Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
SIKAP pendiam anak terutamanya dengan orang asing yang luar daripada kelompok keluarganya sering memeningkan kepada ibu bapa terutama dalam memikirkan masalah yang bakal timbul apabila ke sekolah ataupun berinteraksi sosial.
Kanak-kanak ini kerap tidak memberi maklum balas kepada pertanyaan yang diajukan sedangkan ia mengetahui jawapannya. Banyak faktor mempengaruhi sikapnya yang pendiam ini.
Antaranya, genetik, pendedahan oleh ibu bapa terhadap ilmu bersosial, persekitaran dan asuhan penjaga atau pengasuh.
Ketua Jabatan, Perunding dan Pakar Pulmonori Pediatrik, Hospital Serdang, Dr. Norrashidah Abd. Wahab berkata, faktor genetik memain peranan penting dalam pembentukan personaliti kanak-kanak.
Katanya, sikap kanak kanak-kanak yang tidak mahu bercakap, tidak mahu bergaul dan mempunyai personaliti yang kurang bersosial adalah kerana faktor genetik yang diperoleh daripada keturunan.
Katanya, jika salah seorang ibu atau bapa itu agak kurang bercakap atau pendiam, maka anak turut mempunyai pengaruh itu. Ia mungkin tidak boleh 'lari' daripada memiliki genetik pendiam, tetapi boleh diasuh dan diberi pendedahan kepada ilmu bersosial.
''Namun begitu, jika tiada pendedahan diberi kepada anak, mereka akan terus menerus menjadi pendiam dan inilah sebab interaksi sosial tidak boleh diaplikasi apabila mereka telah memasuki alam persekolahan. Mereka akan terus menjadi pendiam walaupun guru cuba bertindakbalas dengan anak-anak ini.
''Agak berlainan jika sekiranya, anak ini sentiasa diberi dorongan berkemahiran sosial atau ibu bapa menunjukkan tauladan dalam berinteraksi dengan persekitaran, maka inilah yang akan menjadi ikutan oleh anak ini dan sedikit demi sedikit, genetik pendiam ini akan hilang dalam diri mereka. Pendek kata, ia harus dipupuk sejak kecil dengan pelbagai dorongan kerana anak-anak memerlukan 'pemangkin' dalam membentuk diri mereka sendiri dan ibu bapa menjadi role model kepada personaliti mereka,'' katanya ketika ditemui di Hospital Serdang, baru-baru ini.
Utusan Malaysia Online ~ 5/2/2009
Fawwaz masuk sekolah lambat daripada kawan2nya, kerana masalah2 tertentu. Ketika ditanya perkembangan Fawwaz di sekolah, cikgunya bagitau; Fawwaz 'berat mulut' kat sekolah... sukar untuk mendengar suaranya. Di rumah, begitu bising sekali kedengaran dia bergurau senda, bermain2 dan ada kalanya bergaduh dengan kakak dan adiknya. Sesekali juga begitu nyaring kedengaran suaranya menjerit! Dengan kawan2 di luar, dia juga nampaknya tiada masalah untuk berkomunikasi dan bermain sama2.... kenapa ya??
Mungkinkah dia mewarisi genetik ibu atau ayahnya? (Hmmm....ibunya, boleh kata masuk kategori 'pendiam' la.... ayah dia pulak ngaku dia juga pendiam masa kecik2 dulu...hehhe...)
8 comments:
Kak tie dulu memang pendiam juga...sampai masuk ITM pun gitu... Berat mulut...orang kata ada emas dlm mulut..he he..
Tapi orang pendiam,banyak 'isi' dan kuat berfikir tau ! Sampai sakit kepala ni dok berfikir bila ada perkara2 yang menarik minat.
So...jangan bimbang tentang fawwaz tu... InsyaAllah dia akan menjadi seorang yang hebat bila besar nanti.. harap2 jangan jadi macam makcik ni..hihi...
fawwaz pendiam?bonda tengok ok je,budak cerdik memang mcm tu..anok bonda hak no2 pun lagu tu,tp masa cikgu buat test ok je...
tak pa eh...budak pendiam mcm tu sentiasa memerhati dan berfikir.
Anak2 kalau depan kita perangai lain, depan orang perangai lain...
anak Sha depan org dia suka buat mengada2.... geram betul... cakap banyak & merengek2...
lain budak lain karenah...
fawwaz ikut kak kin ni..;p
kak kin mcmtak byk bckp cam sy.. sy pun pendiamm.. hihihi..
tapi ayah fawwaz asenye x pendiam ..haha..;p
anak2 sy pun pendiam gak..tp izzah mcm tak pendiam.. mulut dier sik bercakap je slalu..hehe
setiap orang ada sikap masing2 mungkin kalau itu kekurangannya tetapi dia mungkin banyak kelebihan lain...tetapi kita tidak seharusnya memandang pendiam itu sebagai sesuatu yang negatif kecuali seorang yang pendiam itu terlalu menyendiri/tidak mahu langsung berkomunikasi dengan orang lain.
saya pun pendiam...atau berat mulut...dah banyak kali saya pikir cmne nak jdi peramah/bnyk ckp tapi bila gi skola, trs tak tau nk ckp ape dngn kwn2.... saya tringin nk jadi seorang peramah dan bnyk cakap dngn cara baik... tolong doakan saye spaya dpt capai azam sya tu ye,..... :)
memang stress jadi manusia pendiam ni.tapi nak buat camne dah sebab keturunan.takkan nak salahkan ibubapa pulak.apepun hanya kita mampu memperbaiki diri kita walaupun hasilnya tak 100%.
mak selalu kata saya pendiam bila depan orang ramai.kata2 mak tu seolah-olah pendiam tu satu benda yg x bagus.saya sedih sangat bila mak kata camtu..
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).