Selesai musim haji, kini kita bakal melangkah pula ke tahun baru. Ahlan wasahlan Tahun Baru Hijriyyah 1431H. Betapa masa terus berlari....
Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.......
Bait-bait kata di atas tentu sekali tidak begitu asing lagi bagi kebanyakan kita. Lirik nasyid yang selalu berkumandang setiap kali tiba musim Awal Muharram. Saya sendiri mula kenal dengan lirik nasyid tersebut sejak di zaman sekolah rendah lagi, menyertai pertandingan nasyid sempena Awal Muharram ketika itu.
Setiap tahun kita menyambut Tahun Baru Hijriyyah. Setiap kali itu jugalah kita menyebut tentang Maal Hijrah. Tekad dan azam untuk berhijrah ke arah segala yang berunsur kebaikan. Hijrah yang didefinisikan melalui pelbagai manifestasi. Tetapi selepas itu, sebaik kita kembali semula bergelumang dengan kesibukan duniawi, kebanyakan kita kembali semula kepada diri kita yang dulu....manusia yang sering alpa dan lalai.
Maka, haruskah kita biarkan sahaja Awal Muharram kali ini berlalu begitu sahaja, seperti tahun2 sudah? Jawapan yang dijangka, sudah tentulah tidak, bukan? Kerana kita manusia yang sering alpa dan lalailah, maka sebaik2nya kita memperbaharui niat dan tekad untuk berhijrah ke arah kebaikan. Niat dan tekad disusuli dengan keazaman yang tinggi untuk merealisasikan harapan dan cita-cita tersebut.
Semoga Allah SWT merahmati kita, dan mempermudahkan setiap langkah kita dalam segala urusan, duniawi mahupun ukhrawi.
Salam Maal Hijrah,
30 Zulhijjah 1430H

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..
Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..
Kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan. Yang ada hanya hari ini & akan datang. Gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."
Semoga Allah SWT merahmati kita, dan mempermudahkan setiap langkah kita dalam segala urusan, duniawi mahupun ukhrawi.
Salam Maal Hijrah,
30 Zulhijjah 1430H
10 comments:
Salam Ma'al Hijrah... Semoga tahun baru akan membawa kebaikan pada kita
Salam Maal Hijrah 1431 buat Kin...
Ingin memanfaatkan setiap detik yg ada dgn amalan2 yg disukaiNya... tp mcm kin kata kita selalu juga terleka ngan duniawi... harap2 tahun baru ni akan lebih cemerlang berbanding dulu... jom kita sama2 berhijrah ke arah kebaikan & demi kehidupan yg kekal di akhirat kelak...
Hijrah ke arah kebaikan sukar dilakukan...
Tapi manis dirasai jika kita berjaya melakukan dgn tulus ikhlas...
salam maal hijrah kak kin.. :D
Salam Maal Hijrah buat kak Kin sekeluarga :)
Teringat pertandingan nasyid buat kat sekolah sri budiman, masa tu jadi wakil sek.keb.bukit payong. *Hijrah itu pengorbanan-pengorbanan, Hijrah itu perjuangan-Perjuangan (siap ada back-up vocal tuh!!) .. huhu..memang evergreen lah lagu nasyid maal hijrah. Salam Maal Hijrah Zali,Kin& anak.Moga melangkah dengan penuh keceriaan keberkatan pada tahun baru ini.
slam maal hjrah
smga dgn brtmbhnya tahun
brtmbhlah amalan
mngkatlah iman..
ameenn..
salam prsaudraan smpna maal hjrah,
puteri.
dtng lagi....
=)
mkn mnum xde ke tuan umh?
Ooo.. lewat pulak kak tie ni.
Selamat menyambut tahun baru, semoga hari-hari yang bakal ditempuhi ini akan memberi makna, kebahagian buat Kin sekeluarga.
Salam maal hijrah dari kak tie.
pe kabo kak?
mano poie lamo na...
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).