Saturday, October 31, 2009

Mengimbau kenangan ~ Ireland suka dan duka

Sekadar berkongsi imbauan kenangan di sini. Memandangkan ini adalah bulan-bulan terakhir kami berada di bumi Ireland ini, mungkin ini masa yg sesuai untuk membelek kembali lakaran cerita hari-hari yang telah kami lalui di sini. Berhasrat untuk mengabadikan sebahagian cerita suka dan duka kami dalam bentuk digital scrapping. Jika berkesempatan, akan jua diabadikan di halaman "Sejenak Bersamaku...." ini.

Buat permulaan....


Kredit ~ Sara Smile kit (Scrap of Ellay)

Teratak pertama kami di bumi Ireland. Menjejak bumi Ireland pada 5 November 2006, ketika masih dalam suasana Adilfitri ketika itu. Di No 1, Plassey Grove, melakar kenangan indah selama lebih setahun bersama keluarga Kak Aida.

Terima kasih yang tak terhingga buat Kak Salmi dan Mazeedah yang membantu carikan rumah ini untuk kami. Urusan pencarian rumah bermula ketika kami masih di tanah air lagi. Kak Salmi (juga post grad student di Limerick ketika itu) dikenali melalui seorang rakan. Mazeedah pula kebetulannya junior semasa di sekolah dahulu, seorang doktor yang bekerja di sini. Sesampainya di bumi Ireland, kami sudah pun ada tempat berteduh sendiri,


Terima kasih juga buat Maiza dan Halim (kedua-duanya doktor bekerja di Limerick ketika itu, sekarang telah kembali bertugas di tanah air) yang banyak membantu kami dalam urusan2 di awal kedatangan kami ke sini.


10 comments:

Anonymous said...

Kak Kin,
Wah.. dah nak balik ke? Nak la tshirt 1 ke, tshirt Ireland 1 ke, tak pun tshirt Ireland 1.. hehe

Tirana said...

Dah mula melakar kenangan ye..hehehe..

Unknown said...

Jumpa Mazeedah hari tu kat airport masa Jie nak ke Penang, dia balik cuti ngan husband. Serupa masa skolah2 dulu, tak gemuk & tak kurus.. maintain. :-)

Kamsiah yusoff said...

bila kin nak blk mesia...
nanti pasni rindu cuaca dan suasana kat Ireland lak,kan..

kin hashim said...

Ana, a'a..tingal beberapa bulan je lagi..insyaAllah dalam bulan 4 thn depan balik la kami :). ana ni peminat kumpul t-shirt ke? hihihhh... berminat ke? tshirt beli kat ireland ke? atau t-shirt yg ada tulis ireland? hehhehe..kalau tshirt yg tulis ireland, kami pun tadak..hehheh..boleh gi cari jugak la nih..hehhe.

Kak tirana, gitulah kira2nya..hehhe..

Jie, mazeedah sekrang gi mekah, buat haju. Dia dan suami tgh bercuti panjang lening.

Kak kam, tulah...insyaAllah dalam masa 5,6 bulan lg balik la kami.Hmmmm...sudah tentu rindu dgn suasana kat sini nanti :).

Tie said...

Besar juga rumah tu. Tentu Kin akan rasa rindu nanti.

Wahh... tak lama nak balik, ya. Boleh la start cari barang2 buatan sana untuk disimpan sebagai kenangan... Boleh start pos ke Malaysia.. mulai sekarang. Ooo...kak tie pulak yang terasa teruja.

Sasha said...

Kin sungguh bertuah dan diberkati dgn orang2 yg baik & sudi membantu tanpa balasan...

seronoknya ada pnglaman indah tinggal di rumah yg cantik tu!

kin hashim said...

Kak tie, rumah banglo 5 bilik, kami berkongsi ngan satu famili lg. Sengaja mintak carikan rumah besar, sbb mmg plan nak share rumah ngan famili kawan tuh...kira2 nak save bajet la awal2 duduk sana :).

Sasha, alhamdulillah..dapat kawan2 yg baik dan pemurah :).

ummunashwa said...

kak kin dah nak balik ker? tak sempat la kami gi melawat akak dinun....InsyaALLAH kami plan balik dalam bulan 4-5 juga. Tapi tengok keaadaan dulu la...

kin hashim said...

Sempat lagi ina..hehhe..datang la bila2 pun sebelum kami balik :).

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).