Showing posts with label jalan2 UK. Show all posts
Showing posts with label jalan2 UK. Show all posts
Monday, April 06, 2009

Hari2 terakhir...

1/3/09 ~ 3/3/09

Ambik masa sebulan lebih nak lengkapkan 'laporan berita' nih...Ok...ni yg last la....Hmmm....menyusur keluar meninggalkan pemandangan yg indah di Inverness dan Fort William, kami menuju ke Glasgow.


Di Glasgow, menziarahi Edrina sekeluarga. Semalaman kami di sana, terima kasih yg tak terhingga drp kami, jemputlah bertandang ke Limerick, ye...

Keesokannya, seharian kami jalan2 di Bandar Glasgow...mencuci mata serta mencuci poket sekali... {pinjam kata2 iu..hihihh..}


Lewat petang, meneruskan perjalanan ke Lancaster, rumah Kak Aini. Lokasinya di dalam kampus Lancaster University. Terima kasih juga buat Kak Aini dan suami...

Nanti, bila baby keluar, jgn lupa bawak baby jalan2 ke limerick ye!


3/3/09 ~ hari terakhir kami di UK. Keluar dari Lancaster, terus menuju ke Holyhead Port, tempat naik feri. Sudah letih ke sana sini selama 2 minggu...



Dalam perjalanan ke Holyhead Port, tersinggah pulak kat tempat nih...
Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch
(tak tau la nak sebut camane.... )
....the longest officially recognized place name in the UK and one of the longest in the world... huh!

Jam 5pm petang tuh, feri yg kami naiki berlepas dari Holyhead Port menuju ke Dublin Port.... Bon voyage!



Wednesday, April 01, 2009

Kereta kabel, mencari 'nessie'

28/2/09 ~ 1/3/09

Bagi melengkapkan siri jelajah UK baru2 nih, tak lupa kunjungan ke nun utara UK sana; Inverness dan Fort William....



Tiada teman di Inverness, sekadar berjalan2 menikmati pemandangan yg indah. Lewat petang, meninggalkan Aberdeen, sampai di Travelodge Inverness sudah agak lewat...semalaman di sana. Pagi2 keesokannya, keluar daripada Travelodge, mula2 menyusur laluan ke bandar Inverness.




Kemudian, merentas ke kawasan pergunungan. Subhanallah, pemandangan yg amat cantik...





Pernah dengar tentang lagenda naga di tasik Loch Ness? Hmmm... kami singgah juga di tasik Loch Ness, kot2 boleh terserempak ngan Nessie tuh... Haa...tu dia ada pun Nessie!

Yg atas kanan tu; Urquhart castle.



Hajat asal sekadar menjamu mata. Tetiba ternampak papan tanda kereta kabel di Nevis Range. Bayarannya berpatutan; masih dalam kadar kemampuan.

Maka sampailah kami ke puncak Nevis Range dengan menaiki kereta kabel. Lebih kurang seminggu sebelum tu, kawasan tu masih dilitupi salji yg tebal. Waktu kami ke sana, ada la salji tinggal sikit2 je kat puncak. Sangat la sejuk di puncak gunung sana.... walaupun begitu, budak2 bertiga itu tetap bergumbira....


Monday, March 30, 2009

Persinggahan lagi...

26/2/09 ~ 28/2/09
Tak habis2 lagi entry nih... sori la ye...


Dari England, kami ke Scotland, menuju ke Edinburgh....


Jalan2 kat bandar Edinburgh, singgah Edinburgh mosque, makan dan solat kat situ... Kedai makan kat Edinburgh mosque tu sangatlah simple, macam khemah kenduri kawen kat kg2 jer... tapi tak pe, nasi briyani kat situ best, dan yg penting sangat murah!




Semalaman di Edinburgh, menuju lagi ke arah utara, ke Aberdeen; rumah Ustaz Irfan dan Najat. Keesokannya diorg bawak kami jalan2...


Sekian dulu untuk hari ini.... (belum habis lagi nih...hihihhh..)


Tuesday, March 24, 2009

Millenium bridge

24/2/09 ~ 26/2/09

Newcastle Upon Tyne ; mengunjungi Bonda sekeluarga. 2 malam kami di sana. Roti canai yg gebu, nasi kerabu yg lengkap dgn solok lada, megi goreng, nasi dagang.... hmmm...semuanya enak2!


Di rumah Bonda; terima kasih daun keladi ...


Mercutanda Newcastle Upon Tyne



Bila pula Bonda sekeluarga nok mari jalae ke Limerick? Kami tunggu!



Sunday, March 22, 2009

Persinggahan

22/2/09 ~ 24/2/09

Cranfield ~ rumah Kak Yam


Bradford ~ rumah Wan Hanisah


Leeds ~ rumah Syarifah


Leeds ~ rumah Fatma n Jo


York ~ National Railway Museum (The world's largest railway museum)


York City


Sunday, March 15, 2009

Buckingham Palace dan London

20/2/09 ~ 22/9/09
2 malam kami berada di Guildford, London; rumah Jim dan Amal. Ni kunjungan kali ke 2 kami ke sana. Tahun lepas, rumah diorang jadi tempat persinggahan kami juga semasa perjalanan balik dari Ireland ke Malaysia. Terima kasih Jim dan Amal.


Sabtu, 21/2 kami peruntukkan untuk jalan2 di kota London. Tidak la begitu excited sgt kali ni, sbb pernah ke sana tahun lalu, walaupun sekejap. 'Misi' utama cuma nak tengok perarakan Queen's guard bertukar shif bertugas kat Buckingham Palace. Tetapi disebabkan kami lewat keluar dari rumah, maka, terlepas juga peluang itu....


Buckingham Palace

Sekadar bergambar2 je la kat sekitar istana tu. Lepas tu, jalan2 makan angin lagi..

London eye, big ben...etc..etc...


Hari ahad keesokannya, tidak la kami melepaskan peluang untuk ke carboot sale juga. Kami ke area Surrey, dan sempat pegi ke 2 tempat! Bukan beli apa pun...padan ngan beli mainan budak2 tu jer!!


Carboot...dan menjamu selera di Woking


Selepas penat ronda2 kat carboot, Jim dan Amal bawak kami menjamu selera nasi briyani di Woking..


Lepas tuh, sempat singgah berehat dan solat sebentar di masjid tertua di London....


Masjid tertua di London...

Lebih kurang jam 4.30 ptg, kami meneruskan kembara ke destinasi seterusnya; Cranfield. Cadangnya nak singgah di Oxford, tapi, kurang bernasib baik petang itu, kerana terperangkap dalam jem kat highway ~ ada kemalangan.