Saturday, February 09, 2008

Pau goreng inti ikan

Pau goreng inti ikan.....ni kuih yg aku suka... :).

Bahan2 nye...
Tepung pulut
Tepung gandum
Isi ikan (guna ikan tuna dlm tin jer...jimat kos :). )
Bawang-mayang halus
Sedikit santan
Halia-potong halus
Satu sudu kecil halba
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 nak buat...

Untuk inti ikan;
  1. Hancurkan isi ikan.
  2. Masukkan santan, bawang,halia, garam dan gula secukup rasa.
  3. Masak atas api yg sederhana, bila dah kering sikit, kecilkan api.
  4. Halfway, boleh masukkan halba.
  5. Masak sampai inti ikan tu kering....sentiasa kacau supaya dia tak hangit.


Rupa inti ikan yang dah siap.

Untuk pau pulak...

Campurkan tepung pulut dengan sedikit tepung gandum. Nisbah tak berapa sure yg sebetulnya berapa, lebih kurang 1 tepung gandum: 4 tepung pulut. Kalau guna 100% tepung pulut, bila goreng nanti, dia mudah meletup! Kalau terlebih sangat tepung gandum, nanti jadi keras pulak! :). So...pandai2 la...hehehhe..

Masukkan sedikit garam kedalam tepung, kemudian uli dengan memasukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai tepung jadi lembut dan licin.

Bila tepung dah siap diuli, bentukkan bulat2, saiz sebesar bola golf, dan masukkan inti ikan ditengahnya.

Panaskan minyak dalam kuali, then, goreng la pau tadi atas api yang sederhana....macam goreng karipap la... :).

Pau sedang digoreng dalam kuali...hati2, sbb pau2 ni berpotensi untuk meletup!

Sedia untuk dihidang...enak dimakan panas2!

ok?....boleh la mencuba! :).

1 comment:

faakiut said...

wah macam sedap ... nak cubalah nanti .. macam simple je

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).