Sunday, May 03, 2009

Role play

Suatu hari yg cerah dan ceria di hujung minggu, ayah bawak ibu dan anak4 jalan2 makan angin...shopping brg2 dapur...dan juga window shopping. Seperti biasa, budak2 bertiga itu akan merengek2 untuk ke kedai mainan. Biasanya ayah dan ibu akan singgah jugak walaupun sekejap, kalau tak, ibu nak shopping pun tak senang! hihhh..

Walaupun dah jadi macam 'wajib' singgah kedai mainan, tapi budak2 tu tidaklah demand sgt... takdelah sampai mengamuk suruh beli.Kalau ada rezeki, dapat mainan baru, kalau tak dapat pun, cukup kalau diorg dapat tengok2, pegang2 sikit... buat pengubat hati la kiranya..... (lega hati ibu dan ayah...hehehhh..)

Dan, pada suatu hari itu, ayah bermurah hati untuk 'membelanja' budak2 tuh. Setiap org dapat bahagian masing2. Kakak pilih satu set glitter glue untuk buat kraf, Fawwaz pilih sut doktor dan Nabhan pilih bola Roary the racing car.

Bila balik rumah, sut doktor Fawwaz jadi rebutan pulak! Masing2 nak pakai... Budak2 tu memang suka main2 role play ~ main cikgu2, main mak2, main doktor2...macam2 lah! Bila ada costume yg berkenaan, lagi la dorang suka!




"Nanti Fawwaz besar nak jadi apa?" tanya ayah

"Fawwaz nak jadi doktor" jawab Fawwaz sambil menggayakan sut doktornya, siap dengan mask dan juga stetoskop.

"Lain kali, kalau ayah beli baju bomba, Fawwaz pun nak jadi fireman la pulak yer!" balas ayah, Fawwaz tersengih2 lalu berlalu....

Itu beberapa minggu sudah. Sekarang ni, tah kat mana la sut doktor tuh...stetoskop merata2... mask entah kat ceruk mana. Budak2 ni, memang tak pernah puas dengan mainan, kalau hari ni beli selori mainan, esok bila keluar beli mainan selori lagi pun takpe!!


p/s ~ Ibu dan ayah tak kisah apa cita2 anak2...hanya berharap dan mendoakan yg terbaik untuk anak2.... semoga anak2 akan membesar jadi anak yg soleh dan solehah, dapat berbakti kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara.


19 comments:

Unknown said...

Kin, bagusnya Fawwaz nak jadi doktor, najihah bila tokki dia tanya besar nak jadi apa, dia kata nak masuk akademi fantasia (akademi nyanyi2 tu..) masyaAllah.. harap2 bila dah matang dia pikir la smula.. heheheh

~Cinta Cukulet~ said...

hehe...comel je kecik2 dah jadi doktor huu

kin hashim said...

Jie..hahhaha...lawak la jihah, jihah ghajin nyanyi ke jie? ;).

~cinta cukulet~ budak2 kecik memamg comel..hehhe... time buat perangai tu yg tak comel tuh! hehehhe...

Faridrashidi said...

Salam,

Saya masing berfikir kenapa budak kecil sukakan mainan.

Seingat saya, ibu bapa saya jarang belikan saya mainan. Melainkan saya akan bermain dengan alam sekeliling. Termasuklah dengan kambing dan ayam. Terkadang saya mengambil tin lalu dijadikan kereta. Itu yang saya ingat. Keluarga saya bukanlah dikategorikan sederhana suatu ketika dulu. Kini baru mengecapi erti sederhana.

wearelearningparents said...

erm...itu mainan zaman kita, farid. kanak2 zaman skrg, lain pulak...kene ajar anak mengikut zaman anak2 itu..

3uri@ni said...

Main kawin2 diorang tak suka ke k.kin? hehehe

arazma said...

teringat zaman kecik2 dulu, bila cekgu tanya 3 cita-cita utk kad 001, ade kawan adik yg jawab nak jadi tukang basuh kain umah cina...tu suma gambaran pekerjaan yg ada masa tu..time tu ade gak surirumah melayu keje sambilan basuh baju rumah mem cina. time tu mesin basuh kira baru lg.. lagipun cuci tangan lg bersih kut. ade yg nak jd drebar bas, kerani n mcm2 lg...

Tie said...

Ha ha.........

Kak tie dulu gitu laa... Berangan jadi cikgu, siap ajar garang2 kat adik!

Pastu jadi doktor pulak, habis kaki adik kak tie balut. He he ....

Sasha said...

hehehe... comel betul perangai budak2 ni! sooo passionate pasal sesuatu perkara... kalaulah kita org dewasa spt diorang ni, suka dgn pekerjaan yg ada tentu ceria dunia ni (takdelah dgr org komplen pasal kerja)... Sha x de lah komplen sbb suka ngan keje skang ni... hehe... I'm a house ceo... the best job in the world!!


p/s: untung Kin ada family yg ramai anak... bolehlah diorang main sesama mereka... x mcm sha... asyik2 kena buli ngan Dina mintak ajak main sekali ngan dia...

kin hashim said...

Farid, 'kenapa budak2 sukakan mainan?'..mmm.... dunia budak2 kan penuh dgn fantasi dan permainan.Tapi, zaman kita dulu dgn sekrg jauh berbeza. Dulu, kita suka jugak mainan, tapi, mungkin situasi berbeza. Betul, zaman tu budak2 byk main ngan alam sekeliling. Ketidakmampuan ibu bapa utk sediakan/beli mainan ye jugak....tapi, masa tu mainan pun bukan la ada macam2 jenis macam sekrg nih. Berlambak2 mainan ada kat pasaran sekrg. Ada yg betul2 membina utk anak2, tapi byk juga sebenarnya langsung tidak memberi manfaat utk perkembangan anak2. Kita ibu bapa la yg kena pandai pilih.

kin hashim said...

Rubiah, betul tuh. Seiring dgn dunia yg semakin moden, persekitaran dunia kanak2 juga berubah. Cara didikan anak2 juga berubah. Tapi, kita masih boleh terapkan prinsip atau nilai2 yg sama seperti zaman kita kecik2 dulu.

kin hashim said...

Zue, anak2 kak kin ni setakat ni blum pandai main kawen2 nih... tak tahulah setahun 2 lagi..hehhehe..

kin hashim said...

Ami mahzar, betul...apa yg 'ditangkap' oleh anak2 adalah apa yg dilihat di persekitaran. Zaman dulu, tak meluas pendedahan media massa. Jadi budak2 boleh terfikir apa yg ada di depan realiti sahaja. Sebab tu masa tu budak2 kebanyakannya tidak bercita2 tinggi. Apa lagi kalau tiada dorongan dan galakan drp ibu bapa.

kin hashim said...

kak tie, bes masa kecik2 kan, suka2 je kita nak jadi apa...hehhe..

kin hashim said...

Sasha, setuju sgt... house ceo... the best job in the world!!ps~ tu lah sha, dina ngan darwish tu nak banyak adik lagi tuh....boleh buat teman bila main, dan juga teman bergaduh! ehhehhe...

Tirana said...

anak-anak dengan mainan memang tak boleh dipisahkan..hehehe.. Kalau yang terlebih kreatif..kita beli pagi, petang dah berkecai..tapi biasanya kak tirana suka bawak anak-anak ke kedai buku..Kedai mainan pun pergi juga tapi tak selalu..

kin hashim said...

Bagus sungguh la kak tirana nih..hehhe.. tulah, sebab kak tirana ni ulat buku, anak2 pun ngikut maknya la. Saya ni, bukan ulat buku, jarang2 gi kedai buku....gi sekali sekala bila ada keperluan je..hihihhh... tapi, budak2 tu pun 'rambang mata' gak kalau tengok buku cerita kanak..hehehh

Anonymous said...

Kak Kin,
Comel la sut doktor tu.. nak lah jugak.. kihkih..

kin hashim said...

Catz_mafia, nak pinjam ker? buleh... buleh...hihihhh...

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).