Monday, September 08, 2008

Si Comel Solehah daripada Kak Han :).


Dapat hadiah yg comel lagi kiut ini daripada
Kak Han.... time kasih byk2 kak han, atas ingatan ini... Saya besarkan dan letak dlm frame, nampak lagi comel la, kak han! hehhee... semoga anak2 perempuan kita akan jadi anak2 yg solehah , tahu dan faham tuntutan menutup aurat nih!

Sedikit petikan daripada coretan kak han... :).

Bangun sahur pagi ni, tersenyum sendirian ummi melihatkan anak patung strawberry yang ditinggalkan oleh anak-anak, buah hati ummi, di bilik. Siap bertudung! Punyalah kreatifnya dia orang...

Lebih mengharukan lagi bila mengingatkan dialog dari bibir si kecil Atiqah Maisarah yang berumur 4 tahun..."Ummi, comel tak anak patung strawberry ni? Dah tutup auratpun, kan ummi?" Dan disampuk pula oleh si kakak, Aisyah Farihah (6 tahun): "Memanglah...tak baik tak tutup aurat. Dosa dia nanti!"...sambil si kakak, Amirah Zahidah yang berumur 9 tahun menjeling ke arah anak patung tadi dan kemudiannya bersuara.."Hmmm...tutup aurat cam tu mana sempurna lagi tu dik! Tudung kena tutup paras dada! Haaa tu...kenapa tak pakai kain tu??? Hi,hi,hi,hi,hi..." Punyalah kuatnya si kakak Amirah tergelak...!!! Perbualan singkat yang membawa seribu pengertian...!

Teringat pula ummi gelagat si Aisyah ketika usianya baru menjangkau 5 tahun...sambil menunggu giliran mengaji al-qur'an di rumah jiran, sempat lagi dia berdakwah pada teman-teman mengajinya yang kadang pakai tudung, kadang tak pakai. Nak tahu apa katanya? "Awak nak tahu tak? Ummi saya cakap, kalau kita tak pakai tudung, sehelai je rambut yang nampak, 1000 tahun kita kena bakar kat api neraka! Awak sanggup ke kena bakar lama kat api neraka tu?"...dan natijah daripada dakwah si da'i cilik ini, anak jiran yang tak pernah bertudung masa main petang-petang tu dahpun bertudung! Alhamdulillah...hati anak-anak kecil mudah nak dibentuk, kan?

Terima kasih kak han!


Photobucket

3 comments:

~Cinta Milo Ais~ said...

Huu..insaf rasa..kecik2 lagi dah ada tokoh jadi pendakwah,bagus betul la,sejuk perut mak mengandung

izz_izwa said...

kak kin..sweetnye adik2 nih...kecik2 dh pandai berdakwah...alhmdlh hasil didikan yg sempurna drpd ibubapa mereka....semoga bakal anak2 iza jd spt mereka..anak2 yg soleh & solehah..amin...

kin hashim said...

ye la cinta milo dan izz....moga2 zuriat kita pun nanti jadi anak2 yg soleh dan solehah...amiin...

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).