Tuesday, March 10, 2009

Dari dunia maya ke dunia nyata

Kunjungan ke UK baru2 ni sebenarnya lebih kepada ziarah kawan2. Cik Abe ada ramai kawan2 seperjuangan kat sana. Rata2, tempat yg kami singgahi kebanyakannya adalah rumah kawan2. Sambil2 tuh, kita pun ambik kesempatan la berjumpa dengan rakan2 maya ... mana2 yg sempat je la . Pertemuan pun di atur....


Hari ke 5 di UK, dalam perjalanan dari Cranfield ke Leeds, kami singgah di Bradford, rumah kawan sekerja cik abe, Wan Hanisah. Kemudiannya Wan Hanisah bawak kami ke rumah Kak Linda. Pertama kali bertemu mata ngan Kak Linda...berdebar2 la.. hehhe... Macam2 Kak Linda masak ari tuh. Kami ni macam gi berjalan raya pulak. Dah la dijamu nasi kat rumah Wan Hanisah, kat rumah Kak Linda ada lagi nasi lemak, bihun goreng, kek coklat dan juga pizza!! Terima kasih Kak Linda... Jemputla ke rumah kami pula ye, Kak Linda....


Kak Linda (kiri)


Keesokannya, dari Leeds kami ke York....ronda2 kat situ. Lepas tu, dalam perjalanan menuju ke Newcastle Upon Tyne, kami singgah di Durham. Kat Durham, kami ziarah Adlina. Adlina ni sebenarnya junior masa kat sekolah dulu. Kenal sebab sama2 tinggal di asrama. Masa tu form 5, dan Adlina baru je form 1. Lost contact selepas sekolah, cuma baru2 ni terjumpa semula di alam maya semasa Adlina baru nak datang ke UK nih. Hmm tu la keciknya dunia nih... Terima kasih Adlina, susah2 je masakkan nasi briyani yg sedap tuh! Jemputla ke Limerick ye, kami tunggu!


Adlina, suaminya dan Nashwa...


Dan keesokannya lagi, dari Newcastle Upon Tyne kami ke Seaham, bertemu dengan Finie . Finie sekeluarga dah menetap di UK dalam 10 tahun. Suaminya bekerja di sana. Yg istimewanya Finie nih, dia dengan gigihnya 'homeschool' kan 4 orang anaknya! Dan hari tuh, mungkin program 'homeschool' sedikit terganggu dengan kehadiran kami...hhehe.... sori la ye...sekali sekala kacau Finie...hehhe . Susah payah juga Finie masakkan lontong dan murtabak yg enak itu untuk kami! Terima kasih Finie kerana sudi menerima kunjungan kami sekeluarga ari tuh . Bila2 nanti, jemputla pula ke rumah kami yer!!

Finie dan salah sorang anaknya


Hmmm.... tu je la 3 org teman maya yg sempat ditemui. Hajat di hati, nak jumpa semua yg ada dalam list...mungkin, suatu hari nanti, bila2 diizinkanNya!

8 comments:

Anonymous said...

Salam kin...malu sbnarnya plan hari selasa ..tiba2 hari isnin..gabra sekejap hehe...insyaallah ada rezeki kami ke limerick pulak ye..

Sofinee Harun said...

Salam Kin,

Alhamdulillah selamat sampai ke ireland.

No problem Kin, mana ada kacau. Bila2 datang lagi. Hidangan pun ala kadar je, tak de special. May be nanti kami boleh ke Ireland pulak, Insya Allah.

iu rf said...

seronoknye kak kin.. erm.. kak! bile nak melawat sy pulak.. ??? hihihi

Tie said...

Wah....best betul jenjalan dan bertemu dengan bloggers...kak tie pulak tumpang rasa seronok..

Agaknya kalau kin balik malaysia, hendak ke dtg ziarah kak tie kat ganu ni, ya ?

Ibnurashidi said...

Salam kak kin,

Patutlah baru2 ni menghilang, cuti2 keluarga rupanya..baguslah:)ehh, dah besar rupanya hamdan ye..

kin hashim said...

ala k linda, kan kami dah cakap tak pyh la beria beno....hehhe...apa2 pun terima kaish la.. :).

Finie, kami tunggu Finie dan keluarga ke sini pulak... :).

iu, tingin gak nak ke jermen sana... tak tau la ntah ada ke tidak rezekinya ke sana...hehhhe.. iu bila nak mai limerick lagi? ;).

Kak tie, kalau ada rezeki, insyaAllah kami akan menyusul ke rumah kak tie pulak...hehhe...

ibnurashidi, hmmm...sekali sekala gi jalan2... :).

Sasha said...

Salam Kin... bestnya dpt gi jln2 ke UK... cuti panjang ke abang skang ni?... bila nak dpt pengalaman mcm ni?...

p/s: tukar tmpat jap ngan kita...

kin hashim said...

sha, ni je la masa yg ada utk jln2 tempat org nih. nanti bila dah blk mesia, takde la saja2 nak mari holiday kat sini...heheh... meh la sini sha, sementara kami ada kat sini...heheh...

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).