Tuesday, March 10, 2009

Merentas Laut Irish

Ke UK baru2 ni, kami naik feri instead of naik flight. Sebab nak bawak keta sendiri. Satu pengalaman baru buat ibu dan anak4. Ni kali pertama naik feri/kapal besar, dan menempuh perjalanan merentas lautan yg agak jauh dan memakan masa yg lama. April 07 penah sekali kami naik feri ke Kilkee, tapi tu pun kejap je..dalam 20 minit.

Masa pergi ke UK, perjalanan naik feri dari Rosslare ke Pembroke ambik masa 4 jam setengah. Hmm... teringat kenangan dolu2 naik feri kat Penang..



Walaupun memakan masa yg lama, budak3 tu tak boring, sebab kat dalam tu ada kemudahan untuk budak2. Ada tempat untuk budak2 main....dan ada juga 'children theatre' (tayangan cerita kartun)

Huda, Fawwaz dan Nabhan bergumbira...

Kami tak ambik bilik pun.... round2 dalam tu je. Suasana kat dalam pun bes... ala2 kat lobi hotel gitu...

bersantai....

Puas duduk kat dalam, kami jalan2 kat luar pulak...melihat luasnya samudera yg membiru dan lautan yg tenang...menghirup udara di tengah lautan... menikmati sapaan angin yg menderu.....hihihi...cuaca pun elok jer...


Masa balik semula ke Ireland, kami naik dari Holyhead ke Dublin, ambik feri laju...sampai ke Dublin Port dalam masa 2 jam lebih.


Holyhead Port


Tak banyak bergambar masa balik, sebab masing2 pun dah letih...lagi pulak waktu tuh, senja semakin melabuhkan tirainya... kat luar semakin gelap. Laut pulak sedikit bergelora.....
...dan ayah mula rasa seperti 'hanyut'
...Nabhan termuntah...
...Huda dan Fawwaz mula hilang mood...
...Ibu terus maintain
dan Hamdan seperti biasa....


Alhamdulillah, akhirnya selamat juga kami tiba di Dublin Port malam itu.....

5 comments:

Bonda said...

Aik...nabhan,muntah lagi?dlm keto ayah x muntah ko?apa2 pun dah selamat sampai.

kin hashim said...

Dari Newcastle ke Edinburgh ari tu, nabhan muntah gok dalam keta ayah. Dia batuk etek. Nabhan tu sokmo gitu... kalau makan banyak, minum banyak....bila batuk2, sokmo termuntah! Le ni, baik doh batuk...tadok muntah doh..

iu @ wid said...

ciannya nabhan... ;)
cantek kereta..;p

iu @ wid said...

behnye naik feri.. besaqq betull.. tingin la nk naik..ermmm

kin hashim said...

iu, keta buruk jer.... ;).

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).