Anak ke 3 saya akan mencecah umur 3 tahun menjelang penghujung bulan depan. Sudah 7 bulan naik pangkat menjadi seorang abang, tapi, dia masih membahasakan diri dia sebagai 'adik'.
"Ni adik abang 'Mahan' , tu adik Hamdan" itu yg dijawab setiap kali ibu atau ayah mengingatkan dia tentang kewujudan adik Hamdan. 'Mahan' adalah 'Nabhan'...dia masih belum boleh menyebut namanya sendiri 'Nabhan' dengan betul.

Nabhan kini sedang melalui satu fasa yg penting dalam perkembangan hidupnya. Nabhan dalam proses latihan untuk ke tandas sendiri. Dalam kata lain, belajar untuk 'melupakan diapers'.
Melatih anak ke tandas untuk membuang air kecil atau besar merupakan satu fasa yang cukup mencabar kepada anak dan ibu bapa serta memakan masa yang agak panjang.
"Berapa umur anak yg ni?" tanya seorang kenalan ibu suatu hari, merujuk kepada Nabhan.
"Dah nak masuk 3 tahun, kak" jawab ibu.
"Oooo...dah nak masuk 3 thn masih pakai pampes?" kata kakak itu lagi.
Ibu hanya tersenyum.
Bagi saya, bukan senang nak melatih anak2 ke tandas. Selain umur menjadi indikator untuk memulakan latihan tersebut, kesediaan anak untuk dilatih juga penting. Kalau anak tidak menunjukkan tanda2 bersedia, maka usaha kita akan menjadi semakin sukar. Bila setiap hari berdepan dengan kesukaran, hanya akan menambahkan tekanan kepada diri sendiri, dan juga kepada anak itu sendiri.
2 orang anak saya telah pun melepasi fasa tersebut. Saya mula melatih anak2 ke tandas sendiri apabila mereka menunjukkan tanda2 seperti mampu mengekalkan lampin dalam keadaan yg kering dalam masa yg agak lama. Secara tak langsung menunjukkan sedikit sebanyak mereka mampu mengawal proses membuang air. Si kakak secara rasmi berjaya dilatih pada umur 3 tahun. Manakala si abang pula hanya berjaya apabila mencecah umur 3 tahun setengah. Benarlah seperti pengalaman kebanyakan orang, anak perempuan lebih mudah berbanding anak lelaki.
Semasa anak sulung, saya agak teruja juga menunggu masa dan saat untuk melatih anak ke tandas sendiri. Menjelang umur 2 tahun lebih saya sudahpun berusaha sedikit sebanyak. Tapi, mungkin disebabkan pada masa itu anak saya belum bersedia, saya 'gagal' di peringkat awal....lama mengambil masa, sehingga rasa 'tertekan' pun ada. Sehingga umurnya hampir ke 3 tahun barulah nampak berhasil.
Sebab itu, saya tidak 'kalut' sangat untuk anak2 yg lain. Anak kedua saya hanya mengambil masa 2 minggu, berbanding kakaknya yg berbulan2. Dan kini giliran anak ke3 pula. Sebulan dua yg lepas, dia kadang2 menunjukkan 'tanda2 bersedia'. Tapi, saya tak mahu terburu-buru. Tambahan cuaca di sini yg selalu hujan, saya fikir tak apalah menunggu lagi. Saya yakin masanya akan tiba bila dia benar-benar bersedia.
Dan hari ini, tak semena-mena Nabhan 'isytihar' yg dia tak mahu pakai lampin lagi! Bersungguh-sungguh dia! Ibu gembira, walaupun sudah terbayang-bayang 'tugas' yg menunggu2 untuk ibu laksanakan mulai hari ini.....
Sehingga ke saat ini jam 12.30pm, pada hari ini bermula lebih kurang jam 9 pagi tadi, Nabhan sudah berganti 4 helai seluar! Ayat keramat Nabhan.... "Ibu...adik bocor!"
** Ada menggoogle berkenaan topik ini, terjumpa satu artikel berbahasa melayu, yg menarik juga.... ~di sini~
p/s ~ Ibu akan tetap sabar....

