Seminggu lepas adalah minggu tat lemon. Kebetulan tertengok rancangan masakan kat tv yg dihoskan oleh Rachel Allen (UKTV food channel kalau tak silap). Dia ada buat tat lemon.
Resipi dan cara membuatnya ringkas je. Dan kebetulan ada semua bahan2nya kat rumah masa tuh. Bos minta buatkan. Percubaan pertama hasilnya memberangsangkan. Lalu mendapat order lagi untuk keesokannya... Bos suka, anak2 pun suka, tukang buat pun suka..hehehhh..
Resipi dan cara membuatnya ringkas je. Dan kebetulan ada semua bahan2nya kat rumah masa tuh. Bos minta buatkan. Percubaan pertama hasilnya memberangsangkan. Lalu mendapat order lagi untuk keesokannya... Bos suka, anak2 pun suka, tukang buat pun suka..hehehhh..
Sudahnya, hampir setiap hari dalam minggu lepas, petang2 buat projek tat lemon.... Kebetulan pula, 2 kali ada tetamu bertandang baru nih. Apa lagi, tat lemon la yg jadi hidangan pencuci mulut.
Bahan2 ;
Untuk pastri :
*Scrapping gambar, kredit untuk Princess Shabby dan Flower Scrap.
Bahan2 ;
Untuk pastri :
- 3 cawan tepung gandum
- 4 sudu besar mentega
- 1 biji kuning telur
- Setengah cawan gula kastor
- 3 biji telur (dan masukkan sekali lebihan telur putih di atas)
- Setengah cawan gula kastor
- Kulit lemon yang disagat (bahagian kuning sahaja)
- Perahan jus lemon daripada sebiji lemon.
- Uli tepung bersama mentega, gula dan telur kuning.
- Rehatkan doh di dalam peti ais lebih kurang 20 minit
- Gelek adunan (eh, betul ke perkataan 'gelek' ni eh? hehheh) nipis-nipis dan masukkan dalam acuan tat. Tekan-tekankan pada permukaan acuan.
- Bakar lebih kurang 10-15 minit.
- Sementara pastri masak, sediakan intinya.
- Masukkan telur dan gula di dalam mixing bowl.
- Pukul gula dan telur sehingga kembang.
- Sagat kulit lemon, dan perah jus lemon ke dalam campuran tersebut.
- Masukkan campuran tersebut ke dalam base pastri yang telah dibakar tadi.
- Bakar lagi selama lebih kurang 10-15 minit (bergantung kepada ketebalan pastri dan intinya)
*Scrapping gambar, kredit untuk Princess Shabby dan Flower Scrap.
14 comments:
sedapnyer kak...nak try la...tp...nak bakar guna ape...oven xder...uhuhuhu...
sedapnyerr..pekena dgn teh o panas2 utk minum ptg..sib baik kin dok jauh..kalau jadi jiran,mau bawak tupperware pi mintak tapau..
Hmm.... kak tie memang minat bab2 pastri ni, tapi nak buat tu liat sikit.. makan je yang lajunya, hehehe.........
nampak menyelerakan.. tak pernah makan lagi tat ni..
sedap.. nak gak.. auumm.. nak makan..
k.kin, 'gelek' tu org ganu je guna..hihihi..nk standard sikit, org panggil 'canai'...nmpak cam best, leh try nih..
Niza, bole reques ngan cik abe nak beli oven la pas nih..hehhe..
Kak kam, sblm k kam ketuk pintu umah saya, dah licin disapu dek rakyat saya yg ramai tuh..hiihihh..
Kak tie, kalau nak banding ngak kek, saya pun lebih suka yg pastri nih.
Ummumishkah, bole try buat...mudah je ..dan yg penting sedap! :).
Luth, sile la menjamu mata...hehhe..
Nurraz, 'canai' eh perkataan yg lebih baik? hehhe..
Tengok sekali mcm pizza...,jenis2 roti lah senang....tapi makanan jenis bakar nie...elok untuk kesihatan...
A'a eeeda, sekali pandang dlm gambar mcm pizza. Kalau buat kecik2 mungkin nampak sikit rupa tatnya.
Kin... Pos sini sikit! Nak jugak!!! Nmpk mcm cerewet je nak membuatnya... tp kalau rajin semua benda jd mudah, kan?..
Sha, saya rasa takde la cerewet. Mungkin sbb nampak kena bakar 2 kali kot. Tp, bahan2 dia sikit je, dan nak masak pun sekejap je. Dalam masa setengah jam dah siap! (tak kira tempoh uli tepung la)
Kak Kin,
Sedapnya tat... hantarlah sikit kak kat sini.. terliur2 dah ni..
Sekali pandang nampak cam piza lak, rupernyer tart.
Tak lg pernah makan lemon tart. Kueh tat penah la...hehehee. Dia mcm biskut ek?
Catz_mafia, tak sedap pun yg k kin buat nih...hehhe..
I-syah, base dia rasa macam biasa je, macam tat lain la jugak, filling dia la yg lain sikit, sbb ada rasa lemon. Tat ni rasanya paling hampir ngan rasa tat telur la kot, kalau i-syah penah makan tat telur :).
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).