Showing posts with label keluargaku. Show all posts
Showing posts with label keluargaku. Show all posts
Friday, February 19, 2010

@ 3 tahun, menghitung hari


Sedar tak sedar, ' Sejenak Bersamaku...' rupanya sudah mencecah usia tahun ke 3 pada Februari 2010 ini. Di tahun pertama mula berjinak2 dengan dunia blogging, banyak ilmu baru berkenaan ilmu berblogging dipelajari. Agak teruja.


Tahun berikutnya, terasa hobi berblogging semakin menarik bila semakin ramai kenalan maya dikenali. Teman maya, teman blogger...berkongsi salah satu minat yang sama ~ berblogging. Graf keterujaan berblogging masih dalam fasa menaik...heheh..

Menjengah tahun ke 3, pola graf mula berubah. Tak perasan pula bila grafnya berada di puncak, sedar2 graf nya dalam fasa menurun pulak. Banyak faktor luaran yang mempengaruhi......

(gambar hiasan je...) Graf Inverted U-law, diambil daripada ~sini~


Kebelakangan ni, banyak menyibukkan diri dengan urusan di rumah, di samping 'menghayati' sisa2 waktu yang masih tinggal di sini. Lebih 3 tahun berada di bumi asing ini, kini tiba masanya... 'sirih bakal pulang ke gagang'.


InsyaAllah dalam masa 2 bulan lagi kami sekeluarga akan berangkat pulang ke tanah air. Tarikhnya belum pasti, tapi, 'perjalanan' kami sudah pun bermula. Baru semalam kami menguruskan penghantaran beberapa kotak berisi barangan dari sini ke tanah air.


Lebih 3 tahun berkampung di sini, diam tak diam banyak juga 'barangan' terkumpul. Kalau boleh terasa mahu membawa semua yang berkait dengan kehidupan kami di sini bersama kami kembali ke tanah air, buat kenang-kenangan, tapi, apakan daya...di luar kemampuan ...hehhe.. Saya seorang yang 'penyayang' dengan barang2 peribadi, terutama yang mempunyai nilai sentimental. Tu yang bila mengemas, kadang2 sendiri naik 'lemas' tengok barang2 yang kadang2 sudah tidak digunakan lagi, tapi 'sayang' untuk dilepaskan..hehheh..

Tinggal 2 bulan lagi...menghitung hari....



Sunday, January 10, 2010

Putih di mana-mana....GrrrRrrr...

Musim sejuk kali ni benar-benar 'menjadi'. Pemandangan sekitar yang memutih dengan frost adalah perkara biasa setiap tiba musim sejuk.


Frost di atas rumput ~ gambar hiasan.

Tetapi kali ini bukan sekadar frost, salji pula yang menjadi pemandangan biasa. Suhu di luar sering aje di bawah tahap beku. Penghujung tahun 2009 baru2 ini, Limerick dihujani dengan salji hampir seminggu. 2,3 hari ni salji turun lagi. Dan hari ini semakin lebat. Untuk kawasan Limerick yang tidak biasa dihujani salji, fenomena sebegini adalah yang julung-julung kali berlaku. Mungkin rezeki kami untuk mengalami suasana sebegini agaknya; sebelum kami balik...


Penghujung minggu baru2 ni, sekolah baru sahaja dibuka, setelah bercuti panjang lebih 2 minggu. Baru sempat 2 hari bersekolah, minggu ini sekolah ditutup lagi. Baru sahaja mendapat khabar tadi. Sekolah ditutup kerana cuaca yang agak tidak mengizinkan. Bersalji, pemandangan berkabus, dan jalan raya yang berais/licin.

Bagi yang tidak biasa dengan suasana salji, kedatangan salji mungkin ditunggu2. Termasuklah kami...hehhe.... Terasa sedap mata memandang dengan suasana yang memutih. Dan seronok dapat 'bermain' dengan salji. Tapi, keseronokan itu hanya sementara. Bila kehadiran salji berhari-hari, boleh menjejaskan aktiviti seharian. Nak ke mana-mana susah, kerana jalan yang licin boleh membahayakan kenderaan di jalan raya. Di waktu beginilah, banyak kemalangan berlaku. Perjalanan kenderaan awam; bas dan keretapi banyak tergendala. Penerbangan pun banyak tertunda. Dan terbaru, khabarnya, dijangka akan ada masalah bekalan air di sini dalam beberapa hari ini, kerana masalah perpaipan.

Bukan sahaja aktiviti di luar rumah, aktiviti di dalam rumah pun sedikit 'terganggu'. Almaklumlah, keadaan yang sangat sejuk.....terasa mahu 'berhibernasi' je..hihihh..

Esok, kami sekeluarga terpaksa juga keluar kerana ada temujanji untuk suntikan imunisasi swine flu. Harap perancangan esok berjalan lancar, walaupun cuaca yang agak tidak memberangsangkan.



Friday, December 25, 2009

'White christmas' dan 'black-out'!

Salam buat tetamuku yang dihormati,

Hari ini 8 Muharram 1431H, masih di awal tahun baru Hijrah. Kini, kita berada pula di ambang tahun baru masihi 2010. Mungkin ini adalah coretan penutup tirai untuk tahun masihi 2009.

Hari ini juga adalah 25 Disember, hari penganut kristian serata dunia meraikan perayaan krismas. Di sini, suasana perayaan sungguh meriah, terasa seakan suasana ketika meraikan hari raya aidilfitri di tanah air sendiri. Kami sekeluarga tidak la turut sama menyambut perayaan tersebut, sekadar meraikan hari cuti umum dengan bersantai2 di rumah. Sekolah bercuti panjang; cuti krismas dan sempena kedatangan tahun baru.

Tahun ini, boleh dikatakan sejarah tercipta di bumi Ireland, khususnya di Limerick ni. Ataupun, setidak2nya buat kami sekeluarga. Musim sejuk kali ini, salji turun awal. Limerick bukanlah kawasan yang biasa mendapat salji di musim sejuk. Khabarnya, cuma beberapa tahun kebelakangan ini musim sejuk diserikan dengan turunnya salji, walaupun tidaklah begitu menebal. Dan, selalunya di hujung musim sejuk. Tetapi tahun ini, salji turun seawal bulan Disember. Krismas tahun ini diserikan dengan pemandangan salji yang memutih. 'White christmas', yang julung2 kali berlaku, kali terakhir mungkin lebih 20 tahun dahulu; kata landlord kami.


Kalau tahun2 sebelum ini, salji turun dari awal pagi dan menjelang ke tengahari dan petang, mula mencair. Tetapi kali ini bertahan untuk tempoh yang agak lama. Hari ini masuk hari ke 5. Suhu? Ooo...sudah tentu tersangat sejuk. Kadang2 mencecah -ve 4 ke -ve5 darjah celcius. Hari pertama anak2 teruja la juga. Hari2 seterusnya tidak lagi. Seeejuuukk...lebih baik duduk diam2 dalam rumah! hehhe..

Tahun ini juga, ada sejarah tercipta buat kami. Dalam tempoh lebih 3 tahun di sini, kali pertama mengalami black-out! 2 hari lepas, kami keluar jalan2 ke bandar. Saja nak tengok kemeriahan orang bershopping raya...hehhe.. Tak lama pun keluar. Sekarang musim sejuk, siangnya sangat pendek. Lebih kurang jam 4.30pm sudah masuk waktu maghrib. Bila balik, keadaan sekitar perumahan kami gelap gelita. Lampu jalan pun tak menyala. Ketika itu lebih kurang jam 5.45pm.Tak tahu sejak bila keputusan bekalan elektrik.

Tanpa bekalan elektrik, gelap gelita, sejuk pulak tuh. Heater dan boiler tak boleh on. Duduk la dalam kesejukan dan guna air yang sejuk macam air ais! Nasib baik ada lilin kat rumah. Itupun scented candle. Anak2 pulak sibuk tanya, 'ibu nak masak apa malam nih?'... Nak masak pun tak boleh sebab dapur pun guna elektrik! Alhamdulillah tak lama. Terputus bekalan elektrik lebih kurang setengah jam sahaja.


~gambar hiasan~

Walaupun bergelap seketika, anak2 bukan main seronok. Boleh main dengan lilin...hehhe..

Itulah secebis kisah kami di lembaran 'sejenak bersamaku...' ini. Cerita permulaan kami untuk tahun Hijrah 1431, dan pengakhiran untuk tahun Masihi 2009. Dan yang pasti juga ini adalah cerita kisah2 terakhir kami di bumi asing ini.

Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi esok hari!



Monday, November 09, 2009

I am bigger than yesterday

Saya kembali lagi . Dah lama saya tak muncul kat blog ibu nih.

Kata ibu, hari ini hari ulangtahun kelahiran saya. Kata ibu lagi, saya genap berusia setahun hari ini. 9 November 2009. Oooo..sudah setahun umur saya. Saya sudah besar rupanya.


Kredit ~ Bug-A-Licious mini kit (http://www.deliciousscraps.com/)

Ibu kata, sekejap je masa berlalu. Masih basah lagi kenangan saat kelahiran saya dahulu. Istimewa ke kenangan itu? Tentu lah kan...hehhe... saya lahir di negeri yang jauh daripada negeri kelahiran ibu dan ayah. Saya lahir di St Munchin Maternity Hospital, Limerick , Ireland. Tiada tok, tokki, adik beradik atau saudara mara ibu atau ayah di sisi ketika kelahiran saya. Hanya kami sekeluarga, ditemani kawan2 ibu dan ayah ketika itu. Kata ibu lagi, saya lahir di tengah-tengah kesibukan ayah menyiapkan pengajiannya. Oooh..ayah masih belajar rupanya..hehhe...


Kredit ~ Baby's room kit (http://rebeccasscrappingsilliness.blogspot.com/)

Kata ibu, dalam setahun usia saya, banyak yang saya pelajari tanpa disedari. Detik awal kelahiran, saya hanyalah seorang bayi yang mungkin tak mengerti apa2. Hanya tangisan menemani saya tatkala saya keluar melihat alam yang luas dan indah. Sedih agaknya meninggalkan alam rahim yg mungkin cukup selesa ketika itu. Atau mungkinkah tangisan kegembiraan dan kesyukuran dapat menghirup udara di alam dunia yang indah ini. Dapat menatap wajah ibu yang selama ini membawa sayadi dalam kandungan selama lebih 9 bulan. Juga dapat menatap wajah seorang ayah, juga kakak dan abang2 saya. Barangkali.

Walaupun mungkin saya tak mengerti apa2 ketika itu, tapi, naluri saya memahami dan mengerti kasih seorang ibu. Saya tenang dalam dakapan ibu ketika pertama kali ibu memeluk dan mencium saya. . Kehangatan kasih ayah juga masih terasa tatkala saya berada kemas dalam dakapan ayah, ketika ayah melaungkan azan di telinga saya. Indahnya saat itu.

Saat demi saat yang saya lalui, saya tahu, saya dikelilingi oleh orang2 yang mengasihi dan menyayangi saya. Ketika masih di hospital lagi, ayah memperkenalkan kakak dan abang2 saya. Ooh...mereka begitu girang menyambut saya sebagai seorang ahli keluarga yang baru. Kawan-kawan ibu dan ayah juga datang menziarah. Jururawat di hospital pun baik-baik belaka.

Tapi, kegembiraan itu rupanya bersulam cerita duka. Hari yang sepatutnya ayah membawa ibu dan saya pulang ke rumah, ibu diserang demam panas. Ibu perlu dirawat di hospital. Saya dan ibu dipisahkan. Saya yg tidak mengerti apa2 dijaga oleh jururawat yang bertugas di wad lain. Lama ibu di hospital. Khabarnya, teruk juga ibu sakit. Kata ibu lagi, saya juga terpaksa berada di hospital selama tempoh ibu dirawat di sana. Kesian ibu, mesti ibu sangat merindui saya ketika itu. Ibu kisahkan cerita kenangan saya dan ibu di hospital itu di sini,di sini, di sini, di sini, dan di sini.


Kredit ~ Btrue kit (http://misserinsscraps.blogspot.com/), word art (http://scrappingwords.blogspot.com/)

Hmmm....apa pula perkembangan saya sekarang ya? Yang terkini, saya tengah belajar berjalan. Saya masih takut2 untuk melangkah. Tapi saya sudah boleh berdiri tegak tanpa bantuan. Ibu kata mungkin dalam sedikit masa lagi saya boleh berjalan. Macamana agaknya nanti bila saya dah boleh berjalan sendiri? Hehhehe... tentu ibu pula akan semakin penat mengejar saya..hehhe..

Sekarang ni, saya begitu teruja merayau2 (merangkak) di dalam rumah. Semua benda adalah perkara baru bagi saya. Saya main dengan mainan yang bertaburan di dalam rumah. Saya selalu menemani ibu di dapur. Saya suka kalau ibu berikan saya pinggan, mangkuk, cawan (plastik) atau sudu untuk saya main. Saya juga suka merayap ke bilik ibu atau bilik kakak. Dan yang agak mencabar, saya juga suka memanjat anak-anak tangga. Pernah saya panjat anak-anak tangga sampai ke tingkat atas! Ibu atau ayah selalu saja 'kejar' saya yang mencuba untuk memanjat tangga..hehhe.. Mungkin ibu dan ayah bimbangkan keselamatan saya. Tapi, saya tak dapat melawan rasa teruja dan rasa ingin tahu saya..hehhe..

Gigi saya? Hmmm saya dah ada banyak gigi, dan saya dah boleh makan banyak jenis makanan. Ibu selalu menyuap makanan yang pelbagai untuk saya. Dan saya suka apa yang ibu suapkan! Dan, saya juga suka menggigit apa2 sahaja!

Apa lagi yang nak saya ceritakan sempena hari lahir saya ni ya? Hmmm..ehhehe.. tu je lah kot untuk kali nih. InsyaAllah lain kali bila ada kelapangan saya akan menyibuk2 lagi kat blog ibu nih..hihhh...

Ok. Sehingga kita ketemu lagi.....!


Salam sayang,

Hamdan,

No 6, The Paddocks.


Monday, October 19, 2009

Cerita Pari-pari Gigi

Gigi susu kanak-kanak, berjumlah 20 batang.


Pernah dengar cerita tentang 'Pari-pari Gigi?' Janggal je bunyinya 'Pari-pari Gigi'...hehhe..mungkin lebih enak disebut 'Tooth Fairy', lebih kena bunyinya. Disebabkan dongeng tentang 'Tooth Fairy' ni asalnya dari Eropah, jadinya terjemahan 'Pari-pari Gigi' tidak begitu komersial di kalangan masyarakat melayu, barangkali.




Saya juga sebenarnya baru je mengetahui tentang dongeng 'Tooth Fairy' ni. Itupun bila disebut oleh anak-anak. Maklumlah, anak sulung semakin menginjak usia. Dengan pengaruh kawan2, buku2, tv dan internet, semakin luas pengetahuan dunia kanak-kanaknya. Dunia kanak-kanak zaman sekarang, yang jauh berbeza dengan zaman kanak-kanak kita dahulu.

Ringkasan ceritanya begini...

Bila seorang kanak-kanak kehilangan gigi susunya yg pertama, gigi itu diletakkan di bawah bantal ketika hendak tidur. Pada malamnya, Tooth Fairy akan muncul untuk mengambil gigi tersebut, dan sebagai balasan akan digantikan dengan duit syiling sebagai hadiah untuk si kanak-kanak tadi.

Menarik juga buat seorang kanak-kanak, kan?

Cerita tentang Tooth Fairy ini sudah wujud berkurun-kurun dahulu, dikatakan berasal dari Eropah. Sebenarnya asal-usul cerita tersebut, adalah satu usaha ibu bapa untuk memujuk si anak yang baru kehilangan gigi susu mereka. Supaya si anak merasa 'redha' dan tidak 'trauma' dengan kehilangan tersebut. Ketika si anak tidur, ibu bapa mengambil gigi tersebut dan menggantikannya dengan duit syiling. Keesokannya, diberitakan kepada si anak bahawa Tooth Fairy telah datang mengambil gigi tersebut.

Idea entri kali ini sebenarnya disebabkan oleh perkembangan terkini Kakak Huda yang mula tumbuh gigi baru . Baru mula nampak sebatang pada gigi hadapan, tp gigi yg ada tu belum lagi bergoyang. Dah beberapa kali dia ceritakan perihal gigi kawan2 dia yg sudah pun bergoyang dan jatuh gigi mereka. Dia seperti menunggu2 bila la pula giliran dia...hehhe..

Oooh....anakku semakin dewasa...


Kredit ~ Dr Smiles kit ( Free Digital scrapbooking)



Monday, October 05, 2009

The best raya in last 3 years ~ 'Open house'

Masih lagi cerita raya. Hari ini 16 Syawal, masih dalam mood raya....


27/9, buat pertama kali kami sekeluarga buat 'jamuan raya' @ 'rumah terbuka hari raya'. Maklum la, trend zaman sekarang nih kan, bila musim raya, berderet2 jemputan ke rumah terbuka hari raya. Beraya di perantauan pun sama la jugak.....

Sebelum ni, tak pernah buat 'jamuan raya' secara 'rasmi'. Ajak kawan2 makan setakat 3,4 keluarga ada la sekali sekala. Bukan apa, tak pandai bajet makanan utk ramai orang nih. Maklumlah, kat sini semua nak kena uruskan sendiri. Daripada merancang, memasak mengemas dan sebagainya.

Disebabkan ini adalah raya terakhir kami kat sini, jadinya teringin la jugak nak buat 'open house' sempena raya nih. Bukan ramai sangat jemputan pun, adalah tambah beberapa kepala lagi daripada korum biasa...hehhe..

Antara tetamu. Meriah la jugak.... sesak dan padat la ruang tamu rumah kami yg sekangkang kera tuh...


Hidangan yang ringkas dan sederhana. Alhamdulillah, tahun ni berjaya membuat biskut2 raya yg lebih berkualiti daripada tahun2 lepas...heheh..



3 hari sebelum tuh, 24/9, adalah hari ulangtahun kelahiran Kakak Huda yg ke 7. Anak daraku itu dah makin besar. Daripada awal tahun lagi, concerned sangat dia dengan tarikh hari lahir dia tuh. Untuk meraikan Kakak Huda, jamuan hari raya tu disekalikan dengan majlis harijadi dia la konon2nya...bukan main seronok lagi dia...

(Ibu rasa bahagia tengok anak2 gembira)



{Kredit ~ Scrapping Rainbow}

Selamat hari lahir ke 7 puteriku. Ibu dan ayah doakan segala yg terbaik untukmu, semoga dirimu kan membesar menjadi anak solehah, penyejuk mata ibu dan ayah... amiin.



Tuesday, September 15, 2009

Bingkisan Aidilfitri 1430H

**Ucapan raya kami dan kad raya teman2 ~sticky entry sehingga Hari raya**

Ramadhan semakin menghampiri ke penghujungnya untuk tahun ini. Syawal kian menjelma. Dalam sisa2 ramadhan yg tinggal, semoga dapat kita manfaatkan sebaik2nya.

Musim ramadhan kali ini, 'rumah' saya ni seakan sunyi je... mohon maaf kepada yg bertandang (sekiranya ada). Selain daripada 'kekangan'2 tertentu, sememangnya mood berblogging sejak akhir2 ini tidak menentu. Kekadang ada idea, tapi tak terjelma di laman ini. Sudahnya, tuan rumah sendiri sekadar menjadi tetamu di rumah sendiri.... datang menjenguk, sekadar menyapu sawang2 yg semakin menebal...hehhe..


Sempena kedatangan Syawal, yg tak sampai seminggu pun lagi nih, saya dan keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Syawal kepada adik beradik, saudara mara, teman2, rakan taulan, sahabat handai dekat dan jauh.

Kepada teman2 maya yg tersenarai dalam bloglist saya, sudi2kanlah menerima kad raya daripada 'Sejenak bersamaku...' ini. Juga buat semua tetamu yg sudi berkunjung ke sini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami, maaf zahir batin.