Friday, December 25, 2009

'White christmas' dan 'black-out'!

Salam buat tetamuku yang dihormati,

Hari ini 8 Muharram 1431H, masih di awal tahun baru Hijrah. Kini, kita berada pula di ambang tahun baru masihi 2010. Mungkin ini adalah coretan penutup tirai untuk tahun masihi 2009.

Hari ini juga adalah 25 Disember, hari penganut kristian serata dunia meraikan perayaan krismas. Di sini, suasana perayaan sungguh meriah, terasa seakan suasana ketika meraikan hari raya aidilfitri di tanah air sendiri. Kami sekeluarga tidak la turut sama menyambut perayaan tersebut, sekadar meraikan hari cuti umum dengan bersantai2 di rumah. Sekolah bercuti panjang; cuti krismas dan sempena kedatangan tahun baru.

Tahun ini, boleh dikatakan sejarah tercipta di bumi Ireland, khususnya di Limerick ni. Ataupun, setidak2nya buat kami sekeluarga. Musim sejuk kali ini, salji turun awal. Limerick bukanlah kawasan yang biasa mendapat salji di musim sejuk. Khabarnya, cuma beberapa tahun kebelakangan ini musim sejuk diserikan dengan turunnya salji, walaupun tidaklah begitu menebal. Dan, selalunya di hujung musim sejuk. Tetapi tahun ini, salji turun seawal bulan Disember. Krismas tahun ini diserikan dengan pemandangan salji yang memutih. 'White christmas', yang julung2 kali berlaku, kali terakhir mungkin lebih 20 tahun dahulu; kata landlord kami.


Kalau tahun2 sebelum ini, salji turun dari awal pagi dan menjelang ke tengahari dan petang, mula mencair. Tetapi kali ini bertahan untuk tempoh yang agak lama. Hari ini masuk hari ke 5. Suhu? Ooo...sudah tentu tersangat sejuk. Kadang2 mencecah -ve 4 ke -ve5 darjah celcius. Hari pertama anak2 teruja la juga. Hari2 seterusnya tidak lagi. Seeejuuukk...lebih baik duduk diam2 dalam rumah! hehhe..

Tahun ini juga, ada sejarah tercipta buat kami. Dalam tempoh lebih 3 tahun di sini, kali pertama mengalami black-out! 2 hari lepas, kami keluar jalan2 ke bandar. Saja nak tengok kemeriahan orang bershopping raya...hehhe.. Tak lama pun keluar. Sekarang musim sejuk, siangnya sangat pendek. Lebih kurang jam 4.30pm sudah masuk waktu maghrib. Bila balik, keadaan sekitar perumahan kami gelap gelita. Lampu jalan pun tak menyala. Ketika itu lebih kurang jam 5.45pm.Tak tahu sejak bila keputusan bekalan elektrik.

Tanpa bekalan elektrik, gelap gelita, sejuk pulak tuh. Heater dan boiler tak boleh on. Duduk la dalam kesejukan dan guna air yang sejuk macam air ais! Nasib baik ada lilin kat rumah. Itupun scented candle. Anak2 pulak sibuk tanya, 'ibu nak masak apa malam nih?'... Nak masak pun tak boleh sebab dapur pun guna elektrik! Alhamdulillah tak lama. Terputus bekalan elektrik lebih kurang setengah jam sahaja.


~gambar hiasan~

Walaupun bergelap seketika, anak2 bukan main seronok. Boleh main dengan lilin...hehhe..

Itulah secebis kisah kami di lembaran 'sejenak bersamaku...' ini. Cerita permulaan kami untuk tahun Hijrah 1431, dan pengakhiran untuk tahun Masihi 2009. Dan yang pasti juga ini adalah cerita kisah2 terakhir kami di bumi asing ini.

Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi esok hari!



Thursday, December 17, 2009

Hijrah itu pengorbanan...


Selesai musim haji, kini kita bakal melangkah pula ke tahun baru. Ahlan wasahlan Tahun Baru Hijriyyah 1431H. Betapa masa terus berlari....

Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.......

Bait-bait kata di atas tentu sekali tidak begitu asing lagi bagi kebanyakan kita. Lirik nasyid yang selalu berkumandang setiap kali tiba musim Awal Muharram. Saya sendiri mula kenal dengan lirik nasyid tersebut sejak di zaman sekolah rendah lagi, menyertai pertandingan nasyid sempena Awal Muharram ketika itu.

Setiap tahun kita menyambut Tahun Baru Hijriyyah. Setiap kali itu jugalah kita menyebut tentang Maal Hijrah. Tekad dan azam untuk berhijrah ke arah segala yang berunsur kebaikan. Hijrah yang didefinisikan melalui pelbagai manifestasi. Tetapi selepas itu, sebaik kita kembali semula bergelumang dengan kesibukan duniawi, kebanyakan kita kembali semula kepada diri kita yang dulu....manusia yang sering alpa dan lalai.

Maka, haruskah kita biarkan sahaja Awal Muharram kali ini berlalu begitu sahaja, seperti tahun2 sudah? Jawapan yang dijangka, sudah tentulah tidak, bukan? Kerana kita manusia yang sering alpa dan lalailah, maka sebaik2nya kita memperbaharui niat dan tekad untuk berhijrah ke arah kebaikan. Niat dan tekad disusuli dengan keazaman yang tinggi untuk merealisasikan harapan dan cita-cita tersebut.

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..

Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..

Kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan. Yang ada hanya hari ini & akan datang. Gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."

Semoga Allah SWT merahmati kita, dan mempermudahkan setiap langkah kita dalam segala urusan, duniawi mahupun ukhrawi.


Salam Maal Hijrah,
30 Zulhijjah 1430H


Tuesday, December 15, 2009

Bila talian hayat terputus...

Lama tak singgah sini...rindu kat halaman nih...

Walaupun sejak beberapa bulan kebelakangan ni, memang kurang aktif berblogging, tapi 'rumah kedua' ni tetap disinggahi hampir setiap hari sekiranya tiada halangan. Meninjau2 kalau ada tetamu yang sudi bertandang, dan menitipkan khabar melalui chatbox sekiranya ada yang sudi menitipkan pesanan. Atau pun setidak2nya sekadar singgah berehat2 aje, tanpa berbuat apa2 ...hehhhe...

Jadinya, selama lebih 2 minggu tiada khabar berita daripada tuan rumah, agaknya mungkin tiada yang perasan pun...hehhe.. Yang sebenarnya, selama lebih 2 minggu ni, tuan rumah nih terputus 'talian hayat'. Biasalah, di zaman serba serbi IT sekarang nih, kalau terputus internet, terasa macam terputus hubungan dengan dunia luar...heheh.

Yang sebenarnya, kali ni bukan internet yang bermasalah, tapi, laptop yang ada sedikit masalah. Dan bukannya jasad laptopnya yang bermasalah, tapi wayar charger baterinya yang bermasalah.

Walaupun ni bukanlah kali pertama terputus 'talian hayat' nih, tapi tetap terasa 'kekurangan'. Terasa ada yang tak cukup... macam tak tahu nak buat apa, padahal kerja2 yang menanti berlambak2! Beberapa hari pertama, memang sangatlah membosankan kerana tak dapat beronline seperti biasa. Tapi bila banyak hari yang berlalu, semakin terbiasa dengan ketiadaan 'talian hayat' tuh.... terima hakikat yang banyak lagi aktiviti menarik lain selain daripada beronline! hehhe..

Apa2 pun, alhamdulillah, 'talian hayat' tu kembali pulih seperti biasa hari nih. Dan, hari2 yang dilalui semestinya akan lebih ceria!




Wednesday, November 25, 2009

LabbaikAllah

(gambar carian google)

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.....

Hari ini sudah 8 Zulhijjah 1430H. Kurang daripada 24 jam lagi, para tetamu Allah SWT pada kali ini akan menjalani ibadah wukuf di Arafah. Beruntunglah mereka yang dikurniakan rezeki pada tahun ini; kelapangan masa, tenaga dan wang ringgit untuk berpeluang menjadi tetamu Allah. Semoga jemaah2 haji pada tahun ini dipermudahkan segala urusan, dan dikurniakan haji yang mabrur. Mudah2an..amiin.


Wukuf di Arafah
(gambar carian google)

Pastinya keinginan untuk menyempurnakan rukun Islam yang ke 5 itu menjadi cita2 setiap yang bergelar muslim. Tidak terkecualilah diri ini, lebih-lebih lagi apabila usia makin bertambah. Pada tahun ini, ramai juga sahabat handai rakan seperjuangan yang berpeluang untuk mengerjakan haji. Alhamdulillah, rezeki mereka pada tahun ini. Semoga mereka semua beroleh haji yang mabrur. Dan, semoga saya dan suami juga berpeluang juga untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebagai tetamuNya pada suatu hari nanti.

Dan kepada seluruh umat Islam, terutama kepada kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, walau di mana sahaja berada, sama2lah kita raikan Hari Raya Korban pada 10 Zulhijjah nanti dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.


Salam Eidul Adha dari Limerick, Ireland

Monday, November 09, 2009

I am bigger than yesterday

Saya kembali lagi . Dah lama saya tak muncul kat blog ibu nih.

Kata ibu, hari ini hari ulangtahun kelahiran saya. Kata ibu lagi, saya genap berusia setahun hari ini. 9 November 2009. Oooo..sudah setahun umur saya. Saya sudah besar rupanya.


Kredit ~ Bug-A-Licious mini kit (http://www.deliciousscraps.com/)

Ibu kata, sekejap je masa berlalu. Masih basah lagi kenangan saat kelahiran saya dahulu. Istimewa ke kenangan itu? Tentu lah kan...hehhe... saya lahir di negeri yang jauh daripada negeri kelahiran ibu dan ayah. Saya lahir di St Munchin Maternity Hospital, Limerick , Ireland. Tiada tok, tokki, adik beradik atau saudara mara ibu atau ayah di sisi ketika kelahiran saya. Hanya kami sekeluarga, ditemani kawan2 ibu dan ayah ketika itu. Kata ibu lagi, saya lahir di tengah-tengah kesibukan ayah menyiapkan pengajiannya. Oooh..ayah masih belajar rupanya..hehhe...


Kredit ~ Baby's room kit (http://rebeccasscrappingsilliness.blogspot.com/)

Kata ibu, dalam setahun usia saya, banyak yang saya pelajari tanpa disedari. Detik awal kelahiran, saya hanyalah seorang bayi yang mungkin tak mengerti apa2. Hanya tangisan menemani saya tatkala saya keluar melihat alam yang luas dan indah. Sedih agaknya meninggalkan alam rahim yg mungkin cukup selesa ketika itu. Atau mungkinkah tangisan kegembiraan dan kesyukuran dapat menghirup udara di alam dunia yang indah ini. Dapat menatap wajah ibu yang selama ini membawa sayadi dalam kandungan selama lebih 9 bulan. Juga dapat menatap wajah seorang ayah, juga kakak dan abang2 saya. Barangkali.

Walaupun mungkin saya tak mengerti apa2 ketika itu, tapi, naluri saya memahami dan mengerti kasih seorang ibu. Saya tenang dalam dakapan ibu ketika pertama kali ibu memeluk dan mencium saya. . Kehangatan kasih ayah juga masih terasa tatkala saya berada kemas dalam dakapan ayah, ketika ayah melaungkan azan di telinga saya. Indahnya saat itu.

Saat demi saat yang saya lalui, saya tahu, saya dikelilingi oleh orang2 yang mengasihi dan menyayangi saya. Ketika masih di hospital lagi, ayah memperkenalkan kakak dan abang2 saya. Ooh...mereka begitu girang menyambut saya sebagai seorang ahli keluarga yang baru. Kawan-kawan ibu dan ayah juga datang menziarah. Jururawat di hospital pun baik-baik belaka.

Tapi, kegembiraan itu rupanya bersulam cerita duka. Hari yang sepatutnya ayah membawa ibu dan saya pulang ke rumah, ibu diserang demam panas. Ibu perlu dirawat di hospital. Saya dan ibu dipisahkan. Saya yg tidak mengerti apa2 dijaga oleh jururawat yang bertugas di wad lain. Lama ibu di hospital. Khabarnya, teruk juga ibu sakit. Kata ibu lagi, saya juga terpaksa berada di hospital selama tempoh ibu dirawat di sana. Kesian ibu, mesti ibu sangat merindui saya ketika itu. Ibu kisahkan cerita kenangan saya dan ibu di hospital itu di sini,di sini, di sini, di sini, dan di sini.


Kredit ~ Btrue kit (http://misserinsscraps.blogspot.com/), word art (http://scrappingwords.blogspot.com/)

Hmmm....apa pula perkembangan saya sekarang ya? Yang terkini, saya tengah belajar berjalan. Saya masih takut2 untuk melangkah. Tapi saya sudah boleh berdiri tegak tanpa bantuan. Ibu kata mungkin dalam sedikit masa lagi saya boleh berjalan. Macamana agaknya nanti bila saya dah boleh berjalan sendiri? Hehhehe... tentu ibu pula akan semakin penat mengejar saya..hehhe..

Sekarang ni, saya begitu teruja merayau2 (merangkak) di dalam rumah. Semua benda adalah perkara baru bagi saya. Saya main dengan mainan yang bertaburan di dalam rumah. Saya selalu menemani ibu di dapur. Saya suka kalau ibu berikan saya pinggan, mangkuk, cawan (plastik) atau sudu untuk saya main. Saya juga suka merayap ke bilik ibu atau bilik kakak. Dan yang agak mencabar, saya juga suka memanjat anak-anak tangga. Pernah saya panjat anak-anak tangga sampai ke tingkat atas! Ibu atau ayah selalu saja 'kejar' saya yang mencuba untuk memanjat tangga..hehhe.. Mungkin ibu dan ayah bimbangkan keselamatan saya. Tapi, saya tak dapat melawan rasa teruja dan rasa ingin tahu saya..hehhe..

Gigi saya? Hmmm saya dah ada banyak gigi, dan saya dah boleh makan banyak jenis makanan. Ibu selalu menyuap makanan yang pelbagai untuk saya. Dan saya suka apa yang ibu suapkan! Dan, saya juga suka menggigit apa2 sahaja!

Apa lagi yang nak saya ceritakan sempena hari lahir saya ni ya? Hmmm..ehhehe.. tu je lah kot untuk kali nih. InsyaAllah lain kali bila ada kelapangan saya akan menyibuk2 lagi kat blog ibu nih..hihhh...

Ok. Sehingga kita ketemu lagi.....!


Salam sayang,

Hamdan,

No 6, The Paddocks.


Saturday, October 31, 2009

Mengimbau kenangan ~ Ireland suka dan duka

Sekadar berkongsi imbauan kenangan di sini. Memandangkan ini adalah bulan-bulan terakhir kami berada di bumi Ireland ini, mungkin ini masa yg sesuai untuk membelek kembali lakaran cerita hari-hari yang telah kami lalui di sini. Berhasrat untuk mengabadikan sebahagian cerita suka dan duka kami dalam bentuk digital scrapping. Jika berkesempatan, akan jua diabadikan di halaman "Sejenak Bersamaku...." ini.

Buat permulaan....


Kredit ~ Sara Smile kit (Scrap of Ellay)

Teratak pertama kami di bumi Ireland. Menjejak bumi Ireland pada 5 November 2006, ketika masih dalam suasana Adilfitri ketika itu. Di No 1, Plassey Grove, melakar kenangan indah selama lebih setahun bersama keluarga Kak Aida.

Terima kasih yang tak terhingga buat Kak Salmi dan Mazeedah yang membantu carikan rumah ini untuk kami. Urusan pencarian rumah bermula ketika kami masih di tanah air lagi. Kak Salmi (juga post grad student di Limerick ketika itu) dikenali melalui seorang rakan. Mazeedah pula kebetulannya junior semasa di sekolah dahulu, seorang doktor yang bekerja di sini. Sesampainya di bumi Ireland, kami sudah pun ada tempat berteduh sendiri,


Terima kasih juga buat Maiza dan Halim (kedua-duanya doktor bekerja di Limerick ketika itu, sekarang telah kembali bertugas di tanah air) yang banyak membantu kami dalam urusan2 di awal kedatangan kami ke sini.


Monday, October 19, 2009

Cerita Pari-pari Gigi

Gigi susu kanak-kanak, berjumlah 20 batang.


Pernah dengar cerita tentang 'Pari-pari Gigi?' Janggal je bunyinya 'Pari-pari Gigi'...hehhe..mungkin lebih enak disebut 'Tooth Fairy', lebih kena bunyinya. Disebabkan dongeng tentang 'Tooth Fairy' ni asalnya dari Eropah, jadinya terjemahan 'Pari-pari Gigi' tidak begitu komersial di kalangan masyarakat melayu, barangkali.




Saya juga sebenarnya baru je mengetahui tentang dongeng 'Tooth Fairy' ni. Itupun bila disebut oleh anak-anak. Maklumlah, anak sulung semakin menginjak usia. Dengan pengaruh kawan2, buku2, tv dan internet, semakin luas pengetahuan dunia kanak-kanaknya. Dunia kanak-kanak zaman sekarang, yang jauh berbeza dengan zaman kanak-kanak kita dahulu.

Ringkasan ceritanya begini...

Bila seorang kanak-kanak kehilangan gigi susunya yg pertama, gigi itu diletakkan di bawah bantal ketika hendak tidur. Pada malamnya, Tooth Fairy akan muncul untuk mengambil gigi tersebut, dan sebagai balasan akan digantikan dengan duit syiling sebagai hadiah untuk si kanak-kanak tadi.

Menarik juga buat seorang kanak-kanak, kan?

Cerita tentang Tooth Fairy ini sudah wujud berkurun-kurun dahulu, dikatakan berasal dari Eropah. Sebenarnya asal-usul cerita tersebut, adalah satu usaha ibu bapa untuk memujuk si anak yang baru kehilangan gigi susu mereka. Supaya si anak merasa 'redha' dan tidak 'trauma' dengan kehilangan tersebut. Ketika si anak tidur, ibu bapa mengambil gigi tersebut dan menggantikannya dengan duit syiling. Keesokannya, diberitakan kepada si anak bahawa Tooth Fairy telah datang mengambil gigi tersebut.

Idea entri kali ini sebenarnya disebabkan oleh perkembangan terkini Kakak Huda yang mula tumbuh gigi baru . Baru mula nampak sebatang pada gigi hadapan, tp gigi yg ada tu belum lagi bergoyang. Dah beberapa kali dia ceritakan perihal gigi kawan2 dia yg sudah pun bergoyang dan jatuh gigi mereka. Dia seperti menunggu2 bila la pula giliran dia...hehhe..

Oooh....anakku semakin dewasa...


Kredit ~ Dr Smiles kit ( Free Digital scrapbooking)



Friday, October 16, 2009

Diet?

Hari ini sudah masuk 28 Syawal 1430H. Sudah di penghujung bulan raya. Bulan yang penuh dengan acara makan2. Penuh dengan undangan rumah terbuka sempena hari raya. Tapi di sini tidaklah semeriah di negeri sendiri. Khususnya di Limerick nih, suasana raya dah lama pun berakhir, walaupun masih dalam bulan Syawal.

Ramadhan tahun ini sudah hampir sebulan meninggalkan kita. Kini Syawal pula semakin menginjak ke hari2 yang terakhir. Alhamdulillah, tahun ini dapat menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan. Semoga diterimaNya segala amalan yang tak seberapa itu. Dia berikan juga kesempatan utk melunaskan ibadat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, walaupun sudah di hujung2. Alhamdulillah.

Berbicara soal puasa, secara tak langsung terasa dekat dengan persoalan 'diet'. Tidaklah diniatkan berpuasa kerana ingin 'berdiet', tapi mengambil manfaat puasa untuk kemaslahatan kesihatan tubuh badan. Kita semua sedia maklum, bahawa selain daripada kita berpuasa kerana ianya satu perintah daripada Allah Yang Maha Kuasa, sebulan Ramadhan itu adalah masa untuk tubuh badan kita, terutamanya bahagian perut dan salur pemakanan melalui fasa 'diservis' setelah 11 bulan bekerja keras. Sewajarnya kita menggunakan peluang ini sebaik2nya.

Tapi realitinya mungkin tidak jadi begitu. Siang hari perut kita berehat seketika, bila tiba masa berbuka...nah! segala macam mahu diasak ke dalam ruang yang sempit itu. Kalau pun berjaya dikawal sebulan di bulan Ramadhan, perut kita kembali bekerja keras sebaik fajar Syawal menyingsing. Bulan Syawal...bulan raya...bulan acara makan2!

Habis 'diet' sebulan! hehhhe...


Di bulan Ramadhan, sesekali saya pijak juga kotak putih yg ada garis2 bernombor macam dalam gambar nih. Manalah tahu dapat berkurang angka KGnya...hehhe.. Al-hasilnya, setelah beberapa hari dan walaupun semakin ke penghujung Ramadhan, hanya berkurang 1 garis je = 1kg je! Itupun balik semula ke angka asal bila tiba raya!

Hmmm...sejujurnya saya tak pernah 'berdiet' secara serius. 'Diet' dalam erti kata mengawal pengambilan makanan secara tegas. Saya seorang yg berselera bila makan, dan tidak cerewet dalam memilih makanan. Jadinya, saya akan makan apa2 yang saya rasa nak makan tanpa berfikir panjang tentang risiko 'menjadi gemuk' kerana makan banyak. Cumanya, seboleh yang mungkin, saya cuba pastikan mengambil semua zat-zat yang diperlukan. Yang jadi masalah, kuantiti ~ biasanya berlebihan! Untung badan tidak cepat naik...heheh..Tapi tu di zaman anak dara, dan zaman sebelum beranak pinak la. Bila usia makin meningkat, dan sudah ramai anak nih, lain la ceritanya.... makin 'berkembang' dengan jayanya!

Nak jadikan aktiviti bersenam satu rutin alahai beratnya! Tabiat pemakanan pulak tak berubah. Kadang2 suami pulak yg tolong ingatkan supaya kontrol makan...bimbang bini dia jadi gemuk! hahhaha...

P/S ~ Semoga Allah swt menerima ibadah puasa kita dan mengurniakan kita kesihatan tubuh badan yang sempurna supaya dapat kita menambahkan lagi amal ibadah kita kepadaNya.

***semua gambar ~ ihsan google

Monday, October 05, 2009

The best raya in last 3 years ~ 'Open house'

Masih lagi cerita raya. Hari ini 16 Syawal, masih dalam mood raya....


27/9, buat pertama kali kami sekeluarga buat 'jamuan raya' @ 'rumah terbuka hari raya'. Maklum la, trend zaman sekarang nih kan, bila musim raya, berderet2 jemputan ke rumah terbuka hari raya. Beraya di perantauan pun sama la jugak.....

Sebelum ni, tak pernah buat 'jamuan raya' secara 'rasmi'. Ajak kawan2 makan setakat 3,4 keluarga ada la sekali sekala. Bukan apa, tak pandai bajet makanan utk ramai orang nih. Maklumlah, kat sini semua nak kena uruskan sendiri. Daripada merancang, memasak mengemas dan sebagainya.

Disebabkan ini adalah raya terakhir kami kat sini, jadinya teringin la jugak nak buat 'open house' sempena raya nih. Bukan ramai sangat jemputan pun, adalah tambah beberapa kepala lagi daripada korum biasa...hehhe..

Antara tetamu. Meriah la jugak.... sesak dan padat la ruang tamu rumah kami yg sekangkang kera tuh...


Hidangan yang ringkas dan sederhana. Alhamdulillah, tahun ni berjaya membuat biskut2 raya yg lebih berkualiti daripada tahun2 lepas...heheh..



3 hari sebelum tuh, 24/9, adalah hari ulangtahun kelahiran Kakak Huda yg ke 7. Anak daraku itu dah makin besar. Daripada awal tahun lagi, concerned sangat dia dengan tarikh hari lahir dia tuh. Untuk meraikan Kakak Huda, jamuan hari raya tu disekalikan dengan majlis harijadi dia la konon2nya...bukan main seronok lagi dia...

(Ibu rasa bahagia tengok anak2 gembira)



{Kredit ~ Scrapping Rainbow}

Selamat hari lahir ke 7 puteriku. Ibu dan ayah doakan segala yg terbaik untukmu, semoga dirimu kan membesar menjadi anak solehah, penyejuk mata ibu dan ayah... amiin.