Friday, May 08, 2009

Saya suka makan nasi

Assalamualaikum semua... bertemu lagi kita. Nama saya Hamdan. Eh, tak perlulah saya perkenalkan diri lagi. Tentu kawan2 ibu dah tau nama saya, kan?


Hari ini, sekali lagi ibu memberi peluang untuk saya berceloteh kat sini. Esok genap umur saya 6 bulan. Kata ibu, saya semakin besar ..hihihh.. Hmm..berapa agaknya berat saya sekarang? Ntah la...dah lama ibu tak timbang saya ni.

Saya nak cerita sikit perkembangan terkini tentang diri saya. Kalau nak tau, ibu dah mula suapkan saya makanan. Sebelum ni, saya selalu tengok ibu, ayah, kakak dan abang2 makan beberapa kali dalam satu hari. Saya tertanya2 juga, apa yg diorang makan? Nampak macam sedap je... Masa tu saya hanya minum susu je. Tapi sekarang, baru saya tau...ooo...rupanya ibu, ayah, kakak dan abang2 makan nasi.





Kata ibu, saya lahir di negeri orang putih. Negeri orang putih? Ayah, ibu, kakak dan abang2 lahir kat mana agaknya ye? Kata ibu lagi, walaupun saya lahir di negeri orang putih, tapi saya bukannya anak orang putih. Saya ni anak orang Melayu. Ooo..orang melayu tu bukan orang putih..... patutlah saya tengok rupa ibu dan ayah saya tak sama ngan rupa jiran sebelah rumah.... hahhaha...


Kata ibu lagi, disebabkan saya ni orang Melayu, saya kena makan nasi. Jadi, ibu suapkan nasi untuk saya. Bukan nasi ketul2 tau..ibu buatkan nasi yg spesel untuk saya... nasi lembik @ nasi bubur. Seeedapp!!



Hmmm...apa lagi nak cerita ye....

Ha... sekarang ni, saya juga dah pandai meniarap. Kata ibu, saya terer meniarap ni lambat sikit berbanding kakak dan abang2 saya. Kakak dan abang2 saya mula meniarap pada umur 3 ke 4 bulan. Saya mula meniarap pada umur 5 bulan. Saja je saya nak buat surprise untuk ibu...hihihhh..



Tengok tu.... ibu sempat pulak ambik gambar saya tengah tunjuk skill...heheh...

Ok la dulu untuk kali ni... nanti bila2 kita jumpa lagi ye..
babai...


Hamdan,
No 6, The Paddocks




21 comments:

NoorGie said...

heheheh terer la hamdan meniarap.....
adik amzar blom bleh makan nasi lagi, nanti kalau dia dah bleh makan nak 'celen' abg hamdan :)

fizah said...

wah..cedap betul ibu msk utk hamdan. sure hamdan suke makan nasik kan??? hamdan dah ade berapa batang gigi???

Anonymous said...

Waa....bagus tu makan nasi jadi sihat dan kuat, ekekeke....

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum..

Akak..apa khabar?..comelnya Hamdan ni..:)

Anonymous said...

Kak Kin,
Kena tambah lagi satu tu.. 'Saya pun dah pandai menulis di blog'.. hehe

arazma said...

rupanya hakim kt mesia ade kwn nama hamdan kat sana... hakim dh masuk 7 bulan.. bg mkn sekut dulu... skill nerap dh terer..ni tgh angkat punggung ngan regang tangan, test otot tangan..

kin hashim said...

kak gie, anak2 saya ni masa kecik seme kuat makan..heheh...

fizah, hamdan mmg suka makan nasi walaupun belumtumbuh gigi lagi! :).

kak tie, betul! makan nasi, anda jadi kuat dan sihat!

w'salam huda... kami seme alhamdulillah blake...Hamdan pon dah makin besar :).

catz_mafia, ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi...hehehhe... hamdan blajo ngan ibu dia la.. hehehe...

ami mahzar, Oooo... iye ke? bertambah sorang lagi kawan hamdan :).

Faridrashidi said...

salam,

hehe..tergolek2 si hamdan tu yer.k.kin tak mau suapkan roti dgn susuke? lagi cpt besar bdan dan kuat tulang mcm arab :)

kin hashim said...

W'salam farid, susu memang dah minum, kuat menyusu pon! hamdan ni semua ibu dia suap, roti ke, biskut ke..spageti ke..pizza ke..mee goreng ke...hehhehe... tapi, nasi la yg makanan utamanya. Farid, org arab selalu makan roti apa? takkan setakat macam roti gardenia je kot..hehhe..

Anonymous said...

Selamat Hari Ibu, Kin.....

wearelearningparents said...

Mother Prayer

Dear Lord,
today we pray for mothers--
our own mothers, and mothers everywhere,
who have made such a major contribution
to the good qualities we have,
sometimes through genetics,
more often through great effort and patient instruction,
and who have done their best
to gently polish away our rough edges.

Lord, please bless our mothers
for the endless hours of time they spent
and the boundless energy they invested in us.
Bless our mothers for their sacrifices on our behalf
as they often gave up or deferred their own dreams
so that we could have ours.

Bless our mothers for always being there for us,
for being the person we know we can turn to
when we need comfort, encouragement, or just a hug.

Bless our mothers for making a home for us
where we could feel safe, where we felt we belonged.

Most of all, Lord,
bless our mothers for their unconditional love,
for loving us no matter what,
and for frequently showing love
in ways that make us feel valued and cherished.

Lord, please bless our mothers mightily.
Strengthen them, soothe them,
wrap them in Your infinite love
and shower them with blessings
too numerous to count, too magnificent to describe.

We love them, admire them, respect them,
and we wish that You would give them back
many times the good they gave to us.

In Allah' name we pray; Amen.

Tirana said...

Wah..dah besar rupanya Hamdan..Comel pulak tu... Mudah2an Hamdan akan sentiasa sihat...

attyfir said...

dah pandai meniarap hamdan..for kin happy mother's day

eeeda said...

Hamdan, dah mula makan nasi ya...autie eeeda nie sehari tak makan nasi boleh lembik lutut...autie makan nasi sekali sehari je...tp kena makan....

kin hashim said...

Kak tie, rubiah ~ terima kasih :).

Kak tirana, mudah2an...:).

Kak atty, terima kasih... buat kak atty jugak :).

Eeeda, gitulah kalau dah perut org melayu tulen...hehhe..

Akak said...

Salam Kin....

Apa khabar? Dah lama akak tak menjengah
kesini, semuga Kin dan suami serta anak2
bahagia selalu hendaknya...

Cumilnya dia!

kin hashim said...

W'salam kak pah...lamanya kak pah menyepi..kami seme alhamdulillah sihat2 aje. Harap akak sekeluarga pun sama :).

Sasha said...

ala tomelnya dia! rasa mcm betul2 Hamdan yg bercerita... kiut sgt! sihat & bulat baby Hamdan ni... dpt kat Auntie Sasha, merah pipi tuuh kena picit2!

Faridrashidi said...

Jawapannya:

Orang arab roti utama yang dimakannya bernama 'eish'. Dia bulat semacam capati dan kering dibakar tetapi lembut di dalam. Sedap!

Dan banyak lagi spesis roti sehingga tak ingat namanya. Ada bentuk bulat, leper, panjang, gulung dll. Orang Ireland makanan ruji apa?

hamdan said...

alamak! takut la nak jumpa aunti sasha nih! hehehe..

kin hashim said...

Macam2 jenis ye rotinya kat sana. Orang sini banyak makan potato. Kalau kat supermarket atau pasar, potato tu byk dijual dalam paket2 sebesar guni beras 20kg!....murah2 plak tuh. Ikut pengalaman masa kat hospital ari tuh,hari2 makan potato tu macam makan nasi la. Potato rebus dan lecek (mashed) makan dengan ayam/daging...macam2 la cara masakan yg dipelbagaikan..dan juga sayuran. Tapi, masa tu k kin ambik yg vegetarian la, jadinya, makan potato ngan sayuran je.

Roti pun ye jugak, selain roti biasa sandwich atau burger atau roti hotdog tuh, ada jenis roti yg macam keras, roti perancis tuh.

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).