Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Monday, October 05, 2009

The best raya in last 3 years ~ 'Open house'

Masih lagi cerita raya. Hari ini 16 Syawal, masih dalam mood raya....


27/9, buat pertama kali kami sekeluarga buat 'jamuan raya' @ 'rumah terbuka hari raya'. Maklum la, trend zaman sekarang nih kan, bila musim raya, berderet2 jemputan ke rumah terbuka hari raya. Beraya di perantauan pun sama la jugak.....

Sebelum ni, tak pernah buat 'jamuan raya' secara 'rasmi'. Ajak kawan2 makan setakat 3,4 keluarga ada la sekali sekala. Bukan apa, tak pandai bajet makanan utk ramai orang nih. Maklumlah, kat sini semua nak kena uruskan sendiri. Daripada merancang, memasak mengemas dan sebagainya.

Disebabkan ini adalah raya terakhir kami kat sini, jadinya teringin la jugak nak buat 'open house' sempena raya nih. Bukan ramai sangat jemputan pun, adalah tambah beberapa kepala lagi daripada korum biasa...hehhe..

Antara tetamu. Meriah la jugak.... sesak dan padat la ruang tamu rumah kami yg sekangkang kera tuh...


Hidangan yang ringkas dan sederhana. Alhamdulillah, tahun ni berjaya membuat biskut2 raya yg lebih berkualiti daripada tahun2 lepas...heheh..



3 hari sebelum tuh, 24/9, adalah hari ulangtahun kelahiran Kakak Huda yg ke 7. Anak daraku itu dah makin besar. Daripada awal tahun lagi, concerned sangat dia dengan tarikh hari lahir dia tuh. Untuk meraikan Kakak Huda, jamuan hari raya tu disekalikan dengan majlis harijadi dia la konon2nya...bukan main seronok lagi dia...

(Ibu rasa bahagia tengok anak2 gembira)



{Kredit ~ Scrapping Rainbow}

Selamat hari lahir ke 7 puteriku. Ibu dan ayah doakan segala yg terbaik untukmu, semoga dirimu kan membesar menjadi anak solehah, penyejuk mata ibu dan ayah... amiin.



Saturday, October 03, 2009

The best raya in last 3 years ~ Di rumah kawan sekitar Limerick


Gambar2 beraya rumah kawan2 sekitar Limerick. Tak ramai pun warga melayu kat sini. Hari raya pertama jatuh pada hari minggu, hari Ahad. Keesokannya, aktiviti harian berjalan seperti biasa, dan anak2 bersekolah seperti biasa. Aktiviti beraya, makan2, kunjung mengunjungi bersambung semula pada hujung minggu yg berikutnya.


Dalam gambar ni, kat rumah Kak Aida+Mr Hadi, Aza+Nin, Aisyah+Anuar, Dr Ina+Dr Syazrul.



Friday, October 02, 2009

The best raya in last 3 years ~ 1 Syawal

Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya. Tapi, tempias raya masih terasa. Tahun ini adalah tahun terakhir kami sekeluarga beraya di perantauan. InsyaAllah, jika diizinkanNya, tahun depan dapat la kami beraya di samping sanak saudara dan sahabat handai di tanah air.

Bagi saya dan suami, Syawal di perantauan tahun ini lebih 'meriah' dan lebih seronok berbanding 2 tahun sebelum ni. Mungkin kerana tahun2 yg berlalu membuatkan kami 'lebih bersedia' beraya tanpa keluarga dan sanak saudara di sisi. Atau mungkin juga, kerana ini adalah raya terakhir di perantauan, maka kami menghayati sepenuhnya raya di tempat orang ni.


Kenangan raya 1 Syawal 1430 H....



Raya terakhir di teratak No 6 The Paddocks...
(Kredit ~ Treasure of yesterday kit, daripada Growing Pains - Scrapped)




Sekeluarga di pagi raya....





Teratak kami menjadi tempat berkumpul. Hidangan yg sederhana, kami berkongsi menyediakan juadah untuk santapan bersama di pagi raya. Walaupun jauh daripada saudara mara, tetap meriah beraya bersama kawan2 seperjuangan

Kebetulan, ibu dan ayah salah sorang kawan kat sini datang menziarah dan beraya di sini, dapat la juga merasa ada orang tua bersama.



Sessi bergambar di luar rumah pula....



Baby dan kanak2. Budak2 sangat seronok bila dapat berkumpul ramai2...




Kemeriahan 1 Syawal berterusan ke petang. Kami dikunjungi rombongan tetamu dari Dublin. 2 kereta datang. Seronok sangat! Terima kasih Aida +Adi, Raihana, Ika, Ida, Sue+Fendi dan Aqida+Izwan, serta Afiq.


Raya tahun ini sangat bermakna



Thursday, October 16, 2008

Tamu dari Southampton


Isnin baru nih, kami menerima kunjungan tetamu dari Southampton, UK. Roslim, Sal dan anak2; Safiyyah dan Aisyah. Saudara Roslim juga warga UMP, kawan seperjuangan bos dan Mr H
Photobucket
Tapi, kunjungan mereka sekejap sgt, hanya satu malam...tak sempat nak beramah mesra lebih2 lagi.. anak2 pun tak puas main sama2..heheh.. Sampai Limerick dah petang. Lewat ptg tu, ke rumah kitorang utk dinner, dan malam tu bermalam kat umah K Aida di Plassey Grove.

Esoknya, kami breakfast sama2 kat Plassey Grove dan lepas zohor, dorang dah bersiap2 untuk fly balik UK smula...
** lagi gambar ~di sini~

Kepada Sal dan famili, jemputlah datang lagi ke Limerick yer...
PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Photobucket

Wednesday, October 15, 2008

Ustaz Erfino di Limerick

Ustaz Erfino Johari...3 dari kiri


Weekend lepas, kami dikunjungi oleh Ustaz Erfino Johari, pegawai MSD UK & Ireland dari London. Beliau ni dulunya saya kenali melalui radio IKIM. Baru kini berpeluang bertemu in person dgn beliau (tu pun dari jauh la ..heehe..) Beliau ada program dgn students di Galway, sempat menziarahi kami di Limerick. Terima kasih atas kunjungan :).

Photobucket

Thursday, October 09, 2008

Tertinggal ketapi... :)

Raya dah seminggu lebih berlalu... kalau yg terus puasa sunat 6 syawal pon dah beraya pon.... sana sini dah lama org bercerita/update cerita pasal raya..kiranya, kalau masih ada yg bercerita pasal raya, dah jadi cerita basi da...heheh... 'Sejenak bersamaku' je yg ketinggalan ketapi...
Photobucket

Mohon maaf kepada sape2 yg menunggu2 khabar drp 'Sejenak bersamaku'... (ada ker?? hehee) bukan la sbb tuan rumah dalam mood raya sakan sgt pon...cumanya, bukan dlm mood mengupdate blog jer...hehehe... tah angin apa yg melanda....byk sgt angin akhir2 nih...heehe..lambat plak nak panaskan enjin lepas2 raya nih...
Ok la...backdated cerita. Raya thn ni kami sekeluarga menyambut dgn penuh kesederhanaan, jauh drp kemeriahan bersama keluarga, teman2 jadi pengganti sanak saudara...





Raya pertama, warga Melayu Limerick berkumpul kat umah kak Elly dan Azman di Ballyneety. Solat raya sesama warga Melayu pun buat kat situ. Tp, untuk solat raya pagi tuh, kami join jemaah di masjid kat bandar Limerick.. last minute bos buat decision.
Photobucket

Solat raya di masjid bandar Limerick


Lepas tuh, baru la kami menuju ke Ballyneety...



lagi gambar raya ~di sini~

Dari pagi sampai petang jugak la kami seme kat sana... raya thn nih, ramai sikit yg ada, sbb raya jatuh pada weekdays. Kebanyakan yg bekerja kat Limerick (mostly doctors yg tak dapat cuti) tak ke mana, yg tak dapat dtg pagi, datang jugak petangnya.

Untuk sambutan raya kali nih, warga Castletroy (famili kami dan 2 lagi famili rakan seperjuangan bos) sponsor sate kambing. Seblm raya kami bergotong royong siapkan sate utk hidangan pagi raya...


Lagi gambar persiapan raya ~di sini~

Raya pertama tahun nih, kami sefamili raya lebih beria2....bayar balik raya thn lepas yg macam tak beraya. Kalu thn lepas, raya kami setakat kul 1pm jer, petang raya da tak tau nak buat apa, pegi window shopping jer!! Kali nih, panjang sket langkah, dalam kul 4 pm, kami bertolak ke Cork, perjalanan sejauh lebih kurang 2 jam. Sempat la beraya ke 3 buah rumah dan balik semula Limerick tgh malam, sampai umah kul 1 am!!

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

**lagi gambar dan cerita raya insyaAllah akan menyusul....

Photobucket

Tuesday, September 30, 2008

Esok hari raya... Salam aidilfitri buat keluarga


Hari ini, 30 ramadhan 1429 hijrah.. tinggal beberapa jam lagi ramadhan kali ini akan meninggalkan kita... bagaimana ramadhan kali ni?..

Ya Allah..Engkau terimalah segala amalan kami...ampunkanlah dosa2 kami... Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah.. Maha Pengampun.. Panjangkanlah umur kami dalam keberkatanMu..berilah kami peluang untuk bertemu lagi RamadhanMu yang akan datang...

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Esok kami di sini akan meraikan aidilfitri. Ni tahun ke 2 kami beraya di perantauan, jauh drp mak, ayah, adik beradik, sedara mara dan kawan2 yg dirindui di tanah air. Tahun nih, kesayuan lebih terasa...
Photobucket


Di kesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir batin buat semua ahli keluarga yg dirindui...

Salam aidilfitri buat...

Mak & ayah di Rhu Rendang...

Abang Li dan Kak Long di Kg Pak Madah serta anak2; Wani, Fahmi, Hazwan, Haziqah, Fakri & Haziq....

Kak Nah & Abang serta anak2; Yana, Izzati, Yan & Nori....

Abang Di & Kak Ima serta anak2; Farhan, Faiz, Ieqah & Fahim...

Kak Sah & Hisham serta anak2; Nabihah, Nazifa & Nadia...

Za & Baharin serta anak2, Amirah & Azeem....

Adik No & Adik Bukhari....

Mak di Surau Hj Yaakub, Bukit Payung...

Abang Mat & Kak Kiah serta anak2; Maznah, Maarof, Faiz, Fadilah, Aafifah dan Afiq..

Abang Ngah & Kak ani serta anak2; Siti, Baihaqi, Ida, Arif, Na, Najib, Soleh, Izah, Sofia, Fauzan & Nazirah...

Abang TJ & Kak Masni serta anak2; Asyraf, Nasrul& Arif...

Ayah Su sekelurga..
Ayah Cik sekeluarga..
Ayah Ngah Tih Sekeluarga..
Mak Long sekeluarga..

Photobucket