Anak ke 3 saya akan mencecah umur 3 tahun menjelang penghujung bulan depan. Sudah 7 bulan naik pangkat menjadi seorang abang, tapi, dia masih membahasakan diri dia sebagai 'adik'.
"Ni adik abang 'Mahan' , tu adik Hamdan" itu yg dijawab setiap kali ibu atau ayah mengingatkan dia tentang kewujudan adik Hamdan. 'Mahan' adalah 'Nabhan'...dia masih belum boleh menyebut namanya sendiri 'Nabhan' dengan betul.
Nabhan kini sedang melalui satu fasa yg penting dalam perkembangan hidupnya. Nabhan dalam proses latihan untuk ke tandas sendiri. Dalam kata lain, belajar untuk 'melupakan diapers'.
Melatih anak ke tandas untuk membuang air kecil atau besar merupakan satu fasa yang cukup mencabar kepada anak dan ibu bapa serta memakan masa yang agak panjang.
"Berapa umur anak yg ni?" tanya seorang kenalan ibu suatu hari, merujuk kepada Nabhan.
"Dah nak masuk 3 tahun, kak" jawab ibu.
"Oooo...dah nak masuk 3 thn masih pakai pampes?" kata kakak itu lagi.
Ibu hanya tersenyum.
Bagi saya, bukan senang nak melatih anak2 ke tandas. Selain umur menjadi indikator untuk memulakan latihan tersebut, kesediaan anak untuk dilatih juga penting. Kalau anak tidak menunjukkan tanda2 bersedia, maka usaha kita akan menjadi semakin sukar. Bila setiap hari berdepan dengan kesukaran, hanya akan menambahkan tekanan kepada diri sendiri, dan juga kepada anak itu sendiri.
2 orang anak saya telah pun melepasi fasa tersebut. Saya mula melatih anak2 ke tandas sendiri apabila mereka menunjukkan tanda2 seperti mampu mengekalkan lampin dalam keadaan yg kering dalam masa yg agak lama. Secara tak langsung menunjukkan sedikit sebanyak mereka mampu mengawal proses membuang air. Si kakak secara rasmi berjaya dilatih pada umur 3 tahun. Manakala si abang pula hanya berjaya apabila mencecah umur 3 tahun setengah. Benarlah seperti pengalaman kebanyakan orang, anak perempuan lebih mudah berbanding anak lelaki.
Semasa anak sulung, saya agak teruja juga menunggu masa dan saat untuk melatih anak ke tandas sendiri. Menjelang umur 2 tahun lebih saya sudahpun berusaha sedikit sebanyak. Tapi, mungkin disebabkan pada masa itu anak saya belum bersedia, saya 'gagal' di peringkat awal....lama mengambil masa, sehingga rasa 'tertekan' pun ada. Sehingga umurnya hampir ke 3 tahun barulah nampak berhasil.
Sebab itu, saya tidak 'kalut' sangat untuk anak2 yg lain. Anak kedua saya hanya mengambil masa 2 minggu, berbanding kakaknya yg berbulan2. Dan kini giliran anak ke3 pula. Sebulan dua yg lepas, dia kadang2 menunjukkan 'tanda2 bersedia'. Tapi, saya tak mahu terburu-buru. Tambahan cuaca di sini yg selalu hujan, saya fikir tak apalah menunggu lagi. Saya yakin masanya akan tiba bila dia benar-benar bersedia.
Dan hari ini, tak semena-mena Nabhan 'isytihar' yg dia tak mahu pakai lampin lagi! Bersungguh-sungguh dia! Ibu gembira, walaupun sudah terbayang-bayang 'tugas' yg menunggu2 untuk ibu laksanakan mulai hari ini.....
Sehingga ke saat ini jam 12.30pm, pada hari ini bermula lebih kurang jam 9 pagi tadi, Nabhan sudah berganti 4 helai seluar! Ayat keramat Nabhan.... "Ibu...adik bocor!"
** Ada menggoogle berkenaan topik ini, terjumpa satu artikel berbahasa melayu, yg menarik juga.... ~di sini~
p/s ~ Ibu akan tetap sabar....
15 comments:
Kak Kin,
Tak lama lagi 'adik' dah tak bocor lagi.. hehehe..
Mintak2 gitulah catz_mafia, mudah2an cepat lah... hari ni bertahan sampai petang sikit je..sekerat jalan, pakaikan semula pampes. Lebih baik drp tensen duk menukar seluar dia yg kebocoran setiap kurang drp 1 jam!! heheh..tak pe, esok2 boleh sambung latihan semula... :).
"Ish, kenapa budak-budak suka buang air?" Bertanya dengan penuh kehairanan.
"Susah juga jadi ibu bapa ya.." Sedang berfikir masa depan.
Memang sukar nak melatih anak2 ke tandas. Anak sulong dan yang bongsu tu leceh sikit. Tapi yang perempuan, tengah tu mudah je...
Masing2 ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Sabor je la, kin... Kena rajin tanya dan ajak dia ke tandas. Lama2 dia tahu bila rasa nak buang air tu...
Anak kak tirana yang sulong tu cepat..masa dia berumur setahun lapan bulan, dia dah tak pakai pampers.. anak2 lain lebih sikit..more than 2 years.. Memang mencabar proses potty training ni..kena banyak bersabar.
Anak-anak sedara kakchik semuanya mula potty training masa umur 3 tahun tapi hanya 3 org drp 7 tu yang berjaya. 4 org lagi tu masih kena pakai diaper kalau terasa nak buang air. Tapi dlm keadaan biasa mmg dah tak pakai. Tapi seronok melihat diorang yang di peringkat tadika ni belajar kawal rasa nak kencing/buang air besar adhoc je. Biasanya sempat dibawa ke tandas dan pakaikan diaper.
hahaha!!! sha tergelak baca ayat terakhir tu... (ayat keramat)...
betul ckp kin... kita kena tunggu masa yg sesuai bergantung pd kesediaan budak tu sendiri... orang mmg suka bercakap... tp yg nak tanggung kepayahan tu kita jugak... you are doing the right thing...
goood luck with that training... hehehe.. my turn will come soon...
Kin, baguslah Huda 3 tahun dah tak pakai pampers, najihah 4 tahun baru stop pakai pampers. Fuhh.. siksa bila time dia 'basuh' umah, skali skala buat nasi kunyit kat depan pintu.. nasib baik rambut kita tak jadi mcm Einstein... :-))
Farid, kalau budak2 kecik pun boleh kontrol buang air macam orang tua, tak hidup la bisnes pampes! hehehh..
Kak tie,tulah, saya dah ada pengalaman 2 kali sblm nih, rasanya yg perempuan lagi senang kot...
Kak tirana, setuju sgt, mmg kena byk bersabar dl tempoh nih.
Kak chik, seronok ada, sesekali tensen pun ada! hehehhh..
Sasha, tu lah....lain budak, lain perangainya. Apa2 pun, saya rasa mmg kena tunggu jugak bila anak2 betul2 bersedia untuk dilatih.
Jie, ye ker? Ingatkan Huda tu dah kira lambat, 3 thn...hehehhh... Najihah penah buat nasi kunyit depan pintu? hahahhh...
aah pasal nak ajar anak2 ke tandas nie ..
dtg dr diri budak tu sendiri..
kty sendiri tak hengat bila anak2 kty tak pakai diapers lagi..tau2 diaorg tak pakai dah..
tp selalunya dlm umo 3 thn..
Setuju tu kak ty! :).
Lawak plak ayat nabhan "Adik bocor..." hehheee...
Yang anak kak kin 2 orang yg atas nabhan tu camne kak kin train tak pakai diaper waktu malam ek?
Anak sy siang dah bleh x pakai diaper. Malam masih pakai lagi.Ingat nak start train mlm tak yah pakai diaper plak la.
Biasanya org train siang dulu, dah ok siang baru malam plak. Tp, k kin train sekaligus. Bila start, siang dan malam terus. Awal2 memang selalu terbabas la...kena byk2 sabar sgt. Tp, at least, kepayahan tu kita sekali harung. Sblm tido, suruh dia buang air dulu. Jgn bg minum air sblm tido. Kalau perlu @ rajin, tgh anak tido tu bole kejut utk ke toilet.
Agak-agak bagaimana hendak menyuruh ibu kepada anak-anak secara saikologi supaya melatih anak ke tandas. Ibu ini tidak pernah mengenal erti susah dalam hidup. Anak berumur 5 tahun pun dia masih pakaikan drypers?
- Suami malang.
En suami malang, apa sebabnya ibu itu (isteri encik barangkali?)tak mahu melatih anak ke tandas? Sebab anak selalu buang air merata2 tempat ke? Itu perkara biasa di peringkat awal latihan. Mahu tak mahu terpaksa hadapi. Kalau anak memang sudah 'bersedia; insyaAllah tak lama pun keadaan tu.Tp, kalau masalah memang pada anak, misalnya, anak lambat perkembangan lain la ceritanya. Adakah ini pengalaman pertama? Mungkin suami yg perlu main peranan aktif. Bukan sekadar bagi galakan kpd isteri, tapi turut sama hulurkan tangan menguruskan si anak. Dlm masa yg sama, bercakap secara baik dan halus dengan isteri ttg pentingnya melatih anak ke tandas bila tiba masa yg sepatutnya.
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).