Tuesday, May 26, 2009

Apa ada pada bekal ke sekolah?

"Ibu, esok kakak nak bawak biskut square dengan butter...and raisins!" kata kakak Huda sebelum dia masuk tido pada suatu malam.

"Ok! insyaAllah..." jawab ibu, senang hati...

*****************************************************************

Rasanya, lumrah bagi seorang ibu asyik memikirkan apa menu yg nak dimasak dan dihidangkan untuk keluarga tercinta setiap hari. Kadang2 baru je selesai menikmati hidangan sarapan pada hari itu, otak sudah ligat memikir-mikirkan menu untuk esok harinya.

Bagi ibu yg anak2nya bersekolah pula,sebagai tambahan, terpaksa pula memikirkan...apa yg nak diisi dalam bekas makanan si anak untuk bekal ke sekolah.

Apa ada pada bekal ke sekolah? Hmmm...

Di sini, membawa bekal ke sekolah menjadi satu budaya. Promosi budaya pemakanan sihat bukan sahaja disebut dan diajar di dalam kelas, malah dipraktikkan. Semua pelajar membawa bekal makanan ke sekolah. Tiada makanan dijual di sekolah. Berbeza dengan sekolah2 di tempat kita, tiada kantin atau kafe di sekolah di sini. Jadinya, bukan sahaja pelajar2 membawa bekal makanan sendiri ke sekolah, malah cikgu2 juga membawa bekal!

Bekal anak2 dipantau oleh cikgu. Setiap tahun, ada dikhususkan program 'Minggu Pemakanan Sihat' ( Healthy Eating Week). Polisi Pemakanan Sihat (Healthy Eating Policy) di kemaskinikan setiap tahun, dan diedarkan kepada ibu bapa, sebagai panduan.


Kulit depan Healthy Eating Policy Monaleen National School edisi 2009

Bila tiba ke hujung minggu, terasa lega sikit sebab tak payah memikirkan apa nak diisi dalam bekas makanan anak2 selama 2 hari..hehhe... Bila menjelang pagi Isnin, otak kembali terfikir2... Walaupun ada panduan di dalam polisi pemakanan yg diberikan, tetapi, jenis2 makanan yg dicadangkan tidak berapa sesuai dengan tekak melayu anak2.


Antara isi kandungan Healthy Eating Policy

Apa yg boleh dibuat, cuba menyediakan makanan yg serasi dengan selera anak2 dan dalam masa yg sama tidak dilupakan khasiat yg terkandung dlm makanan tersebut, dan penting juga 'rupa' makanan itu tidak terlalu 'pelik' berbanding makanan kawan2 diorang!

Sesetengah makanan tidak dibenarkan dibawa sebagai bekal. Contohnya seperti makanan segera seperti burger, snek ringan, coklat bar, makanan yg manis seperti kek atau biskut, air gas dan yg seumpamanya. Cikgu memantau makanan pelajar. Huda pernah ditegur kerana ibu bekalkan burger ke sekolah (padahal burger disediakn dari rumah, bukan beli kat kedai pun!)..hehhehe...pernah juga ditegur kerana membawa roti canai bersama sedikit gula untuk dicicah!

Ada ketikanya, puas juga duk memikirkan.... apa lagi jenis makanan yg boleh disediakan? Hari2 biasanya makanan utama adalah roti...roti butter, roti coklat, roti telur.... roti ayam... roti apa lagi ya? Dan sampingannya buah2an atau kismis... atau yogurt ... di samping air minuman. Cuma kebelakangan ini, kadang2 anak2 minta biskut square (biskut cream cracker). Biskut tu dibenarkan kerana ia bukan kategori biskut yg manis.

Bila difikirkan, ada bagusnya amalan sebegini. Memupuk budaya pemakanan sihat sedari kecil. Bukan sahaja anak2 diajar tentang pemakanan sihat di dalam kelas sebagai teori sahaja, tetapi terus dipraktikkan. Dan dipantau oleh guru sendiri. Kadang2, ibu bapa sendiri terlepas pandang tentang didikan memupuk budaya pemakanan sihat sebegini.

p/s ~

Teringat sewaktu kecil dahulu, membawa bekal ke sekolah bukanlah sesuatu yg asing. Setiap hari bawa bekal, tetapi tiada sesiapa yg memantau. Di kantin sekolah, malah ada dijual makanan ringan!


11 comments:

Tirana said...

Ha'a Kin...kak tirana pun pening kepala dok fikir breakfast dan bekal anak-anak. Tiba hari minggu rasa lapang bila diorang tak sekolah so tak payah risau pasal bekal..hehehe

Sasha said...

Wah!! Bagus betullah sistem yg diamalkan oleh sekolah kat sana ek... bagus untuk badan n minda, semua diambil kira...

mmg pening kepala nak memikirkan apa yg nak di'pack' utk bekal anak2 ke sekolah... lepas tu pk nak masak apa lak utk lunch n dinner... dah jd sebhgn dr tanggungjawab... rajin atau tak kenalah jugak buat, kan kin?...

kin hashim said...

Kak tirana, betul2! heheh...rasanya semua ibu pun gitu...kan? :).

Sasha, dlm kepala ni, bbhgn otak yg aktif asyik duk nampak gambar makanan jer..hiihihh..

Anonymous said...

Kak Kin,
Wahhh berbeza betul dengan sistem kita di sini..

No wonderlah, anak-anak kita pandai melepak kat kedai mamak even baru 10 tahun - sebab dah biasa berkedai..

kin hashim said...

catz_mafia, menarik juga kesimpulan tuh.... :).

eeeda said...

Zaman sekolah saya malu nak bawa bekal..jadi saya makan siap2 kat umah...
Baguskan sistem kat sana...kira ibu bapa di sana lebih bertanggungjawab terhadap pemakanan anak2.
Kat sini budaya menyediakan makanan kat anak2 dah makin lenyap...kebanyaknya mamak je sediakan...dr sarapan..mkn malam semua mamak...anak pun pandai ingat mamak...

attyfir said...

bagus ar sekolah sana..
kt sini anak2 dah tak mau bekal.tp cam fir tadika kemas..mmg ade makanan di sediakan..

masa kty kecik2 dulu pun..kty bawak bekal..

Anonymous said...

Ehehehehe.........

Dah boleh komen, hi hi


Tapi kan... paling senang buat sandwich je... dan bekalan buah2...

kin hashim said...

eeeda, zaman kita nih, mak bapak sendiri makan/beli makanan kat kedai...anak2 pun makan makanan kedai jugak la jawabnya.

Kak ty, kalau pra sekolah ok kot, sbb kebanyakan tadika ada esdiakan makanan. Kalau sek rendah/sek men, kalau tak bawak bekal, makan makanan kantin la.

Kak tie, ari tu nape tak boleh komen ek? saya pun tak tau la...hehehhh...rajin pulak k tie menapak ke sini semula, time kasih :).
mmm...sandwich? budak2 ni boleh bagi sandwich telur je, sandwich sardin/tuna tak mau nya dorang...

Unknown said...

Bila kakchik baca ni teringat rancangan Jamie Oliver kat astro yang macamana dia usaha untuk pastikan diet sihat kat sek2 di britain. Memang si Jamie sesal bila tengok kebanyakan kantin sek hidangkan burger/makanan segera. Agaknya usaha dia dah berjaya kot sebab dia banyak kali gi jumpa & bincang dgn pihak berkuasa kat sana yg in charge hal makanan di sek. Hehehe, tengok dlm Travels & Living.

kin hashim said...

Kak chik,betul tuh, setahu saya si jamie oliver tu la yg promote healthy eating habit kat belah2 sini.

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).