Weekend baru2 ni, kami ke Dublin....tu yg senyap je 2,3 ari baru nih :). Ada program untuk anak2; nama program tuh 'Kem Generasi Wawasan Cemerlang (KGWC)'....amboi, bukan main lagi nama program...heheheh.. anjuran bersama Persatuan postgrad students Ireland (MyPSI) dan ABIM UK&Ireland.
KGWC selama 2 hari; Sabtu dan Ahad, bertempat di Dublin Mosque, peserta budak2 kecik jer. Huda dan Fawwaz je peserta dari luar Dublin, yg lain2 anak2 Dublin.
Sebenarnya, pada mulanya sebelum ke sana, tak berapa jelas sgt apa bentuk programnya ....tp, kami daftarkan jer Huda dan Fawwaz. At least bagi exposure dan pengalaman untuk Huda dan Fawwaz. Overall program, ok lah... Huda dan Fawwaz seronok jumpa kawan2 dan ikuti aktiviti, walaupun Fawwaz sedikit kekok, sbb itu pengalaman pertama dia join program formal dgn ramai kawan2. Maklumlah, Fawwaz belum lagi masuk sekolah.
Petang Sabtu tuh, seperti biasa kalau ke Dublin, kami pegi lah memborong kat kedai abang Man di Lucan, Hibiscus Asian Store. Dan lepas tu kami menuju ke Wicklow ..tempat bermalam kami malam tu. Nak tau sapa kami jumpa....tunggu entry yg berikutnya.. :).
***lagi gambar di sini....
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).