Friday, June 13, 2008

Ireland~Malaysia ( April '08)

Perjalanan balik Mesia baru2 ni..panjang jugak la critanya...kami ni duk kat pulau nun di seberang UK sana, tak de la direct flight Ireland - Malaysia. Tambahan plak, flight dari Shannon airport (airport terdekat dgn umah) direct ke Heathrow, London sudah pun ditamatkan Januari baru2 ni. Jadinya, utk ke Heathrow airport, kena la melalui airport2 lain yg lebih kecik kat London tuh.


Itu la yg kami lalui baru2 nih.... sbb kami nak ambik flight MAS London-KL,supaya tak payah melalui transit kat mana2... perjalanan yg agak menyulitkan la utk 'famili besar' macam kami nih... sbb luggage tak boleh check in straight Ireland-KL. Terpaksa angkut mengangkut la.. dgn anak2 3 org nak kena handle, nak kena handle luggage lagi...


Utk 'melegakan' pejalanan balik baru2 nih, kami bertolak awal sehari ke London. Lewat ptg Selasa, kami ambik flight dr Shannon airport ke Gatwick,London airport, dan malam tu bermalam kat rumah sorang kawan di Guilford, London.



Flight ke London-KL esoknya jam 10 mlm. So, siangnya tuh kami jln2 la dulu sekitar kota London. Sebenarnya, ikut perancangan asal, kami dah booked tiket dan hotel utk jln2 ke London pertengahan Mei. Tp, tak de rezeki agaknya, terpaksa la kansel sbb tetiba plak nak kena balik Mesia. Jadinya, sebagai ganti....kami jln2 la sekejap sekitar kota london tu ari tuh...


Dari rumah kawan di Guilford, naik bas ke tain station, then naik train ke central London.



Perjalanan dr Guilford ke Central London

Tak payah diperkenalkan lagi...sapa2 yg pernah ke London, mesti sampai tempat nih...hehhehe...


Lagi jalan2 sekitar Kota London...

Ini je gambar2 yg sempat diupload buat masa nih... tajuk entry ni 'ireland~Malaysia', tp ni blm sampai Mesia lagi! :). to be continued later.... :). Dan nampak gayanya, ini je la dulu entry utk minggu nih... ptg ni, kami akan berangkat ke Paris plak lebih kurang seminggu. Tak de la begitu excited sgt nak ke Paris kali nih, sbb baru jer balik drp perjalanan yg jauh Mesia-Ireland, tapi disebabkan perjalanan ke Paris ni dah pun dirancang beberapa bulan sebelum ni.... terpaksa pegi la jugak.. :).

So...mohon permisi sekali lagi...kita jumpa lagi, Insya Allah lebih kurang seminggu dari sekarang!

1 comment:

shopforshoppers said...

Salam Kin...

Selamat bercuti lagi...

Teringat masa pi Paris dolu2...

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).