Sunday, March 15, 2009

Buckingham Palace dan London

20/2/09 ~ 22/9/09
2 malam kami berada di Guildford, London; rumah Jim dan Amal. Ni kunjungan kali ke 2 kami ke sana. Tahun lepas, rumah diorang jadi tempat persinggahan kami juga semasa perjalanan balik dari Ireland ke Malaysia. Terima kasih Jim dan Amal.


Sabtu, 21/2 kami peruntukkan untuk jalan2 di kota London. Tidak la begitu excited sgt kali ni, sbb pernah ke sana tahun lalu, walaupun sekejap. 'Misi' utama cuma nak tengok perarakan Queen's guard bertukar shif bertugas kat Buckingham Palace. Tetapi disebabkan kami lewat keluar dari rumah, maka, terlepas juga peluang itu....


Buckingham Palace

Sekadar bergambar2 je la kat sekitar istana tu. Lepas tu, jalan2 makan angin lagi..

London eye, big ben...etc..etc...


Hari ahad keesokannya, tidak la kami melepaskan peluang untuk ke carboot sale juga. Kami ke area Surrey, dan sempat pegi ke 2 tempat! Bukan beli apa pun...padan ngan beli mainan budak2 tu jer!!


Carboot...dan menjamu selera di Woking


Selepas penat ronda2 kat carboot, Jim dan Amal bawak kami menjamu selera nasi briyani di Woking..


Lepas tuh, sempat singgah berehat dan solat sebentar di masjid tertua di London....


Masjid tertua di London...

Lebih kurang jam 4.30 ptg, kami meneruskan kembara ke destinasi seterusnya; Cranfield. Cadangnya nak singgah di Oxford, tapi, kurang bernasib baik petang itu, kerana terperangkap dalam jem kat highway ~ ada kemalangan.


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).