Saturday, February 09, 2008

Nak buat donat?

Buat semua, especially kepada ayu iurf... (sbb ayu yg request resipi ni, hehehhehhe..), ni diperturunkan resipi donat, kerabu mangga dan juga pau goreng.

Ni resepi donat dulu yer, yang lain2 tu nanti posting akan datang plak.

Bahan2nye...

1 kg tepung gandum
Sepaket yis segera mauripan
2 cawan susu segar
4 sudu butter
2 biji telur
6 sudu gula
1 sudu baking powder
satu bar milk chocolate
Gula halus hiasan yang kaler2 tuh... atau chopped almond
(Milk chocolate dan gula tu untuk hiasan donat, kalau nak yang conventional boleh salut je donat ngan gula kastor)


Cara2 dia...

  1. Larutkan gula dalam air susu.
  2. Gaulkan tepung gandum dgn mauripan tu sampai rata.
  3. Masukkan butter ke dalam tepung yang bercampur mauripan, gaul rata.
  4. Masukkan telur.
  5. Masukkan susu sedikit demi sedikit, sambil tepung diuli.
  6. Uli tepung dengan sabar, sampai tepung dah tak melekat kat tangan.
  7. Uli tepung sampai doh jadi lembut, kalau tak, tambah susu/air sikit demi sedikit.
  8. Bila doh dah lembut, buatkan bulat, biarkan dalam bekas penguli tu, selama sekurang2nya setengah jam, supaya dia naik (time sejuk2 nih, lebih bagus kalau letak dekat heater, cepat sikit naik)
  9. Bila doh dah naik sampai lebih kurang jadi double size, bolehlah bentukkan macam donat tu.
  10. Biarkan seketika...kejap je pun tak pe.
  11. Panaskan minyak dalam kuali, ha....akhirnya, boleh la digoreng donat tuh..
Bila dah siap goreng donat, boleh la meltkan milk chocolate tuh, nak senang boleh masukkan dlm microwave jer. Boleh juga guna plain chocolate, tapi dia pahit sket la. Reason guna milk chocolate, sebab dia dah sedia manis :). Bila coklat dah cair, salutkan permukaan atas donat ngan coklat, then tabur la gula2 halus yang kaler2 tuh.. atau boleh juga tabur chopped almond, sedap gak..

Hasilnya, dapat la donat lebih kurang camni.... klik sini

p/s Ayu, k kin biasa buat separuh/kurang sket adunan, adalah dpt dlm 15-20 ketul donat yang saiz besar2 tuh...

Selamat mencuba!

1 comment:

iu said...

heheh...insya allah.. faham2...niat di hati nak try nanti.. ;) thanx..;)

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).