Saturday, May 30, 2009

Ibu, outside is still sunny!

Sekarang sudah masuk musim panas. Siang semakin panjang, dan malam semakin pendek. Sekarang ni, seawal jam 5 am, hari sudah cerah. Kalau cuaca sangat baik, matahari sudah terik memancar seawal jam 6 am. Tapi, di sini kadang2 je cuaca sangat baik, selalu mendung dan hujan, walaupun di musim panas.

Di musim begini, sangat sesuai bila keluar jalan2 atau bermusafir, kerana tidak perlu memikirkan sangat tentang waktu solat. Ada selang masa yang panjang antara solat zohor, asar dan maghrib.

Waktu solat di sini minggu ini...


Rutin di rumah tidak berubah sangat. Seperti biasa je.... tak kira winter, spring, summer atau autumn. Cuma anak2 mungkin mempunyai lebih masa untuk bermain, kerana siangnya terlebih panjang!

Jadual tidur anak2 pun tidak berubah sangat. Sudah dimaklumi, anak2 orang melayu ni, kebanyakannya suka tidur lewat (berbanding anak2 mat saleh). Anak2 kami biasanya masuk tidur jam 10 pm. Lebih kurang jam 9.30pm, mula bersiap2 untuk tidur...gi toilet..'khidmat diri' ..etc..... Di hari biasa (hari bekerja/hari bersekolah) memang kami pastikan supaya mereka tidur selewat2nya jam 10 malam. Tapi di hari cuti, kadang2 bagi mereka kelonggaran sedikit...tambah lagi sejam.

Walaupun anak2 tidur 'agak lewat', tapi, alhamdulillah takde masalah bila bangun pagi. Sekitar jam 7 atau 7.30 pg dah bangun. Tapi, kalau kat Malaysia, bangun pukul 7 tu mungkin dah dikira agak lewat. Sebab mak ayah nak kena siapkan diri sendiri dan nak kena siapkan anak2 untuk hantar ke sekolah atau rumah pengasuh. Dan mak ayah pun berkejar2 nak masuk kerje kul 8 am...hehhee...kat sini sekolah dan waktu bekerja bermula jam 9 am.

Sekarang, rutin yg sama masih berjalan. Cuma kadang2 anak2 merungut juga....

"Ibu, outside is still sunny!"

Ye la... 9.30pm...masih cerah lagi kat luar tu. Sekarang ni, masuk waktu maghrib pun dah dekat kul 10 pm....


p/s ~ Yang tak syoknya, si kecik Hamdan dan si abangnya Nabhan pun selalu bangun awal seawalnya sebab hari sudah cerah lo!



9 comments:

Tirana said...

Kin..kak tirana suka winter..sebab boleh tidur lama..hehehe..tapi yang tak tahan tu...sejuuukkkk..tapi di adelaide dulu, winter tak berapa sejuk..salji pun tak turun.

wearelearningparents said...

saya suka sakura....hehe

Farid Rashidi said...

Salam,

Nampak sempit benor waktu malamnya. Kami kat sini lebih kurang juga waktu malam singkat. Maghrib 7:54 Isyak pula 9:30. Subuh lebih kurang jam 4 pagi.

Agaknya kalau nabhan n the geng tidur jam 10, bangunnya jam berapa ya. Cukup ke tidur?

NizA said...

9.30 tu cerah lg....sonoknyer kan kak...dpt rasa cuaca camtu...

~Huang Yo Shi~ said...

Siang da panjang ek kat sana...Agak mengganggu gak masa tidur ya bila matahari terbit awal dan terbenam lambat...

Sasha said...

susah gak nak adjust kalau siang lebih panjang... kalau mlm panjang best ler jugak! boleh tido lama2... paling mencabar nnti bulan puasa still panjang ke waktu siang dia?... lama lah nak kena tahan lapar...

kin hashim said...

Sini, saya suka summer k tirana.... sbb winter sejuk sgt. Kalau summer pulak, tak la panas sgt macam mesia..ok la..hehhe.. Lagi pulak, summer senang nak jemur kain kat luar :).

Rubiah, sakura ada byk di masa spring...sekrg bunga byk dah gugur, ganti ngan daun pulak.

W'salam Farid. A'a...sekejap sgt gelapnya. Dekat pukul 10pm baru nak gelap...pah tu tido...kul 5 pagi dah cerah. Budak2 ni tidur dlm pukul 10, bgn dlm pukul 7. Nabhan dan Hamdan kadang2 bgn awal lagi...dlm 6-6.30 gitu... cukup je tidur diorang tuh :).

Niza, Ha'aaa... boleh rasa kelainan daripada yg selalu kita rasa kat tempat kita :).

I-syah....kita terbalik kan? awak kat sana mesti tgh gigil2 musim winter...hehhehe...

Sasha, thn ni, pose jatuh kat hujung2 summer...lama la waktu pose thn nih.... dugaan nih! :).

~Huang Yo Shi~ said...

Heheh,...ha'a kat hemisfera selatan ni musim sejuk.Sssssejjjuk kak kin tp tak bersalji....:)

Cara Membuat Pupuk Hidroponik Cair said...

semangat terus ya bunda

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).