2 minggu berehat panjang.... berehat daripada online dan berblogging jer... Ayah bawak ibu dan anak4 pegi jalan2 'test drive' keta baru ayah (pengganti Carina, baru milik jer...bukan keta yg baru pon!) Kami ronda2 ke UK. Ni paling lama kami jalan2 sefamili setakat nih... 2 minggu! Alang2 nak menyelesaikan urusan yg berkaitan ngan keta kat UK sana, ayah offer untuk bawa ibu dan anak4 sekali. Apa lagi, ibu pantang diajak berjalan2... terus setuju!
Jalan2 UK kali ni lebih kepada ziarah kawan2 yg ramai nun kat UK sana...bukan gi 'bercuti' sangat pon... Mungkin ronda2 UK kali terakhir sebelum balik Malaysia kot... maklumlah, dah berenam anggota rombongan sekarang, nak pegi mana2 pun agak berkira la...
Hmmm...sepanjang 2 minggu, menempuh perjalanan berkereta sejauh lebih kurang 4000km dari Ireland merentas laut Irish ke UK... perjalanan yg agak memenatkan juga!
Laluan kembara berkereta 18/2~3/3;
Limerick~Waterford~Rosslare Port,Wexford #naik feri#~Pembroke Port~Southampton~Guilford~London~Cranfield~Bradford~Leeds~Durham~Newcastle Upon Tyne~Seaham~Edinburgh~Aberdeen~Inverness~Fort William~Glasgow~Lancaster~Holyhead Port#naik feri#~Dublin Port~Limerick
Bila balik rumah.... almaklumlah, setelah 2 minggu berjalan jauh dengan 4 ahli rombongan yg semuanya di bawah umur tuh... maka ibu menjadi org yg sangat lah bizi untuk 'meneutralkan' kembali keadaan di rumah... aduish...mahunya ambik masa berhari2!!
7 comments:
lamanya tak dengar kabar..kin sehat ke..
wah..jauh berjalan kin..tentu banyak pengalaman yang dikutip.melihat budaya dan corak hidup masyarakat disana..tentu amat berbeza kan. jangka nya bila balik k malaysia..
Wah.....
Ingat dah tak ingat nak blogging semula..he he...best gak jenjalan tu...
Selamat kembali..
assalamualaikum kin. alhamdulillah dah selamat kembali ke limerick dan berblog. apa khabar semuanya? moga2 sihat sejahtera slps berjalan jauh tu. kin lalu juga di aberdeen ya. kat situ kakchik ada kawan sdg buat phd.
nanti kongsi2 kenangan bermusafir ya.
Wah..berjalan jauh rupanya...bagus tu..tengok2 tempat orang sebelum balik ke Malaysia sebab bila dah balik, bukan senang nak ke sana semula
selamat kembali ke rumah...selamat mengemas rumah...tentu seronok kan berjalan2...hamdan ok ?
azza, alhamdulillah kami semua sihat...kami, insyaAllah balik hujung2 thn ni, atau awal thn depan la :).
kak tie, ye..ye..ye..bes jenjalan nih... sekali sekala, kan? :).
k chik, waalaikumussalam... alhamdulillah selamat sampai semula ke rumah :). Kat aberdeen tu singgah bermalam umah kawan. Insya Allah ada peluang nanti saya rakamkan cerita jalan2 tu kat blog :).
k tirana, betul tuh! kalau dari Malaysia saja2 nak gi jalan2 ke UK, mimpi je la kot ..hehhee...
kak kam, memang bes gi jalan2...tapi, letihnya lain sikit la sbb jalan ngan budak2 kecik nih.... ni tak habis2 lagi bsh baju!!hehhe..
salam kak kin...wahhh!!!bestnyer jln2...miss u..
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).