Hari ini ada terima 2 emel yg berkaitan dengan 'seorang ibu' . Rasa tersentuh hati ini. Apa lagi bila keadaan sangat jauh begini.
Yang pertama, sebuah video 'filem pendek' yg sangat menyentuh hati. Ada seorang sahabat berkongsi video ini di blognya. Saya mencari2 di you tube. Rupanya sudah lama diupload di youtube, lebih kurang 8 bulan yg lalu. Sebuah filem pendek yg diarahkan oleh seorang jurugambar perkahwinan Saiful Nang. Filem pendek ini didedikasikan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang. Sangat menyentuh hati, sekurang2nya kepada diri saya sendiri. Rindu pada mak dan ayah di kampung....
Yang ke 2 nya, emel berkenaan 'ibu' yg diforwardkan. Sudah lama emel ini berlegar di dalam yahoo group atau mana2 forum, tapi, hari ini terasa sekali lagi mengetuk perasaan dalam diri...
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon.....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak …
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada.........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
p/s ~
Semoga diri ini diberi kesempatan dan peluang untuk membahagiakan seorang ibu.....
16 comments:
sedih dan terharu,mula terkenangkan mok kat kelate.bila tengok filem pendek tu dan baca apa yg kin tulis hati ini amat2 sangat tersentuh.
Salam,
Saya dah tengok sebelum ni..memang sedih..moga ibu bapaku sihat di sana..mahu pulang jumpa mereka..
alamak..nak menangis plak bila baca surat ni huhuhu...
kalau diorg saya tak jaga..mesti saya rasa bersalah skrg ni hihi..
bila lagi nak balas jasa kan..masa ni lah yg amat sesuai..
jiwa sensitif ni x tertahan, mengalir juga air mata... jasa arwah ayah tidak terbalas. hanya bonda yg tinggal... insyaAllah akan kami jaga mak, macamana arwah ayah dh jaga mak...
Sebak la Kin....
Selamat hari ibu.... kita pun ibu gak walaupun tak sehebat ibu2 kita... hu hu..
sedey.....terharu sgt..thanks yaaaaaaa
jasa ibu tak terbalas... sejak jadi ibu baru tau menghargai pengorbanan ibu... syukur masih kesempatan utk berbuat baik pada ibu...
walau dah banyak kali baca dan dengar bab yg membantu ibu tuh tp everytime baca mesti airmataku menitis.. sedih jek rasa..
Kin,
sedihnya..
Bonda, sesekali tengok cerita2 gini ok gak, boleh mengingatkan diri kita tentang tanggungjawab kita yg sesekali kita terlepas pandang. Moga sama2 ada manfaat untuk kita :).
W'salam Farid, ya..semoga kita dan ibu bapa kita sama2 dikurniakan kesihatan dan kita diberi kesempatan utk bertemu mereka.
nrina, alhamdulillah, nrina adalah anak pilihan, diberi peluang untuk menjaga ibu yg sakit. Semoga bakti kita yg sedikit itu utk ibu bapa kita dipandang oleh Allah.
ami mahzar, ya..memang rasa terharu tonton filem pendek tu. Semoga kita dapat menjaga kedua ibu bapa kita dgn sebaik2nya di usia tua mereka sebagaimana mereka menatang kita bagai menatnag minyak yg penuh di waktu kita kecil dahulu.
Kak tie, mmg sebak. Sekurg2nya terdetik kesedaran dlm diri kita. Kita mungkin tidak sehebat ibu2 kita, tapi kita cuba berusaha sedaya mungkin.
Azie, moga ada manfaat untuk kita bersama :).
Sasha, betul. Bila kita ada anak, baru sedikit sebanyak memahami perasaan seorg ibu. Dulu masa kecik, kita selalu sepahkan rumah, mak marah2...kita bengang. Sekrg ni bila anak2 buat perkara yg sama kat kita.... baru tau camane rasanya mak kita dulu. ..tu satu contoh la..hhehehh..
bondaqeem, adakalanya benda yg berulang2 kita baca tidak meninggalkan apa2 kesan pada diri kita. Tapi bila kita baca dgn penuh penghayatan, ada 'sesuatu' yg mengetuk perasaan dalam diri...
Catz_mafia, sama2 kita mengambil iktibar atas pengalaman org lain...
Mak selalu ckp..sekarang ko tak rasa sebab ko blm jadi mak...esok bila ko jadi mak ko rasa lah apa yang aku rasa...
Sampai sekarang saya belum rasa apa yg mak saya ckp...
Tapi bila berjauhan teringat...
InsyaAllah, nanti ada rezeki, eeeda pun akan dapat rasa 'apa rasa hati seorang ibu'. Apa2 pun, di kesempatan yg ada, selagi ibu bapa masih ada di depan mata, kita berusaha untuk bahagiakan mereka.
citer ni cdey sgt....
tyme bace,x sedar air mata mengalir....
janganlah menderhake kpd mak...
sayangilah mak kita....
terharu cangat tengok cite tu...
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).