Saturday, May 30, 2009

Ibu, outside is still sunny!

Sekarang sudah masuk musim panas. Siang semakin panjang, dan malam semakin pendek. Sekarang ni, seawal jam 5 am, hari sudah cerah. Kalau cuaca sangat baik, matahari sudah terik memancar seawal jam 6 am. Tapi, di sini kadang2 je cuaca sangat baik, selalu mendung dan hujan, walaupun di musim panas.

Di musim begini, sangat sesuai bila keluar jalan2 atau bermusafir, kerana tidak perlu memikirkan sangat tentang waktu solat. Ada selang masa yang panjang antara solat zohor, asar dan maghrib.

Waktu solat di sini minggu ini...


Rutin di rumah tidak berubah sangat. Seperti biasa je.... tak kira winter, spring, summer atau autumn. Cuma anak2 mungkin mempunyai lebih masa untuk bermain, kerana siangnya terlebih panjang!

Jadual tidur anak2 pun tidak berubah sangat. Sudah dimaklumi, anak2 orang melayu ni, kebanyakannya suka tidur lewat (berbanding anak2 mat saleh). Anak2 kami biasanya masuk tidur jam 10 pm. Lebih kurang jam 9.30pm, mula bersiap2 untuk tidur...gi toilet..'khidmat diri' ..etc..... Di hari biasa (hari bekerja/hari bersekolah) memang kami pastikan supaya mereka tidur selewat2nya jam 10 malam. Tapi di hari cuti, kadang2 bagi mereka kelonggaran sedikit...tambah lagi sejam.

Walaupun anak2 tidur 'agak lewat', tapi, alhamdulillah takde masalah bila bangun pagi. Sekitar jam 7 atau 7.30 pg dah bangun. Tapi, kalau kat Malaysia, bangun pukul 7 tu mungkin dah dikira agak lewat. Sebab mak ayah nak kena siapkan diri sendiri dan nak kena siapkan anak2 untuk hantar ke sekolah atau rumah pengasuh. Dan mak ayah pun berkejar2 nak masuk kerje kul 8 am...hehhee...kat sini sekolah dan waktu bekerja bermula jam 9 am.

Sekarang, rutin yg sama masih berjalan. Cuma kadang2 anak2 merungut juga....

"Ibu, outside is still sunny!"

Ye la... 9.30pm...masih cerah lagi kat luar tu. Sekarang ni, masuk waktu maghrib pun dah dekat kul 10 pm....


p/s ~ Yang tak syoknya, si kecik Hamdan dan si abangnya Nabhan pun selalu bangun awal seawalnya sebab hari sudah cerah lo!



Tuesday, May 26, 2009

Apa ada pada bekal ke sekolah?

"Ibu, esok kakak nak bawak biskut square dengan butter...and raisins!" kata kakak Huda sebelum dia masuk tido pada suatu malam.

"Ok! insyaAllah..." jawab ibu, senang hati...

*****************************************************************

Rasanya, lumrah bagi seorang ibu asyik memikirkan apa menu yg nak dimasak dan dihidangkan untuk keluarga tercinta setiap hari. Kadang2 baru je selesai menikmati hidangan sarapan pada hari itu, otak sudah ligat memikir-mikirkan menu untuk esok harinya.

Bagi ibu yg anak2nya bersekolah pula,sebagai tambahan, terpaksa pula memikirkan...apa yg nak diisi dalam bekas makanan si anak untuk bekal ke sekolah.

Apa ada pada bekal ke sekolah? Hmmm...

Di sini, membawa bekal ke sekolah menjadi satu budaya. Promosi budaya pemakanan sihat bukan sahaja disebut dan diajar di dalam kelas, malah dipraktikkan. Semua pelajar membawa bekal makanan ke sekolah. Tiada makanan dijual di sekolah. Berbeza dengan sekolah2 di tempat kita, tiada kantin atau kafe di sekolah di sini. Jadinya, bukan sahaja pelajar2 membawa bekal makanan sendiri ke sekolah, malah cikgu2 juga membawa bekal!

Bekal anak2 dipantau oleh cikgu. Setiap tahun, ada dikhususkan program 'Minggu Pemakanan Sihat' ( Healthy Eating Week). Polisi Pemakanan Sihat (Healthy Eating Policy) di kemaskinikan setiap tahun, dan diedarkan kepada ibu bapa, sebagai panduan.


Kulit depan Healthy Eating Policy Monaleen National School edisi 2009

Bila tiba ke hujung minggu, terasa lega sikit sebab tak payah memikirkan apa nak diisi dalam bekas makanan anak2 selama 2 hari..hehhe... Bila menjelang pagi Isnin, otak kembali terfikir2... Walaupun ada panduan di dalam polisi pemakanan yg diberikan, tetapi, jenis2 makanan yg dicadangkan tidak berapa sesuai dengan tekak melayu anak2.


Antara isi kandungan Healthy Eating Policy

Apa yg boleh dibuat, cuba menyediakan makanan yg serasi dengan selera anak2 dan dalam masa yg sama tidak dilupakan khasiat yg terkandung dlm makanan tersebut, dan penting juga 'rupa' makanan itu tidak terlalu 'pelik' berbanding makanan kawan2 diorang!

Sesetengah makanan tidak dibenarkan dibawa sebagai bekal. Contohnya seperti makanan segera seperti burger, snek ringan, coklat bar, makanan yg manis seperti kek atau biskut, air gas dan yg seumpamanya. Cikgu memantau makanan pelajar. Huda pernah ditegur kerana ibu bekalkan burger ke sekolah (padahal burger disediakn dari rumah, bukan beli kat kedai pun!)..hehhehe...pernah juga ditegur kerana membawa roti canai bersama sedikit gula untuk dicicah!

Ada ketikanya, puas juga duk memikirkan.... apa lagi jenis makanan yg boleh disediakan? Hari2 biasanya makanan utama adalah roti...roti butter, roti coklat, roti telur.... roti ayam... roti apa lagi ya? Dan sampingannya buah2an atau kismis... atau yogurt ... di samping air minuman. Cuma kebelakangan ini, kadang2 anak2 minta biskut square (biskut cream cracker). Biskut tu dibenarkan kerana ia bukan kategori biskut yg manis.

Bila difikirkan, ada bagusnya amalan sebegini. Memupuk budaya pemakanan sihat sedari kecil. Bukan sahaja anak2 diajar tentang pemakanan sihat di dalam kelas sebagai teori sahaja, tetapi terus dipraktikkan. Dan dipantau oleh guru sendiri. Kadang2, ibu bapa sendiri terlepas pandang tentang didikan memupuk budaya pemakanan sihat sebegini.

p/s ~

Teringat sewaktu kecil dahulu, membawa bekal ke sekolah bukanlah sesuatu yg asing. Setiap hari bawa bekal, tetapi tiada sesiapa yg memantau. Di kantin sekolah, malah ada dijual makanan ringan!


Saturday, May 23, 2009

Tupat sutong

Disebabkan kering idea nak tulis apa kat blog buat masa nih, jadi ditayang la gambar masakan ni...



Ni masakan petang semalam, kegemaran seisi keluarga... ketupat sotong


Resipinya di ~sini~

Sedia untuk dimasak... sotongnya ini bukan sotong segar, sotong beku di dalam air batu aje yer. Apa nak buat, ni je yg ada kat sini....



Wednesday, May 20, 2009

Lemang Jepun

Diberikan tajuk entry ini sebagai 'Lemang Jepun' kerana kuih ini ala2 lemang gitu....

Kat Malaysia, tak pernah masuk pun kedai Sushi King. Tak pernah makan. Tak rasa teringin pun. Kat sini, ada kawan yg suka buat sushi. Pernah la merasa home made sushi yg kawan buat. Tapi tak terfikir pulak nak buat sendiri. Tapi semenjak dua menjak ni, ada orang teringin nak makan dan mengorder sushi la pulak. Jadi, kena la belajar buat sendiri.

Maka dicari la segala bahan dan peralatan yang perlu. Semalam adalah 'hari ini dalam sejarah' kerana berjaya membuat sushi buat pertama kalinya. Tahniah untuk diri sendiri...hehehhe...



Orang Jepun buat sushi biasanya letak isi ikan mentah. Tapi, ni sushi versi org Melayu asli, sushi isi udang dan hati ayam goreng, beserta dgn timun dan avocado sahaja. Setelah berhempas pulas, inilah hasilnya...tadddaaaa....



Sedap jugak!! hihihhih...boleh la buat lagi lain kali....





***kemaskini***

Disebabkan ada yg bertanya camane nak buat sushi, ni ada dikongsi sedikit sebanyak. Belajar buat benda ni kat youtube sebenarnya. Ada macam2 jenis sushi dan macam2 cara buat. Yg sushi gulung dan potong2 macam lemang ni namanya sushi maki, kalau tak silap la.

Ok, bahan2 yg diperlukan:
  1. beras sushi
  2. kepingan nori (roasted seaweed)
  3. bahan utk isi ~ apa2 yg disukai (isi ikan/udang/crab steak etc beserta sedikit sayuran)
  4. sos wasabi (biasa diletakkan bersama ngan isi sushi, tapi yg ni saya tak letak pun....sbb, tak jumpa pulak yg diyakini boleh dimakan)
Peralatan yg diperlukan:
  • sushi mat (seperti tikar buluh kecil) ~ gunanya untuk membantu semasa menggulung sushi supaya mendapat bentuk gulungan yang cantik dan kemas)
Cara membuat:
  1. Masak beras sushi seperti masak nasi biasa. Bila nasi masak, ada kaedah yg campurkan sedikit vinegar dan biji2 bijan yg dibakar (digaul rata). Tapi, saya hanya masukkan sedikit garam semasa memasak nasi sahaja.
  2. Sediakan bahan2 untuk isi sushi. Mana yg perlu direbus dulu ke...goreng ke...potong ke... (tips ~ kalau mahu guna udang, cucuk udang dengan lidi/cocktail stick semasa merebus udang, supaya badan udang menjadi lurus dan tidak membengkok bila masak)
  3. Letakkan kepingan nori di atas sushi mat, lepas tu ratakan nasi sushi di atasnya.
  4. Susun isi sushi di atas nasi secara memanjang
  5. Gulung dengan bantuan sushi mat, sambil menekan2 di atas sushi mat supaya nasi menjadi padat.
  6. Bila siap digulung, jadilah ia seperti lemang.....sedia untuk dipotong. Pastikan menggunakan pisau yg tajam, kalau tak, sushi anda menjadi penyet! hehhee...
Selamat mencuba!



Thursday, May 14, 2009

Nyamuk? lalat?

Bila kakak dan abang ke sekolah, dan ayah ke UL, tinggal la ibu di rumah bersama Nabhan dan adik Hamdan. Nabhan kebosanan takde teman bermain. Sepagi itu, biasanya Nabhan akan berebut komputer dgn ibu ... dan yg menang tentulah Nabhan! Sambil2 duk depan komputer, kadang2 dia mintak susu. Atau biskut..atau roti...apa2 aje la!

Pagi tadi, selepas minum susu, dia sendiri turun mencari kuih di dapur. Sebaik mengambil potongan kek batik di dapur dan mengisinya di dalam mangkuk kecil, Nabhan cepat2 melangkah meniti anak2 tangga ke tingkat atas, menuju ke bilik ibu. Sesampainya di depan pintu bilik ibu, tiba-tiba Nabhan tercegat, seperti takut2. Biasanya dia terjah aje! mau cepat2 bertemu 'en super maker' nya...hehehh...

"Kenapa Nabhan?" tanya ibu.

"Adik takut... " jawab Nabhan sambil matanya tepat memandang lantai.

"Takut apanya?" tanya ibu lagi, sambil melayan adik Hamdan.

"Ada nyamuk!" jelas perkataannya, sambil tunjuk2 ke arah lantai.

" Mana ada nyamuk kat sini....." jawab ibu. Memang pun, tak pernah jumpa nyamuk pun kat sini. Apa lagi siang2 buta nih.

"Tu...nyamuk tuh!" jarinya dituding ke lantai....

La.... rupanya ada seekor lalat sesat hinggap kat lantai tuh. Waktu summer ni, kadang-kadang memang ada lalat tersesat dalam rumah.

"Tu lalat la Nabhan, bukan nyamuk..."

"Ooooo...." jawab Nabhan seperti biasa bila persoalannya dijawab...hehehhe..



p/s ~

Kat sini jarang jumpa serangga2 kecil nih. Nak jumpa semut pun susah. Anak2 semua takutkan serangga yang kecik2 tuh. Kalau terjumpa seekor, riuh serumah...padahal anak spider je...hehehhh...



Wednesday, May 13, 2009

Award dari Bradford


Hari ini, hari menayang award...hihihhh...
Award ini pulak datangnya dari Bradford, UK. Time kasih daun keladi, kak linda



Terma & Syarat Untuk Penerima Award Ini:

1. Letakkan logo award ini di blog anda.
2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan ispirasi dan mesra dari blog anda.
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

10 blog yg terpilih....
  1. kayteeze's blog
  2. the precious moment
  3. suka-suka
  4. myza mempesona
  5. ada sesuatu di sebalik cerita
  6. detik-detik indah dalam hidupku
  7. i&u....life must go on
  8. it's my life
  9. tok kapor
  10. azmamusa

Disebabkan terma & syarat untuk award ini ialah utk berkongsi award ini dgn 10 blog yg lain, maka saya terpaksalah menyenaraikan hanya 10 daripada byk2 senarai teman2 itu. Pilihan ini dibuat secara spontan dan rawak. Walaupun anda yg berkenaan tidak tersenarai, namun, ketahuilah bahawa anda tetap istimewa di hati 'Sejenak bersamaku....'



Vespa blogger award friendship


Award yg hensem ini dapat daripada puan zue ... bersekali ngan tag la pulak...takpe, kita terima jer...


a) Copy badge "Vespa 3logger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.
  • siap!!


b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
  • Yg memberikan award ini kepada saya ialah cik puan zuriani @ zue. Dia ni sebenarnya adik kepada sorang kawan sekelas saya masa kat sekolah rendah dulu. Terjumpa secara tak sengaja dengan zue ni di alam maya.

c. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
  • suka melayan anak2
  • suka bila suami ajak keluar, jalan2 ngan suami dan anak2
  • suka tengok rumah kemas, tapi tak suka mengemas
  • kalau ada duit, suka belikan baju atau mainan utk anak2
  • suka tanam2 pokok, tapi takde bakat, tanaman tak berapa menjadi
  • suka masakan melayu
  • suka air kopi dan air coklat
  • penyabar
  • pendiam
  • mudah bersimpati dan bertimbangrasa

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Mereka yg bertuah adalah.... (dipilih secara rawak)
  • kak linda
  • sasha
  • kak gie
  • jie
dan juga 2 org teman baru ini....
  • eeeda
  • ami mahzar
Mohon maaf ye kepada nama yg tersenarai, bila2 ada kelapangan boleh buat..



e) Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!
  • yup!



Friday, May 08, 2009

Saya suka makan nasi

Assalamualaikum semua... bertemu lagi kita. Nama saya Hamdan. Eh, tak perlulah saya perkenalkan diri lagi. Tentu kawan2 ibu dah tau nama saya, kan?


Hari ini, sekali lagi ibu memberi peluang untuk saya berceloteh kat sini. Esok genap umur saya 6 bulan. Kata ibu, saya semakin besar ..hihihh.. Hmm..berapa agaknya berat saya sekarang? Ntah la...dah lama ibu tak timbang saya ni.

Saya nak cerita sikit perkembangan terkini tentang diri saya. Kalau nak tau, ibu dah mula suapkan saya makanan. Sebelum ni, saya selalu tengok ibu, ayah, kakak dan abang2 makan beberapa kali dalam satu hari. Saya tertanya2 juga, apa yg diorang makan? Nampak macam sedap je... Masa tu saya hanya minum susu je. Tapi sekarang, baru saya tau...ooo...rupanya ibu, ayah, kakak dan abang2 makan nasi.





Kata ibu, saya lahir di negeri orang putih. Negeri orang putih? Ayah, ibu, kakak dan abang2 lahir kat mana agaknya ye? Kata ibu lagi, walaupun saya lahir di negeri orang putih, tapi saya bukannya anak orang putih. Saya ni anak orang Melayu. Ooo..orang melayu tu bukan orang putih..... patutlah saya tengok rupa ibu dan ayah saya tak sama ngan rupa jiran sebelah rumah.... hahhaha...


Kata ibu lagi, disebabkan saya ni orang Melayu, saya kena makan nasi. Jadi, ibu suapkan nasi untuk saya. Bukan nasi ketul2 tau..ibu buatkan nasi yg spesel untuk saya... nasi lembik @ nasi bubur. Seeedapp!!



Hmmm...apa lagi nak cerita ye....

Ha... sekarang ni, saya juga dah pandai meniarap. Kata ibu, saya terer meniarap ni lambat sikit berbanding kakak dan abang2 saya. Kakak dan abang2 saya mula meniarap pada umur 3 ke 4 bulan. Saya mula meniarap pada umur 5 bulan. Saja je saya nak buat surprise untuk ibu...hihihhh..



Tengok tu.... ibu sempat pulak ambik gambar saya tengah tunjuk skill...heheh...

Ok la dulu untuk kali ni... nanti bila2 kita jumpa lagi ye..
babai...


Hamdan,
No 6, The Paddocks