Tuesday, June 02, 2009

Kisah 'Bas mini'

Ada satu cerita yg skema..hehhehe...

Suatu hari, Encik R, seorang ayah anak 4 menelefon satu syarikat teksi.

Encik R : Hello
Operator : Hello....Syarikat Teksi...bla..bla...
Encik R : Saya nak tempah satu teksi untuk saya dan keluarga.
Operator : Berapa org encik?
Encik R : 6 orang.
Operator : Kalau 6 orang, kena dua teksi encik. Satu teksi hanya untuk 4 penumpang.
Encik R : Tapi, anak2 saya kecil lagi.
Operator : Berapa umur?
Encik R : 6bulan, 2 thn, 5 thn, 7 thn
Operator : Maaf encik, hanya 4 org dibenarkan untuk satu kereta. Encik kena ambil 2 teksi, atau pun encik boleh ambik bas mini.
Encik R : Ha??? bas mini?
Operator : Ya encik, kita mengikut undang2 dan peraturan. Hanya 4 orang penumpang untuk satu kereta teksi.
Encik R : Oklah...berapa bayarannya?
Operator : Alamat encik?
Encik R : No 6...bla...bla..bla..
Operator : Euro 13 encik.
Encik R : Ok...saya mahu esok pagi, jam 7.30am ye.
Operator : Baik encik. Terima kasih.

Encik R merancang perjalanan ke bandar D bersama keluarga, menaiki keretapi. Dan Encik R menempah teksi untuk membawa mereka sekeluarga ke stesen keretapi. Ini pengalaman pertama Encik R sekeluarga 6 orang menaiki teksi. Undang2 di negara ini mensyaratkan anak2 kecil menaiki kereta menggunakan 'carseat' masing2. Ada logiknya juga syarikat teksi itu tak benarkan 6 orang menaiki satu kereta.... Encik R cuba merasionalkan situasi itu.

Keesokannya.....

Lebih kurang jam 7.30am, selesai bersiap2 Encik R membuka pintu utama. Sudah ada teksi di hadapan rumah. Bukan sebuah bas mini, tapi, 2 buah teksi!


Teksi di Ireland....gambar hiasan jer..

Pemandu teksi 1 : Kami dapat arahan daripada kompeni untuk teksi yg encik tempah. Bas mini takde masa ni, jadi kami terpaksa datang dengan 2 buah teksi.
Encik R : Oooo... ok...

Tak lama kemudian, isteri dan anak2 Encik R keluar. Kedua-dua pemandu teksi sedikit tercengang2 melihat hanya 2 orang dewasa dan selebihnya penumpang2 kecil di bawah umur yg akan menaiki 2 buah teksi!

Encik R bersama 2 anak lelakinya menaiki teksi pertama. Isteri Encik R dan anak kecil berusia 6 bulan dan anak sulung yg berusia 7 tahun menaiki teksi kedua. Tiada 'car seat' pun di dalam kedua2 buah teksi tersebut.

Setelah itu, 2 buah teksi kelihatan menyusur keluar dari perkarangan rumah Encik R.

Di dalam teksi pertama.....
~tiada perbualan direkod...~

Di dalam teksi kedua... (Isteri Encik R dan anak2 duduk di belakang)

Pemandu 2 : Panjang cuti hujung minggu kali ni ye.
Isteri En R : Ha'a..ye..
Pemandu 2 : Mau jalan2 ke bandar D ye?
Isteri En R : Ha'a....lebih kurang la tuh...
Pemandu 2 : Sebenarnya awak sekeluarga tak perlu pun ambik 2 teksi ni. Anak2 semua kecil2 lagi.
Isteri En R : Tapi, suami saya memang sudah menelefon syarikat teksi tu semalam. Mereka yg cadangkan kami ambil bas mini. Tapi, alih2 kami diberi 2 teksi pulak.
Pemandu 2 : Tulah...kadang2 peraturan ni pun tak masuk akal juga. Kalau anak2 kecil macam ni, buat apa sampai ambil 2 kereta. Bas mini pun tak perlu. Anak kecil tu boleh dipangku, dan di tempat duduk belakang boleh muat seorang dewasa dan 3 orang kanak2 kecil.
Isteri En R : Entahlah encik...diorang yg kata tak boleh.
Pemandu 2 : Sekarang ni, tak pasal2 suami awak kena bayar untuk 2 buah teksi.
Isteri En R : { senyum aje...}
Pemandu 2 : Balik karang, kalau nak ambik teksi, tak perlu ambil 2 teksi. Ambik satu teksi je cukup.
Isteri En R : Ooo..ye ke... baiklah {sambil senyum...}

Di stesen keretapi...

Isteri En R : Abang, driver tu kata kita tak perlu 2 teksi pon! Dia kata, balik karang, ambik satu teksi je cukup!
Encik R : Iye ke? Driver teksi abang tu tak cakap apa pun...

Jam 8.30 am, keretapi meluncur keluar meninggalkan bandar L menuju ke bandar D....

*************************************************************************************

Jam 10.00pm pada hari yg sama, keretapi dari bandar D sampai di bandar L. Antara ramai2 penumpang ialah Encik R sekeluarga. Semua nampak keletihan setelah sehari suntuk perjalanan...

Di luar stesen keretapi, kelihatan deretan teksi di tepi jalan. Encik R cuba bertanya sebuah teksi. Isteri En R dan anak2 menunggu di tepi seberang jalan.

Sekembalinya Encik R ke tempat isteri dan anak2nya...

Encik R : Huh! nampak gayanya, kita kena ambik bas mini jugak. Driver tu kata 6 orang tak boleh naik satu kereta!
Isteri En R : La... ye ke...gitu pulak? mana nak cari bas mini tuh? Tu semua yg berderet tu kereta teksi jer...
Encik R : Ada kat depan tu sikit...kompeni teksi.

Nasib baik tak jauh...rasanya tak sampai 200 meter pun dari tempat mereka berada masa tuh.

Tak lama lepas tu....Encik R sekeluarga kelihatan keluar meninggalkan bandar menuju ke kediaman diorang menaiki 'bas mini'.....


Ni la 'bas mini'nya... bukan gambar sebenar...contoh aje...hehhee..


p/s ~
  • Kisah di atas adalah kisah yang diadaptasi daripada pengalaman sebenar.
  • Perbualannya telah diubahsuai dan diterjemah mengikut kesukaan penulis.
  • Harap cerita di atas tidak la masuk kategori cerita yg sangat memboringkan....hehhehe..



14 comments:

Kelkatu Biru said...

Lawanyer teksi kat sana ye kak kin...Cerita ni mesti jadi pengalaman yg x dpt dilupakan. :D

Jie said...

lawakla Kin buat perbualan gitu... boleh masuk ujang ni.. hehehe.. tapi teksi dia class tuh!! mercedes ye??
kalau kat mekah teksi pakai camry.

Bonda said...

lagu tu rupo bas mininyo...oooo...hebat,hilang rasa penat seharian.

kin hashim said...

I-syah, ye..pengalaman yg tak akan dilupakan...1st time naik teksi sekeluarga 6 org ni..hehhe...

Jie, tu gambo hiasan jer...hehhe... teksi sini bukan mercedes saja, ada macam2, tapi byk keta yg bes2 la.

Bonda, tu la..ingatkan bas mini macam bas sekolah tempat kita hok kecik tuh, terkejut gok mula2 dengo. Nak book teksi, suruh ambik bas! hahahha...rupa2nya 7 seater taxi..hehhe..

Farid Rashidi said...

Macam tahu je enam orang sekeluarga tu. :)

Kalau kat sini, no undang-undang. Selagi teksi muat, selagi bas muat. Sumbat je banyak2 asal penuh. Nak bergantung tepi pintu pun takda masalah.(berdasarkan pengalaman)

Sasha said...

Ni bukan citer pasal keluarga Kin ke?... mcm nak serupa je watak2 dlm citer ni... hehehe... best ler standard bas mini kat sana... merasalah naik kete mercedes, bmw dan kete lain yg gempak2!

atty's said...

sonok gak baca entry kin nie..
tu ar ..kalo budak kecik pangku je ar kan..

Ayasu Kuro-Obi said...

Mahal tak caj bas mini tu?

iu @ wid said...

ehemmm ;p

kin hashim said...

Farid, mungkin salah satunya bezanya cara berfikir org sini dengan org sana. Apa2 pun safety first!

Sasha, ada persamaan eh? ;). Bukan seme teksi keta lawa2 sha..tapi, byk yg lawa la :).

Saiful, kalu ikut matawang sini, tak la mahal sangat...

Kak ty, tulah, budak kecik boleh pangku jer...

Iu, ehemmmm? mmmm...ehhhhem!

Farid Rashidi said...

Yer, sini orangnya ganas dan kasar. Tiada undang-undanglah sebab negaranya darurat.

School Of Tots said...

undang2 manusia ni tak sempurna

Tirana said...

hehehe...bila Kin sebut bas mini..kak tirana terbayang bas mini yang beroperasi di KL dulu-dulu.

Undang2 di oversea memang ketat sikit. Masa kak tirana pergi ke Melbourne dua tahun lepas..terpaksa sewa mpv sbb anak ada 4 orang (terlebih sorang aje) tapi dah undang2 gitu..nak buat macam mana kan?

kin hashim said...

School of tots, ya...setuju :).

Kak tirana, saya pun ingat bas mini gitu mula2 tuh..hehhe.. pengalamn pertama naik teksi sekeluarga...hehhe...
Hmm..memang pun, undang2 jalan raya kat negeri org putih ni ketat sikit dan ada pelaksanaan yg tegas. Tu salah satu sbb kenapa kurang tragedi kemalangan yg ngeri macam kat tempat kita. Kitorang sekrg pun dah jadi 6 sekeluarga, daripada pakai kereta, pun kena tukar ke 7 seater. Setiap anak2 ada carseat masing2.

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).