Showing posts with label jalan2 europe. Show all posts
Showing posts with label jalan2 europe. Show all posts
Sunday, July 19, 2009

Pertama kali naik kapal terbang


Pernah tengok gambar kat atas ni? Hehehhe... kalau sesape terperasan, gambar ni berlegar di internet sebagai bahan lucu {perhatikan tali pinggangnya ye...}. Kesian mamat dalam gambar nih...ntah sapa la. Tak tahulah pulak kalau2 gambar ni hanya lakonan semata2..heheh..

Cerita entri ini tiada kena mengena dengan gambar di atas, cuma teringat kat gambar ni (diforwardkan oleh seorang kawan melalui e-mel) bila tulis tajuk entri seperti di atas ~ 'Pertama kali naik kapal terbang'..hehhe..

Sebenarnya, tajuk itu merujuk kepada Hamdan yg pertama kali naik kapal terbang baru2 nih...hehe.. Hamdan kini berusia 8 bulan. Akhir Februari lalu, kami ke UK, pertama kali Hamdan keluar dari bumi Ireland. Tapi masa tu kami pergi bawak kereta. Awal Julai baru2 ni kami jalan2 lagi, kali ni berpeluang keluar jauh sikit ~ ke Brussels (Belgium), Amsterdam (Netherland) dan Homburg (Jerman). Jadi inilah pengalaman pertama Hamdan naik plane...heheh..

Lama peram entri nih,balik dari bercuti seperti dilanda mood berhibernasi. Nak update blog pun sedikit 'malas. Ni baru ada sedikit 'semangat'....


Ok...dipendekkan cerita, di kesempatan ini cuma berkongsi sedikit kenangan di Brussels....







Hamdan yg kebosanan...mengantuk...
(Scrapping, kredit untuk How Gavin Rolls Kit, daripada JennCK)

....bersambung...


Friday, July 04, 2008

Paris lagi....

Asyik2 Paris...eiiii....yg tukang upload gambar pun boring... :). okey la..ni last entry pasal trip ke Paris baru2 nih... hari2 terakhir di Paris..apa lagi, meneruskan sessi jelajah bandar Paris la. Hari terakhir jln2 tu kami pegi sekali lagi ke Effeil Tower..tgk puas2.....ambik gambar puas2..hehhe...maklumlah, rasanya, Effeil Tower tu ikon yg glamer ngan paris, dan besar kemungkinan itu la trip kami ke Paris yg pertama dan terakhir :).



sebahagian gambar....




Tuesday, July 01, 2008

Disneyland Paris

Hari ke 4 di France, sepanjang ari tuh, kami habiskan masa di Disneyland. Hmmm..budak3 mmg la seronok. Org tua pun seronok gak :).
Dengar cite kawan2 yg dah ke Paris, mesti tak ketinggalan pegi Disneyland tuh...ada yg sampai ulang alik tiap2 hari, 5 hari berturut2! apa yg ada kat sana ek? best sgt ke? nak jugak tau..hehhe.. dah pegi, baru la tau. Tp, jgn rasa risau atau rugi la kalau tak berpeluang ke tempat macam tuh...bukan ada apa pun kat Disneyland tuh...hehehhe...tempat berpoya2 je...hihihihihh...
Ni secebis kisah suatu hari di Disneyland Paris :).


Thursday, June 26, 2008

Musee de Lourve

Hari ke3 di France, kami jln2 ke bandar Paris lagi. Ari tu, destinasi utama ke Musee de Lourve (Muzium Lourve). Spt hari sebelumnya, kami keluar naik train lagi. Hari ke2, dah expert baca peta laluan train underground Metro tuh :). dan berjaya sampai ke stesen terdekat ngan tempat yg nak dituju.
Masa berjalan menuju ke muzium tuh, terjumpa satu premis,yg kat dlm dia ada bendera Malaysia dan ada satu model patung pakai kebaya songket. Masa tu, masih awal, tempat tu belum buka pun lagi. Rupanya, tu pejabat pelancongan Malaysia :).

Musee de Lourve ni adalah salah satu muzium seni yg terkenal di dunia. Dalam dia ada macam2 koleksi daripada Egyptian, Oriental dan jugak Islamic. Bagus untuk mereka yg minat sejarah, dan pengkagum hasil seni. Besar sgt muzium tu, tak dapat nak jelajah seme pun, apa lagi jln ngan anak2, yg masih kecik... :).




Sekitar di luar muzium,dekat entrance dia...



Lagi pemandangan di luar...cantik binaan dia...


Lagi aksi....

Bayaran masuk berpatutan, anak2 tak kena bayar. Ok lah tuh... :). Muzium tu ada 3 wings dan setiap satu wings ada 3 tingkat kalau tak silap... kami sempat pegi satu wings jer...tu pun tak seme ... hehehe.. Kami ke area sebahagian drp koleksi Egyptian, yg zaman2 firaun tuh dan jugak tgk koleksi2 lukisan. Walaupun tidak berjiwa seni..ehhehe... tapi,kagum gak la tgk koleksi2 tuh...



antara pemandangan dalam muzium....

Kat galeri lukisan, antara yg menarik perhatian ialah lukisan Mona Lisa, karya Leonardo da Vinci tuh. Punya la ramai org berpusu2 nak tgk lukisan tuh... Selama ni tgk potret Mona Lisa kat dlm buku atau majalah jer, kali ni tgk yg real punya. Ingatkan besar lukisan dia, rupanya kecik jer, sebesar 4x kertas A4 kot lebih kurang..... lukisan tu, dah la dalam frame, lepas tu letak plak dlm kaca..lepas tuh,ada plak penghadang sejauh lebih kurang 1m ... tgk paling dekat pun dlm jarak lebih kurang 1m la.... tp, ok lah...puas hati :).




Ni ha Mona Lisa....tak paham la..kenapa glamer sgt lukisan nih... (luahan org yg tak tau menghargai seni ..hihihihhhh..)

Wednesday, June 25, 2008

Jalan2 Paris

Byk betul postponed entries...tp, ni masukkan yg latest dulu la....
Ok...yg terbaru.... baru2 nih, kami sefamily melencong ke Paris.. :). Kami pegi 6 hari,5 malam. Best gak pg ke Paris sbb France negara yg environment dia lain sket berbanding Ireland ngan UK nih... org2 sana tak cakap English... kira adventure jugak dr segi bahasa dan komunikasi. Sbb kami ni, boleh kata sifar bahasa perancis! Sblm pegi sana sempat tahu
'bonjour' (hello) dan 'merci' (thank you) sahaja...
Fly dari Ireland ke Paris ambik masa lebih kurang 1 jam 20 minit jer.. Dari Shannon airport ke Paris (Beauvais) airport. Kami menginap kat hotel....yg main tempah jer....asal murah dan selesa sekadarnya cukuplah.

Kat sana, kami ambik keta sewa Hertz, sbb tak brapa sure lokasi hotel ngan airport. Dan tak pasti camane public transport dia dari airport tu. Lagi plak, boss kata nak experience drive keta belah kiri :). Dgn bantuan encik tomtom, akhirnya sampai la kami ke hotel... walaupun mulanya tersasar masuk tgh2 bandar Paris (sesat sket la...tak jumpa hotel...heheh..)

Hari pertama tuh...perjalanan dr Ireland ke Paris je la... sampai hotel dah mlm, so, mlm tu rehat je la...

Awal pagi2 esoknya, kami siap2 la kluar jalan2. Menuju ke Bandar Paris, naik train...sbb tak konfiden nak drive sendiri kat tgh bandar :).

Masa beli tiket, cakap ngan org kat kaunter tuh ,nak ke Eiffel tower, dia bagi tiket tulis kat situ, straight ke Paris. Ingatkan satu train jer....rupa2nya, kena tukar2 train. Dah sampai ujung stesen, baru tau...mula2 jenuh gak nak study laluan train underground tu...berselirat line2 dia.. Bila nak tanya org, dorang cakap bahasa perancis..tak brapa paham. Dalam duk terpinga2 tuh... adalah sorang mamat ni, speaking english, hulurkan bantuan, tunjukkan jalan kat kitorang...

Alhamdulillah, akhirnya sampailah kami ke area Effeil tower selepas berhempas pulas, naik train, turun train. Masa tu dah tgh.... Lepas posing2 sekitar Effeil tower, kami join river cruise,naik 'batobus'.... berhenti kat satu stesen batobus, kemudian jalan2 lagi...

Dah lewat ptg,budak3 pun dah macam2 karenah,sbb perut pun lapar.... masa jln2 tuh, makan ringan2 jer. Lepas tanya2 org...jumpa la kedai makanan halal... sungguh berselera budak3 dan jugak ibu, ayah budak3 tuh makan...

Setelah berkali2 tukar2 train,akhirnya sampai la kami ke hotel smula....alhamdulillah,sekarang waktu siangnya panjang, masa sampai hotel masih cerah, walapun dah kul 9pm!

Okla dulu untuk entri kali ni....cerita ke Paris belum berakhir...kita sambung lagi nanti! Enjoy the slide show! :).