Wednesday, June 24, 2009

'Hari Sukan'? atau hari bersukan?

Semalam adalah Hari Sukan di sekolah anak2. Sejak minggu lepas lagi, ibu bapa sudah dimaklumkan tentang hari tersebut. Dalam minggu lepas juga, cikgu bagi nota peringatan untuk anak2 membawa sarung bantal yg lama, sebiji ubi kentang dan satu sudu. Untuk 'sukaneka' barangkali.

Tiba harinya, anak2 melangkah girang ke sekolah. Berwarna warni pakaian pelajar sekolah itu pada hari itu. Mereka dibenarkan memakai pakaian sukan tanpa dikhususkan warnanya.

Ibu terbayang suasana Hari Sukan di sekolah2 di tempat sendiri (Malaysia). Pasti meriah dengan bendera2 kecil berwarna warni, khemah2 rumah sukan yg dihias indah, pakaian pelajar yg beraneka ragam untuk perbarisan perasmian, hadiah2 pelbagai rupa dan saiz yg bersusun kat meja...dan macam2 lagi. Sangkanya suasana yg mungkin hampir serupa juga di sini.

Dengan penuh semangat, ibu menunggu untuk acara 'Hari Sukan'. Kawasan sekolah kelihatan seperti hari2 biasa ketika melangkah masuk melalui pintu pagar utama. Tiada bendera2 kecil berwarna warni, tiada khemah rumah sukan.

Bila loceng berbunyi jam 9 pagi, riuh rendah kanak2 yg beratur di kawasan lapang di hadapan bangunan utama beransur hilang bila satu demi satu barisan kanak2 tersebut berlalu ke kelas masing2 (Semua pelajar dikehendaki beratur mengikut kelas masing2 di situ setiap pagi sebelum masuk ke kelas). Ibu dan anak2 (Nabhan & Hamdan) menunggu dengan setia. Tiada ibu bapa lain yg turut sama menunggu.

Lebih kurang 5 minit berlegar2....barulah kelihatan beberapa org guru keluar ke kawasan lapang sekitar situ, membawa peralatan seperti peralatan bersukan dan kelihatannya seperti mempersiapkan kawasan untuk acara sukan. Ada juga seorang dua cikgu yg nampak seperti kehairanan melihat kami di situ. Sudah lah penampilan tidak seperti mereka, (almaklumlah musim panas, bayangkan la penampilan org putih camane....) dengan 2 org anak kecil pulak tuh. Tapi, ibu buat2 tak tahu je..hehheh..

Sekitar jam 9.30 pagi barulah kelihatan barisan kanak2 daripada pelbagai kelas bersama guru kelas masing2, bergerak menuju ke kawasan2 lapang di sekitar kawasan sekolah tersebut. Dari kejauhan, ternampak la kelibat Huda dan kawan2nya dan juga Fawwaz bersama kawan2nya. Mereka masing2 dibawa guru mereka ke tempat yg berlainan. Suasananya seperti masing2 kelas sedang mengikuti pembelajaran Pendidikan Jasmani kat luar kelas je..hehhe..


Fawwaz dan kawan2...
{'Scrapping', kredit utk ~ For the bird kit, daripada Rebecca}


'Oooo....acara sukan dah nak mula kot...' bisik ibu dalam hati. Nampaknya hanya kami je la yg jadi penonton 'Hari Sukan' itu...hehhe..

Rupa2nya 'Hari Sukan' semalam tidak seperti yg dibayangkan seperti di kebanyakan sekolah kat tempat kita. Tak lama pun jadi penonton, hanya menunggu lebih kurang 30 minit, sekadar nak tengok camane Hari Sukan kat sini. Tambah pulak si kecik Hamdan pun dah mula2 merengek masa tuh. Nabhan pun sibuk ajak balik je... Sempat la lambai2 tangan bagi sokongan moral kat Kakak Huda dan abang Fawwaz...hehhe..


Huda dan kawan2...
{'Scrapping', kredit untuk ~ Beach house kit, daripada Flower Scraps}


Bila anak2 balik dari sekolah, dengan gembiranya anak2 bercerita tentang 'Hari Sukan' pada hari itu. Banyak juga acara sukan, tapi permainannya sesama sendiri kawan2 sekelas.

Kesimpulannya, 'Hari Sukan' semalam mungkin lebih kepada 'hari untuk bersukan'. Mungkin sebagai satu usaha untuk menggalakkan pelajar beriadah. Tiada rumah sukan, maknanya tiada pertandingan antara rumah sukan. Bila pertandingan adalah antara rumah sukan, bermakna perlu ada wakil dari setiap rumah. Maknanya hanya sebahagian kecil daripada pelajar yg terlibat. Yang lain2 sekadar bertepuk tangan menjadi penonton.

Tetapi, versi 'Hari Sukan' di sini melibatkan penyertaan semua pelajar. Walaupun tidak meriah dengan khemah2 rumah sukan yg dihias indah dan tiada ganjaran hadiah atau medal (anak2 bawak balik buah epal dan sebotol air mineral sahaja), tetapi mereka tetap bermain dengan penuh semangat.

P/s ~

'Hari Sukan' kat kebanyakan sekolah kat tempat kita mungkin sangat meriah, tapi, mungkin lebih kepada 'pesta' Hari Sukan, dan bukannya 'hari untuk bersukan'.... begitukah???



5 comments:

Anonymous said...

He he ... kak tie teringat dulu masa darjah satu, beria2 main tapi tak dapat hadiah pun, hu hu..

Ummu Mishkah said...

anak-anak yang main mestis eronok kan? Kita ni bagi sokongan jerr lah.. hihihi

kin hashim said...

Kak tie, oklah tu..yg penting semangat! hehehhh..

ummumishkah, budak2 kalau bab main mesti la seronok...kan?

Sasha said...

Oh... x de semeriah kat Msia Hari Sukan tu, ek...

Tp, Itulah maksud sebenar bersukan... to have fun & for a healthy body... ganjaran2 tu sepatutnya sampingan je...

Sha rasa hari tu ialah 'Hari Bersukan'...

kin hashim said...

sasha, gitulah....lain padang, lain belalangnya :).

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).