Mid West Regional Hospital, Dooradoyle
Pada mulanya, doktor di Maternity Hospital bercadang untuk menghantar aku ke High Dependency Unit (HDU), tapi, aku 'bernasib baik' kerana tiada kekosongan, dan aku dihantar ke wad biasa. 'Ngeri' rasanya untuk dirawat di HDU...hehhe... walaupun itu bukan ICU, tapi, HDU tu rendah sikit je taraf dia drp ICU... aku rasa, aku tak la teruk sgt untuk berada di HDU :). {'denial' ke? hehhe..tak la...rasanya, itu lebih kepada persepsi yg positif terhadap diriku sendiri...aku mesti kuat semangat!}
Sampainya aku di Regional Hospital, aku disorong atas stretcher menuju ke wad 1B~wad surgikal....tah apa2 la....aku pun pelik kenapa la dihantar ke wad surgikal. Wad tu lebih terbuka, ada belasan katil kalau tak silap. Rupanya, kat hospital tuh, adalah perkara biasa, pesakit yg memerlukan admission segera akan dihantar je dulu kat mana2 wad yg available, sebelum dihantar ke wad yg sepatutnya.
Malam tu, malam ke 4 aku berkampung di hospital...dan malam pertama di Regional Hospital...tak dapat tidur lena, mungkin disebabkan oleh banyak faktor; suasana yang berbeza, pertama kali berjauhan dengan baby yg baru 3 hari dilahirkan.... tekak pun kehausan dan tah apa2 lagi yg ada dalam fikiran! Di wad 1B malam tu barulah aku dapat tengok kesibukan nurse shif malam menjalankan tugas, dengan pesakit yg lebih ramai berbanding di Maternity Hospital.
Keadaanku? Alhamdulillah, tekanan darah semakin stabil (aku memang dimasukkan cecair untuk menstabilkan tekanan darah). Cuma heart rate dan suhu badanku masih tinggi. Sakit2 badan semakin ketara, terutama anggota bahagian bawah. Daripada petang tadi, kurasakan pergerakan semakin sukar. Buktinya, susah untuk aku berjalan ke tandas yg jaraknya cuma beberapa meter drp katilku. Dan malam tu, bila aku terjaga, sangat susah untuk aku bangun dan duduk daripada posisi berbaring. Sangat susah untuk aku mencapai gelas air yg letaknya hanya di hujung katil. Seorang nurse perasan aku yg terkial2 untuk duduk, lalu dia datang untuk membantuku.
Sendi2ku terasa kaku, terutama bahagian lutut. Aku memberitahu nurse tu; mungkin sbb aku kurang bergerak selama berada di hospital. Tapi katanya; aku masih muda untuk mengalami keadaan sebegitu dalam masa yg singkat. Aku pun mula terfikir kata2 nurse tuh. Yalah...aku bersalin secara normal, bukan operate pun. Dan aku terus je berjalan kaki dari labour room ke postnatal ward sebaik sahaja selepas bersalin. Dan di wad, aku berjalan ke sana ke mari. Takkan dalam masa 3 hari keadaan aku boleh jadi sebegitu teruk?
Keesokannya, aku didatangi oleh doktor2 daripada team2 yg akan merawat aku sepanjang berada di hospital itu. Doktor memberitahu keputusan ujian darahku yg terkini; tiada perubahan berbanding keputusan sebelum ini. 24-hour blood cultureku yg pertama juga telah menampakkan rupa 'makhluk' yg telah menyerang darahku.... streptococcus pyogenes ~ itulah yg diberitahu kepadaku.
Menurut Todar's Online Textbook of Bacteriology;
Streptococcus pyogenes is one of the most frequent pathogens of humans. It is estimated that between 5-15% of normal individuals harbor the bacterium, usually in the respiratory tract, without signs of disease. As normal flora, S. pyogenes can infect when defenses are compromised or when the organisms are able to penetrate the constitutive defenses. When the bacteria are introduced or transmitted to vulnerable tissues, a variety of types of suppurative infections can occur.
In the last century, infections by S. pyogenes claimed many lives especially since the organism was the most important cause of puerperal fever (sepsis after childbirth)..... nak tahu lagi~baca sini
Walaupun kesku telah dirujuk kepada pihak medikal, tapi, disebabkan aku masih dalam postnatal period, maka team utama yg merawat aku adalah team O&G. Hari ke2 di situ juga, barulah aku dipindahkan ke Gynae ward, wad 2D.
2 minggu yang pertama,suhu badanku berterusan tidak stabil. Selalu je tinggi. Darah diambil setiap hari untuk melihat progression, 2 kali sehari untuk seminggu yg pertama. Itu tidak termasuk darah untuk blood culture, diambil setiap kali suhu badan mencecah sekurang2nya 38.5 o C. Dua2 lengan dah lebam2 dek hari2 dicucuk..... baru tahu camane rasanya perasaan org yg sakit kronik.... yg memerlukan rawatan jangka panjang... yg kena ambik darah hari2...
Keputusan darah menunjukkan aku mengalami bacteremia yg juga menyebabkan sepsis. Tetapi, sehingga 2 minggu, doktor2 masih duk tercari2 kat mana focal infection si organisma tuh... macam2 ujian dibuat, selain daripada ambik darah. X-ray, ultrasound, echocardiogram.... tapi, tak jumpa kat mana focal infection.
Doktor O&G menumpukan kepada kemungkinan berpunca di bahagian pelvis. Tetapi tiada tanda2 yg jelas. Darah nifas tak banyak, boleh kata normal macam setiap kali selepas bersalin sebelum2 nih... perut pun tak la sakit...Aku hampir2 dihantar ke dewan bedah (dah disuruh berpuasa...sampai tengahari pun!) untuk ERPOC (cuci rahim), dibimbangi ada 'sisa2' yg tertinggal di dalam rahim yg menyebabkan aku mendapat infection. Tapi, aku masih 'bernasib baik', bila consultant sendiri yg datang memeriksa semula membatalkan plan tersebut.
Sejak hari pertama aku di Regional Hospital, aku semakin sukar berjalan atau bergerak. Kakiku semakin membengkak... Jari jemari menjadi tembam... sendi2 pun terasa makin kaku. Cecair yg banyak diberikan kepadaku dan juga keadaan buah pinggangku menyebabkan aku mengalami oedema. Kakiku terasa sangat berat, dan tentu sekali sangat susah untuk berjalan. Nasib baik masa awal2 tuh, aku masih dipasangkan urine catheter.... aku hanya perlu menapak ke toilet dengan susah payahnya hanya bila benar2 perlu sahaja! :).
Setelah 2,3 hari di hospital juga, aku mula batuk2...tapi tidak teruk, dan tiada kahak atau sakit tekak. Kata kawanku yg juga doktor kat situ; itu perkara biasa bila dah duduk kat spital...maklumla, kat hospital macam2 kuman ada kat situ.... :).
...to be continued! :).
13 comments:
huhhhuhuh,semoga kin tabah
ermm kin..
azza baca rasa semacam..
mg kin semakin tabah bila semua ni dah dilalui..
Wah! Tak sangka begitu berat sakit kin, ekk... tak sabar nak baca cerita selanjutnya...
Iskkk...sambung lagi...panjangnya kisah K.Kin...makin takut pulak nak baca...saspen...
Macam cerita HOUSE pulak (medical series di tv astro). Doktor pun kadang-kadang pening kepala nak tentukan jenis makhluk yang menyerang pesakit dan di mana puncanya. Kena buat macam-macam test yang pelik2. Selagi tak kenal pasti, selagi itu payah nak tentukan rawatan yang betul.
laluan berduri yg kin tempuhi ni kchik rasa mmg berat utk dihadapi, tapi kin kuat sebab tu kin mampu bertahan, psikologi pun kchik rasa agak stabil. syabas untuk kin.
wah!... tabahnya kin mnghadapi dugaan...
semoga cepat sembuh kak...nengok kaki je aku dah sedih...
aduh...berdebar2....
kalau Dr house ada lagilah kecoh jadinya....suspennya...nak tau cerita selanjutnya...
take care kin!
x sabarnya,kalu dekat2 nak gi tengok
tak sabar nak baca episod seterusnya ni..kak kin...semoga sihat selalu hendaknya
kin
akak doakan...makhluk tu tak akan menceroboh lagi. dugaan untuk kin.. Insya Allah..kin dan baby dan semuanya akan kembali sihat dan ceria.
Kuat nyer dugaan akak kan....semoga kak kin cepat sembuh...
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).