Sunday, September 09, 2007

Resipi ketupat sotong

Ada permintaan untuk resipi ketupat sotong.. :). Ketupat sotong yg biasa saya buat ialah versi Terengganu. Ada satu lagi versi ialah ketupat sotong Kelantan, yg rasanya manis... yg tu tak saya tak pernah buat.

Ni resipi ketupat sotong yg saya buat....

Sotong sederhana besar,dalam 15-20 ekor
2 cawan santan pekat
2 cawan beras pulut
1 inci halia, dipotong halus
5 ulas bawang merah, dipotong halus
2 ulas bwg putih, juga dipotong halus
Halba satu sudu kecil
Garam secukup rasa
Lidi yg dipotong pendek2, agak2 muat utk cucuk sotong

Cara2 dia...bersihkan sotong, buang kepala. Beras pulut direndam dlm sedikit santan, supaya ada rasa lemak2 sikit. Masukkan beras pulut ke dalam sotong, lebih kurang 2/3 penuh. Then, cucuk sotong dengan lidi tadi supaya beras pulut tidak terkeluar. Kalau sotong besar, boleh masukkan kepala sebelum dicucuk sekali dgn lidi.

Untuk kuah, masukkan santan dalam periuk, sekali dengan bawang, bawang putih, halia. Then, masukkan sotong yang telah diisi beras pulut tadi. Masak atas api sederhana untuk mengelakkan santan naik minyak. Kacau sekali sekali sekala. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan juga halba. Masak sehingga sotong dan beras pulut dalamnya masak..... tu je la! :).
p/s

  • Saya guna block squid (sotong beku dlm air batu), kat sini payah nak cari sotong segar. Kalau sotong segar, lagi best, dan kalau saiznya besar, lagi best! :).
  • Saya guna santan dlm tin, kalau tak silap 400ml.
  • Saya guna satu labu bawang besar yg sederhana saiznya, sbb kat sini bawang merah mahal!
  • Lidi tu, saya guna cocktail stick, dipotong 2. Boleh juga guna pencungkil gigi (dah tentu yg belum diguna!) kalau tak de lidi atau cocktail stick tuh.
  • Boleh juga dimasak terlebih dahulu beras pulut, kemudian masukkan dlm sotong.
  • Sotong tu, boleh dibuang kulit dia yg kemerahan tu kalau suka. Kalau dibuang, kuah dia akan berwarna putih la, instead of kuah kemerahan warnanya. Tp, org kata, kalau kulit tak dibuang lebih rasa 'manisnya' sotong!

Selamat mencuba!



3 comments:

Anonymous said...

terima kasih daun keladi kerana sudi kongsi resepi... nak tra la sbb dah lama suami suruh masak,tp tk pandai.

Kin hashim said...

Selamat mencuba ! :).

ayaz_alhafiz said...

alhamdulillah
sy baru cuba 2 ari lepas
memang best.wlu kelam kabut telefon kawan tanya cara2nya.
pe pun ia memang senang, sedap,murah.
selamat mencuba...

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).