Monday, March 09, 2009

Dia gugur jua...di hujung musim...

Kalau ikut perkiraan, sekarang dah masuk musim bunga. Tapi sejuknya masih seperti biasa. Tahun ni,musim salji agak menjadi. Beberapa minggu sudah, bumi UK dilimpahi salji yg tebal di kebanyakan tempat. Agaknya, orang kat UK sana dah 'kenyang' main snow tahun nih kot...hehhehe... org Limerick jugak yg hanya mampu tengok kat kaca tv jer. Lebatnya snow turun kat seberang laut Irish sana, sampai Ireland, especially kat Limerick ni, jadi hujan snow jer...jatuh ke bumi mencair. Kalau tadah bubuh dalam mangkuk buat ABC, sempat la kot...heheh...

Masa kami ke UK baru2 nih, kiranya snow baru reda la kat sana. Sepanjang kami kat sana, alhamdulillah cuaca elok je... 'lovely weather' kata orang sini. Boleh kata hampir setiap hari nampak matahari, sekali sekala je hujan. Snow jauh sekali la. Ingatkan ada la jugak rezeki kami jumpa snow kat sana, rupanya memang tak de jodoh...hehhe..

Masa balik dari UK baru nih, perjalanan dari Dublin Port ke Limerick mengambil masa lebih kurang 2 jam setengh. Suasana dalam keta sunyi daripada suara anak2. Semua dah terlentok keletihan. Hanya suara dari radio yg kedengaran. Ibu pun sekali sekala terlelap. Dah tak kuasa nak berbual ngan ayah. Sian ayah berjaga bawak keta sorang2..hehhe... Sepanjang perjalanan, sesekali nampak pemandangan yg memutih di kiri dan kanan. Sangkanya hanya lah 'frost' . Pemandangan yg biasa di musim sejuk kat Ireland. Beberapa kali ayah kejutkan ibu suruh ibu tengok pemandangan sekitar...

'mungkin snow turun malam ni' kata ayah...

'frost kot...' balas ibu

Kalau betul snow pun.... bukan lah pelik, sebab snow pun memang dah turun sebelum ni... cuma tidak menebal jer. Biasanya turun sebagai snow, tapi mencair bila mencecah bumi.... Sehinggalah ketika pemandangan luar semakin jelas menampakkan titisan ais halus yg menerjah ke cermin kereta. Memang snow! Ayah pulak yg nampak excited!


Sampai rumah jam lebih kurang 11.30pm. Masa tu memang salji sedang turun dengan lebatnya. Kawasan sekitar rumah memang nampak memutih. Ayah angkat mengangkat barang2 dari kereta dalam titisan salji yg agak lebat juga!


Keesokan paginya; pemandangan halaman belakang rumah, dari tingkap bilik kami....

Bila bangun pagi esoknya, memang nampak pemandangan yg memutih la kat sekitar rumah, lebih daripada biasa! Ayah yg terlebih excited, segera dia kejutkan anak2 ajak main snow kat luar. Maklumla, bukan senang nak dapat snow kat Limerick ni....hehhe....

Baru nih, kami pusing hampir satu UK dari selatan sampai la ke utara kawasan pergunungan kat Scotland sana, hanya nampak snow nun kat puncak gunung sana. Alih2 balik rumah, jumpa snow kat tempat sendiri!



Anak2 suka la main snow yg julung2 kalinya muncul nih...tapi, tak lama pun...seejuukk!!

Hari itu, salji yg memutih sempat la bertahan sampai tengahari, semakin ke petang dah mula mencair...

Hamdan pun tak ketinggalan dibawa berposing dalam suasana salji...sian budak kecik ni...


10 comments:

Tie said...

Ha ha.....comelnya baby beruang main snow !

Teringin gak..tapi tak mungkin snow turun kat ganu ni, nampak matahari tengah dok sengih je...he he...

niza said...

sonoknyer dpt main snow!!!sy dpt pegang snow pun kat bukit cerakah...hahaha...

Tirana said...

Laaa..seronoknya main snow.. Kak tirana duduk lama kat Adelaide pun, memang tak pernah tengok snow sbb kat Adelaide tak ada snow turun..selalu hujan batu aje..hehehe..

Kamsiah said...

alahai cutenya hamdan....kin,kalau buat ais kacang sedap tu...:)

atty's said...

beshnya tgk view..salji tuh..

kin lawa ar blog ..

Jie said...

Kin, basikal sapa kat luar umah tu? basikal huda ke :-)

Bonda said...

Cian baby bear sejuk2 pun keno posing.

kin hashim said...

kak tie...ala bukan bes sgt pon snow nih...sejuk sampai ke tulang! hheheh..

niza, meh la sini winter hujung thn nih... mana tau terserempak ngan snow kat Limerick..hihih...

k tirana,ooo...kat adelaide pun takde snow ye...limerick ni pun biasanya takde snow, tahun lepas dan tahun ni ada plak, walaupun tak lama... khabarnya ada ribut snow kuat kat rusia sana baru2 ni... anginnya sampai ke belah2 uk n ireland kot..hehhe..rezeki kami nka jumpa snow la tuh... :).

kin hashim said...

kak kam...tu lah, buat ABC...hihihi...tak payah susah2 nak parut ais tuh...tadah terus dlm mangkuk..hihihi...

k ty, memang bes tgk pemandangan yg tak selalu dapat kita tgk nih... ala k ty, blog ni simple jer... :).

jie, tu basikal zali....sesekali time rajin mengayuh, dia bawak gi keje...

bonda, tu ayah dia yg beria2 tuh...hehehhhh...

iu @ wid said...

cutenye hamdannnnnn ;)

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).