Showing posts with label jalan2 ireland. Show all posts
Showing posts with label jalan2 ireland. Show all posts
Friday, June 05, 2009

Ke mana keluarga Encik R pergi?

Hari Ahad lepas, Encik R sekeluarga ke bandar D.... untuk apa ke sana yer? Susah payah menempuh perjalanan balik hari sejauh hampir 400km pergi dan balik dari bandar L ke bandar D menaiki keretapi. Saja je, sebab ada offer tambang keretapi yg murah sket berbanding waktu2 biasa. Lagi pun, Encik R dan isterinya suka sangat tengok anak2 seronok bila bagitau nak jalan2 dengan keretapi ...hehehh...



Ni la tempat kunjungan Encik R sekeluarga. Ada piknik @ family day @ makan2 ahli2 Persatuan Pelajar Post Grad Malaysia di Ireland (MyPSI), bertempat di pantai Bray, Dublin. Alhamdulillah cuaca pun elok je hari itu...



Oooo ya...di sana, isteri Encik R sempat berjumpa dengan seorang teman blogger, Cik Aida yg dikenali sebelum dia datang ke sini kira2 7 bulan lalu... ni kali pertama mereka bertentang mata..hehhe.. Cik Aida tu yg pakai baju dan tudung pink, gambar atas sebelah kiri sekali.

Alhamdulillah setelah sehari suntuk, selamat pergi dan kembali semula ke rumah.... Sampai rumah dah pukul 11 malam lebih...seme dah keletihan...



Tuesday, June 02, 2009

Kisah 'Bas mini'

Ada satu cerita yg skema..hehhehe...

Suatu hari, Encik R, seorang ayah anak 4 menelefon satu syarikat teksi.

Encik R : Hello
Operator : Hello....Syarikat Teksi...bla..bla...
Encik R : Saya nak tempah satu teksi untuk saya dan keluarga.
Operator : Berapa org encik?
Encik R : 6 orang.
Operator : Kalau 6 orang, kena dua teksi encik. Satu teksi hanya untuk 4 penumpang.
Encik R : Tapi, anak2 saya kecil lagi.
Operator : Berapa umur?
Encik R : 6bulan, 2 thn, 5 thn, 7 thn
Operator : Maaf encik, hanya 4 org dibenarkan untuk satu kereta. Encik kena ambil 2 teksi, atau pun encik boleh ambik bas mini.
Encik R : Ha??? bas mini?
Operator : Ya encik, kita mengikut undang2 dan peraturan. Hanya 4 orang penumpang untuk satu kereta teksi.
Encik R : Oklah...berapa bayarannya?
Operator : Alamat encik?
Encik R : No 6...bla...bla..bla..
Operator : Euro 13 encik.
Encik R : Ok...saya mahu esok pagi, jam 7.30am ye.
Operator : Baik encik. Terima kasih.

Encik R merancang perjalanan ke bandar D bersama keluarga, menaiki keretapi. Dan Encik R menempah teksi untuk membawa mereka sekeluarga ke stesen keretapi. Ini pengalaman pertama Encik R sekeluarga 6 orang menaiki teksi. Undang2 di negara ini mensyaratkan anak2 kecil menaiki kereta menggunakan 'carseat' masing2. Ada logiknya juga syarikat teksi itu tak benarkan 6 orang menaiki satu kereta.... Encik R cuba merasionalkan situasi itu.

Keesokannya.....

Lebih kurang jam 7.30am, selesai bersiap2 Encik R membuka pintu utama. Sudah ada teksi di hadapan rumah. Bukan sebuah bas mini, tapi, 2 buah teksi!


Teksi di Ireland....gambar hiasan jer..

Pemandu teksi 1 : Kami dapat arahan daripada kompeni untuk teksi yg encik tempah. Bas mini takde masa ni, jadi kami terpaksa datang dengan 2 buah teksi.
Encik R : Oooo... ok...

Tak lama kemudian, isteri dan anak2 Encik R keluar. Kedua-dua pemandu teksi sedikit tercengang2 melihat hanya 2 orang dewasa dan selebihnya penumpang2 kecil di bawah umur yg akan menaiki 2 buah teksi!

Encik R bersama 2 anak lelakinya menaiki teksi pertama. Isteri Encik R dan anak kecil berusia 6 bulan dan anak sulung yg berusia 7 tahun menaiki teksi kedua. Tiada 'car seat' pun di dalam kedua2 buah teksi tersebut.

Setelah itu, 2 buah teksi kelihatan menyusur keluar dari perkarangan rumah Encik R.

Di dalam teksi pertama.....
~tiada perbualan direkod...~

Di dalam teksi kedua... (Isteri Encik R dan anak2 duduk di belakang)

Pemandu 2 : Panjang cuti hujung minggu kali ni ye.
Isteri En R : Ha'a..ye..
Pemandu 2 : Mau jalan2 ke bandar D ye?
Isteri En R : Ha'a....lebih kurang la tuh...
Pemandu 2 : Sebenarnya awak sekeluarga tak perlu pun ambik 2 teksi ni. Anak2 semua kecil2 lagi.
Isteri En R : Tapi, suami saya memang sudah menelefon syarikat teksi tu semalam. Mereka yg cadangkan kami ambil bas mini. Tapi, alih2 kami diberi 2 teksi pulak.
Pemandu 2 : Tulah...kadang2 peraturan ni pun tak masuk akal juga. Kalau anak2 kecil macam ni, buat apa sampai ambil 2 kereta. Bas mini pun tak perlu. Anak kecil tu boleh dipangku, dan di tempat duduk belakang boleh muat seorang dewasa dan 3 orang kanak2 kecil.
Isteri En R : Entahlah encik...diorang yg kata tak boleh.
Pemandu 2 : Sekarang ni, tak pasal2 suami awak kena bayar untuk 2 buah teksi.
Isteri En R : { senyum aje...}
Pemandu 2 : Balik karang, kalau nak ambik teksi, tak perlu ambil 2 teksi. Ambik satu teksi je cukup.
Isteri En R : Ooo..ye ke... baiklah {sambil senyum...}

Di stesen keretapi...

Isteri En R : Abang, driver tu kata kita tak perlu 2 teksi pon! Dia kata, balik karang, ambik satu teksi je cukup!
Encik R : Iye ke? Driver teksi abang tu tak cakap apa pun...

Jam 8.30 am, keretapi meluncur keluar meninggalkan bandar L menuju ke bandar D....

*************************************************************************************

Jam 10.00pm pada hari yg sama, keretapi dari bandar D sampai di bandar L. Antara ramai2 penumpang ialah Encik R sekeluarga. Semua nampak keletihan setelah sehari suntuk perjalanan...

Di luar stesen keretapi, kelihatan deretan teksi di tepi jalan. Encik R cuba bertanya sebuah teksi. Isteri En R dan anak2 menunggu di tepi seberang jalan.

Sekembalinya Encik R ke tempat isteri dan anak2nya...

Encik R : Huh! nampak gayanya, kita kena ambik bas mini jugak. Driver tu kata 6 orang tak boleh naik satu kereta!
Isteri En R : La... ye ke...gitu pulak? mana nak cari bas mini tuh? Tu semua yg berderet tu kereta teksi jer...
Encik R : Ada kat depan tu sikit...kompeni teksi.

Nasib baik tak jauh...rasanya tak sampai 200 meter pun dari tempat mereka berada masa tuh.

Tak lama lepas tu....Encik R sekeluarga kelihatan keluar meninggalkan bandar menuju ke kediaman diorang menaiki 'bas mini'.....


Ni la 'bas mini'nya... bukan gambar sebenar...contoh aje...hehhee..


p/s ~
  • Kisah di atas adalah kisah yang diadaptasi daripada pengalaman sebenar.
  • Perbualannya telah diubahsuai dan diterjemah mengikut kesukaan penulis.
  • Harap cerita di atas tidak la masuk kategori cerita yg sangat memboringkan....hehhehe..



Monday, January 26, 2009

Hamdan's 1st visit to Dublin


Hamdan dah pun berumur 2 bulan lebih...dah nak masuk 3 bulan pun..sekejap je pulak rasanya. Minggu lepas kami sefamili ke Dublin...buat surat beranak Malaysia dan juga pasport untuk Hamdan.



Gambar pasport untuk Hamdan; mula2 ambik gambar sendiri kat booth, tapi tak jadi2...jenuh pegang.... ni la pose terbaik yg dapat diambil....dah tentu direject untuk pasport!





Kat sini, tak banyak kedai yg ambik gambar pasport untuk baby. Setelah mencari2, jumpalah satu tempat, kat satu farmasi...alahai bukannya studio yg canggih pun! Hamdan dibaringkan atas lantai, lapik ngan towel putih jer!! hahhaha...


Appointment dah dibuat beberapa minggu sebelum tuh... disebabkan tak mau kelam kabut, kami pergi sehari awal, bermalam di Travelodge. Sambil2 tu, boleh pegi jalan2... sambil menyelam, sambil minum air..hehhe... Sempat singgah di Kildare Village, ada orang tu nak beli kasut clark untuk dia, tapi, end up beli kasut untuk seme, kecuali Hamdan...heheh...makasih2..
Photobucket

Hamdan dan abg Nabhan tido...on the way ke Dublin...

Selain ke Kildare Village, sempat juga ke kedai abg Man, Hibiscus Asian Store, dan lepas tu pegi ziarah Kak Tuty sekeluarga... bertanya khabar kawan2 kat Dublin.

20 Januari 09, pertama kali kami sefamili menjejakkan kaki ke Malaysian Embassy (walaupun dah lebih 2 tahun berada di Ireland. Kalau tak kerana nak buat pasport Hamdan, tak tau la bila agaknya boleh sampai ke pejabat embassy tuh..hehhe...) Urusannya sekejap jer, isi2 borang dan bertanya sikit sebanyak, dalam lebih kurang sejam jer.
Photobucket

Dari Dublin, kami menuju ke Athlone, rumah kawan lama cik abe masa kat utm dulu. Awalnya, cadang nak pegi awal, tapi, disebabkan hari tu adalah hari bekerja, terpaksa la tunggu kawan tu balik. Sementara tunggu petang, kami ronda2 dan makan dulu kat dublin city tuh. Sampai Athlone, dah malam...kul 6pm.


Anak2... kat rumah Rahmat-Lina di Athlone

Alang2 dah sampai ke Athlone, kami ke rumah Jo di Balinasloe (tuan rumah my family kitchen; mekar mewangi) . Dari Athlone ke Balinasloe, lebih kurang setengah jam je. Dah beberapa kali plan nak ke rumah Jo sebelum nih, tapi tak jadi jer.... so, malam tu, kami singgah la jugak nak kenal rumah Jo, walaupun dah lewat malam. Sampai umah Jo dah 9pm lebih...anak2 pun dah letih... Gambar pun lupa nak ambik...

Lebih kurang jam 10pm lebih, kami bertolak balik ke Limerick, dekat2 kul 12am sampai rumah...

***Ni je gambar yg ada masa ke Dublin... diambil dengan 'kamera pesen lama' yg dah banyak berjasa tuh.... ada lagi gambar (dalam 'kamera pesen baru' orang itu)....masih menunggu2 bila lah orang itu nak masukkan gambar dalam kompite nih....
Photobucket
Dok puas lagi ke belek benda tuh? hehhehe...
Photobucket

Thursday, August 21, 2008

Telur itik


Dah lama cari telur itik kat Limerick... Sebulan 2 ni, bila ke milk market (saturday market @ pasar tani), asyik habis jer...mana taknya, pegi time ujung2...orang dah nak tutup gerai pun... haaahahha...

Masa ke Dublin baru2 ni, sempat ke Howth (kawasan pelabuhan, tempat jual hasil2 laut yg fresh). Ni kali ke 2 ke Howth,kali pertama Feb lepas. Kebetulan ari tu, ari Ahad, ada 'pasar tani'... ada plak org jual telur itik...itu pun dapat yg last2..rezeki la tuh, dapat beli 12 biji... :).

Mmm..balik rumah, teruskan projek buat telur masin musim ke 2.... musim pertama lebih kurang setahun lalu :). Masa tu, sampai dah termuak2 makan telur masin...hehehheh... Hmmm.... ni projek telur masin musim ke 2, sempat la nanti makan bulan pose....ish... tak sabar plak tunggu nak makan telur masin :).


lagi gambar di Howth di sini...

Tuesday, August 19, 2008

Bray, co Wicklow

Semasa ke Dublin baru nih, petang sabtu kami menuju ke Bray,Wicklow...ke rumah Ain, bertemu mata dgn sorang lagi teman blogger :).

Berdebar2 nak jumpa ain...heehhe...sampai depan pintu, nampak senyuman ain yg manis, hilang sket debaran...hehhheh....

Sebenarnya, sepanjang hari sabtu baru nih, cuaca kurang memberangsangkan...hujan sepanjang hari. On the way ke rumah ain pun, lalu kat satu kawasan yg kena banjir. Tapi, Alhamdulillah masa sampai kat umah ain tuh, cuaca elok plak. Petang tu, sempat lagi hubby ain bawak kami jalan2 ke pantai Bray, tgk swans yg ramah2!

Cantik pantai Bray tu...Budak3 tu pun seronok, tapi takut plak dgn swans yg terlebih ramah tuh!

Balik semula ke rumah ain, kami dijamu dinner dgn sup ekor :). Time kasih ain, susah2 jer sediakan hidangan untuk kami! :).


Bray, co Wicklow

**lagi gambar di sini....



Malam tu kami bermalam kat umah ain, di apartmen Kilgraston Court..... Time kasih yg tak terhingga buat ain dan hubby atas kesudian menerima kunjungan kami sekeluarga... Ada peluang nanti, jemput la pula bertandang ke teratak kami di Limerick :).



hadiah daripada ain....time kasih ain! :).

Dublin summer camp

Weekend baru2 ni, kami ke Dublin....tu yg senyap je 2,3 ari baru nih :). Ada program untuk anak2; nama program tuh 'Kem Generasi Wawasan Cemerlang (KGWC)'....amboi, bukan main lagi nama program...heheheh.. anjuran bersama Persatuan postgrad students Ireland (MyPSI) dan ABIM UK&Ireland.

KGWC selama 2 hari; Sabtu dan Ahad, bertempat di Dublin Mosque, peserta budak2 kecik jer. Huda dan Fawwaz je peserta dari luar Dublin, yg lain2 anak2 Dublin.

Sebenarnya, pada mulanya sebelum ke sana, tak berapa jelas sgt apa bentuk programnya ....tp, kami daftarkan jer Huda dan Fawwaz. At least bagi exposure dan pengalaman untuk Huda dan Fawwaz. Overall program, ok lah... Huda dan Fawwaz seronok jumpa kawan2 dan ikuti aktiviti, walaupun Fawwaz sedikit kekok, sbb itu pengalaman pertama dia join program formal dgn ramai kawan2. Maklumlah, Fawwaz belum lagi masuk sekolah.

Petang Sabtu tuh, seperti biasa kalau ke Dublin, kami pegi lah memborong kat kedai abang Man di Lucan, Hibiscus Asian Store. Dan lepas tu kami menuju ke Wicklow ..tempat bermalam kami malam tu. Nak tau sapa kami jumpa....tunggu entry yg berikutnya.. :).



Sebahagian aksi di KGWC....

***lagi gambar di sini....

Wednesday, August 13, 2008

Killarney

Hari Ahad baru2 ni, kami ke Killarney. Last minute decisicion. Cuaca ari tu kurang bes... nak pegi, tak nak...nak pegi, tak nak... akhirnya, jam hampir 12.30pm....keluarla jugak keta kami dari perkarangan rumah.... :).

Perjalanan ambik masa hampir 2 jam. Journey alhamdulillah, ok jer.. ..terus menuju ke Bandar Killarney, sampai sana dekat2 kul 2.30pm... kami ke Killarney National Park. Bandar Killarney kecik jer...rupa2nya entrance ke park tu dekat je ngan bandar.



Killarney National Park


Mula2 kami jalan kaki masuk ke sana...kawasan dia punya la luas...khabarnya 24,000 hektar..mana larat nak jalan kaki, tambah plak jalan ngan budak3 kecik nih..! Sambil jalan2 makan angin tuh, nampak keta kuda...Oooo...ada keta kuda rupanya... menapak la kami cari 'stesen keta kuda' tuh...

Rupa2nya tempat jaunting cars hire (keta kuda) tu kat town centre. Boleh tahan jugak jalan kaki semula keluar ke town centre. Sib baik budak bertiga tuh sporting...tak banyak karenah, walaupun kena banyak berjalan. Lebih2 lagi Nabhan... terlupa nak bawak stroller dia!




Kat Limerick, kadang2 ada gak tgk orang naik keta kuda dalam bandar...puak2 ireland's ethnic minority (kira macam 'orang2 asli' ireland la..boleh tgk sini utk detail) Tp, sekadar tgk je la...tak penah la naik. So, kat Killarney baru2 ni kira 1st time la naik keta kuda :).



Sebahagian view kat Killarney National Park. Antara yang menarik ialah tasik dia, dan juga Ross Castle...


Satu jam gak la ronda2 naik keta kuda..seronok! hehhehhe... lepas ronda2 kat park, kitorang ronda2 kat town centre plak...dan sblm balik, tak lupa bawak bdk3 tu ke playground, tu part yg paling dorang suka!





** Sedikit info pasal Killarney kat sini...
** Lagi gambar2 kat sini..... dan juga kat sini....

Thursday, August 07, 2008

Ballycotton dan Cork

Isnin baru2 ni, 4 Ogos adalah Monday bank holiday kat sini. Bos tak keje, so, kami gi jalan2. Semenjak 2 menjak time summer ni, bos ada minat baru; fishing :). {walaupun plan untuk fishing tak penah nye nak menjadi setakat nih..kihkihkih...} .... Destinasi pilihan ialah ke Cork, spesifiknya ke Ballycotton.... khabarnya, time summer ni, Ballycotton tu syurga untuk kaki pancing. Tu yg bos beria2 nak gi sana. Sambil2 tu, konon2nya nak bawak anak3 gi piknik.

Plan asal nak bertolak awal la sket, dlm kul 10 am, sbb perjalanan ke Ballycotton dalam 2 jam jugak dari Limerick. Tp, last2 dkt2 12pm jugak baru keta kami meluncur kluar dari The Paddocks nih...

On the way, tetiba jer ternampak kain rentang ' Blarney carboot sale, Monday bank holiday'. Masa tu, mataku dah nak terpejam, tapi, dek kerana tenampak iklan kain rentang tuh, terus tak jadi nak lelapkan mata... maklumlah, kat Ireland nih, especially kat Limerick, bukan selalu ada carboot nih...tak macam kat UK sana.. semacam excited la jugak...hehehhe...

Pujuk2 bos sket, bos plak stuju melencong ke sana ... :). sampai kat carboot tu dah dekat kul 2pm, carbooters pun agaknya ramai yg dah packing barang nak balik...tp, tak pe.... sonok aje round2 situ..hihihh... Nak dijadikan cerita dan rezeki agaknya, kat situ bos terjumpa ngan kawan dia yg dah lama dia nak jumpa... hadi n famili.... So, tak sia2 la kami melencong ke sana.. :). Kawan dia tu plak beria2 ajak pegi umah diorang...




Walau camana pun, plan asal ke Ballycotton tetap diteruskan. Sampai sana dah dekat2 kul 5pm! Ramai gak kaki2 pancing time tuh. Org kata, kalau ikut tahun2 sudah bulan ogos nih, dah masanya ikan2 tu kluar. Tp, tahun nih, sampai sekrg, ikan2 tu tak mau kluar2 lagi! Petang tu jugak, walaupun ramai yg memancing tapi, hanya sorang yg dapat ikan, tu pun hanya sekor!! haaahaha...




Lepas ronda2 tgk kawasan, bos kluarkan la juga joran dia, tapi, sekejap sgt.... dlm setengah jam je!! lepas posing sket2.... terus masuk keta smula, 'jom kita gi umah hadi!' kata dia...

Sampai umah kawan tu, dah dekat2 kul 7pm... Kawan tu kejenya chef. Dinner malam tu, kami dijamu nasi ayam masakan chef... :).



Bos, hadi dan anak2...


Kami bertolak balik Limerick dalam kul 10pm gak.... time kasih Hadi n Ema... :). Sudi2 la bertandang ke teratak kami plak nanti :).

**Lagi gambar di ~sini~

Saturday, March 08, 2008

Piknik di Killaloe

Weekend lepas, family day outing kami...sbb bos tak keje :). Ari Sabtu kami ke Clonakilty, ari Ahad plak ke Scariff dan Killaloe. Kami ke Scariff sbb dgr khabar kat situ ada carboot sale. So konon2nya pegi carboot sale la....Carboot sale ala2 Ireland gitu...tidak la sehebat carboot sale kat UK. ...hehehehh...

Lepas ke carboot sale, on the way balik Castletroy, singgah berpiknik kat tasik Killaloe... piknik ad-hoc... hheh..he..Sebenarnya, plan nak piknik kat pantai Clonakilty ari sebelum tu, tp, tak dpt sbb hujan. Punya la frust Huda dan Fawwaz...

Tgh tu, kebetulan lalu ikut Killaloe, jumpa spot menarik dan kebetulan jugak masa tu, lovely weather :). Nasib baik, ada bawak bekal makanan sket...dan brg2 budak3 tu pun ada lagi dlm bonet keta... so, berpiknik la kami sekejap tgh tuh... terbayar la hutang kat Huda dan Fawwaz...hehehehhh....


Wednesday, March 05, 2008

Sehari di Clonakilty

Weekend baru nih, kami ke Cork....destinasi utama, Clonakilty, West Cork...lebih spesifik, ke Clonakilty Model Railway Village :).
Hampir seharian di sana..... budak3 tu pon seronok, especially Fawwaz la, sbb Fawwaz tu peminat 'Thomas and Friends'... hehehe.. Tengok anak3 seronok, ibu ngan ayah dorang pon seronok gak la.... :).

traintraintraintrain
Ni video dan gambar2 kitorang kat sana ari tuh...nak download lagu tema 'Thomas and friends' nak buh kat video tu tak jumpa plak kat mana..... ni je la hasilnye... :).
*p/s; iu, impot imej train drp koleksi smiley iu...mintak izin ye :).


Clonakilty 1



Clonakilty 2


Monday, February 04, 2008

Jalan-jalan Dublin lagi....

Weekend lepas, sekali lagi kami berkunjung ke Dublin. Kebetulan 'bos' dijadualkan tidak bertugas sabtu dan ahad tu, jadinye...dapat la kami sefamili jalan2 ke Dublin lagi.... :). Seperti biasa, kalau ke Dublin mesti pegi ke Asian Hibiscus Store, borong barang2 dapur sket...sokong bisnes org melayu muslim!! :).
Kunjungan ke Dublin kali ni ada sikit pengalaman baru. Kami sempat ke Howth, area pelabuhan...tempat shopping seafood. Dapat la kami bawak balik sikit sebanyak ikan, udang, ketam dan clam, yang dikatakan fresh. Kalau kat Limerick, selain ayam yg jadi 'lauk rasmi', biasa makan frozen seafood je.... :).


Silalah tengok 'cerita' kami ke Dublin nih.... :).

Tuesday, January 22, 2008

Sehari di Galway City

Weekend baru ni, kami ke Galway..jalan2 ke Galway City. Perjalanan sejauh 200km lebih pegi dan balik. Sejak drebar ada TomTom nih, rajin plak gi jalan jauh2...heheh...


Ni gambo2 sehari kunjungan kami ke Galway baru2 nih..

Thursday, October 25, 2007

Jalan2 raya Dublin

Seminggu selepas 1 Syawal, kami berkunjung ke Dublin...pegi beraya la sekira2nye.. :). Destinasi... bermalam kat rumah Shuib, then ke rumah Kak Tuty, rumah Kak Nas dan rumah Kak Shima (semua tu kawan post grad Zali).... dan tidak ketinggalan juga pusing2 Dublin City.. pegi ptg sabtu, balik lewat ptg Ahad... kalau ikutkan, byk rumah nak pegi beraya... tp, itu je yg tersempat...

Open house kat rumah Kak Nas


Zali and the gang :).


Fawwaz main lego... katanya buat ?kasut tersusun.. :). kat rumah Kak Tuty.


Tunggu bas depan rumah Kak Tuty... ke Dublin City ambik bas...senang tak payah pikir pasal parking!


Bincang mende tu..nampak serius jer!! hehhee... sempat jumpa Khairiah, adik Zuraizi, x classmate kami masa sekolah dulu...Khairiah student kat RCSI, baru balik dr bercuti raya kat Malaysia...terima kasih atas kiriman barang dr Malaysia!


Jalan2 raya pusing Dublin City


Ayah jalan2 ngan adik...


Amboi sayangnye Fawwaz kat kakak...jalan pegang tangan..hehhe..


Fawwaz dan Huda begitu excited naik bas double decker Dublin


hello everyone....!


lagi jalan2 raya Dublin City...


Naik LUAS (naik train pusing2 bando jer..)



Posing depan train.. adik pon dah terlentok tuh.



Ha... tu dia adik... naik turun train pon...tak bangun2 dia!


Lagi pusing2 bando... Fawwaz dah mula letih tuh..


Area belakang Trinity College


Background bas double decker Dublin dan salah satu statue kat Dublin City.


Ayah kat Trinity College


Dah lenguh kaki berjalan...isi minyak jap...



Dah sampai Trinity College, baru Nabhan terjaga..


Kakak dgn ibu..


Teka sapa yg nampak mata tuh??


Eh...mana Fawwaz??


Ayah, kakak, adik.... mana Fawwaz??


Fawwaz nak sgt bergambo ngan benda tuh.. beca Dublin??...tah la namanye apa..


Bas double decker ngan keta kuda... tp, kudanya tak nampak!!


Lagi di Trinity College...


Ada org bagitau, statue tu presiden pertama Trinity College...


Another view kat Trinity College


....kenapa ngan Nabhan tuh?


Molly Malone Dublin


Sempat jenguk ke Marks&Spencer....maklum la kat Limerick takdok M&S nih...hehhee.. window shopping jer..


Lagi di Dublin City..


Adik muka boring...


Lagi jalan2...


Dublin spire....kalau tak silap setinggi 120m, di tgh bandar, O'Connel Street... satu mercu tanda Dublin..


Fawwaz ngan Huda dah boring...


Kalau tak silap, kat belakang tu ?the Parliament House..

Itulah sehari jalan2 raya kami ke Dublin.... :).