Showing posts with label tazkirah diri. Show all posts
Showing posts with label tazkirah diri. Show all posts
Friday, October 16, 2009

Diet?

Hari ini sudah masuk 28 Syawal 1430H. Sudah di penghujung bulan raya. Bulan yang penuh dengan acara makan2. Penuh dengan undangan rumah terbuka sempena hari raya. Tapi di sini tidaklah semeriah di negeri sendiri. Khususnya di Limerick nih, suasana raya dah lama pun berakhir, walaupun masih dalam bulan Syawal.

Ramadhan tahun ini sudah hampir sebulan meninggalkan kita. Kini Syawal pula semakin menginjak ke hari2 yang terakhir. Alhamdulillah, tahun ini dapat menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan. Semoga diterimaNya segala amalan yang tak seberapa itu. Dia berikan juga kesempatan utk melunaskan ibadat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, walaupun sudah di hujung2. Alhamdulillah.

Berbicara soal puasa, secara tak langsung terasa dekat dengan persoalan 'diet'. Tidaklah diniatkan berpuasa kerana ingin 'berdiet', tapi mengambil manfaat puasa untuk kemaslahatan kesihatan tubuh badan. Kita semua sedia maklum, bahawa selain daripada kita berpuasa kerana ianya satu perintah daripada Allah Yang Maha Kuasa, sebulan Ramadhan itu adalah masa untuk tubuh badan kita, terutamanya bahagian perut dan salur pemakanan melalui fasa 'diservis' setelah 11 bulan bekerja keras. Sewajarnya kita menggunakan peluang ini sebaik2nya.

Tapi realitinya mungkin tidak jadi begitu. Siang hari perut kita berehat seketika, bila tiba masa berbuka...nah! segala macam mahu diasak ke dalam ruang yang sempit itu. Kalau pun berjaya dikawal sebulan di bulan Ramadhan, perut kita kembali bekerja keras sebaik fajar Syawal menyingsing. Bulan Syawal...bulan raya...bulan acara makan2!

Habis 'diet' sebulan! hehhhe...


Di bulan Ramadhan, sesekali saya pijak juga kotak putih yg ada garis2 bernombor macam dalam gambar nih. Manalah tahu dapat berkurang angka KGnya...hehhe.. Al-hasilnya, setelah beberapa hari dan walaupun semakin ke penghujung Ramadhan, hanya berkurang 1 garis je = 1kg je! Itupun balik semula ke angka asal bila tiba raya!

Hmmm...sejujurnya saya tak pernah 'berdiet' secara serius. 'Diet' dalam erti kata mengawal pengambilan makanan secara tegas. Saya seorang yg berselera bila makan, dan tidak cerewet dalam memilih makanan. Jadinya, saya akan makan apa2 yang saya rasa nak makan tanpa berfikir panjang tentang risiko 'menjadi gemuk' kerana makan banyak. Cumanya, seboleh yang mungkin, saya cuba pastikan mengambil semua zat-zat yang diperlukan. Yang jadi masalah, kuantiti ~ biasanya berlebihan! Untung badan tidak cepat naik...heheh..Tapi tu di zaman anak dara, dan zaman sebelum beranak pinak la. Bila usia makin meningkat, dan sudah ramai anak nih, lain la ceritanya.... makin 'berkembang' dengan jayanya!

Nak jadikan aktiviti bersenam satu rutin alahai beratnya! Tabiat pemakanan pulak tak berubah. Kadang2 suami pulak yg tolong ingatkan supaya kontrol makan...bimbang bini dia jadi gemuk! hahhaha...

P/S ~ Semoga Allah swt menerima ibadah puasa kita dan mengurniakan kita kesihatan tubuh badan yang sempurna supaya dapat kita menambahkan lagi amal ibadah kita kepadaNya.

***semua gambar ~ ihsan google

Wednesday, July 15, 2009

Yang datang dan yang pergi

2,3 hari lepas dapat khabar daripada sahabat kat sini, tentang kelahiran anak ke 2 mereka. Tahniah buat Fizah dan Puden.

Kelahiran bayi mereka ini begitu istimewa (setiap kelahiran tentunya sangat istimewa!), setelah mereka berhadapan dengan pengalaman yg menyedihkan lebih setahun yg lalu. Anak mereka yg pertama dahulunya ditakdirkan terlebih dahulu menemui penciptaNya, hanya beberapa detik sebelum sempat melihat dunia. Kini, dianugerahkan pula rezeki putera yg ke 2. Sungguh Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...Maha Pemberi Rahmah!

Antara syariat Islam ketika kita mendengar saudara kita beroleh cahayamata baru, kita digalakkan mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan kepada mereka dan juga bayi yg baru dilahirkan.

Antara doanya seperti berikut;

بارك الله لك في الموهوب لك,وشكرت الواهب,وبلغ أشده,ورزقت بره

"Semoga Allah memberikan keberkatan ke atas kalian melalui pemberian ini. Dan syukurilah kurniaan itu, penuhkanlah keperluannya dan rezekinya".


Atau ringkasnya;

بارك الله لك وبارك عليك

" mudah-mudahan kamu diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas kamu."


Gambar hiasan... Hamdan @ 8 months...
(Scrapping; kredit untuk One sweet day kit, daripada Helly)

Beberapa hari yg lalu juga, mendapat perkhabaran berita duka yg menimpa seorang lagi sahabat di tanah air. Salah seorang sahabat baik suami saya sebenarnya. Mereka kehilangan putera kesayangan yg telah kembali menemui PenciptaNya. Sungguh ujian dan dugaan itu akan diberikanNya kepada sesiapa yg dikehendakiNya. Mereka adalah manusia terpilih sebenarnya. Dan sessungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya, melainkan dalam kadar kemampuannya. Semoga beliau dan isteri diberi kekuatan untuk menghadapi kehilangan tersebut.

SesungguhNya daripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali... (Surah Al Baqarah, ayat 156)


**Kredit untuk Papisma Terengganu


p/s ~ masih dalam mood yg merudum untuk mengemaskini blog...



Wednesday, May 06, 2009

Surat seorang ibu

Hari ini ada terima 2 emel yg berkaitan dengan 'seorang ibu' . Rasa tersentuh hati ini. Apa lagi bila keadaan sangat jauh begini.

Yang pertama, sebuah video 'filem pendek' yg sangat menyentuh hati. Ada seorang sahabat berkongsi video ini di blognya. Saya mencari2 di you tube. Rupanya sudah lama diupload di youtube, lebih kurang 8 bulan yg lalu. Sebuah filem pendek yg diarahkan oleh seorang jurugambar perkahwinan Saiful Nang. Filem pendek ini didedikasikan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang. Sangat menyentuh hati, sekurang2nya kepada diri saya sendiri. Rindu pada mak dan ayah di kampung....




Yang ke 2 nya, emel berkenaan 'ibu' yg diforwardkan. Sudah lama emel ini berlegar di dalam yahoo group atau mana2 forum, tapi, hari ini terasa sekali lagi mengetuk perasaan dalam diri...


Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon.....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak …
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


p/s ~

Semoga diri ini diberi kesempatan dan peluang untuk membahagiakan seorang ibu.....



Wednesday, October 15, 2008

Alfatihah buat Allahyarhamah Monaliza Hamzah

Hari ni dapat tahu satu berita yg agak mengejutkan, diberitakan oleh seorg sahabat melalui emel, dan juga disebarkan melalui yahoogroup yg saya join. Sorang kawan yg dikenali masa matrik dulu telah pergi dijemputNya pada 13 okt baru2 nih. Allayarhamah Monaliza Hamzah, mangidap kanser serviks, follow up di HUKM sejak beberapa bulan dulu.

Sungguh! Berita ini mmg sgt mengejutkan saya. Saya memang kenal dan masih ingat wajah beliau,tapi, saya tidak tahu keadaan beliau sebelum nih. Seorang lagi sahabat yg telah pergi dlm usia yg muda, entah bila pula giliran kita...

Untuk kawan2 yg pernah mengenali beliau, kalau kebetulan terbaca entry nih, ni gambar Mona, kalau tak berapa ingat Mona yg mana satu (ni gambar yg diattach oleh kawan melalui emel)



Alfatihah untuk Allahyarhamah Monaliza Hamzah. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang2 yg beriman di sisiNya...amiin...

Photobucket

Wednesday, July 16, 2008

Takziah buat keluarga Kak Syaz dan Abang Amin

Semalam ada menerima satu berita yg mengejutkan sekaligus menyedihkan. Berita pemergian anak ke 2 Kak Syaz dan Abang Amin, kembali ke Rahmatullah. Khabarnya, Asyraf (7 tahun) meninggal dalam tidur, selepas demam panas.
Keluarga Abang Amin dan Kak Syaz dulunya tinggal kat Dublin, sekarang di Luton, UK. Mereka adalah keluarga pertama yg kami kenal dan jumpa sewaktu pertama kali ke Dublin awal tahun lalu. Dan kami bermalam kat rumah abang Amin pun waktu tu. 2 malam di rumah abang Amin, anak3 pun sempat bermain2 dgn anak2 abang Amin.

Dipetik daripada blog ustaz Erfino;
Parents' love to their children is ultimate, but Allah's love is above us all. To Him we shall return.
Takziah buat abang Amin sekeluarga. Semoga dikurniakan ketabahan dan keredhaan atas ujian ini.

Al-fatihah.....

Friday, January 18, 2008

Hari Asyura gerbang bulan amalan

Hari ni, 10 Muharram 1429...Petikan drp blog Mutiara Hati ;

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
Banyak peristiwa besar berlaku pada 10 Muharam dan digalak ganda perkara sunat

BANYAK peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan kebesaran Allah (SWT). Antara peristiwa itu adalah Allah (SWT) menerima taubat Nabi Adam, Allah (SWT) menyelamatkan Nabi Musa daripada tenggelam di laut apabila dikejar Firaun dan tenteranya serta Allah (SWT) selamatkan Nabi Ibrahim daripada dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud.

Pada tarikh itu juga Allah (SWT) menyelamatkan Nabi Nuh dan pengikutnya daripada ombak besar yang melanda bumi dan Allah (SWT) menyelamatkan Nabi Yunus yang tidak henti berzikir selama 40 hari dalam perut ikan nun.

Justeru, hari yang dinamakan Hari Asyura itu sewajarnya dijadikan permulaan baik untuk menempuh tahun baru 1428 Hijrah dengan memperbanyakkan amalan sunat yang dianjurkan seperti berpuasa dan bersedekah.

Amalan baik dianjurkan pada 10 Muharam tidak terhad kepada puasa sunat dan memasak bubur Asyura.

Apa juga amalan baik boleh dilakukan pada hari itu dan hari seterusnya pada Muharam kerana banyak amalan dianjurkan Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan ini.

Masyarakat perlu faham keperluan atau apakah diharapkan daripada mereka apabila disarankan melaksanakan amalan sunat pada hari tertentu seperti dianjurkan Islam.

Amalan sunat boleh diibarat seperti aksesori tambahan pada kereta. Ada badan, tayar, enjin dan stereng, kereta boleh jalan. Tetapi apabila ditambah sport rim dan sarung kulit, maka kereta nampak lebih cantik dan menambah nilai kenderaan itu.

Begitu juga ibadat wajib seperti solat dan puasa, jika tidak ditambah dengan amalan sunat, bukan tidak elok tetapi tidak cantik. Untuk mencantikkan, kita banyakkan amalan sunat.

Walaupun peristiwa besar banyak berlaku pada 10 Muharam, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat sepanjang bulan pertama kalendar Islam itu yang juga termasuk dalam empat bulan diharamkan Allah (SWT) berperang.

Amalan puasa sunat 10 Muharam mengambil iktibar daripada puasa dilakukan Nabi Musa sebaik terselamat daripada dikejar Firaun dan tenteranya, juga puasa Nabi Nuh yang diselamatkan daripada banjir besar.

Biarpun sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama ada pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu bertanya kenapa mereka berpuasa pada hari itu?

Orang Yahudi menjawab, mereka berpuasa sebagai mengenang hari Allah (SWT) menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya, maka Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah (SWT) pada hari itu.

Maka Rasulullah berkata: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Lalu Baginda berpuasa dan menyuruh sahabatnya agar berpuasa juga pada hari itu.

Kebetulan 10 Muharam tahun ini jatuh pada semalam, jadi sebaiknya kita berpuasa semalam dan hari ini atau hari ini dan esok. Ia bagi mengelakkan kita meniru puasa orang Yahudi. Tetapi jika hendak buat semalam saja pun tidak mengapa kerana niat kita lain dengan mereka.

Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahala seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Akan digantikan kejahatan pada tahun sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu).”

Selain puasa sunat, amalan baik yang dikerjakan ulama ialah solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar.

Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: “Allah (SWT) yang memelihara, sebaik-baik penolong, sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik memberi pertolongan” atau dengan membaca doa dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah (SWT) menunjukkan jalan lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.

Begitu juga dengan amalan memasak bubur Asyura untuk disedekahkan, seeloknya tradisi itu diteruskan sebagai pengerat silaturahim antara saudara dan jiran tetangga.

Secara tidak langsung kegiatan seperti itu memupuk kemesraan dan menggalakkan orang kaya bersedekah kepada fakir miskin.

Masyarakat hari ini perlu peka dan meraikan Hari Asyura dengan amalan meningkatkan iman mereka.

INFO

Peristiwa penting pada 10 Muharam

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah (SWT).
  • Nabi Idris diangkat Allah (SWT) ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah (SWT) keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah (SWT) daripada dibakar Raja Namrud.
  • Allah (SWT) menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  • Allah (SWT) memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah (SWT) daripada penyakit kulitnya
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Allah (SWT) mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah (SWT) kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah (SWT) mencipta alam.
  • Hari pertama Allah (SWT) menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah (SWT) menurunkan hujan.
  • Allah (SWT) menjadikan Arasy.
  • Allah (SWT) menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah (SWT) menjadikan Malaikat Jibril.

Thursday, November 29, 2007

Takziah buat Fizah dan Pudin

2 hari lepas, ada terima berita yg sangat menyedihkan... cahaya mata sulung sahabat kat sini, Fizah dan Pudin telah dijemputNya terlalu awal...beberapa jam sebelum sempat lahir ke alam dunia. Siapa sangka, selama lebih 9 bulan berada dlm kandungan dalam keadaan sihat walafiat, tiba saat melahirkan, Allah terlebih dahulu menjemputnya.
Pagi semalam, sempat menziarahi Fizah di hospital. Teramat sayu melihat sekujur tubuh kecil yg kaku, dlm dakapan ibunya, yg pada ketika itu belum pun lagi 24 jam menjadi seorang ibu... pasti masih terasa sakitnya melahirkan...dan masih terasa betapa 'sakitnya' perasaan menyambut kelahiran jasad seorang anak yg sudah tidak bernyawa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...sbg ibu kepada 3 org cahaya mata, aku memahami naluri dan perasaan seorg yg baru bergelar ibu seperti Fizah...namun, berkongsi perasaan sudah tentu tak sama dgn mengalaminya sendiri. Alhamdulillah kedua ibu dan bapa Pudin ada bersama mereka. Sekurang2 nya mereka berdua tidak bersendirian menghadapi situasi tersebut. Terbayang sedikit kehampaan di wajah kedua org tua Pudin, yg datang jauh beribu batu dr Kelantan, utk sama2 menyambut kelahiran cucu sulung mereka. Namun, apakan daya, ditakdirkan mereka hanya dapat menyambut jasad seorang cucu.
Berbual seketika dgn Fizah dan melihat keadaannya pagi itu, aku pasti tentu sekali sudah byk air mata mengalir mengenangkan anak kesayangannya yg baru sahaja pergi buat selama2nya. Sesekali terasa sebak di dada... hanya sedikit kata2 perangsang yg mampu terluah.. tak mahu menambahkan lagi kesedihan di hatinya, kerana pastinya aku bukan org yg pertama atau terakhir cuba menenangkan dia.
Itulah takdir Ilahi..tiada terlambat barang sesaat..tidak juga tercepat, barang sesaat.Manusia merancang, Allah juga merancang...dan sudah pasti perancangan Allah itulah yg terbaik... Sudah pasti ada hikmah yg mungkin tidak terjangkau oleh fikiran kita. Hanya doa dipanjatkan...semoga Fizah dan Pudin tabah menghadapi ujian drp Allah ini.. semoga kedua2nya diberikan kekuatan oleh Allah swt...amiin... Al-fatihah....

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan kembali lagi....

Satu perkongsian...monolog ramadhan...dipetik drp http://www.husammusa.com/

Ramadhan Kembali Lagi

Engkau memilihku untuk menemui RamadhanMu sekali lagi…….
Penuh syahdu, aku ucapkan jutaan syukur…. Sungguh, aku bersyukur.
Engkau limpahkan kami "The Power Of 30 days..." Tiap hari darinya adalah berharga. Sangat berharga sehingga sehari puasa yang ditinggalkan di RamadhanMu, puasa sepanjang hayat tidak akan dapat menebus hari yang hilang.............
Tiap jam dan tiap detik, permata-permata yang mahal. Saat-saat sahur, tempoh paling berharga dalam 24 jam itu, Engkau bangunkan kami. Lembutkan jiwaku untuk rebah dalam RedhaMu pada saat-saat yang harum hening itu....
Basahkan lidahku dengan Jaushan Kabir yang indah, atau Munajat Kumail yang membawa jiwaku mendayu….
Ah…, sungguh indah.
JanjiMu mengampunkan dosa kami yang terdahulu, limpahkan tanpa sempadan Wahai Maha Pemurah
Telah bergema di telingaku sahutan bacaan Qur’anMu di mana-mana, seakan deruan suara lebah yang ramai…
Tambahkan fahamanku terhadap ayat-ayatMu. Kukuhkan aku berpegang padanya biarpun dunia seluruhnya bergoncang…..
Suluhkan hidup kami dengan cahaya Ayat-AyatMu...
Dan saf demi saf di rumah-rumahMu, alangkah indahnya jika itulah gambaran perpaduan dan kekuatan ummahMu
Engkau lipatkan ganjaran seluruh perbuatan dan tindakan baik kami…, Engkau meminta kami pengasih dan prihatin, Engkau imbangkan pandangan kami terhadap diri kami sendiri dan ummatMu yang lain melalui Jiwa Kepemurahan RamadhanMu. Kesejagatan RamadhanMu.....
Semangkuk gulai untuk jiran kami penghubung rahim. Biarkan saudara kami yang miskin dan memerlukan tidak kami abaikan walaupun hanya sebutir tamar untuk mereka di RamadhanMu. Dhua’fa’ Mu bawakan berbuka bersama kami kerana mereka kekasihMu
Saudara kami yang jauh, di Palestin sana, di Iraq yang sedang menderita, di mana saja….. ampunkan kami jika kami cuai, Ya Rabb
Qiam malam-malam RamadhanMu yang amat berkah, dan Lailatul QadarMu yang agung. Tegakkan tulang belakang kami untuknya. Tegakkan pendirian kami untuk agamaMu juga
Aku bersyukur. Kerna itu, limpahkan berkah yang melimpah ruah. Mendekatlah aku kepadaMu dengan jiwa baru. Bukakanlah tangan kurniaMu seluasnya, Maha Pengasih
Salam Ramadhan dan Salam Kemenangan

Wednesday, September 12, 2007

Puisi Ramadhan

bahang ramadhan kian terasa
saat syaaban menampil diri
dan tanpa sedar berlari meninggalkan kita
merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung
dalam kiraan panjang kehidupan

ramadhan bakal datang menjengah diri

dalam rekahan nafsu insan
yang bergelodak sepanjang musim
dalam diam meriak kesedaran
buat mukmin yang patuh
pada yang maha khalik

ramadhan datang lagi

untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah ramadhan kali ini sama seperti akhir kali
yang banyak di biarkan berlalu
tanpa di isi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir...

syukur pada ilahi

kerana ramadhan masih sempat di tempuhi...

Wednesday, August 22, 2007

70 Dosa-dosa Besar

Weekend baru ni, ada mengikuti 'diskusi ilmiah' kat umah Dr Azizah kat Dooradoyle...usrah la tu...hehhe.. sekali sekala kalau ada org buat usrah ok gak... mengingati diri sendiri yg semakin lalai.... antara lain yg dibincangkan ari tuh ialah berkenaan 70 dosa2 besar...

Mmmm... ni dipetik semula drp satu website, utk dikongsi dgn anda semua, wahai tetamuku yg budiman... :). Semoga menjadi iktibar kita bersama...semoga kita lebih berhati2 dlm segala tindak tanduk kita...

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

Saturday, July 28, 2007

Sebuah kisah pilu....


Sekadar berkongsi cerita dgn kawan2...3 hari yg lalu saya menerima berita seorg sahabat, rakan sejawatan di Hospital Tg Ampuan Afzan, Kuantan.. Dr Fairus Hisham, telah meninggal dunia, telibat dlm kemalangan di LPT... Saya tidaklah kenal benar dengan beliau secara personal, tetapi kerana pernah berurusan dgn beliau atas tugas2 menguruskan pesakit di hospital dan yg lebih penting kerana 'ukhuwwah islamiyyah' membuatkan saya begitu 'merasai' akan pemergian beliau... Rasanya, tak keterlaluan kalau saya kata, dulu, masa bertugas di A&E HTAA, 'kematian' adalah sesuatu 'yg biasa' saya hadapi... itulah 'manusia'.... bila 'terkena' org yg 'dekat' dgn kita... baru mula menginsafi... Ya Allah... ampunilah hambaMu ini..



Ada cerita yg disampaikan oleh seorang sahabat di Kuantan.... utk tatapan bersama.. (telah diedit, tetapi masih mengekalkan cerita sebenar yg nak disampaikan)



Fairus Hisham Bin Zainuddin rahimahullah. ... Telah pulang ke rahmatullah pada hening pagi 25 julai 2007 pada usia 28 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandung (sudah 9 bulan), Dr Maslina Ahmad Marzuki dan seorang anak perempuan berusia 2 tahun, Fatin Maisarah Bt Fairus Hisham. Beliau, anak sulung dari 7 adik beradik adalah harapan keluarganya, anak yang paling berjaya dan yang paling 'cerdik' dalam keluarganya. Malah dia adalah anak Felda yang paling berjaya di Felda Keratong 9. Harapan keluarga dan harapan Felda...


Saya kenal beliau sejak dari tahun satu Kulliyyah perubatan UIA. Sebelum saya sampai ke kampus kuantan lagi saya telah dengar akan kelebihan beliau, sehingga ada sahabat yang berkata, "kalau Fairus kata kucing tu ada tanduk pun aku akan percaya...". ada abang2 senior yang bagitahu kami (masa tu di matrikulasi UIA di PJ), nanti sampai Kuantan, kamu akan kenal satu manusia yang terlalu baik, sampai susah nak percaya yang dia ni manusia macam kita... Fairuslah orangnya... peribadinya sangat hebat, murah senyuman dan gelak tawanya... baik, lurus orangnya... terlalu innocent... tak pernah terdengar, walaupun ketika berborak dengan sahabat2 yang dekat, terkeluar kata2 kesat dari mulutnya. Tidak terdengar dia mengata buruk mengenai orang lain. keperibadiannya tersohor di UIA.



Sempat saya bersembang dengan cikgu sekolah beliau ketika sekolah rendah semasa menghadiri upacara pengkebumiannya, kata beliau, keperibadian Fairus ni terserlah sejak kecil, dia disayangi guru2nya... dari segi agama dia tidak pernah ketinggalan... Kuliah2 di surau sentiasa dihadirinya, biasanya dia akan berada di barisan hadapan ketika kuliah, dan selalunya, dialah yang rajin bertanya soalan...



Beliau adalah 3rd batch Kulliyyah of Medicine UIAM. Bekerja sebagai Medical Officer di Jabatan Orthopedik HTAA, berasal dari Felda Keratong 9. Isterinya Dr Maslina juga dari batch ke-3 UIA, Medical Officer di Jabatan Anaesthesiology HTAA, berasal dari Sungai Buloh Selangor.



Beliau pulang ke KL pada minggu itu utk ke konvokesyen adiknya. 25 julai (awal pagi), selepas menghantar Maslina ke Sg Buloh (Maslina dijangka bersalin pd 29Julai) Fairus terus pulang ke Kuantan bersama adik dan ibunya, dia ada OT pagi berikutannya.


Kuasa Allah Gen2 mereka terbabas di LPT dekat Gambang jam 4 pagi lebih. Fairus yang duduk di front passenger seat meninggal sebelum tiba ke hospital. Teruk kereta mereka, remuk dengan teruk dan terbakar habis. Alhamdulillah adiknya yang memandu tiada kecederaan dan dapat membawa arwah dan ibunya keluar dari kereta. Ibunya mengalami head injury (ada LOC) dan fractured humerus. Sedangkan Fairus, fractured humerus, flail chest, hemothorax, alhamdulillah minimal head, face and neck injury...


Tak dapat terbayang ketika berita itu sampai pada saya kurang jam 6 pagi dari isteri saya yang oncall mlm tu... sblm pkul 7, saya sampai d mortuary, sempat melihat jenazah saudara Fairuz yang belum dimandikan.. . MasyaAllah, Allah saja yang tahu perasaan saya, orang yang sangat saya respect, orang yang saya rasa sangat rapat dengan saya, orang yang terlalu baik pekertinya. Saya terbayang anaknya yang masih kecil, lebih kurang sebaya dengan anak saya, nama pun lebih kurang sama... terbayang kak maslina yang sedang sarat mengandung, dah nak due pun... tak larat, tak dapat nak bayang,... tak mampu nak menahan perasaan... esoknya sepatutnya kami berjumpa dalam usrah, tapi Allah memanggil dia sehari lebih awal... berat hati saya untuk sebarkan berita pada shabat2 lain...


Bos2 di hospital dr dept ortho, radiology dan emergency bergegas uruskan ibu dia, pastikan dapat didischargeken sevcepat mungkin, buat CTscan, letak POP utk humerus fracture and t+s utk beberapa LW yanga ada... bila ayah nya sampai mereka pun terpaksa bantu bersama ibunya, tinggal saya, Dr Hanafi dan a few lecturer UIA yang membantu di Mortuary. Jenazah dimandikan kurang lebih jam 9pagi... di sembahyangkan dulu di HTAA sebelum kami hantar balik ke keratong..


Sampai d keratong jam 12 lebih... Kak Maslina (btolak dr Sg Buloh ) belum tiba... dia tiba serentak dengan rombongan dr HTAA (1bas)... saya bantu untuk buka sedikit kain kapan supaya mereka dpat melihat wajahnya buat kali terakhir... sayu suasana... Maisarah anak Akhi fairus melihat wajah ayahnya, tapi macam tak cam... sibuk dia melihat sekeliling mencari ayahnya... kak mas sentuh jenazah, kemudian dia peluk Maisarah... MasyaAllah, saya tak dapat nak ceritakan perasaan kami yang melihat pemandangan ini.... ibu muda yang sarat mengandung dengan anaknya yang masih terlalu kecil, baru kehilangan tempat mereka berteduh.... . dalam pukul 1.10pm jenazah dikebumikan di Felda Keratong 9... lebih seratus orang yang datang menziarahi dia.... Semoga Allah merahmati ruhnya...


Perancangan Allah, ketika kami menziarahi Maslina dan keluarga arwah di Keratong pada malam 26Julai, betul2 sebelum kami pulang, Maslina mula ada contraction pain yang regular and strong. Sempat kami bawa dia ke HTAA. Alhamdulillah, anak ke dua Fairus lahir pada jam 6 pagi, hari Jumaat, 27 Julai 2007. seorang putera seberat 3.3kg. Sahabat2nya ada berdekatan dengannya ketika itu. Anaknya diazankan oleh Dr Hanafi.. ketika saya menulis, Dr Maslina masih lagi berada di Wad Bersalin kelas satu HTAA, dijangka keluar wad hari ini 28 Julai 2007 dan InsyaAllah akan pulang ke Sg Buloh pada hari esok 29 Julai 2007...



Semoga Allah merahmati Ruh Fairus Hisham, seorang yang sangat hebat peribadinya dan banyak sumbangannya pada agama. Semoga Allah mempermudahkan hidup keluarganya, memberikan ketenenangan dan ketabahan hati pada isterinya, dan membesarkan anak2nya dalam bi'ah Islamiyyah. Dia dah selesai, orang yang ketika hidupnya sangat baik, dah selesai. Kami di Kuantan akan benar2 merasai kehilangannya. .. Kita nanti, yang sekarang pun lebih kurang saja, amalan pun tak seberapa, dosa pun boleh tahan banyaknya... macamana nanti... ada tak orang yang nak menziarahi kita? ada tak orang yang nak mensembahyangkan kita? ada tak orang yang nak menjaga keluarga kita setelah kita pergi?..... Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun..

Friday, July 27, 2007

Zuriat penerus perjuangan...

Awal pagi tadi, kami mendapat berita dr sahabat di Kuantan... Isteri kepada Allahyarham Dr Fairus, Dr Maslina telah selamat melahirkan cahaya mata ke2 pada pagi Jumaat, 27/7/07 @ 13 Rejab 1428. Subhanallah... seorang baby boy dilahirkan, 2 hari selepas ayahnya kembali ke rahmatullah... Semoga anak itu nanti bakal membawa kebahagiaan kepada seisi keluarga, menjadi anak soleh, penerus perjuangan ayahnya..... Amiin...

Thursday, July 26, 2007

AL-FATIHAH

3 hari lepas saya buat panggilan ke kg. Emak saya bagitau suami kepada sepupu saya telah meninggal dunia sehari sblm tu, terlibat dalam kemalangan semasa nak hantar motosikal utk anaknya, dr Penang ke KUSZA... Semalam pulak, dapat khabar seorg sahabat, rakan sejawatan di Hosp Tg Ampuan Afzan, Kuantan, Dr Fairus Hisham, meninggal dunia, juga terlibat dlm kemalangan, di Lebuhraya Pantai Timur...... Mereka telah dijemputNya, pergi meninggalkan keluarga, sahabat handai... Semoga roh kedua-duanya ditempatkan bersama-sama orang2 yg soleh...
Al-Fatihah........