Showing posts with label kawanku. Show all posts
Showing posts with label kawanku. Show all posts
Tuesday, April 14, 2009

Long weekend...

Sekarang ni budak2 kat sini tengah cuti sekolah. Easter break. 2 minggu, dah habis seminggu. Tinggal lagi seminggu. Bes je time budak2 cuti nih, sebab tak payah kelam kabut pagi2 nak siapkan diorang ke sekolah.


Jumaat baru2 ni pulak , Good Friday ~ public holiday dan semalam, Isnin pun cuti lagi. Ni semua sempena easter la ~ perayaan orang Kristian. Kita Muslim takde kena mengena dgn kepercayaan easter nih, tapi sungguh seronok la sebab dapat cuti.... cuti2 famili. Jadinya hujung minggu baru2 ni adalah long weekend bersama famili.

Jumaat jalan2 shopping barang2 dapur, then malam tu bertandang ke rumah Kak Aida, housemate rumah lama. Kebetulan Mak dan ayah Kak Aida ada, baru datang dari Malaysia. Petang Sabtu, bawak anak2 blaja mengaji di masjid, di bandar Limerick. Sudah lama kami tak ke sana. Kali terakhir semasa solat raya aidilfitri dulu .


Ahad pula hari sepenuhnya bersama famili. Kami tak ke mana2, menghabiskan masa bersama di rumah sahaja. Bos dengan projek 'menebas' pokok2 kat belakang rumah....





Anak2 tentu sahaja bersukaria di halaman belakang. Maklum la, sekarang cuaca semakin panas, suka sangat la diorang tu berlari2, main bola, main kejar2....


Anak2 yg riang gumbira bermain di bawah mentari....


Menjelang tengahari, ibu pulak sibuk di dapur untuk siapkan hidangan....



Kami berpiknik di halaman rumah pada hari itu...


Hari Isnin pula, kami menjemput Kak Aida sefamili untuk lunch bersama kami. Ibu masakkan nasi arab yg spesel... (kunun2 la... hehehh...tapi, lupa lak nak ambik gambo)





Sunday, March 22, 2009

Itot ~ Finally I found her


Entry dan gambar ni khusus buat x-classmates saya masa form 1~ form 3 di SHAMS, especially my close friends masa tuh. Kawan2, this is our long lost friend.... now lives and works here, in Dublin, Ireland. It happened that i met her at my friend's house here in Limerick couples of weeks ago. In a way, she's still like those days...full of laughters! hehehhh...except that she is now known as Itot here..... well, still remember her full name? Of course you do!

Persinggahan

22/2/09 ~ 24/2/09

Cranfield ~ rumah Kak Yam


Bradford ~ rumah Wan Hanisah


Leeds ~ rumah Syarifah


Leeds ~ rumah Fatma n Jo


York ~ National Railway Museum (The world's largest railway museum)


York City


Friday, March 13, 2009

Stonehenge, Umar Ikhwan

19/2/09~

Dari Pembroke ke Southampton, singgah sebentar kat Stonehenge yg glamer itu. Masa tu, sudah pun remang2 senja....


Dimaklumkan gambar di atas adalah gambar hiasan semata2...ihsan pakcik prof Google ...



But we were there....



Tapi, takde rezeki , nak buat camane ...kan? ala, tak rugi pun, setakat nak tengok batu jer...hehhe...lagi pulak, dengar khabarnya, sekarang ni keliling batu tu dah pun di'pagar'. Tengok pun dari jauh jugak la...

Apa2 pun, kembara tetap diteruskan.....Southampton destinasi hari itu; rumah En Ruslim dan Puan Salamiah .... 'lawatan balas' dari Limerick...

Mereka baru je menimang cahayamata ke 3 ~ Umar Ikhwan. Terima kasih sudi menerima kunjungan kami sekeluarga.

Di Southampton, ayah menyelesaikan 'urusan' keretanya...


Tuesday, March 10, 2009

Dari dunia maya ke dunia nyata

Kunjungan ke UK baru2 ni sebenarnya lebih kepada ziarah kawan2. Cik Abe ada ramai kawan2 seperjuangan kat sana. Rata2, tempat yg kami singgahi kebanyakannya adalah rumah kawan2. Sambil2 tuh, kita pun ambik kesempatan la berjumpa dengan rakan2 maya ... mana2 yg sempat je la . Pertemuan pun di atur....


Hari ke 5 di UK, dalam perjalanan dari Cranfield ke Leeds, kami singgah di Bradford, rumah kawan sekerja cik abe, Wan Hanisah. Kemudiannya Wan Hanisah bawak kami ke rumah Kak Linda. Pertama kali bertemu mata ngan Kak Linda...berdebar2 la.. hehhe... Macam2 Kak Linda masak ari tuh. Kami ni macam gi berjalan raya pulak. Dah la dijamu nasi kat rumah Wan Hanisah, kat rumah Kak Linda ada lagi nasi lemak, bihun goreng, kek coklat dan juga pizza!! Terima kasih Kak Linda... Jemputla ke rumah kami pula ye, Kak Linda....


Kak Linda (kiri)


Keesokannya, dari Leeds kami ke York....ronda2 kat situ. Lepas tu, dalam perjalanan menuju ke Newcastle Upon Tyne, kami singgah di Durham. Kat Durham, kami ziarah Adlina. Adlina ni sebenarnya junior masa kat sekolah dulu. Kenal sebab sama2 tinggal di asrama. Masa tu form 5, dan Adlina baru je form 1. Lost contact selepas sekolah, cuma baru2 ni terjumpa semula di alam maya semasa Adlina baru nak datang ke UK nih. Hmm tu la keciknya dunia nih... Terima kasih Adlina, susah2 je masakkan nasi briyani yg sedap tuh! Jemputla ke Limerick ye, kami tunggu!


Adlina, suaminya dan Nashwa...


Dan keesokannya lagi, dari Newcastle Upon Tyne kami ke Seaham, bertemu dengan Finie . Finie sekeluarga dah menetap di UK dalam 10 tahun. Suaminya bekerja di sana. Yg istimewanya Finie nih, dia dengan gigihnya 'homeschool' kan 4 orang anaknya! Dan hari tuh, mungkin program 'homeschool' sedikit terganggu dengan kehadiran kami...hhehe.... sori la ye...sekali sekala kacau Finie...hehhe . Susah payah juga Finie masakkan lontong dan murtabak yg enak itu untuk kami! Terima kasih Finie kerana sudi menerima kunjungan kami sekeluarga ari tuh . Bila2 nanti, jemputla pula ke rumah kami yer!!

Finie dan salah sorang anaknya


Hmmm.... tu je la 3 org teman maya yg sempat ditemui. Hajat di hati, nak jumpa semua yg ada dalam list...mungkin, suatu hari nanti, bila2 diizinkanNya!

Sunday, February 08, 2009

Haslena




9 Februari...birthday Haslena yg ke.....sama dgnku la. Sapa Haslena nih? Tak penah pulak bercerita pasal Haslena ni kat sini, tapi, kali ni terasa nak sebut nama Haslena kat sini. Dia kukenali sejak 1990 (dah 19 tahun). Dia ni salah sorang sahabat masa kat sekolah menengah dulu. Kami sekelas dari tingkatan 1 sehingga la tingkatan 5. Selepas SPM, masing2 bawa haluan sendiri. Tapi, kami masih keep in touch, dan sesekali bila ada peluang, kami bertemu mata.

Walaupun berjauhan, sesekali sering juga kami bertukar2 cerita. Dia ada di sisiku pada detik istimewa dalam hidupku. Dia menyaksikan saat cincin pertunangan disarungkan ke jari manisku. Dia juga hadir di hari bahagia aku bergelar raja sehari. Dan dia juga hadir tatkala aku menimang cahaya mata pertama. Kini, masing2 telah punyai keluarga dan tanggungjawab tersendiri. Tapi, kami masih berhubungan... sesekali bertanya khabar... sangat kuhargai persahabatan dengan insan yg bernama Haslena nih.

Yg istimewanya sahabatku Haslena nih, dia setia mengingati tarikh lahir seseorang, termasuk diriku. Tak tahulah banyak mana tarikh lahir yg ada dalam database dia...hehhhe...yg pasti, rasanya setiap tahun sejak aku mengenalinya, aku pasti menerima ucapan selamat hari lahir daripadanya...dia antara yg terawal mengucapkannya (kecuali tahun nih, dia terlambat sikit... buat pertama kalinya dia terlupa bila tiba tarikh 4/1! hehheh..tapi, aku tak kisah pun, sebab aku tahu, dia memang tak lupakan aku)

Kalau zaman sekolah dulu, pasti ada sedikit hadiah sebagai tanda ingatan. Tapi bila masing2 dah berjauhan nih, sekadar ucapan pun sudah cukup membuatkan diri rasa dihargai. Dan sebenarnya, bukan sahaja tarikh lahirku, malah tarikh lahir anak2ku juga! Setiap kali tiba tarikh lahir anakku2, aku pasti menerima sms drpd dia... how sweet!

Haslena bukan seorang blogger, tapi kutahu dia sering juga menjenguk rumah mayaku ini. Harap dia tak marah nama dan sedikit cerita mengenainya terpahat di sini...jgn marah eh Na yer...

Untuk kali ini, inginku abadikan di sini ucapan Selamat Hari Lahir yg ke 32 buat Haslena. Buat Haslena, semoga dikurniakanNya segala kebaikan dan diberikanNya keberkatan atas umur yg dah berlalu dan juga keberkatan atas umur yg akan datang.

Haslena ...masa majlis aqiqah Huda... September 2002