Hari ini sudah masuk 17 ramadhan 1429H. Nun jauh di tanah airku, hari ini adalah cuti umum...(eh, ye ke?..ke sesetgh negeri je ha??? lupa lak... ;p)
Ketika ini, waktu Ireland menunjukkan jam 11 am. Kat Mesia sana, dah pun menginjak ke 6 pm..dah dekat nak berbuka pon... :).
Okeh.. berbalik ke tarikh 17 ramadhan... perisytiharan cuti tuh, adalah sempena meraikan peristiwa nuzul al-Quran... (wikipedia ttg nuzul al-Quran di sini) Benarkah al-Quran tu diturunkan pada 17 ramadhan?... saya pon dulu2 sebenarnya tak tau dan tak mengambil tau pon...org bagi cuti, kita pon...yiiipppeee!! hehhehe...
Baru2 ni saya ada terjumpa artikel nih... klik sini. Sebenarnya, pendapat yg mengatakan nuzul al-Quran tu pada 17 ramadhan adalah pendapat yg lemah. Mungkin ada yg da tau pon, tapi, saya baru je tau, mungkin boleh share dgn org yg tak tau :). Kadang2, kita main ikut2 je (eh, bukan kadang2 jer..selalu pon!) tanpa tau apa yg sebenarnya di sebalik perkara itu.
Penah go thru sejarah perang Badar? Terus terang, saya tidak la gemar sgt mendalami sejarah Islam nih..walaupun sedar ianya sememangnya penting! Bukan setakat sejarah Islam...sejarah Mesia sendiri pon tak berapa tau..hehehe... Masa zaman sekolah dulu, waktu tak exam, subjek sejarah kat belakang sekali la...tapi, time nak exam , pulun habis2 mengafal, semata2 sbb nak dapat gred yg bagus! ..hehehhe...
Okeh... Perang Badar (sedikit info ttg Perang badar kat sini) pun berlaku pada 17 ramadhan juga....thn ke 2 hijrah. Ada juga pendapat mengatakan 17 ramadhan itu sebenarnya diraikan bersempena peristiwa Perang Badar inilah. Perang badar telah tersurat sebagai perang pertama yg dilalui oleh umat Islam di Madinah dan telah melakar satu sejarah yg penting dalam perkembangan Islam di muka bumi ini.
Dikatakan pada bulan sya'ban tahun itu jugalah (tahun ke 2 Hijrah) bermulanya perintah berpuasa kepada umat Islam. Bayangkan dalam keadaan berpuasa, org2 islam bertempur di medan perang..Dah la itu kali pertama berpuasa. Time berbuka dan bersahur pon, bukannya dapat makan bes2 macam yg kita nikmati hari ini. Bayangkan betapa tingginya semangat juang tentera Islam dan betapa patuhnya orang2 Islam yg menyertai perang Badar ketika itu terhadap kepimpinan Rasulullah saw...
Camane pulak kita? Bukan kata nak berjihad di medan perang... nak jihad lawan nafsu yg dah pun bermaharaja lela dalam diri kita pon satu perkara yg amat2 susah untuk kita laksanakan... mmm... ni la umat Islam akhir zaman... (semoga kita digolongkan dalam golongan org2 yg mendapat kekuatan dan hidayah drpNya... amiin)
p/s ~ sekadar sedikit perkongsian info, kalau ada yg tersilap, sila betulkan yer...
3 comments:
orang skrang x mendalami maksud sebenar berpuasa termasuklah yg memberi komen ni... puasa setakat memenuhi tuntutan agama... oklah gak tu kan?... ada yg ikut2 je... org lain puasa dia pun puasa... solat pun tak buat... baiklah x yah puasa.. buat penat je... bkn dpt pahala pun..
....sori.masuk blog ini tanpa minta kebenaran..seronok membaca cerita orang di luar..semuga kita di rahmatiNya...
kin, tak ramai yg tau apa nuzul quran tu..yg depa tau nuzul quran is cutiiii.. (termasok le saya tuh, huhuhu)
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).