Hujung minggu kali ini, ayah ke luar daerah, ke Athens, Greece. Tinggal ibu bersama anak4. Dari Khamis sehingga Isnin. Ketiadaan ayah juga bermakna ibu lah yg kena menghantar dan menjemput kakak dan abang ke sekolah berjalan kaki. Takpe, ibu sudah ada pengalaman sebelum ini, jadi bukan satu masalah yg besar bila bersendirian menguruskan anak2.
Alhamdulillah aunty Aida ada membantu. Jadi ibu hanya perlu menghantar sahaja. Ibu balik ke rumah pun dijemput aunty Aida selepas dia menghantar anaknya ke sekolah. Anak2 kami lain sekolah. Aunty Aida juga yg tolong hantar dan jemput seorang lagi anak kawan yg lain ke sekolah (Di sini, hanya kami 3 famili student melayu.... ni seme kaum2 bapa meninggalkan anak bini kat rumah la...hehhehe)
Di kesempatan beberapa hari ini, dapat la Huda, Fawwaz dan Nabhan bertemu dan bermain2 dengan kawan2. Walaupun ayah tiada, tetap riang ria bersama ibu dan kawan2.
Balik sekolah...bermain di halaman, sambil aktiviti mengecat...
{scrapping gambar, kredit untuk ~b true kit, daripada Miss Erin}
{scrapping gambar, kredit untuk ~b true kit, daripada Miss Erin}
Esok adalah hari sukan sekolah. Budak2 tu dah tak sabar nak sertai acara kat sekolah esok. Esok juga ayah akan balik. Tapi, ayah dijangka sampai malamnya. Jadi, sekali lagi ibu la yg kena hantar anak2 ke sekolah. Tak pe, asalkan anak2 enjoy pegi sekolah!
7 comments:
seronok anak-anak yer.. :)
bagus kak kin ni.. dpt ngurus anak4 sorang2..lama lak tu.. banyak pahala tu.. sejuk hati suami..hehehe
akak selalu terpikir,time2 mcm tu...bagaimana ibu2 tunggal menguruskan segalanya bersendirian....
huh... lamanya dia kena tinggal... cedihnya... tp mujurlah ada kawan2 & anak2 yg menemani...
ummumishkah, budak2 seronok sokmo kalau bab bermain.
iu, apa nak buat...hehehhh... mudah2an masin mulut ayu :).
kak kam, betul tuh... lagi besar dugaannya, kan?
sasha, alhamdulillah kita tidak berseorangan.
Salam,
Kak sana anak-anak kak kin belajar skolah apa ya?
Sekolah kebangsaan, Farid. Monaleen National School.
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).