Tuesday, September 02, 2008

'Ali setan' di Limerick

1 Ramadhan 1429H di rumah dr Aziz; gambar atas.... cam tak brader yg duduk kiri sekali,pakai kopiah putih, berjanggut putih dan berjubah tuh? tu lah 'ali setan' thn 85 dulu... :).


1 Ramadhan 1429 H, warga melayu Limerick berbuka pose kat rumah dr Aziz di Dooradyle. Buka pose ramai2. Kebetulan, ada satu rombongan didatangkan khas dari Syria; Saudara Azmil Mustaffa, sorang anaknya dan sorang ustaz. Mereka ni datang buat shooting filem dokumentari tentang orang islam (?melayu) di perantauan... secara tak langsung, kami jadi bintang filem la kejap kunun2nya semalam....hahhahha...

Majlis bermula dgn berbuka pose (8.20pm), diikuti solat maghrib berjemaah, kemudian menikmati juadah utama n kue muih, lepas tu solat isya' dan tarawih berjemaah (diselitkan dgn tazkirah)...dan lepas tu moreh..dan lepas tu balik la ooo.... (dekat2 kul 12 am!)

**lagi gambar 1 Ramadhan 1429H di Dooradoyle, Limerick


Photobucket

7 comments:

ras-adieza said...

'ali setan' tu betul2 dah berubah ek, susah nak tengok artis yang bersungguh2 berubah.

~Cinta Cukulet~ said...

glamer la kak kin lepas ni hehe...

kin hashim said...

ye la kak ras...mudah2 an ,kita sama pun akan terus berubah dan terus berubah ke arah kebaikan!

kin hashim said...

adik cinta milo...haaahha... (gelak besar) jadi mak pacak jer...tak msk gambar pon! hehehhe..

Tie said...

Bertuah kin dpt jumpa saudara azmil... Kak tie pernah baca kisahnya, amat menarik dan menginsafkan. Selamat berpuasa...

nahwanNur said...

Assalamualaikum warahmatullah...

sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH swt. Ada sahabat ana mengupas ringkas tentang ini dan tentang perubahan Amy Search yang mungkin belum sehebat akh Azmil, namun, kt doakan moga dia juga ke arah itu. Artikel boleh rujuk di sini.

Kisah azmil kita boleh buat sebagai iktibar dan contoh untuk method dakwah seterusnya. Memandang situasi sekarang, ramai da'ie amat di perlukan untuk berdakwah hingga ke akar umbi, bukan sahaja kepada golongan yang sudah berada di dalam 'zon selesa' dengan fikrah islamiyah, tetapi juga kepada mereka yang bermasalah. Atas kekurangan ana sendiri, ana ada mengupas tentang isu ini di sini, InnaALLAHa maana.

Wallahua'lam...

salam dari malaysia untuk akak sekeluarga di perantauan. Salam ukhwah dan salam ramadhan. Kullu sanah wa antum bilkhair.

NoorGie said...

wah..wah...wah...kin, nak tukar career jd actress pulak yea....buat jangan tak buat! time2 tengah 'holiday' macam nie la nak try buat macam2 benda.

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).