tgn kita terkena air masin tuh.... kata org, takut tecemar air maisn tuh, lama2 kot air masin tu jadi busuk plak..
salam kak..
melihatkan entry telur masin ni terasa ingin berkongsi juga cite..bukan ape ahli bait (ahli rumah) juga ada wat bisnes tular masin ni. Maklumla kat mesir ni arab manala mkn tlur msin..skli skal mau gak rsa makanan mesia kan..dia buat berbalang2 byknya telur masin utk dijual.alhmdlh ada smbutan gak..tapi garam sini cm pelik sikit,kalo taruk byk akan jadi masin semasinnya sampai dh nak rasa pahit..time bulan posa ni sedap mkn waktu sahur..:)
sekian ceriTa dri sy..
ibnurashidi, 'ahli rumah' sama tak nagn 'org rumah'? hehhe...bagus la kalau garam kat sana sgt masin, buh sket dah le..jiiimattt! :).
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).