Monday, July 16, 2007

Resipi keropok lekor

Ada permintaan pasal resipi buat kepok lekor la plak...ehheh.... ni nak kongsi. Kalau disearch, byk versi cara nak buat kepok lekor nih... My recipi ialah yg diadaptasi ikut kesesuaian sendiri...
Cara nak buat dan bahan2 dia mudah jer... Ni bahan2nya..... se-kg isi ikan mackerel (kat sini, ikan mackerel rasanya yg paling hampir dengan ikan yg biasa org buat kepok lekor....kalau ada, beli fresh mackerel fillet lagi senang...), 400g tepung sagu, sedikit seasoning (ni optional la) dan garam secukup rasa
Cara nak buat... mula2 bersihkan, buang kulit dan potong kecik2 isi ikan supaya mudah diblend. Kemudian masukkan isi ikan dalam blender dalam kuantiti yg berpatutan supaya mudah proses memblend... Campurkan sedikit air. Dlm kebanyakan resipi, biasa diorg letak beberapa ketul ais. Tp, blender saya ni susah sgt nak hancurkan ais tuh, so, letak air sejuk je la sikit...
Dah siap blend, boleh la diuli isi ikan dengan tepung sagu... masukkan tepung sagu sedikit demi sedikit. Amaun tepung sagu nih... terpulang la sebenarnya. Kalau nak rasa kepok yg rasa byk ikan, kurangkan tepung sagu, begitulah sebaliknya. Cuma, problem dia dengan ikan mackerel nih... rasa dia 'terlebih' hanyir... so, kalau kurang sgt sagu, rasa lebih hanyir la... Tp, org kata petua nak kurangkan rasa hanyir, boleh campurkan sedikit tepung jagung....sambil2 uli dgn tepung sagu tuh, masukkan garam secukup rasa dan sedikit seasoning (kalau suka).
Dah siap diuli... now, it's ready utk di 'getel' ... saiz ikut suka hati la... dah siap 'getel' bolehla dimasak, samada digoreng terus atau direbus dalam air panas yg menggelegak dahulu..
Begitulah ceritanya.. senang je, kan?... Selamat mencuba!!

8 comments:

Anonymous said...

aaahhh senang lagi wat kopok lekor dari wat digital scrapping nih. hihih tq k kin =))

azraa said...

kak kin,mana dpt tepung sagu tu? blend biji sagu sendiri atau malaysia mali..?

kin hashim said...

zue, dua-dua pun senang! hehhe... dah siap kepok lekor, boleh makan sambil2 buat scrapping..hehhe

azraa, tepung sagu tu, beli kat kedai cina. Dia tulis tapioca flour. (Sebenarnya tak sure tapioca flour tu drp ubi kayu atau sagu..tp, k kin guna yg tu la nak buat kepok nih). Sagu biji bole dapat je kat dunnes/tesco. Yg sagu biji tu dia tulis 'tapioca'. sagu biji keras sgt, kalau blend tak hancur jadi cam serbuk.

Anonymous said...

ooo..pakai tapioca flour ek.. patut laa.. kat luar negara ni susah betul nk cari tepung sagu.. or sago flour.. tak sangka plak leh guna tapioca flour.. thanks for resepi ek..

Anonymous said...

sy penah rase keropok lekor yg guna tpng sagu, raseny sdap sngt!!!mungkin pkai resepi yg sme kut...nak try gak la..

Anonymous said...

salam...
thanks sgt utk resipi ni. tgh ngidam nak mkn kepok lekor.. tp kalau pakai smoke mackarel menjadi tak rasanye?

kin hashim said...

smoke mackerel pun boleh la cuba kalau dah takde sangat isi ikan yg fresh, tapi dr segi rasanya, tak taulah ada pengaruh tak rempah ratus yg diguna utk 'smoke'kan ikan tuh.. :).

eidda said...

terima kasih utk resepi ni.. saya tertanya2 apa nama tepung ubi dlm bhs inggeris. :) yelah duduk di rantauan ni mana nak sama kan , lain padang lain le belalang nye.. :) terima kasih banyak2.. saya nak cuba buat nanti. :) kalau dah menjadi saya akan share kat ruangan ni..

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).

Post a Comment