Showing posts with label resipiku. Show all posts
Showing posts with label resipiku. Show all posts
Tuesday, September 15, 2009

Tok Aji Serban, Qasidah

Atas permintaan Sasha, saya sertakan cara2 nak buat kuih Qasidah dan Tok Aji Serban. Sebenarnya, tak susah sgt pun nak buat kuih2 tradisional melayu nih. Rata2, kuih tradisonal melayu ni bahan2nya ringkas je. Cumanya, generasi muda sekarang ni je yg tak tahu dan ada yg tak mahu mengambil tahu, maklumlah senang nak dapat...beli aje kalau nak makan, kan...heheh..

Zaman sekrg, tak susah pun nak blaja...semuanya di hujung jari je. Saya pun cuma menggoogle jer..

Qasidah

Resipi diambil dari ~sini~

Bahan2 :

1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam (sedikit je)
1 sudu teh air kapur- cair

Bahan untuk ditabur:
5 ulas bawang merah ros, dihiris nipis

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan kecuali bawang ke dalam periuk. Gunakan api perlahan.

2. Kacau sentiasa adunan di atas api sehingga adunan pekat dan berkilat.

3. Tuangkan ke dalam acuan atau loyang. Sejukkan 30 minit.

4. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng bawang hingga keperangan. Tuang bawang dan minyaknya sekali ke atas kuih yang telah disejukkan tadi. Masukkan ke dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidang.

Tok Aji Serban


Resipi kuih ni saya cedok kat ~sini~

Bahan2:

untuk lapisan bawah(pulut)

3 cawan beras pulut
1 cwn santan cair(ikut keadaan,kalu nak pulut lembik skit..lebihkan santan)
secubit garam

Untuk lapisan atas

3@4biji telur
1 1/2 kerek nissan@gula melaka
gula(jika perlu)
2 cwn santan pekat@kepala santan

Cara2 membuat:
Beras pulut direndam untuk seketika,satukan santan cair dan garam..kacau sebati,tuangkan kedalam periuk bersama2 dgn beras pulut tadi,biarkan pulut masak. campurkan gula melaka dgn sedikit air,masak shg cair, pukul telur hingga sebati didalam bekas lain, then campurkan santan pekat tadi,kalau kurang manis blehla tambah gula.kacau sehingga semuanya sebati..kmdian kaupkan pulut dlm bekas untuk di kukus,masukkan campuran santan tadi kmudian kukus selama 25 minit atau shg masak.

** Saya masak pulut menggunakan microwave. Agak2je pulut dan santan cair tuh.
** Saya menggunakan brown sugar menggantikan gula melaka. Dan menggunakan santan dalam tin. Jadi, main agak2 juga kepekatan campuran telur dan santan tuh.

Ok Sasha...bole la cuba buat nanti! Terima kasih kepada ke dua2 penyumbang resipi!



Friday, September 04, 2009

Aku pencinta kuih Melayu

Hari ini adalah hari ke 17 umat Islam disini menjalani ibadah puasa. Sudah pun pertengahan Ramadhan, dan makin menginjak ke sepertiga yg terakhir ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu.

Hmm...17 ramadhan, nuzul Al-quran...peristiwa perang badar. Mungkin boleh kongsi sikit apa yg saya tulis tentang 17 ramadhan tahun lepas...

Ok..kali ini bukan nak cerita pasal 17 ramadhan..hehhe.. nak cerita pasal kuih pulak. Sana sini, bila menziarahi blog kawan2, meriah dgn gambar makanan. Tahun ni, saya tak begitu 'ghairah' utk mengambil gambar makanan, tidak seperti tahun2 sudah. Dah bosan agaknya..hhehe.. Lagipun, masakan di bulan ramadhan kali ini tidak jauh bezanya dengan hari2 biasa. Masakan biasa2 aje. Hidangan yang ringkas dan tak banyak juadah pun. Yang pasti, nasi putih mesti ada sebagai hidangan utama, dan hidangan sampingan mungkin sejenis kuih.

Bila tiba bulan Ramadhan, kuih2 tradisional mendapat perhatian. Selain ianya seolah2 serasi dengan suasana berbuka puasa, dan mengingatkan saya kepada kampung halaman nun jauh di mata, saya sememangnya pencinta kuih muih Melayu. Walaupun buat sementara waktu ini kami sekeluarga menetap di 'negeri orang putih', tapi, saya tetap lebih gemarkan masakan Melayu tradisional berbanding masakan barat.

Dalam 'ketidak ghairahan' utk mengambil gambar makanan, sesekali ada juga tersnap gambar juadah... saja nak tayang kat sini, yg temanya 'kuih tradisional melayu'.

Onde-onde... yg ni, dijamin intinya tak cair atau pecah di tangan atau dalam mulut, sebab intinya adalah kurma, dan bukannya gula melaka (tak de stok gula melaka da....)


Lama dah teringin nak buat kuih nih, baru kesampaian. Ingatkan susah sgt, rupanya, boleh tahan la...takde la susah sgt...hehhe.. Cumanya, disebabkan pengukus yg ada tu kecik comel sgt (hanya 18cm diameter), maka dapat buat nipis macam ni je la.


Bubur kacang....biasa je...


Cendol... buat sikit ari tuh, letak dalam air sirap bandung.


Agar-agar pandan... stok agar2 kering makin kehabisan. Ni paket ke 2 terakhir...


Butir nangka. Kuih ni banyak variasi. Tapi saya suka resipi nih, kuahnya santan dicampur dengan serai dan telur, memberikan rasa yang unik, lain daripada kuah bubur/manisan yg biasa...


Qasidah.... comey je nama kuih nih. Masa kecik2 dulu, tak suka sgt kuih ni. Mungkin sbb biasanya sangat manis, dan ada pulak bawang goreng kat atasnya. Ari tuh, ternampak sorang kawan tayang gambar kuih ni kat facebook, terus teringin nak buat. Ringkas je nak buat nih. Sedap juga rasanya, bila digabungkan dengan rasa dan aroma bawang goreng tabur kat atasnya. Saya punya bawang goreng ni, bukan setakat garing, tp dah masuk kategori hangit tuh..hahhha..


Tu je gambar2 kuih tradisional musim ini yg ada dalam simpanan. Lain kali, kalau ada lagi, saya tayang lagi..hehhe..



Friday, August 14, 2009

Laksam Limerick

2 minggu lepas, kami kat sini menerima pertambahan satu lagi keluarga Melayu (yg melanjutkan pelajaran) di Limerick. Aisyah sekeluarga. Jadinya, sekarang ni ada 4 keluarga melayu (keluarga pelajar, tidak termasuk golongan bekerja) di sini.

Semalam jemput kawan2 kat sini makan pagi di rumah kami. Sekali sekala. Bukan ramai pun kawan2 kat sini.

Menu utama kali ini ialah laksam, hidangan yg terkenal di negeri pantai timur. Menu sampingan ialah keropok lekor.


{Kredit ~ The wired garden kit, daripada Rebecca}


Ada kawan yg tanya resipi untuk laksam, jadi di sini disertakan resipi dan cara2 membuatnya;

Bahan utk buat laksam dan kuahnya:
  • tepung beras
  • sedikit tepung gandum
  • air secukupnya
  • ikan ~ rebus dan hancurkan isi ikan
  • santan
  • lada hitam (dikisar)
  • bawang merah/bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • asam keping
  • garam secukup rasa
  • sayuran untuk ulam-ulaman
Cara nak buat :
  1. Untuk laksam, bancuh tepung beras dan tepung gandum dalam air yg secukupnya. Biar bancuhan tu cair, bukannya pekat. Masukkan secubit garam.
  2. Isikan sedikit bancuhan dalam bekas yg leper dan kukus sehingga masak. Pastikan ianya nipis, supaya mudah digulung.
  3. Bila masak, biarkan sejuk sedikit, kemudian gulung.
  4. Buat berulang kali sehingga bancuhan habis.
  5. Untuk kuah, kisarkan bawang dan halia, serta isi ikan.
  6. Masukkan bahan kisar tersebut, lada hitam dan garam secukup rasa ke dalam santan, masak sehingga agak pekat.
  7. Hidangkan laksam bersama dengan sedikit cili merah dan belacan (kalau suka), serta limau nipis...juga, jangan lupa ulam-ulaman.
*Kuantiti bahan2 yg saya gunakan adalah diubahsuai mengikut kesukaan sendiri.
*Saya menggunakan 2 sudu besar tepung gandum untuk 400g tepung beras.
*Kuantiti air ~ agak2 je, cuba masak dulu sedikit utk tengok keseseuaian.
*Boleh tengok sini kalau nakkan kuantiti bahan yg disyorkan.
*Laksam yg saya buat tu pendek, sbb tu tak dipotong. Maklumlah pengukus yg ada kecik comel sangat...tu je yg ada..hehhe..
*Kalau ada yg berminat untuk resipi keropok lekor, boleh tengok kat sini.


r

Tuesday, June 30, 2009

Evolusi kacang soya

Projek pertama buat tempe kat sini... hasilnya memberangsangkan untuk diteruskan dalam projek2 yg seterusnya...


{*Scrapping, kredit untuk ~ Tropical summer kit, daripada Manda}

Walaupun kami bukan keturunan jawa, tapi saya dan suami sukakan tempe nih. Suami belikan ragi (tempeh starter) dari ~sini~.

Cara membuatnya :
  1. Rendam kedelai selama 24 jam. Ada sedikit busa saat merendam.
  2. Kupas kulitnya dengan cara diremas-remas. Kulit akan mengambang dengan sedirinya. Tambahkan air hingga kulitnya mengambang dan mengalir keluar. Paling enak membersihkan kulit kedelai di sink yang ada food waste disposer-nya. Jadi taruh pancinya di sink dan sesekali disiram air dari kran.
  3. Setelah kulitnya terkelupas semuanya, beri air secukupnya kemudian rebus sampai kedelai matang dan empuk (cek dengan mengambil satu kedelai dan rasakan). Setelah matang, angkat, tiriskan dan tunggu agak dingin.
  4. Dalam keadaan masih hangat taburi dengan ragi tempe secara merata. Aduk-aduk hingga merata sekali.
  5. Masukkan ke dalam plastik Ziploc yang telah dilobangi di beberapa tempat dengan tusukan sate, tutup rapat.
  6. Simpan di tempat hangat. Perhatikan bahwa tempe perlu aliran udara di bagian bawah dan atas plastik. Pada musim dingin, taruh tempe di dalam kardus yang dilapisi paper towel yang tebal atau kain. Selipkan kertas/paper towel diantara tumpukan tempe.
  7. Simpan selama lebih kurang 1-2 hari. Setelah tempe jadi, segera masukkan ke dalam lemari es, atau simpan di freezer akan tahan lebih lama. Untuk defrost, cukup diangin-anginkan dalam suhu ruang selama beberapa saat.
(Maaf ye..dalam bahasa indon, di copy paste dari ~sini~)



Tuesday, June 16, 2009

Minggu tat lemon

Seminggu lepas adalah minggu tat lemon. Kebetulan tertengok rancangan masakan kat tv yg dihoskan oleh Rachel Allen (UKTV food channel kalau tak silap). Dia ada buat tat lemon.




Resipi dan cara membuatnya ringkas je. Dan kebetulan ada semua bahan2nya kat rumah masa tuh. Bos minta buatkan. Percubaan pertama hasilnya memberangsangkan. Lalu mendapat order lagi untuk keesokannya... Bos suka, anak2 pun suka, tukang buat pun suka..hehehhh..

Sudahnya, hampir setiap hari dalam minggu lepas, petang2 buat projek tat lemon.... Kebetulan pula, 2 kali ada tetamu bertandang baru nih. Apa lagi, tat lemon la yg jadi hidangan pencuci mulut.


Bahan2 ;

Untuk pastri :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar mentega
  • 1 biji kuning telur
  • Setengah cawan gula kastor
Untuk inti (filling) :
  • 3 biji telur (dan masukkan sekali lebihan telur putih di atas)
  • Setengah cawan gula kastor
  • Kulit lemon yang disagat (bahagian kuning sahaja)
  • Perahan jus lemon daripada sebiji lemon.
Cara2 ;
  • Uli tepung bersama mentega, gula dan telur kuning.
  • Rehatkan doh di dalam peti ais lebih kurang 20 minit
  • Gelek adunan (eh, betul ke perkataan 'gelek' ni eh? hehheh) nipis-nipis dan masukkan dalam acuan tat. Tekan-tekankan pada permukaan acuan.
  • Bakar lebih kurang 10-15 minit.
  • Sementara pastri masak, sediakan intinya.
  • Masukkan telur dan gula di dalam mixing bowl.
  • Pukul gula dan telur sehingga kembang.
  • Sagat kulit lemon, dan perah jus lemon ke dalam campuran tersebut.
  • Masukkan campuran tersebut ke dalam base pastri yang telah dibakar tadi.
  • Bakar lagi selama lebih kurang 10-15 minit (bergantung kepada ketebalan pastri dan intinya)
*Sukatan bahan2 tu saya yg memandai reka, sebab tak salin pun yg Rachel tu punya. Cuma hafal bahannya aje.
*Scrapping gambar, kredit untuk Princess Shabby dan Flower Scrap.



Saturday, May 23, 2009

Tupat sutong

Disebabkan kering idea nak tulis apa kat blog buat masa nih, jadi ditayang la gambar masakan ni...



Ni masakan petang semalam, kegemaran seisi keluarga... ketupat sotong


Resipinya di ~sini~

Sedia untuk dimasak... sotongnya ini bukan sotong segar, sotong beku di dalam air batu aje yer. Apa nak buat, ni je yg ada kat sini....



Wednesday, May 20, 2009

Lemang Jepun

Diberikan tajuk entry ini sebagai 'Lemang Jepun' kerana kuih ini ala2 lemang gitu....

Kat Malaysia, tak pernah masuk pun kedai Sushi King. Tak pernah makan. Tak rasa teringin pun. Kat sini, ada kawan yg suka buat sushi. Pernah la merasa home made sushi yg kawan buat. Tapi tak terfikir pulak nak buat sendiri. Tapi semenjak dua menjak ni, ada orang teringin nak makan dan mengorder sushi la pulak. Jadi, kena la belajar buat sendiri.

Maka dicari la segala bahan dan peralatan yang perlu. Semalam adalah 'hari ini dalam sejarah' kerana berjaya membuat sushi buat pertama kalinya. Tahniah untuk diri sendiri...hehehhe...



Orang Jepun buat sushi biasanya letak isi ikan mentah. Tapi, ni sushi versi org Melayu asli, sushi isi udang dan hati ayam goreng, beserta dgn timun dan avocado sahaja. Setelah berhempas pulas, inilah hasilnya...tadddaaaa....



Sedap jugak!! hihihhih...boleh la buat lagi lain kali....





***kemaskini***

Disebabkan ada yg bertanya camane nak buat sushi, ni ada dikongsi sedikit sebanyak. Belajar buat benda ni kat youtube sebenarnya. Ada macam2 jenis sushi dan macam2 cara buat. Yg sushi gulung dan potong2 macam lemang ni namanya sushi maki, kalau tak silap la.

Ok, bahan2 yg diperlukan:
  1. beras sushi
  2. kepingan nori (roasted seaweed)
  3. bahan utk isi ~ apa2 yg disukai (isi ikan/udang/crab steak etc beserta sedikit sayuran)
  4. sos wasabi (biasa diletakkan bersama ngan isi sushi, tapi yg ni saya tak letak pun....sbb, tak jumpa pulak yg diyakini boleh dimakan)
Peralatan yg diperlukan:
  • sushi mat (seperti tikar buluh kecil) ~ gunanya untuk membantu semasa menggulung sushi supaya mendapat bentuk gulungan yang cantik dan kemas)
Cara membuat:
  1. Masak beras sushi seperti masak nasi biasa. Bila nasi masak, ada kaedah yg campurkan sedikit vinegar dan biji2 bijan yg dibakar (digaul rata). Tapi, saya hanya masukkan sedikit garam semasa memasak nasi sahaja.
  2. Sediakan bahan2 untuk isi sushi. Mana yg perlu direbus dulu ke...goreng ke...potong ke... (tips ~ kalau mahu guna udang, cucuk udang dengan lidi/cocktail stick semasa merebus udang, supaya badan udang menjadi lurus dan tidak membengkok bila masak)
  3. Letakkan kepingan nori di atas sushi mat, lepas tu ratakan nasi sushi di atasnya.
  4. Susun isi sushi di atas nasi secara memanjang
  5. Gulung dengan bantuan sushi mat, sambil menekan2 di atas sushi mat supaya nasi menjadi padat.
  6. Bila siap digulung, jadilah ia seperti lemang.....sedia untuk dipotong. Pastikan menggunakan pisau yg tajam, kalau tak, sushi anda menjadi penyet! hehhee...
Selamat mencuba!



Tuesday, April 21, 2009

Puteri mandi


Kuih tradisional melayu... senang dibuat, senang dimakan, anak3 pun suka!


Ada pelbagai variasi, yg ni mengikut resipi yg diperturunkan oleh ibuku. Senang je; uli tepung pulut dgn secubit garam, bentukkan kecil2 dan masak dalam air yg mendidih. Dah masak, gaulkan dalam inti kelapa.

p/s~inti kelapa tu tak comel rupanya, tekstur kelapa yg 'kontot2'...hehehh...sbb menggunakan 'dessicated coconut' sahaja. Lagi cantik dan sedap jika menggunakan kelapa segar yg dimesin/parut sendiri.



Wednesday, April 01, 2009

Pizza


Ada rupa pizza? Ke nampak cam lempeng jer?

Dah 2 thn lebih duduk kat negeri org putih nih, baru sekrg terbuka hati nak buat sendiri pizza. Maklum la, selama ni duk mengasah bakat masak makanan melayu je. Org melayu asli la katakan...
selera pun, selera melayu jer!

Itu gambar hasil pizza yg pertama, kali ke 2 buat pizza segera guna roti sandwich dan semalam buat utk kali ke 3.....hmmm, bukan la susah sgt pun buat pizza rupanyer... hihihhhh...uli2..lepas tu main campak2 jer!